PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRAD

BERDASARKAN HIKAYAT PATANI

(GENDER RELATIONS IN TRADITIONAL SOCIETY BASED ON HIKAYAT PATANI) SUHADAN ANWAR * DAN SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

*Corresponding author: adan27zubaidah@gmail.com Abstrak: Kajian ini berusaha untuk membincangkan tentang perhubungan gender dalam

Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat tradisional. Hal ini kerana masyarakat Melayu tradisional memandang wanita dengan sifat-sifat stereotaip atau ‘sendeng gender’ dan hanya diberikan peranan di ruang domestik (ruang dapur). Namun, Hikayat Patani telah menafikan hal ini dengan menonjolkan beberapa orang wanita sebagai pemerintah atau raja dalam negeri-negeri mereka. Dalam hal ini, kajian ini dapat menonjolkan peranan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki dengan wanita, khususnya masyarakat Melayu Patani. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud sendeng gender atau bias gender walaupun wanita telah menjadi pemimpin atau raja dalam sistem kemasyarakatan. Namun, peranan wanita sebagai seorang pemimpin telah mampu untuk menonjolkan potensi mereka sebagai seorang yang berkebolehan dalam ruang awam seperti lelaki.

Kata kunci: Gender, tradisional Melayu, tradisi Melayu-Islam, feminisme, patriarki, stereotaip, wanita.

Abstract: This research tends to discuss on gender relations in the Hikayat Patani (The annals of Patani). The purpose of this research is to identify patterns of gender relations in the Hikayat Patani and analyze the role and position of women in traditional society. This is because the traditional Malay society views women with stereotypical traits or 'sendeng gender' and shall only be granted a role in domestic space (the kitchen). However, the Hikayat Patani has denied this by highlighting some of those women as ruler in the land of Patani. In such case, this research will be able to highlight the role and position of gender in the traditional Malay society particularly Patani Malay community. The results show that ‘sendeng gender’ or gender bias still exist although women have become leaders or kings in the social system. However, women's role as a leader has been able to highlight their potential as capable as men in public space.

Keywords: Gender, Malay traditional, Malay-Muslim Tradition, feminisme, patriarchy, stereotypes, women.

Pengenalan

keluarga, institusi pendidikan dan kelompok Gender berkait rapat dengan pembahagian sebaya (Ting Len Siong, 2013). Menurut

peranan dan kedudukan di antara golongan lelaki Rahimah Hamdan (2015) pula, pembikinan dan dengan wanita dalam sesebuah masyarakat yang peranan gender antara sesuatu masyarakat dengan terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya. masyarakat lain adalah berbeza bergantung Sebagaimana pendapat Wan Abdul Kadir kepada faktor sejarah dan geografi. Selain faktor Yusoff (1998: 2) bahawa perbezaan yang dapat perkembangan modenisasi, penghayatan agama, dilihat antara lelaki dan wanita kebanyakannya adat dan budaya yang turut menyumbang disebabkan oleh proses sosialisasi anak-anak kepada pembentukan pandangan hidup dan kod lelaki dan perempuan dalam sesuatu budaya. gender dalam masyarakat (Rahimah Hamdan, Agen utama dalam proses sosialisasi adalah 2015; Marshall, B. L. 2000; Ruzy Suliza

Hashim, 2006). Sehubungan dengan ini, faktor

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

26 ideologi, adat, budaya, agama dan persekitaran

yang diamalkan atau diterima dalam proses sosialisasi akan turut mempengaruhi pemikiran individu dalam masyarakat seterusnya mempengaruhi peranan dan kedudukan gender dalam masyarakatnya. Sebagaimana pendapat yang diutarakan oleh Ting Chew Peh (1979: 107) bahawa sosialisasi merupakan satu proses yang dilalui oleh seseorang individu dalam sesebuah masyarakat untuk menjadi anggota dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut. Melalui hal ini, persepsi gender dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dengan masyarakat yang lain (Mohd Anuar Ramli, 2004; Ding Choo Ming, 2006). Oleh hal yang demikian, kajian mengenai gender mestilah dilihat dari sudut nilai dan world view yang melatari sesebuah masyarakat tersebut.

