Keganasan Seksual terhadap Wanita
b. Keganasan Seksual terhadap Wanita
Wanita yang secara biologinya dianggap lemah dan bersifat submersif. Dalam hal ini, wanita sering terdedah kepada bahaya, khususnya menjadi sasaran untuk memuaskan nafsu lelaki seperti mendapat gangguan seksual dan pemerkosaan atau rogol terhadap wanita. Menurut Rohana Ariffin (1998), definisi pemerkosaan dan rogol mengikut “Kanun Keseksaan 375” (selepas 1989) merangkumi: “Seseorang lelaki melakukan hubungan seks dalam keadaan di mana; tanpa kerelaan wanita itu, dengan kerelaan tetapi di dalam ketakutan fizikal atau maut, wanita itu menyangka yang lelaki itu suaminya, dan wanita itu di bawah umur 16 tahun.”
Keganasan seksual juga berlaku dalam Hikayat Patani iaitu kisah Yang Dipertuan Muda Johor (YDMJ) iaitu adik ipar kepada suami Raja Kuning telah merogol Raja
Kuning. Hal ini sebagaimana dalam petikan di bawah:
“Hatta antara dua bulan peninggalan Yang Dipertuan pulang ke Johor itu maka Yang Dipertuan Muda pun memerogolnya.
Syahadan
sebab berani Yang Dipertuan Muda kerjakan itu dari kerana diketahuinya kakanda baginda itu tiada rapat dengan perempuan.” (Siti Hawa Haji Salleh,1992)
Perbuatan yang dilakukan oleh YDMJ seandainya dilihat melalui perspektif Islam merupakan suatu perbuatan yang amat bersalahan dalam syariat Islam. Namun jika ditelusuri dengan ciri-ciri sifat yang dikonstrusikan oleh masyarakat kepada golongan lelaki, iaitu sifat kelelakian atau kejantanan, perbuatan YDMJ ini menunjukkan tentang penonjolan perbuatan yang pada satu tahap masih berlegar dalam landasan hubungan gender masyarakat tradisional, iaitu ‘kelelakian’, dengan erti kata yang lain, kuat dan berani dan ‘kewanitaan’ bermaksud lemah lembut. Dalam hal ini, tindakan yang dilakukan oleh YDMJ merupakan suatu perbuatan untuk menunjukkan tentang ‘kelelakiannya’, iaitu boleh bergerak bebas dan melakukan semua perbuatan atau sebagai ‘lambang kuasa’ yang dimiliki YDMJ kerana berkemampuan bertindak merogol Raja Kuning, sedangkan Raja Kuning merupakan pemerintah Patani pada waktu tersebut.
Ancaman yang sama juga berlaku pada Raja Kuning semasa keberadaan Raja Kali di istana baginda. Raja Kali bertindak di luar batasan syariat Islam dengan menunjukkan kejantanannya dengan bertindak ingin memerogol
raja Kuning. Semasa keberadaan raja Kali di istana Patani, Raja Kuning dilihat kehilangan kuasa dan tidak boleh menjalankan segala pentadbiran negara akibat ancaman Raja Kali yang bertindak ingin memerogol baginda (Siti Hawa Haji Salleh, 1992). Para pembesar
PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL
43 istana pula tidak dapat melakukan sebarang
tindakan atau hukuman kepada Raja Kali walaupun keberadaan Raja Kali telah mengancam Raja Kuning dengan tindakan ingin merogol Raja Kuning dan bertindak memaksa Raja Kuning untuk tidak meninggalkan istana. Raja Kuning hidup dalam keadaan tergugat dan ketakutan serta terpaksa menurut kehendak Raja Kali sedangkan Raja Kuning merupakan Raja Patani pada ketika ini. Sehingga Raja Kuning menyatakan titah dan keluhannya kepada pembesarnya seperti dalam petikan di bawah:
“Maka titah Phra Cau, “Jikalau ada kasihan belas segala menteri dan pegawai akan kita tolonglah lepaskan beta dari dalam istana ini. Jika apa-apa pun, yang Raja Kali itu masakan tiada boleh bendahara biarakan dengan segala menteri pegawai sekalian, lamun juga kita sudah lepas (Siti Hawa Haji Salleh, 1992)
Walau bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak menerima perbuatan mengancam dan merogol wanita ini sebagai suatu bentuk pola hubungan gender yang diperakui di sisi masyarakat berasaskan kod gender masyarakat Melayu dan Islam. Hal ini dapat dibuktikan dalam Hikayat Patani dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan penganiayaan terhadap Raja Kuning melalui hukuman keras kepada pesalah dengan hukuman buang negeri terhadap YDMJ (Siti Hawa Haji Salleh,1992) dan hukuman bunuh kepada Raja Kali (Siti Hawa Haji Salleh,1992). Oleh hal yang demikian, masyarakat Melayu Patani melarang perbuatan menganiayai wanita dan menjaga kehormatan wanita.