Geografi Dan Demografi Negeri Kelantan

BAB TIGA USAHAWAN IKS DI NEGERI KELANTAN

3.1 Geografi Dan Demografi Negeri Kelantan

Semenanjung Malaysia mengandungi dua belas negeri dan salah satunya adalah negeri Kelantan. Negeri Kelantan memiliki gelar Darul Na’im yang bermakna negeri yang penuh nikmat dan merupakan negeri yang tertua di Malaysia Abdul Halim, 1979, Nik Mohamed, 1984. Asal nama Negeri Kelantan sehingga kini belum jelas walaupun ada cerita yang mengatakan bahawa nama Kelantan berasal daripada perkataan ”Kilat-Kilatan” Abdul Halim, 1979. Secara geografi Negeri Kelantan berada di antara garis lintang 4 32’ dan 60 15’ di Utara dan garis bujur 101 19’ dan 102 37’ di Timur. Di sebelah Utara adalah Laut Cina yang mempunyai pantai sepanjang 60 batu. Di sebelah Timur, ia bersempadan dengan Negeri Terengganu. Sedangkan di sebelah Selatan ia bersepadan di Negeri Pahang dan di sebelah Barat pula bersempadan dengan Negeri Perak dan wilayah Patani Alias, 1984. Dari segi kependudukan Negeri Kelantan ini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti iaitu sekitar 92 diikuti oleh kaum Cina 4.23 dan India 0.7. Statistik terkini berkenaan keadaan jumlah penduduk Negeri Kelantan dapat dilihat pada Jadual 3.1. Penduduk Negeri ini terkenal kuat berpegang pada agama dan adat- resam. Mereka juga terkenal sebagai kaum yang senantiasa menjaga kesopanan dan memuliakan tetamu Zaidi, 1982. 40 Jadual 3.1 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Negeri Kelantan pada tahun 1998 adalah 1.484.076 orang sedangkan tahun 1991 ia berjumlah 1.181.315 orang JPMNK, 1991:15. Terdapat pertambahan penduduk sebanyak 302.761 orang dalam masa tujuh tahun. Jika dilihat menurut jajahan, jajahan Kota Bharu dan Pasir Mas adalah dua jajahan yang memiliki penduduk terbanyak iaitu masing-masing 455.599 dan 183.901 orang. Manakala jajahan Jeli dan Machang pula adalah dua jajahan yang memiliki penduduk yang paling sedikit masing-masing 41.154 dan 87.132 orang. Jadual 3.1 Luas Kawasan Dan Anggaran Penduduk Menurut Jajahan Negeri Kelantan 1998 No Jajahan Luas Jajahan KM2 Jumlah penduduk 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kota Bharu Pasir Mas Tumpat Pasir Puteh Bachok Kuala Krai Machang Tanah Merah Jeli Gua Musang 409 578 168 433 264 2.225 544 868 1.329 8.104 455.599 183.901 144.228 116.255 122.040 115.176 87.132 120.932 41.154 97.659 Jumlah 14.922 1.484.076 Sumber: UPEN, 1998:3

3.2 Usahawan IKS di Negeri Kelantan