Istilah gender sering dikaitkan dengan istilah seksualiti yang terhasil daripada pembentukan budaya atau culturally constructed (Ruzy Suliza Hashim, 2006). Namun, kedua- dua istilah ini mempunyai maksud yang berbeza menurut feminisme (Ungku Maimunah, 2013; Love, 2007; Mansour Fakih, 1996). Istilah gender merujuk kepada cara-cara lelaki dan wanita dalam memenuhi sifat-sifat kelelakian (maskulin) dan kewanitaan (feminin) menurut tuntutan masyarakat dan kepercayaan, manakala seksualiti pula merujuk kepada identiti dan perlakuan seksual yang juga terikat kepada norma tempatan (Ruzy Suliza Hashim, 2006). Namun, Mohd. Zariat Abdul Rani (2011) memberikan maksud seksualiti dalam konteks yang lebih luas merangkumi segala hal yang berkaitan kejantinaan manusia termasuklah berkaitan dengan perhubungan gender. Dalam hal ini, perbicaraan mengenai gender juga tidak dapat lari daripada membicarakan tentang soal seksualiti.

Merujuk kepada istilah gender yang merangkumi kedua-dua golongan sama ada lelaki mahupun wanita, perbicaraan berkaitan dengan isu gender dan hubungan gender sepatutnya dibicarakan secara seimbang antara lelaki dan wanita. Akan tetapi perkara yang sebaliknya terjadi, iaitu soal wanita lebih

dibicarakan berbanding lelaki (Mohd Anuar Ramli, 2010; Rahimah Hamdan, 2008). Hal ini berikutan daripada penguasaan golongan lelaki dalam sistem kemasyarakatan yang menyebabkan golongan wanita dikatakan telah lama dipinggirkan dalam sejarah dan kebudayaan masyarakat (Ruzy Suliza Hashim, 2003; Ursula King, 1995). Jadi, tidak menghairankan jika perbicaraan mengenai wanita lebih daripada lelaki berkaitan dengan isu gender dan hubungan gender.

Isu-isu mengenai gender dan seksualiti dalam masyarakat Melayu merupakan suatu isu yang sensitif dan ‘taboo’ kerana terbatas kepada tuntutan budaya dan adat Melayu (Rahimah Hamdan, 2015). Dalam hal ini, tidak hairanlah anjuran kerajaan yang ingin melaksanakan pendidikan seks suatu ketika dahulu kepada pelajar di institusi-institusi pendidikan khususnya di sekolah mendapat bantahan dan tentangan serta menjadi topik yang panas dan diperdebatkan oleh ramai pihak (Amir Hasan Dawi, 2007; Mohamad Fauzi bin Sukimi, 2010). Di samping itu, Azwan Ali pula menyiarkan, “Peluk Cium Artis K-Pop”, dalam Suara TV (2015) berkaitan dengan isu lelaki menuntut mahkamah supaya diberi hak berpakaian menyerupai wanita baru-baru ini mendapat tentangan kuat dalam kalangan masyarakat Melayu setara dengan kecaman terhadap wanita Melayu yang berpelukan dengan artis K-pop. Ini kerana isu ini menurut masyarakat Melayu bertentangan dengan adat dan agama Islam. Masyarakat Melayu menganggap bahawa tradisi adat itu tidak bercanggah dengan Islam, malahan tradisi adat itu sentiasa selaras dengan kehendak-kehendak Islam (Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, 1998). Dalam hal ini, masyarakat Melayu memandang isu tersebut sebagai amat bersalahan dengan adat dan agama kerana jelas dilarang oleh hukum Islam yang mengharamkan perbuatan tersebut (Marziana Abd. Malib & Mimi Sofiah Ahmad Mustafa, 2014).

