SEJARAH KONFLIK

3.1 SEJARAH KONFLIK

Perebutan Scarborough bermula apabila China mula menuntut Laut China Selatan berada dalam kawasan kedaulatan negara mereka. Sejarah perebutan Laut China Selatan ini bermula sejak 2,000 tahun dahulu apabila Beijing mendakwa semasa zaman Dinasti Song lagi iaitu

pada 960 masihi mereka telah meneroka kawasan perairan Laut China Selatan untuk aktiviti penangkapan ikan (Markwith, n.d). Menerusi kenyataan ini jelas menunjukan China menganggap mereka merupakan ketuanan asal bagi perairan Laut China Selatan. China sememangnya begitu menginginkan perairan ini terutamanya Pulau Paracels (Xisha Island) dan Spratly (Nasha Island). Selepas berakhirnya perang Pasifik pada tahun 1939, keseluruhan kedaulatan perairan Laut China Selatan dan Hainan telah jatuh ke tangan Jepun dan berada dalam bidang kuasa Taiwan yang ditadbir oleh kerajaan Jepun ketika itu. Namun selepas kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua 1945, Beijing bangkit kembali untuk menuntut Pulau Spratly. Pada asalnya, Pulau Paracels berada dibawah jagaan Vietnam, namun China telah menuntutnya secara paksaan dan kekerasan pada tahun 1976 sebelum kerajan Beijing ini meluaskan lagi tuntutan mereka di Kepuluan Spratly (Shen, 2002). Hal ini telah menimbulkan ketegangan antara Vietnam dan China.

Di samping itu, kawasan kepulauan ini merupakan kawasan panas dan sering mencetuskan kontroversi di Asia Tenggara. Tambahan lagi, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan turut menuntut hak kedaulatan mereka di kawasan tersebut. Malaysia dan Brunei menuntut sebahagian daripada kepulauan Spratly, Vietnam pula menuntut keseluruhan Pulau Paracels dan Spratly serta tuntutan yang terakhir dibuat oleh Filipina iaitu Pulau Spartly dan Scarborough. Justeru, ini menjadikan lima buah negara Asia yang menuntut kawasan kepulauan ini untuk berada di bawah kedaulatan negara mereka. Hal ini menyebabkan konflik pertindihan di Laut China Selatan ini menjadi semakin meruncing kerana melibatkan banyak pihak. Menurut Bader, Lieberthal dan McDevitt (2014), menyatakan bahawa tuntutan bertindih ini akan menyebabkan China terpaksa berhadapan dengan lima buah negara Asia dan akan menyebabkan lima perkara berbangkit iaitu:

1) Tuntutan wilayah di rantau itu akan menjadi semakin beremosi kerana melibatkan semangat nasionalisme negara yang terlibat.

2) Risiko ketidaksengajaan terhadap isu konflik ini akan meningkat.

3) Tuntutan yang bertindih sangat kaya dengan sumber yang bermanfaat.

4) Kebebasan pelayaran di kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ).

5) Pertikaian mengenai tafsiran dan perlaksanaan Undang-undang Antarabangsa terutamanya dalam Konvensyen PBB mengenai UNCLOS. Pada abad ke-21 ini, kawasan tuntutan China dapat dilihat dengan jelas seperti yang ditunjukkan pada rajah 1. Menurut Bautista (2013), kedudukan Laut China Selatan juga merupakan semi-enclosed sea yang merangkumi 3,500,000 km kawasan laut dan dikelilingi oleh negara Asia Tenggara. Di samping itu, Laut China Selatan meliputi Lautan Pasifik yang merentasi perairan Singapura dan Selat Melaka di bahagian selatan serta Selat Taiwan di bahagian Utara. Menariknya, laut ini juga mempunyai lebih kurang 250 pulau dan dibahagikan kepada empat sub-nusantara (sub-archipelagos) iaitu Pulau Spratly, Pulau Macclesfield, Pulau Paracel dan Pulau Pratas. Kawasan panas yang sering menimbulkan kontroversi adalah Pulau Spratly dan Paracel. Sehubungan itu, hampir 90 peratus kawasan perairan Laut China Selatan dituntut oleh China termasuk Taiwan. Kawasan ini dikenali sebagai Nine-Dash Line atau U-Line yang dilukis oleh China bermula dari Hainan sehingga ke Taiwan. Kawasan yang dituntut oleh China ini juga mempunyai potensi yang amat besar dalam sumber mineralnya yang mampu untuk meningkatkan ekonomi negara. Di samping itu, Laut China Selatan terletak di dalam kawasan geografi yang sangat strategik untuk laluan kapal perdagangan antarabangsa seperti Eropah dan negara Timur Tengah.

