Bantuan Pinjaman Berupa Skim Kewangan Lainnya

kepada menggunakan khidmat institusi kewangan Islam tetapi masih terikat dengan perjanjian dengan institusi kewangan konvensional. Di samping itu didapati lapan jawapan 57.1 dengan alasan lain-lain. Di antara jawapan ini adalah kerana Bank Islam Malaysia Berhad masih baharu lagi sedangkan syarikat sudah membuat pinjaman sebelum Bank Islam Malaysia Berhad itu sendiri wujud. Alasan yang lain pula kerana dalam institusi kewangan konvensional itu sendiri sudah ada skim perbankan Islam sehingga dalam satu bank boleh mengguna pakai dua jenis khidmat perbankan yang berbeza.

6.4 Bantuan Pinjaman Berupa Skim Kewangan Lainnya

Selain penerimaan daripada pinjaman dan kredit perniagaan yang berjaya diperoleh usahawan daripada institusi-institusi kewangan, didapati juga usahawan yang berjaya mendapatkan pinjaman dan kredit yang lain berupa skim kewangan. Rajah 6.2 Jawaban Usahawan Sama Ada Pernah Berusaha Mendapatkan Skim Kewangan Yang Lain 10 20 30 40 50 60 70 Tidak Pernah PTTB Pernah Keterangan: PTTB = Pernah Tetapi Tidak Berhasil 97 Walau bagaimanapun lebih ramai usahawan yang tidak berusaha mendapatkan skim kewangan ini. Skim kewangan dimaksudkan disini berbeza dengan pinjaman dan kredit perniagaan yang dikemukan oleh usahawan dalam menjawap soalan pertama. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 128 64.0 orang usahawan tidak pernah berusaha mendapatkan bantuan skim kewangan lainnya. Jawapan-jawapan usahawan ini digambarkan dalam Rajah 6.2. Seramai 53 orang 26.5 usahawan pula mengatakan pernah dan berjaya mendapatkannya. Bakinya pula 19 orang 9.5 usahawan pernah berusaha namun tidak berjaya dengan pelbagai alasan seperti cagaran dan jaminan yang tidak boleh dipenuhi, pengagihan skim yang tidak adil dan pilih kasih dan syarikat usahawan dianggap tidak berdaya maju. Sebahagiannya pula tidak mengetahui punca permohonan skim mereka tidak berjaya. Daripada 53 orang usahawan yang pernah mendapat skim ini majoriti hanya mendapatkan satu skim sahaja walaupun ada juga yang mendapatkan sehingga tiga jenis skim. Berkenaan dengan skim kewangan ini, beberapa orang usahawan mengatakan bahawa syarikat dan kilang mereka pernah dikunjungi pihak CGC. Usahawan dimaklumkan bahawa mereka layak meminjam dan manyarankan untuk berbuat demikian. Tetapi selepas saranan ini mereka ikuti, tidak ada apa- 98 apa hasil yang mereka perolehi walaupun bertahun-tahun menunggun maklum balas. Usahawan kilang roti Omar Derahman Kedai Mara, Kampung Pengkalan Kubor, Tumpat pula merasa tertipu selepas dikunjungi oleh pihak CGC dan membuat kertas kerja. Pihak CGC berjanji akan memproses dan menguruskan semuanya. Walaupun telah menunggu lebih setahun akan tetapi tiada maklum balas diperoleh. Perkara serupa juga dialami oleh usahawan kilang laksa Madjun Dollah Kampung Pintu Gerbang, Tawang, Bachok dengan pihak Kemas. Didapati juga usahawan yang berputus asa dan hilang kepercayaan diri dalam berusaha mendapatkan skim kewangan. Sikap ini muncul berpunca daripada alasan penolakan yang diberikan oleh CGC kepada permohonan skim sebelumnya. Usahawan budu Mohammad Asri Mokhtar Kampung Hujung Repek, Melawi, Bachok yang telah berjaya memasarkan barangnya ke peringkat kebangsaan telah mengalami perkara ini. Usahawan ini mengatakan tidak akan memohon sembarang skim kewangan lagi kerana usahanya dikatakan kecil dan tidak berdaya maju. Alasan ini kurang berkhikmah kerana usaha budupun boleh berkembang besar bahkan menjadi objek kajian ilmiah. Usahawan Ismail Yusoff Kampung Genting, Pengkalan Kubor, Tumpat adalah usahawan budu yang menggunakan 30 orang pekerja bagi mengendalikan usahanya. Usahawan budu terbesar dan tertua di Kelantan ini mengatakan bahawa penjagaan kualiti barangan adalah hal yang paling mustahak untuk boleh terus berjaya mendapat sambutan masyarakat. 99 BAB TUJUH KESIMPULAN DAN PENUTUP

7.1 Kesimpulan