Melalui hal yang demikian, masyarakat Melayu khususnya masyarakat Melayu tradisional telah menetapkan kod gender yang tersendiri yang mesti dipatuhi oleh

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

27 masyarakatnya yang menghalang dan melarang

masyarakatnya menyeleweng daripada kod tersebut. Kod gender dalam masyarakat Melayu ini seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini adalah selaras dengan kehendak adat, budaya dan agama yang diterima atau dianuti oleh masyarakat Melayu. Justeru, sebarang pelanggaran ke atas kod gender akan menyebabkan pelanggar kod tersebut dan dipandang serong atau dipinggirkan oleh masyarakatnya.

Sorotan Kajian

Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional yang diperlihatkan oleh pengkaji- pengkaji lepas melalui penelitian mereka terhadap karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya karya historiografi Melayu menunjukkan bahawa hubungan gender yang berat sebelah atau sendeng gender, iaitu wanita hanya diberikan peranan di ruang dapur atau digambarkan dengan peranan stereotaip manakala lelaki berperanan di ruang awam dan bertindak sebagai pengawal atau berkuasa dalam institusi masyarakat.

Kajian terawal yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu yang berkait rapat dengan gender adalah Ismail Sarbini (1990) yang mendapati bahawa wanita dalam Sulalatus Salatin terpaksa akur dalam sistem patriarki dan mereka tunduk kepada lelaki dan diperlakukan dengan sesuka hati oleh lelaki. Walaupun Islam telah datang ke Melaka namun nasib mereka tetap sama. Hal ini juga selaras dengan pendapat Siti Hawa Salleh (1992):

“Dalam sastera sejarah watak wanita yang dikemukakan jarang memegang suatu yang penting, sebaliknya hanya berupa watak sampingan. Watak- watak itu dihadirkan untuk memenuhi sesuatu fungsi dan kemudian apabila tidak lagi diperlukan terus dihilangkan begitu sahaja. Dalam hal ini, hanya Sejarah Melayu yang memperkenalkan beberapa

kemudiannya sering disebut-sebut

sebagai tokoh contoh tertentu. Dalam karya-karya lain, watak-watak wanita muncul sebagai dayang-dayang dan gundik-gundik, serta tidak bernama sahaja. Ini adalah kerana penulisan sejarah itu ialah suatu penulisan yang lebih bersandarkan realiti, iaitu sejarah sesebuah kerajaan dan asal usul negeri serta asal usul raja-raja yang memerintah”.

Dalam nada yang berbeza dengan bias gender, kajian yang dilakukan oleh Ruzy Suliza Hashim pada tahun 2003 mendapati bahawa wanita walaupun diperlihatkan oleh pengarang sebagai lemah dan submersif namun mempunyai cara yang tersendiri untuk menuntut hak dan membela keadilan mereka. Wanita dikatakan memberi sumbangan dalam sejarah negaranya serta bertindak dalam pemerintahan walaupun tidak diberikan kuasa sebagai raja. Kajian beliau juga mendapati bahawa agama Islam tidak digunakan sebagaimana sepatutnya oleh pemerintah khususnya berkaitan dengan peranan dan kedudukan wanita walaupun pada masa tersebut Islam sudah menjadi agama anutan utama di Tanah Melayu.

Harun Jaafar (2006) juga ada menyebut berkaitan hubungan gender khususnya berkaitan imej wanita dalam Sulalatus Salatin. Namun, perbicaraannya yang ringkas tentang wanita dalam Sulalatus Salatin memperlihatkan bahawa wanita masih dicirikan dengan nilai- nilai stereotaip yang bersifat lemah lembut, penyabar, tabah, cekal dan submisif serta bertindak sebagai ibu dan isteri. Malah, wanita digunakan sebagai ‘objek politik’ atau ‘hadiah’ untuk tujuan politik khususnya mengeratkan hubungan di antara pembesar dengan raja. Walau bagaimanapun, masih terdapat imej wanita yang dipaparkan dalam sastera sejarah tersebut yang cuba menyerlahkan ciri-ciri kebijaksanaan wanita kerana menasihati kaum lelaki. Namun begitu, peranan wanita dalam Sulalatus Salatin tidak diperlihatkan telah memasuki ruang awam.