Rajah 1: “Kawasan Tuntutan China di Laut China Selatan”

Sumber: The Foreign Policy Brief, 2014

Seterusnya, berfokus kepada Filipina yang juga merupakan peranan penting dalam konflik ini. Apabila bercerita mengenai konflik yang melanda di Laut China Selatan, nama Scarborough turut menjadi perhatian kerana menjadi salah satu kawasan kontroversi di lauatan tersebut. Pada tahun 1935, China telah menyenaraikan Scarborough Shoal menjadi

sebahagian daripada Pulau Zhongsha (Macclesfield Bank). Seperti yang dinyatakan oleh Keyuan (2005), sejak daripada itu, Beijing tidak pernah mengubah pendirian mereka mengenai tuntutan mereka ini. Beijing menegaskan sekiranya mereka menuntut Pulau Zhongsha ini bermakna Scarborough termasuk dalam tuntutan mereka. Tambahan lagi, Pulau Zongsha

merupakan pulau pertama yang dinyatakan oleh Menteri Luar Republik China, Zhou Enlai pada tahun 1951 yang memprotes rundingan Perjanjian Damai antara San Francisco dan Jepun tanpa penglibatan China. Sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan seperti yang berikut:

“…just like the entire Nansha Islands, Chungsha Islands, Tungsha Islands, the Sisha Islands and Nanwei Islands have been China‟s territory. Although they had been occupied by Japan

for some time during the war aggression waged by Japanese imperialism, they were all taken over by the then Chinese government following Japan‟s surrender.”

(Keyuan,2005)

Tuntutan Scarborough Shoal ini lama dibangkitkan oleh kerajaan China tetapi tidak kerajaan Filipina. Secara dasarnya, Filipina tidak meletakkan Scarborough sebahagian dalam sempadan negara dan bidang kuasa mereka. Buktinya, pada tahun 1978, Lembaga Sumber Maklumat dan Pemetaan Filipina telah menerbitkan peta negara mereka dan Scarborough tidak berada dalam kawasan kedaulatan negara Filipina. Namun begitu, pada awal tahun 1980 tentera laut Filipina telah mengeluarkan satu peringatan iaitu „Notice to Mariners‟ sebagai satu amaran kepada semua kapal supaya tidak melakukan apa-apa latihan ketenteraan di kawasan Scarborough termasuk latihan menembak peluru berpandu oleh tentera laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di Subic Bay. Menurut Batongbacal (2014), notis yang dikeluarkan oleh tentera laut Filipina ini dibuat secara aman tanpa bantahan dari mana-mana negara termasuk China sehingga tahun 1995. Tetapi, pada tahun 1997, kerajaan Filipina telah menjalankan satu aktiviti mengukur kawasan Scarborough untuk mengenalpasti titik sempadan yang akan digunakan untuk menwujudkan archipelagic baseline system dibawah UNCLOS.

Justeru, pada tahun 1997 Scarborough Shoal menjadi agenda utama dalam hubungan China- Filipina apabila Domingo Siazon (Setiausaha Hal Ehwal Filipina) telah mengutarakan kenyataan beliau terhadap isu Scarborough di hadapan Jawatankuasa Senat Hubungan Luar dan Pertahanan pada Jun 1997. Tambahan lagi, menurut Keyuan (2005), isu Scarborough Shoal telah berada dalam wilayah Filipina kerana menurut dalam Artikel 1 Perlembagaan Filipina ada menyatakan bahawa wilayah yang berada dalam kepulauan Filipina sama ada perairan atau pulau-pulau harus berada dalam kedaulatan dan bidang kuasa kerajaan Filipina. Berikut merupakan bukti kenyataan Setiausaha Menteri Hubungan Luar Filipina:

“We maintain that the Scarborough Shoal is part of our territory because Article 1 of Philippines Consitution states that the national territory comprises the Philippine “We maintain that the Scarborough Shoal is part of our territory because Article 1 of Philippines Consitution states that the national territory comprises the Philippine

