NINE DASH LINE (KAWASAN TUNTUTAN MARITIM CHINA)

3.2 NINE DASH LINE (KAWASAN TUNTUTAN MARITIM CHINA)

Nine-dash line atau dikenali juga sebagai U-Shape line merupakan kawasan tuntutan China di kawasan Laut China Selatan. Garisan ini membuktikan China menuntut sekurang-kurangnya

90 peratus iaitu persamaan dengan 3.5 juta km persegi Laut China Selatan. Sejarahnya bermula pada tahun 1947 apabila kerajaan China mengeluarkan satu peta yang menunjukkan Laut China Selatan adalah sebahagian dalam wilayah negara mereka. Peta pertama yang dikeluarkan oleh China ini didorong oleh faktor sejarah lampau negara mereka sahaja bukan berdasarkan undang-undang dan persetujuan pihak yang terlibat (Markwith, n.d). Isu peta ini tidak terhenti disini sahaja kerana pada tahun 2009, China menunjukkan kesungguhkan mereka untuk merebut Laut China Selatan dengan menghantar peta tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Peta nine-dash line yang dilakar oleh China ini meliputi kawasan Scarborough Shoal dan melepasi Zon Ekonomi Ekslusif Filipina. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati Manila kepada Beijing kerana dianggap menceroboh kedaulatan negara mereka.

Namun begitu, UNCLOS tidak megesahkan peta tuntutan China ini kerana menganggap China menganggu keselamatan perairan dan kedaulatan negara Filipina. Tambahan lagi, UNCLOS telah menegaskan bahawa tuntutan satu kawasan laut hanya sah sekiranya kawasan terbabit berada dalam lingkungan 200 batu nautika dari sempadan negara yang terlibat. Konflik tuntutan China terhadap Scarborough ini sememangnya bercanggah kerana Scarborough berada 857.45 km dari China dan hanya 219.89 km dari sempadan Filipina. Justeru, garisan Nine-dash tidak memberi justifikasi yang kukuh kepada China untuk menuntut 90 peratus Laut China Selatan ini. Lebih-lebih lagi, menurut Lague (2012) pada tahun 2008, Yin Wenqiang (Pakar Undang- undang Maritim China) telah “mengakui” bahawa beliau sendiri tidak tahu mengenai asas sejarah garisan nine-dash ini apabila ditanya perihal ini oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing. Namun begitu, pada tahun yang sama seorang diplomat kanan China iaitu Zheng Zhenhua telah mengeluarkan kenyataan berikutan Namun begitu, UNCLOS tidak megesahkan peta tuntutan China ini kerana menganggap China menganggu keselamatan perairan dan kedaulatan negara Filipina. Tambahan lagi, UNCLOS telah menegaskan bahawa tuntutan satu kawasan laut hanya sah sekiranya kawasan terbabit berada dalam lingkungan 200 batu nautika dari sempadan negara yang terlibat. Konflik tuntutan China terhadap Scarborough ini sememangnya bercanggah kerana Scarborough berada 857.45 km dari China dan hanya 219.89 km dari sempadan Filipina. Justeru, garisan Nine-dash tidak memberi justifikasi yang kukuh kepada China untuk menuntut 90 peratus Laut China Selatan ini. Lebih-lebih lagi, menurut Lague (2012) pada tahun 2008, Yin Wenqiang (Pakar Undang- undang Maritim China) telah “mengakui” bahawa beliau sendiri tidak tahu mengenai asas sejarah garisan nine-dash ini apabila ditanya perihal ini oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing. Namun begitu, pada tahun yang sama seorang diplomat kanan China iaitu Zheng Zhenhua telah mengeluarkan kenyataan berikutan

"The dotted line of the South China Sea indicates the sovereignty of China over the islands in the South China Sea since ancient times and demonstrates the long-standing claims and jurisdiction practice over the waters of the South China Sea,"

(Lague, 2012)

Rajah 2: “ Nine-dash Line di Laut China Selatan ”

Sumber: Padilla, 2013

Seperti yang tertera pada rajah 2, Scarborough telah jatuh di dalam kawasan garisan nine-dash termasuk dua kepulauan yang penting di Laut China Selatan iaitu Pulau Paracel dan Spartly. Melalui garisan ini, China meletakkan keseluruhan Laut China Selatan termasuk Scarborough Shoal dibawah pentadbiran wilayah Hainan, China (Keyuan,2005, pp.64).