Seterusnya, kajian tentang perhubungan gender dalam masyarakat tradisional juga turut dilakukan oleh Noriah Taslim pada 2011. Kajian

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

28 ini meneliti dua watak dalam dua buah syair iaitu

watak Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah dan Siti Rafaeh dalam Syair Abdul Muluk. Menariknya, kedua-dua syair ini memaparkan tentang watak wanita yang tidak terbatas pergerakan dan peranan mereka seperti paparan terhadap watak lelaki. Namun begitu, watak wanita dalam ruang awam tersebut ditampilkan sebagai lelaki atau menyamar sebagai lelaki. Menurut Noriah Taslim (2011), penyamaran atau pengayaan wanita kepada identiti seorang lelaki ini merupakan akibat dari tanggapan budaya stereotaip yang khusus kepada seorang wanita yang pergerakannya amat terbatas. Jadi dengan penyamaran menjadi lelaki akan memungkinkan wanita tersebut keluar daripada ruangnya yang sempit dan membolehkan dia merealisasikan autonominya.

Selain itu, Ruzy Suliza Hashim (2013) juga turut melakukan kajiannya berkait rapat dengan perhubungan gender sebagaimana dengan kajiannya yang sebelum ini dengan memfokuskan kepada pengucapan wanita dalam dua buah karya naratif istana (karya historiografi). Kajian ini tertumpu kepada satu watak wanita, iaitu Tengku Tengah dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis. Kajian ini mendapati bahawa Tengku Tengah walaupun dikekang oleh peranan jantina (kejantanan dan kewanitaan) dalam domain peribadi dan awam. Namun, beliau tetap berusaha untuk membela diri dan keluarganya dengan melanggar norma kewanitaan dengan pelbagai muslihat yang dapat membatasi norma kejantinaan. Akhirnya, Tengku Tengah turut akur dengan kuasa lelaki atau kembali kepada norma kejantinaannya setelah hasratnya tercapai. Tengku Tengah berjaya memainkan peranan penting dalam penghasilan hubungan sosial, menegakkan status lelaki dan mengekalkan kuasa keluarganya. Dengan menggunakan lensa pembacaan pertukaran sosial, Ruzy Suliza Hashim (2013) juga memperlihatkan bahawa wanita turut memainkan peranan dalam percaturan politik istana dan bukan sekadar watak-watak lemah dan bisu.

Dalam hal ini, perhubungan gender

masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan tentang kesendengan kedudukan dan peranan, khususnya wanita dalam masyarakat tradisional yang hanya memainkan peranan yang stereotaip, disamping dominasi kuasa oleh golongan lelaki dalam sistem kemasyarakatan, namun bagaimana pula dengan karya Hikayat Patani yang dengan jelas menjadikan wanita sebagai pemimpin atau raja. Adakah mereka masih dikongkong walaupun telah menjadi raja dan adakah adat Melayu dan Islam menghalang wanita untuk bertindak di ruang awam? Oleh itu, analisis ini akan berkisar kepada watak perempuan dalam Hikayat Patani khususnya mengenai hubungan mereka dengan lelaki dalam sistem kemasyarakatan dan memperlihatkan peranan dan kedudukan wanita dengan menjadikan perspektif hubungan gender Melayu sebagai landasan kajian.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu kaedah analisis dokumen atau teks dan kaedah penyelidikan perpustakaan. Melalui kaedah penyelidikan kualitatif, proses pembacaan dalam teks pilihan dilakukan dengan teliti untuk mengenal pasti kandungan teks yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Teks yang bersesuaian dengan tajuk kajian dilakukan analisis dengan menggunakan perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Teks yang digunakan dalam kajian ini adalah Hikayat Patani yang diselengarakan oleh Siti Hawa Haji Salleh pada 1992 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Oleh kerana kajian ini terbatas kepada satu teks sahaja iatu Hikayat Patani, penganalisisan akan dibuat dengan teliti supaya teks kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam membincangkan tentang perhubungan gender dalam Hikayat Patani. Justeru, analisis akan dilakukan dengan mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional.

