ketiga Jajahan ini adalah gambaran jumlah usahawan yang didapati pada setiap Jajahan lainnya. Dengan kata lain, jumlah usahawan untuk ketiga Jajahan ini
diasumsikan relatif sama dengan Jajahan-Jajahan lainnya sehingga jumlah sampel dapat diambil.
Berdasarkan pada kaedah ini, kajian ini mengambil sampel sebanyak 200 orang usahawan dari semua Jajahan. Dengan demikian pelbagai maklumat
diperoleh daripada seluruh Negeri. Walau bagaimanapun, jumlah sampel untuk setiap Jajahan adalah tidak sama. Mengambil sampel pada jumlah yang sama
untuk Jajahan Kota Bharu dan Gua Musang misalnya 20 dan 20 orang dianggap kurang baik kerana jumlah usahawan IKS di Jajahan Kota Bharu jauh
lebih banyak dibandingkan jumlah usahawan di Jajahan Gua Musang.
4.3 Pengumpulan Data
Pengumpualan data dilakukan dengan menggunakan soal-selidik dan temu bual. Di samping itu, untuk mendapatkan maklumat yang mungkin boleh
lebih menyempurnakan hasil kajian, dilaksanakan juga tinjauan ke beberapa kawasan industri. Daripada tinjauan ini misalnya boleh diketahui apakah industri
berkenaan mencemarkan perserikatan atau mengganggu keselesaan masyarakat sekitar dan sebagainya.
Untuk merealisasikan perkara-perkara ini penyelidik mengambil data asas usahawan daripada lembaga-lembaga yang berkenaan seperti nama usahawan,
alamat usahawan, lokasi industri, jenis dan kategori usaha, dan lain-lain.
56
Berdasarkan data-data asas ini penyelidik mengunjungi usahawan-usahawan berkenaan secara langsung untuk melengkapi soal-selidik yang ada.
Namun demukian kaedah di atas tidaklah muktamad. Sekiranya terjumpa usahawan Bumiputera di luar senarai nama-nama usahawan yang ada dalam
DPMM-NK dan MARA-NK dan memenuhi syarat, maka usahawan ini boleh dijadikan sampel untuk menggantikan sampel terpilih. Ini bertujuan untuk
memudahkan kajian dan memberi peluang kepada usahawan baru misalnya syarikat yang baru enam bulan didirikan menjadi sampel kajian. Kaedah ini
sangat perlu kerana ada usahawan yang telah terdaftar namun nama dan alamat mereka belum tercatat di dalam buku Direktori kerana buku berkenaan tidak
dikemaskini. Dengan cara seperti ini usahawan yang tidak terdaftar juga berpeluang menjadi sampel kajian. Maklumat yang didapati diharapkan lebih
kompleks, umpamanya mengapa mereka tidak mendaftarkan syarikat perniagaan dan sebagainya.
Bentuk soal selidik yang diberikan kepada responden adalah bentuk campuran antara ”soal selidik langsung” dan ”soal selidik tidak langsung”. Soal
selidik langsung bermakna responden yang menerima sola selidik tersebut diminta menjawab soalan-soalan berkenaan dirinya sendiri seperti ide, sikap,
keyakinan, perasangka dan sebagainya. Manakala responden yang diberi soal selidik untuk memberi jawaban berkenaan kehidupan orang lain disebut soal
selidik tidak langsung. Dengan cara seperti ini maklumat yang diperoleh akan lebih luas dan menyeluruh. Selain maklumat diri dan syarikat responden sendiri,
akan diperoleh juga maklumat berkenaan usahawan lain. Bentuk soal-soal yang
57
diajukan merupakan campuran daripada jenis soal pilihan ganda multiple choice, soal dua pilihan dichotomus atau forced choice dan beberapa item soal
terbuka open question. Melalui perjumpaan secara langsung dengan responden semua soal dapat dijawab.
Di samping itu, untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang lebih lengkap, kegiatan temubual dilakukan dengan pengarah agensi atau lembaga
yang terbabit atau pribadi-pribadi yang layak. Temubual ini juga merupakan counter-checking terhadap jawaban-jawaban yang telah diperoleh daripada
responden yang terdiri daripada usahawan sehingga maklumat yang didapati menjadi lebih tepat dan benar. Dengan cara ini diharapkan kebenaran maklumat
yang diperoleh lebih tinggi kerana responden boleh meminta penjelasan penyelidik terhadap hal-hal yang musykil. Sebaliknya penyelidik akan boleh
meluaskan soalan berdasarkan tinjauan dan perbincangan dengan usahawan untuk dijadikan nota. Dengan pertemuan secara langsung ini juga diharapkan
perkara-perkara lain yang dianggap berhubungan dengan kajian akan dapat diketahui seperti keluhan dan kekecewaan usahawan terhadap lembaga
kewangan, tindakan pihak kerajaan dan sebagainya.
4.4 Analisis Data