ASEAN REGIONAL FORUM (ARF)
5.4 ASEAN REGIONAL FORUM (ARF)
ASEAN regional forum mula ditubuhkan apabila mendapat persetujuan daripada Persidangan Menteri-menteri dan Pasca Peringkat Menteri ASEAN yang diadakan di Singapura pada 23-
25 Julai 1993. Menerusi persetujuan ini, mesyuarat pertama ARF telah diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun berikutnya iaitu 25 Julai 1994. Objektif utama yang menjadi tunjang kepada pertubuhan ini adalah untuk membina dialog dan rundingan mengenai isu-isu politik dan kebimbangan keselamatan yang menjadi kepentingan bersama. Negara rantau Asia Tenggara mempunyai pelbagai konflik dalaman antaranya jerebu, pertikaian sempadan, konflik etnik dan sebagainya. Konflik yang melanda di rantau Asia ini harus diselesaikan 25 Julai 1993. Menerusi persetujuan ini, mesyuarat pertama ARF telah diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun berikutnya iaitu 25 Julai 1994. Objektif utama yang menjadi tunjang kepada pertubuhan ini adalah untuk membina dialog dan rundingan mengenai isu-isu politik dan kebimbangan keselamatan yang menjadi kepentingan bersama. Negara rantau Asia Tenggara mempunyai pelbagai konflik dalaman antaranya jerebu, pertikaian sempadan, konflik etnik dan sebagainya. Konflik yang melanda di rantau Asia ini harus diselesaikan
Seterusnya, ARF turut bertujuan untuk memberi sumbangan terhadap usaha-usaha bagi membina keyakinan dan diplomasi pencegahan di rantau Asia-Pasifik. ARF yang dianggotai oleh 26 negara termasuk Korea Selatan dan Korea Utara ini turut mengadakan perjanjian dua hala antara Amerika Syarikat serta perjanjian pertahanan bersama lima kuasa besar ( multilateral ) antara Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura. Di samping itu juga, ASEAN turut menubuhkan Treaty of Amity and Cooperation (TAC) pada tahun 1976 yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam rantau Asia Tenggara dengan aman. Menurut Simon (2010), tujuan utama ARF juga untuk membangunkan dan membina hubungan di rantau Asia-Pasifik. Tambahnya lagi, ARF akan menjadi salah satu mekanisma ketelusan dan jaminan bagi memberi peluang kepada seluruh rantau berkenaan dengan gaya dialog ASEAN. Menteri-menteri Luar ASEAN akan kemampuan ARF dan pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN yang ke-27 pada tahun 1994 telah menyetujui pertubuhan ARF ini akan memberi impak yang positif kepada organisasi ASEAN sendiri.
“ ARF could become an effective consultative Asia -Pacific Forum for Promoting open dialogue on political and security cooperation in the region. In this context, ASEAN should work with its ARF partners to bring about a more predictable and constructive pattern of
relations in the Asia Pacific .”
(ASEAN Regional Forum, 2011)
ASEAN dan ARF berganding bahu dan bersetuju untuk menyelesaikan isu keselamatan di rantau Asia Tenggara yang kian merunsingkan seperti isu hak asasi kemanusiaan dan konflik di Laut China Selatan. Pada masa kini, cabaran utama ASEAN dan ARF adalah isu berkaitan dengan bencana kemanusian dan berhadapan dengan kemaraan China dalam misi mereka
untuk mengambil keseluruhan Laut China Selatan lebih lagi selepas Filipina mengambil tindakan untuk membuat tuntutan Scarborough Shoal di Arbitral Tribunal bersama PBB tanpa berunding dengan kesemua negara anggota ASEAN. Sehubungan itu juga, ARF telah bersetuju untuk mengembangkan dan meningkatkan keselamatan secara komprehensif di rantau Asia dengan mewujudkan confidence building dan preventive diplomacy di kawasan Asia Pasifik. Menurut Simon (2010), ASEAN dan ARF setuju bahawa ketelusan keselamatan adalah pra-syarat untuk preventive diplomacy yang lebih canggih kepada penyelesaian konflik. Di samping itu juga, ARF turut mencerminkan strategi ASEAN terutamanya dalam kaedah konsensus iaitu lebih cenderung untuk mengurus masalah daripada menyelesaikannya. Oleh hal yang demikian, konsensus yang dilakukan oleh ARF ini dilihat banyak halangannya terutamanya bila berhadapan dengan kepentingan strategik yang berbeza dalam kalangan negara anggota.
Sehubungan itu, pada mesyuarat ke-empat ARF di Manila menyentuh sedikit tentang perlaksanaan Kod Tatacara Laut China Selatan. ASEAN dan China berharap agar kesimpulan terakhir bagi kod tatacara ini dapat dilaksanakan dengan segera. Isu Laut China Selatan dibangkitkan oleh Menteri Luar Filipina apabila beliau dan delegasi menemplak China atas isu polisi Laut China Selatan yang melibatkan Pulau Spartly dan Scarborough Shoal. Hal ini kerana, kedegilan Menteri Luar China yang masih menekan hak dan bidang kuasa mereka di kawasan maritim tersebut. China juga telah meminta ASEAN dan Filipina juga meminta supaya negara mereka masih diberi kebebasan untuk pelayaran di Laut China Selatan. Tambahan lagi, kebebasan dalam pelayaran adalah salah satu yang termaktub dalam undang- undang antarabangsa. Selain itu, China juga memerlukan kemudahan ini untuk memastikan laluan kargo untuk perdagangan mereka berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang sekatan. Di samping itu, isu Permenant Tribunal of Arbitration The Hague di Laut China Selatan juga di suarakan dalam mesyuarat ARF ini. China membantah tindakan Filipina yang Sehubungan itu, pada mesyuarat ke-empat ARF di Manila menyentuh sedikit tentang perlaksanaan Kod Tatacara Laut China Selatan. ASEAN dan China berharap agar kesimpulan terakhir bagi kod tatacara ini dapat dilaksanakan dengan segera. Isu Laut China Selatan dibangkitkan oleh Menteri Luar Filipina apabila beliau dan delegasi menemplak China atas isu polisi Laut China Selatan yang melibatkan Pulau Spartly dan Scarborough Shoal. Hal ini kerana, kedegilan Menteri Luar China yang masih menekan hak dan bidang kuasa mereka di kawasan maritim tersebut. China juga telah meminta ASEAN dan Filipina juga meminta supaya negara mereka masih diberi kebebasan untuk pelayaran di Laut China Selatan. Tambahan lagi, kebebasan dalam pelayaran adalah salah satu yang termaktub dalam undang- undang antarabangsa. Selain itu, China juga memerlukan kemudahan ini untuk memastikan laluan kargo untuk perdagangan mereka berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang sekatan. Di samping itu, isu Permenant Tribunal of Arbitration The Hague di Laut China Selatan juga di suarakan dalam mesyuarat ARF ini. China membantah tindakan Filipina yang