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

Perspektif Gender dalam Masyarakat Melayu Tradisional

Masyarakat Melayu tradisional secara amnya, berpegang kuat kepada adat mereka yang telah dibentuk sejak turun temurun lagi dan sesetengahnya masih diamalkan sehingga sekarang. Adat dalam masyarakat Melayu merupakan suatu keseluruhan cara hidup orang Melayu yang mengatur kehidupan masyarakat Melayu yang merangkumi institusi sosial, ekonomi, politik, sistem nilai, sistem hukum dan sebagainya (Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, 2005). Walau bagaimanapun, adat Melayu menurut Abdullah Zakaria bin Ghazali (2006) boleh dibahagikan kepada empat, iaitu Adat Sebenar Adat (Hukum Alam), Adat yang Diadatkan (Adat Temenggung dan Adat Perpatih), Adat yang Teradat (Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat), dan Adat Istiadat (Kebiasaan yang ditiru). Manakala, Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005) pula mengkategorikan adat kepada lima dengan penambahan kepada adat resam. Kepelbagaian jenis adat dalam masyarakat Melayu ini berpunca daripada nilai dan norma tradisi masyarakat Melayu serta agama Islam.

Walaupun begitu, masyarakat Melayu meletakkan ajaran Islam sebagai kawalan utama kepada pembinaan adat kerana sebarang amalan adat tradisi boleh dimansuhkan seandainya bertentangan dengan ajaran Islam tetapi amalan tradisi yang baik dan tidak bertentangan dengan Islam masih diamalkan. Sebagaimana pepatah Melayu menyatakan bahawa ‘Adat basandi Syarak, Syarak basandi Kitabullah, Syarak mengato, Adat memakai’ (Mohd Anuar Ramli, 2006: 40) atau ‘Adat bersendi Hukum, Hukum bersendi Kitabullah, Kuat Adat, tak gaduh Hukum, Kuat Hukum, tak gaduh Adat, Ibu Hukum muafakat, Ibu Adat muafakat’ (Abdullah Siddik, 1975: 7). Hal ini selaras dengan pendapat Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005: 69) bahawa:

“Walaupun budaya masyarakat Melayu sebilangan besarnya masih kekal dengan adat dan nilai serta norma

tradisi (kerana konsep

tradisi itu sendiri adalah dinamik), perubahan atau pengubahsuaian tetap berlaku di sana sini selagi tidak lari dari kerangka budaya atau konteks yang dibenarkan oleh agama Islam. Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu sangat terikat dengan nilai dan norma Islam. Dengan kata lain, sistem adat dan peraturan bermasyarakat yang terdapat dalam budaya Melayu adalah bersendikan agama.”