Menurut Gupta (2015), garisan nine-dash yang dilakar oleh China ini merupakan satu tuntutan sempadan maritim yang luar batasan dari undang-undang antarabangsa. Manakala, menurut kenyataan Rustandi (2015), UNCLOS telah menetapkan kaedah-kaedah yang harus digunakan oleh setiap negara dalam menentukan tuntutan mereka terhadap satu kawasan perairan. Kaedah-kaedah tersebut boleh dirujuk dalam Perkara 5,7 dan 8 seksysen 2 dalam Undang-undang Laut Antarabangsa. Justeru, UNCLOS mempertikaikan tuntutan China ini berdasarkan perkara yang terdapat dalam undang-undang mereka.

Justeru, garisan ini juga telah memberi tekanan dan impak kepada ASEAN untuk menanganinya kerana dilihat seolah-olah mencabar peranan dan kredibiliti ASEAN sebagai wakil bagi negara Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, pada tahun 2009, kesemua negara yang terlibat dengan konflik pertindihan sempadan di Laut China Selatan ini mengemukakan official notes verbale kepada PBB sebagai tindak balas mereka terhadap China. Pendekatan yang dilaksanakan oleh ASEAN ini merupakan satu pendekatan jangka panjang dalam menangani isu yang memakan masa yang agak lama ini. Tambahan lagi, konflik ini turut memberi cabaran kepada ASEAN terutamanya dalam mencari penyelesaian melalui rundingan dua hala antara China dan memastikan jaminan keselamatan di Laut China Selatan.

Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH, INVESTASI SWASTA, DAN TENAGA KERJA TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI EKS KARESIDENAN BESUKI TAHUN 2004-2012

13 284 6

STRATEGI KOMUNIKASI POLITIK PARTAI POLITIK PADA PEMILIHAN KEPALA DAERAH TAHUN 2012 DI KOTA BATU (Studi Kasus Tim Pemenangan Pemilu Eddy Rumpoko-Punjul Santoso)

119 459 25

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

ERBANDINGAN PREDIKSI LEEWAY SPACE DENGAN MENGGUNAKAN TABEL MOYERS DAN TABEL SITEPU PADA PASIEN USIA 8-10 TAHUN YANG DIRAWAT DI KLINIK ORTODONSIA RUMAH SAKIT GIGI DAN MULUT UNIVERSITAS JEMBER

2 124 18

HUBUNGAN ANTARA KONDISI EKONOMI WARGA BELAJAR KEJAR PAKET C DENGAN AKTIVITAS BELAJAR DI SANGGAR KEGIATAN BELAJAR KABUPATEN BONDOWOSO TAHUN PELAJARAN 2010/2011

1 100 15

INTENSI ORANG TUA DALAM PENGAMBILAN KEPUTUSAN UNTUK MENIKAHKAN ANAK PEREMPUAN DI BAWAH USIA 20 TAHUN DI KECAMATAN PAKEM KABUPATEN BONDOWOSO

10 104 107

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58

EVALUASI ATAS PENERAPAN APLIKASI e-REGISTRASION DALAM RANGKA PEMBUATAN NPWP DI KANTOR PELAYANAN PAJAK PRATAMA TANJUNG KARANG TAHUN 2012-2013

9 73 45

TINJAUAN HISTORIS GERAKAN SERIKAT BURUH DI SEMARANG PADA MASA KOLONIAL BELANDA TAHUN 1917-1923

0 26 47