Kaedah Kajian Sampel Kajian

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

4.1 Kaedah Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kajian perpustakaan dan kaedah kerja lapangan.

4.1.1 Kaedah Kajian Perpustakaan

Kaedah ini bertujuan mendapatkan data-data dan maklumat sekunder yang diperlukan. Data-data dan maklumat sekunder ini akan diperoleh dari bahan-bahan yang telah diterbitkan dan terdapat di perpustakaan, institusi pengajian tinggi, agensi atau institusi terbabit seperti Kementerian Perdagangan dan industri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan PKINK, Majelis Amanah Rakyat MARA, Malaysia Industrial Depelovement Fund MIDF, Bank Pembangunan Perindustrian BPP, Credit Guarentee Corporation CGC dan lain-lain.

4.1.2 Kajian Lapangan

Kajian lapangan akan dilaksanakan di Negeri Kelantan bertujuan untuk mendapatkan data-data primer daripada responden dan daripada pihak-pihak yang dianggap boleh membantu keberhasilan kajian seperti pengarah institusi kewangan konvensional, pengarah institusi kewangan Islam di tingkat daerah dan sebagainya. Kajian lapangan ini mengambil masa selama dua bulan. 53

4.2 Sampel Kajian

Mengikut buku direktori DPMM-NK usahawan yang berdaftar pada DPMM-NK adalah sebanyak 314 orang. Jumlah ini termasuk tujuh usahawan yang beralamat di negeri lain akan tetapi mereka terdaftar pada DPMM-NK. Jadi, jumlah sebenar usahawan dari Negeri Kelantan ialah 307 orang. Memandangkan jumlah 307 ini tidak terlalu banyak dan alamat usahawan-usahawan dalam buku Direktori ini memuaskan, penyelidik dengan bantuan rekan telah berjaya memilihnya berdasarkan Jajahan di mana mereka tinggal. Hasil ini ditambahkan dengan usahawan-usahawan yang berdaftar di agensi MARA-NK sehingga jumlah keseluruhannya adalah 2.261 orang. Sebanyak 447 orang di antaranya berada di Jajahan Kota Bharu, 379 orang di Jajahan Pasir Mas dan 442 orang di Jajaham Tumpat. Senarai jumlah usahawan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1 Keadaan Populasi Usahawan Yang Berdaftar Pada DPMM-NK Dan MARA-NK Yang Berjaya Diperoleh Menurut Jajahan Sumber Data No Jajahan DPMM-NK MARA-NK Jumlah 1 Kota Bharu 233 214 447 2 Pasir Mas 22 357 379 3 Tumpat 11 431 442 4 Pasir Puteh 3 275 278 5 Bachok 12 157 169 6 Kuala krai 6 - 6 7 Machang 10 239 249 8 Tanah Merah 8 - 8 9 Jeli 281 281 10 Gua Musang 2 - 2 Jumlah 307 1954 2261 Sumber; Jadual ini diolah penyelidik berdasarkan data yang diperoleh daripada DPMM-NK dan MARA-NK. 54 Namun begitu, sebenarnya maklumat-maklumat yang ada dalam Jadual 4.1 ini bukanlah gambaran sebenar usahawan IKS yang berdaftar di Kelantan. Secara nyata didapati beberapa usahawan telah terdaftar di kedua agensi DPMM-NK dan agensi MARA-NK. Di samping itu ada pula usahawan yang benar-benar aktif lagi tetapi nama mereka masih tersenarai dalam buku Direktori usahawan. Sebahagian mereka pula didapati telah berpindah ke Kuala Lumpur. Ini berarti bahawa usahawan IKS yang terdaftar pada DPMM-NK dan MARA-NK di Kelantan pada kenyataannya lebih sedikit daripada maklumat yang disebutkan pada Jadual 4.1. Pengambilan sampel kajian ini dilakukan secara rambang untuk setiap Jajahan. Sampel kajian diambil secara rambang dengan tidak mengklasifikasikan usahawan baik usahawan kecil maupun usahawan sederhana. Demikian pula dengan kedudukan usahawan, ianya tidak dibezakan baik di bandar maupun di luar bandar. Dengan kata lain, pengambilan sampel kajian dilaksanakan secara rambang pada tingkat peratusan yang dianggap berpatutan setelah diklasifikasikan menurut Jajahan. Menurut Jadual 4.1, Jajahan Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang didapati mempunyai jumlah usahawan berdaftar yang sangat sedikit iaitu masing-masing enam, delapan dan dua orang saja. Perkara ini berlaku kerana data-data usahawan untuk tiga Jajahan ini tidak diperoleh daripada agensi MARA-NK. Memandangkan jumlah usahawan berdaftar untuk tiga Jajahan ini sangat sedikit maka sampel kajian akan diambil secara rambang dalam jumlah yang dianggap berpatutan. Sebagai asas dalam menentukan jumlah sampel bagi 55 ketiga Jajahan ini adalah gambaran jumlah usahawan yang didapati pada setiap Jajahan lainnya. Dengan kata lain, jumlah usahawan untuk ketiga Jajahan ini diasumsikan relatif sama dengan Jajahan-Jajahan lainnya sehingga jumlah sampel dapat diambil. Berdasarkan pada kaedah ini, kajian ini mengambil sampel sebanyak 200 orang usahawan dari semua Jajahan. Dengan demikian pelbagai maklumat diperoleh daripada seluruh Negeri. Walau bagaimanapun, jumlah sampel untuk setiap Jajahan adalah tidak sama. Mengambil sampel pada jumlah yang sama untuk Jajahan Kota Bharu dan Gua Musang misalnya 20 dan 20 orang dianggap kurang baik kerana jumlah usahawan IKS di Jajahan Kota Bharu jauh lebih banyak dibandingkan jumlah usahawan di Jajahan Gua Musang.

4.3 Pengumpulan Data