Meskipun begitu, kehidupan masyarakat Melayu, khususnya pada zaman tradisional semasa awal kemasukan Islam telah mempunyai adat yang tersendiri yang kuat dipengaruhi oleh kepercayaan Animisme dan Hinduisme . Contohnya, adat resam nikah kahwin, adat resam wanita bersalin, adat permulaan bersawah, adat dan pantang larang makan, dan sebagainya (Syed Alwi Syeikh Al-Hadi, 1960; A. Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad, 1995). Dengan ini, nilai-nilai tradisi pada awal kedatangan Islam, khususnya yang bertentangan dengan ajaran Islam masih diamalkan dan kadang- kadang disalahertikan dengan adat. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Melayu tradisional masih mengamalkan ajaran atau adat yang bertentangan dengan Islam walaupun masyarakat Melayu telah menerima Islam sebagai agama mereka. Menurut Harun Jaafar (2006), kepercayaan Animisme merupakan warisan asal dalam masyarakat Melayu yang masih lagi kekal hingga kini, di samping unsur Hindu yang masih wujud dalam budaya Melayu terutama dalam kalangan golongan feudal. Namun, unsur yang terpenting yang mendasari budaya Melayu adalah Islam, walaupun masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat yang mempunyai unsur bukan Islam dalam kehidupan mereka.

Sehubungan dengan ini, wujud dua golongan dalam masyarakat Melayu berkaitan dengan adat dan kepercayaan, iaitu golongan yang gagal membezakan ajaran Islam dan bukan Islam, dan golongan yang memiliki fahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap Islam

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

30 (Anisah Ab. Ghani & Saadan Man, 2006). Bagi

Secara umumnya, pemahaman masyarakat masyarakat Melayu yang gagal membezakan Melayu tentang hubungan gender adalah ajaran Islam dan bukan Islam, mereka masih berlandaskan kepada ajaran Islam, khususnya terkeliru dengan norma adat yang diwarisi tentang kejadian manusia yang bermula daripada oleh mereka sebelum Islam menjadi pegangan Nabi Adam a.s, kemudian, Hawa sebagai teman mereka. Golongan ini meletakkan norma adat kepada Nabi Adam a.s yang membolehkan yang diwarisi sebagai suatu pegangan yang manusia beroleh keturunan. Sebagaimana masih berasaskan Islam, sedangkan norma adat firman Allah dalam Surah an-Nisaa (4:1): yang diwarisi tersebut bertentangan dengan

“Hai sekalian manusia, Bertakwalah ajaran Islam. Kekeliruan ini berlaku akibat

kamu kepada Tuhanmu yang telah daripada kurangnya kefahaman dan penghayatan

menciptakan kamu dari padanya terhadap Islam. Oleh sebab itu, norma adat yang

Allah menciptakan isterinya; dan dari diwarisi tersebut bagi golongan ini dianggap

keduanya Allah memperkembang suatu rukun dalam Islam yang mesti dipatuhi.

biakan laki-laki dan perempuan yang Seterusnya, golongan yang memiliki

banyak. Dan bertakwalah kepada fahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap

Allah yang dengan (mempergunakan) Islam pula mempunyai pandangan dan

nama-Nya kamu saling meminta pegangan yang sebaliknya. Mereka merupakan

satu sama lain. Dan (peliharalah) golongan yang mengamalkan ajaran Islam dan

hubungan silaturahim. Sesungguhnya tidak mengamalkan atau meninggalkan terus

Allah selalu menjaga dan mengawasi amalan adat yang diwarisi oleh kebudayaan

kamu.” (Muhammad Hasan Himshi, sebelumnya (Animisme dan Hinduisme) yang

ed. Al Our’an Tajwid dan Terjemahan, bercanggah dengan Islam. Dalam hal ini,

golongan ini merupakan golongan yang faham Melalui hal ini, agama Islam telah dan arif tentang perubahan sosialisasi adat dalam menetapkan kedudukan wanita sebagai

kebudayaan Melayu dan memiliki kefahaman pelengkap kepada lelaki melalui yang kedua- selaras dengan adat yang patut dianuti atau duanya (lelaki dan wanita) dicipta untuk saling menjadi pegangan dalam masyarakat Melayu. memanfaatkan antara satu sama lain (Wan Abdul Oleh hal yang demikian, dua golongan yang Kadir Yusoff, 1998). Walau bagaimanapun, wujud dalam masyarakat Melayu ini melahirkan peranan dan kedudukan lelaki dalam dua pandangan yang berbeza disebabkan oleh masyarakat Melayu lebih dominan daripada kefahaman dan pengetahuan agama mereka wanita (Rahimah Hamdan, 2008). Kendatipun, sama ada benar-benar memahami agama atau kedudukan dan peranan lelaki lebih dominan pun kurang memahami agama dalam keadaan dan ini tidak dianggap bercanggah dengan Islam mereka ingin menjadikan agama Islam sebagai kerana ia masih berteraskan kepada prinsip pandangan hidup mereka.

