Profail Usahawan .1 Umur dan Jantina Usahawan

BAB LIMA PROFAIL USAHAWAN DAN PROFAIL IKS 5.1 Profail Usahawan 5.1.1 Umur dan Jantina Usahawan Daripada 200 orang usahawan yang dikaji secara rambang didapati bahawa 192 orang 96 di antaranya adalah usahawan kecil pekerja kurang daripada 50 orang manakala delapan orang 4 lagi adalah usahawan sederhana pekerja 50 sampai 199 orang. Kajian mendapati bahawa umur usahawan pada peringkat 41 sampai 50 tahun adalah golongan yang paling ramai iaitu 69 orang 34,5 dan peringkat kedua adalah golongan 31 sampai 40 tahun iaitu 64 orang 32. Golongan yang paling muda didapati 15 orang 7,5 dengan peringkat umur 30 tahun ke bawah dan selebihnya 52 orang 26 adalah golongan yang paling tua dengan peringkat umur 51 tahun ke atas. Maklumat peringkat umur usahawan sebagiamana ditunjukkan dalam Jadual 5.1 menunjukkan bahawa usahawan di Negeri Kelantan mempunyai potensi yang cukup baik untuk membangunkan diri kerana usia yang muda. Bagi pegawai Kerajaan, sebahagian besar bersara apabila mereka telah mencapai umur 51 tahun ke atas. Pada peringkat usia ini kreativitas dan kemampuan kerja seseorang dianggap semakin berkurang. Jika peringkat umur 51 tahun ini dianggap sebagai sempadan antara umur produktif dengan umur kurang produktif maka sebanyak 74 usahawan IKS di Negeri Kelantan didapati termasuk dalam golongan umur yang produktif. 61 Dari segi jantina, hasil kajian mendapati bahawa usahawan IKS di Negeri Kelantan sebahagian besar iaitu 166 orang 83 adalah usahawan lelaki dan selebihnya 34 orang 17 adalah usahawan wanita. Jadual 5.2 menunjukkan bahawa penyertaan kaum wanita dalam perniagaan IKS di Negeri Kelantan dianggap masih perlu digalakkan Data kajian mendapatiwujud perbedaan penyertaan yang besar dan nyata antara jumlah dan peratusan usahawan lelaki berbanding usahawan wanita. Jadual 5.1 Gambar Peringkat Umur Usahawan IKS Di Negeri Kelantan Peringkat Umur Jumlah orang Peratus 30 tahun ke bawah 31 tahun sampai 40 tahun 41 tahun sampai 50 tahun 51 tahun ke atas 15 64 69 52 7,5 32,0 34,0 26,0 Jumlah 200 100,0 Jika perbedaan umur dan jantina ini dilihat secara bersamaan maka didapati walaupun secara relatifnya usahawan wanita adalah sedikit akan tetapi mereka didapati pada semua peringkat umur. Di samping itu antara kedua golongan usahawan ini ada persamaan. Daripada empat kategori peringkat umur yang ada, jumlah usahawan yang paling ramai dari kedua golongan didapati sama-sama pada peringkat umur 41 sampai 51 tahun. Sebaliknya jumlah usahawan yang paling sedikit dari kedua golongan didapati berada pada peringkat umur kurang daripada 30 tahun. Perkara ini lebih jelas dapat dilihat dalam Jadual 5.2. 62 Jadual 5.2 Keadaan Umur Usahawan Menurut Jantina Peringkat Umur Lelaki Wanita 30 tahun 30 sampai 40 tahun 41 sampai 50 tahun 51 tahun ke atas 11 56 57 42 4 8 12 10 Jumlah 166 34 Jika Jadual 5.2 dianalisis lebih jauh maka jumlah usahawan wanita yang berumur 40 tahun ke bawah didapati 12 orang atau 35,5 daripada keseluruhannya usahawan wanita. Usahawan lelaki pula didapati sebanyak 67 orang atau 40,4 daripada keseluruhan usahawan lelaki. Dengan demikian peratusan usahawan wanita di atas umur 40 tahun lebih besar berbanding dengan usahawan lelaki. Lebih jauh perkara ini boleh dilihat dengan menggunakan kaedah analisis mean. Jika empat jenis kelompok umur usahawan dalam Jadual 5.2 dianalisis dengan menggunakan kaedah mean maka didapati bahawa mean umur usahawan wanita lebih tinggi berbanding mean umur usahawan lelaki. Mean umur usahawan usahawan wanita adalah 2.8235 sedangkan mean umur lelaki adalah 2.7831. Dengan demikian, usahawan-usahawan wanita secara relatifnya adalah lebih tua berbanding usahawan lelaki.

5.1.2 Taraf Pendidikan

Maklumat berkenaan taraf pendidikan menunjukkan bahawa usahawan wanita di Negeri Kelantan mempunyai potensi yang cukup baik untuk 63 membangunkan diri terlebih-lebih lagi jika perkara ini dihubungkan dengan keadaan umur usahawan yang dianggap berpotensi untuk berusaha. Hasil kajian mendapati sebanyak 138 orang atau 69.0 lulusan SPM sampai sarjana. Mereka yang hanya lulus di ingkat SRPPMRLCE ke bawah hanyalah 62 orang atau 31.0. Jadual 5.3 Tingkat Pendidikan Usahawan Dan Sana Ada Pernah Sekolah Agama Dan Tempoh Masa Sekolah Agama Usahawan 2001 Sama Ada Usahawan Pernah Sek. Agama Ya, Pernah Tempoh Masa Tingkat Pendidikan Jlh Prts Tidak 3 thn 4-6 thn 7-9 thn 10 thn Tidak Sekolah Sekolah Rendah SRPPMRLCE SPMSTPM Diploma Sarjana Muda Sarjana 2 13 47 98 22 15 3 1.0 6.5 23.5 49.0 11.0 7.5 1.5 143 71.5 30 15.0 19 9.5 4 2.0 4 2.0 Jumlah 200 100.0 143 30 19 4 4 - - - 71.5 15.0 9.5 2.0 2.0 Keterangan: Jlh = Jumlah Prts = Peratus Rajah 5.1 Perbandingan Peratusan Golongan Usahawan Bersekolah Agama Dengan Golongan Tidak Bersekolah Agama Dan Tempoh Sekolah

28.50 71.50