(Keyuan,2005) Rentetan daripada itu juga, pada tahun 1990 China cuba untuk mengeluarkan permit untuk menubuhkan dan mengendalikan radio amatur di kawasan Scarborough Shoal. Namun,

dibantah habisan oleh kerajaan Filipina dan stesen radio tersebut juga dibubarkan. Peristiwa ini merupakan titik permulaan kepada konflik Filipina-China sebelum kemuncak konflik iaitu pada tahun 2012 apabila China menjadi semakin agresif untuk menjadikan Scarborough Shoal sebahagian daripada wilayah mereka.

Tambahan lagi, menurut Shen (2002) Filipina telah menuntut sekurang-kurangnya 60 terumbu iaitu merangkumi sebahagian Pulau Kalayan dan mengistiharkan kawasan ini sebagai wilayah mereka. Pada tahun 1970, Filipina telah membuat tuntutan terhadap Pulau Spartly apabila ia ditetapkan dalam Pulau Kalayan (Freedomland). Walau bagaimanapun menurut Keyuan (2005), kerajaan Filipina telah menegaskan bahawa Pulau Kalayan bukan sebahagian daripada Pulau Spartly kerana Kalayan berada jauh daripada Pulau Spratly. Namun begitu, Scarborough tetap terletak di bahagian utara Pulau Spartly dan 348 km daripada Kalayan. Selain itu, Filipina turut menubuhkan Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 200 batu nautika dari baselines ke sempadan perairan negara. Zon Ekonomi Ekslusif ini diukur oleh Presidential Decree No. 1599 pada bulan June 1978 (Keyuan, 2005). Filipina juga menggunakan konsep kedekatan sempadan untuk menjustifikasikan tuntutan mereka terhadap Scarborough Shoal. Scarborough Shoal berada hanya 116 batu nautika dari Luzon. Hal ini memberi kelebihan kepada Filipina untuk mendapatkannya.

Dokumen yang terkait

ANALISIS PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH, INVESTASI SWASTA, DAN TENAGA KERJA TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI DI EKS KARESIDENAN BESUKI TAHUN 2004-2012

13 284 6

STRATEGI KOMUNIKASI POLITIK PARTAI POLITIK PADA PEMILIHAN KEPALA DAERAH TAHUN 2012 DI KOTA BATU (Studi Kasus Tim Pemenangan Pemilu Eddy Rumpoko-Punjul Santoso)

119 459 25

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

ERBANDINGAN PREDIKSI LEEWAY SPACE DENGAN MENGGUNAKAN TABEL MOYERS DAN TABEL SITEPU PADA PASIEN USIA 8-10 TAHUN YANG DIRAWAT DI KLINIK ORTODONSIA RUMAH SAKIT GIGI DAN MULUT UNIVERSITAS JEMBER

2 124 18

HUBUNGAN ANTARA KONDISI EKONOMI WARGA BELAJAR KEJAR PAKET C DENGAN AKTIVITAS BELAJAR DI SANGGAR KEGIATAN BELAJAR KABUPATEN BONDOWOSO TAHUN PELAJARAN 2010/2011

1 100 15

INTENSI ORANG TUA DALAM PENGAMBILAN KEPUTUSAN UNTUK MENIKAHKAN ANAK PEREMPUAN DI BAWAH USIA 20 TAHUN DI KECAMATAN PAKEM KABUPATEN BONDOWOSO

10 104 107

PENGARUH HASIL BELAJAR PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP TINGKAT APLIKASI NILAI KARAKTER SISWA KELAS XI DALAM LINGKUNGAN SEKOLAH DI SMA NEGERI 1 SEPUTIH BANYAK KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN PELAJARAN 2012/2013

23 233 82

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58

EVALUASI ATAS PENERAPAN APLIKASI e-REGISTRASION DALAM RANGKA PEMBUATAN NPWP DI KANTOR PELAYANAN PAJAK PRATAMA TANJUNG KARANG TAHUN 2012-2013

9 73 45

TINJAUAN HISTORIS GERAKAN SERIKAT BURUH DI SEMARANG PADA MASA KOLONIAL BELANDA TAHUN 1917-1923

0 26 47