Skop dan Batasan Kajian Batasan Responden Kajian Definisi Usahawan dan Keusahawanan

2. Meneliti pelbagai alasan para usahawan kecil dan sederhana dalam

memilih institusi kewangan tertentu sebagai sumber kewangan dan kredit dalam pembiayaan usaha mereka.

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Penelitian ini hanya mengkaji dan menganalisis usahawan IKS Bumiputera daripada perspektif pembiayaan yang bertumpu kepada kemudahan kewangan dan kredit yang ada dalam institusi kewangan konvensional dan dan Islam. Di samping itu, penelitian ini hanya dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana Negeri ini sudah lebih satu dekad berada di bawah pemerintahan Partai Islam se-Malaysia PAS. Kerajaan Negeri Kelantan dianggap mempunyai tempoh masa yang lebih lama untuk mewujudakan prinsip-prinsip Islam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.

1.5 Batasan Responden Kajian

Responden kajian ini hanya usahawan Bumiputera iaitu Melayu Islam dalam kategori usahawan hecil dan sederhana. Manakala kaedah penentuan kategori usahawan IKS Bumiputera ini lebih difokuskan pada jumlah pekerja iaitu kurang daripada 50 orang untuk industri kecil dan 50 sampai 200 orang untuk untuk industri sederhana. Responden ini dikelompokkan menjadi empat bahagian iaitu usahawan yang terbabit dengan agensi atau institusi kewangan konvensional, usahawan yang terbabit dengan agensi atau institusi kewangan Islam, usahawan yang terbabit dengan kedua-dua institusi konvensional dan 23 Islam serta usahawan yang tidak terbabit dengan mana-mana institusi kewangan atau institusi kewangan konvensional maupun institusi kewangan Islam.

1.6 Definisi Usahawan dan Keusahawanan

Banyak definisi usahawan yang telah dikemukakan para ahli. Namun demikian, menyedari akan pentingnya perkara etika dan tanggungjawab sosial dalam aktiviti keusahawanan maka peneliti lebih menyetujui bahawa usahawan adalah individu yang terus-menerus menumbuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya bertujuan untuk mendapatkan kemakmuran masyarakat dan keredhaan Allah Adlan alias, dalam MEDEC, 1990. Atas dasar ini pula penulis lebih setuju bahawa definisi keusahawanan adalah aktiviti perniagaan yang diwujudkan oleh seseorang atau kelompok yang menafsirkan keadaan sekitarnya, mengenal pasti peluang, menggunakan bahan-bahan, menjalankan ide-ide, membesarkan kekayaan dan menggalakkan kebajikan sosial Suhaimi, 1991. Definisi inilah yang digunapakai dalam penelitian ini.

1.7 Definisi Industri Kecil dan Sederhana IKS