Konsep-Konsep Kemudahan Kewangan Dan Kredit Konvensional

pembangunan yang lebih tinggi. Nurkse 1953 menyebutkan keadaan ini sebagai lingkaran perangkap kemiskinan. Untuk dapat keluar daripada perangkap kemiskinan ini salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan melaksanakan pelaburan modal yang produktif. Pelaburan ini dapat dilaksanakan untuk menerokai sumber asli yang masih tersimpan atau mewujudkan teknik yang lebih modern dan cekap dalam aktiviti ekonomi. Tujuan ini dapat dicapai dengan adanya pakar-pakar ekonomi dan tenaga kerja yang mahir serta mencukupi. Lewis 1982 menyebutkan bahawa kekurangan tenaga ahli ekonomi dan pekerja mahir bukan saja menghambat pemanfaatan faktor modal secara berkesan bahkan modal berkenaan tidak boleh dimanfaatkan sama sekali.

2.3 Konsep-Konsep Kemudahan Kewangan Dan Kredit Konvensional

Sistem kemudahan kewangan dan kredit secara konvensional sudah lazim berlaku di tengah masyarakat. Sistem-sistem kemudahan kewangan dan kredit konvensional yang lazim dijumpai adalah seperti berikut Vale, 1989: 1. Kredit Niaga Kemudahan ini termasuk dalam kategori pembiayaan jangka pendek. Biasanya, kredit niaga ini diberikan oleh perusahaan-perusahaan besar kepada para pelanggan tertentu. Kredit niaga ini berlaku apabila sebuah perusahaan berhasil mendapat kepercayaan daripada perusahaan pembekal untuk membeli barang secara kredit dengan penjelasan 30 atau 60 hari kemudian bukan secara tunai. 34 2. Penarikan Lebih Daripada Bank Overdrafts Penarikan lebih daripada bank atau overdrafts adalah suatu kemudahan kewangan dan kredit yang diberikan oleh bank kepada pelanggannya untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang ada dalam akaunnya Rosali, 1998. Pengeluaran lebih wang ini dimaksudkan untuk kegunaan modal kerja jangka pendek. Pengambilan wang lebih ini dapat dilakukan sampai had yang telah disepakati oleh kedua belah pihak untuk maksud pembelian dan pembayaran bagi pihak usahawan. 3. Sewa Beli Hire Purchase Sewa beli ini adalah suatu kemudahan kewangan berupa kredit ansuran yang boleh didapati daripada bank atau institusi kewangan lainnya. Jenis kewangan ini biasanya dikelompokkan kepada kredit atau pinjaman jangka sederhana. Dalam hal ini pihak bank atau institusi kewangan menyediakan kemudahan untuk kepentingan perusahaan pelanggannya, misalnya dalam pembelian mesin atau kenderaan. Pihak bank atau institusi kewangan kemudian menyewakan kenderaan berkenaan secara bulanan dan pihak usahawan harus menjelaskan sewanya dalam jangka waktu yang telah disepakati. Jumlah pembayaran yang harus ditanggung oleh usahawan adalah jumlah harga mesin atau kenderaan berkenaan ditambah dengan biaya faedah selama jangka waktu perjanjian 4. Leasing Leasing juga dianggap merupakan kemudahan kewangan dan kredit jangka sederhana dan ianya hampir serupa dengan sistem kemudahan sewa 35 beli. Dalam sistem sewa beli hire purchase usahawan berhak memiliki barang modal berkenaan walaupun waktu dan bayaran sewanya telah selesai. Sebaliknya pihak pemilik modal bank dan institusi kewangan akan me-lease- kan barang modal berkenaan untuk tempo kedua atau tetap kepada usahawan berkenaan atau kepada usahawan yang lain. 5. Pinjaman Bank Dan Institusi Kewangan Pinjaman bank atau pinjaman daripada institusi kewangan adalah satu jenis kemudahan yang sudah lazim dilakukan masyarakat dan para usahawan. Berdasarkan jangka masa perjanjian, pinjaman ini biasanya digolongkan menjadi dua jenis pinjaman iaitu pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang. 6. Kemudahan Pinjaman Secara Hipotik Kemudahan pinjaman secara hipotik ini merupakan pinjaman jangka panjang yang diberikan pihak bank atau institusi kewangan untuk pembelian harta atau barang modal. Kemudahan pinjaman secara hipotik ini memerlukan tanah atau bangunan sebagai cagaran kepada pihak bank atau lembaga kewangan. Selain daripada itu pengguna harus pula membayar faedah pinjaman pada kadar tingkat tertentu selama masa perjanjian.

2.4 Konsep-Konsep Kemudahan Kewangan dan Kredit Islam