Saranan KESIMPULAN DAN PENUTUP

golongan usahawan IKS yang menggunakan perkhidmatan ini secara rela hati B1 dan usahawan IKS yang menggunakannya secara terpaksa B2. Dari perspektif lain pula, walaupun Kerajaan Negeri bercita-cita dan berusaha mewujudkan prinsip-prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan, tetapi dalam perkara urusan kewangan IKS, usaha ini didapati belum membuah hasil yang baik. Jumlah usahawan IKS sangat sedikit menggunapakai perkhidmatan institusi kewangan Islam dan sebaliknya ramai menggunapakai institusi kewangan konvensional termasuk milik orang Cina. Kenyataan ini menunjukkan tidak sedikit pun wujud sikap fanatik usahawan IKS Kelantan terhadap penggunaan perkhidmatan institusi kewangan Islam sebagai kesan daripada usaha-usaha dakwah Islam oleh Kerajaan Negeri PAS. Kajian mendapati bahawa satu perkara yang menjadi punca kepada perkara ini adalah kuatnya tarikan daripada institusi kewangan konvensional. Kejayaan pihak institusi kewangan konvensional dalam menarik ramai usahawan IKS menjadi pelanggannya secara tidak langsung disokong pula oleh lemahnya tarikan daripada institusi kewangan Islam sehingga memberi laluan dan peluang yang mudah kepada pihak institusi kewangan konvensional.

7.2. Saranan

Kajian telah mendapati bahawa masalah sebenar tidak hanya dialami oleh para usahawan IKS Bumiputera sahaja tetapi juga oleh pihak institusi kewangan Islam. Usahawan IKS Bumiputera didapati bermasalah dalam mendapatkan sumber kewangan dan kredit sebagai modal usaha manakala pihak institusi 106 kewangan Islam pula bermasalah mendapatkan pelanggan. Daripada 200 orang usahawan IKS Bumiputera yang dikaji, institusi kewangan Islam hanya berjaya mendapat pelanggan sebanyak 11.5 berbanding institusi kewangan konvensional yang berjaya mendapat 50.0 Jadual 6.3. Kajian telah mengenal pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam ini berpunca kepada dua penyebab utama iaitu harga perkhidmatan yang dianggap usahawan IKS Bumiputera sebagai terlalu tinggi dan sistem kerja yang kurang profesional berbanding institusi kewangan konvensional. Walau bagaimanapun, kajian ini juga mendapati bahawa usahawan IKS tidak sepenuhnya berpaut hati dengan institusi kewangan konvensional dan mereka akan beralih kepada institusi kewangan Islam jika kedua-dua penyebab di atas dapat diperbaiki. Dengan demikian, cara yang palih mudah dan cepat untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh kedua-dua pihak ini adalah institusi kewangan Islam menurunkan harga perkhidmatannya dan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Dengan demikian masalah kedua belah pihak akan selesai. Walau bagaimanapun ada beberapa cadangan yang dianggap perlu dilaksanakan untuk lebih menjayakan perniagaan usahawan IKS Bumiputera ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera MPPB. Misalnya, perlu ada satu usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu agar lebih mengutamakan penggunaan barangan buatan 107 usahawan IKS Bumiputera dengan bersabar dan bertolak ansur terhadap sedikit kekurangan yang ada. Usaha ini perlu mendapat sokongan Kerajaan Pusat melalui sikap yang lebih telus dalam membantu usahawan IKS Bumiputera. Jika Kerajaan Pusat terpaksa hanya membantu satu golongan usahawan IKS maka Kerajaan Pusat setidak- tidaknya tidak bertindak sebagai penghambat kejayaan usahawan IKS yang lain. Diyakini usaha ini akan lebih berjaya lagi jika pihak institusi kewangan pula lebih amanah, adil dan arif dalam semua urusan perniagaan usahawan IKS. Kajian berkenaan usahawan IKS ini juga masih perlu diteruskan bagi mendapatkan sumbangan-sumbangan kajian yang bermanfaat bagi usahawan IKS. Antara topik yang menarik untuk dikaji diantaranya ialah “Pengaruh fatalisme dan sifat konaah dikalangan usahawan IKS Bumiputera Kelantan terhadap kemajuan dan kejayaan perniagaan”.

7.3 Penutup