keadilan (Wan Abdul Kadir Yusoff, 1998). Hal

Justeru itu, golongan yang memiliki ini selaras dengan firman Allah dalam surah an- fahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap Nisaa (4: 34: 84): Islam menjadikan ajaran Islam yang sebenar

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin sebagai adat mereka, manakala golongan yang

bagi kaum wanita, oleh karena Allah tidak faham atau kurang memahami ajaran Islam

telah melebihkan sebahagian mereka akan menganggap adat sebelum Islam sebagai

(laki-laki) atas sebahagian yang lain suatu yang dituntut dalam Islam disebabkan

(wanita), dan karena mereka (laki-laki) kejahilan mereka terhadap agama Islam itu

telah menafkahkan sebahagian dari sendiri, kemudian menjadi adat yang dianggap

harta mereka.” (Muhammad Hasan oleh mereka sebagai tuntutan daripada agama

Himshi, ed. Al Qur’an Tajwid dan Islam.

Terjemahan, 2009)

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

31 Kedudukan dan peranan lelaki yang

lebih dominan ini adalah kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan berat berbanding wanita. Contohnya, lelaki dituntut atau diwajibkan untuk mencari nafkah kepada keluarganya dan membahagikan sebahagian hartanya kepada wanita, khususnya isteri di samping wanita tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.

Walaupun begitu, Islam melihat lelaki dan wanita sebagai manusia yang sama tarafnya dan mempunyai peranan dan kedudukan yang sama di sisi Allah. Ini dapat dibuktikan melalui ayat al-Qur’an dalam surah al-Ahzab ( 33:35) yang bermaksud:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki- laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki- laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan ampunan dan pahala yang besar.” (Muhammad Hasan Himshi, ed. Al Qur’an Tajwid dan Terjemahan, 2009)

Menurut adat Melayu dan Islam perbezaan dari aspek kejadian manusia, fizikal dan biologi antara lelaki dan wanita ini memperlihatkan tentang perbezaan peranan antara mereka yang masih berasaskan prinsip ‘keadilan’ atau masih berlegar kepada prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita (Noraisah Yusop, 2012). Keadilan gender yang dimaksudkan ini adalah berlainan dengan konsep keadilan yang diketengahkan oleh golongan feminisme yang meletakkan ruang awam dan ruang dapur atau domestik sebagai pengukur kepada prinsip keadilan tersebut. Prinsip keadilan dan kesamarataan dalam masyarakat Melayu menurut ajaran Islam, iaitu selaras dengan

pendapat Mohd Anuar Ramli (2010) bahawa dalam menjamin status kemanusiaan, Islam turut membahagikan tugasan dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan selaras dengan perbezaan fisiologi mereka. Dalam hal ini, perbezaan peranan di antara lelaki dengan perempuan bukan bertujuan untuk mendominasi atau memberi kuasa penuh kepada lelaki ke atas wanita dan merendahkan kedudukan jantina yang lain tetapi meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Namun begitu, kelebihan kedudukan dan peranan yang dimiliki oleh lelaki ini kadang- kadang disalahgunakan yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam perhubungan gender. Kaum lelaki menyalahgunakan kelebihan ini menyebabkan wanita terus terjerut oleh perasaan apabila tidak wujud keadilan yang dilaung-laungkan (Rahimah Hamdan, 2008: 8).

Selain itu, masyarakat Melayu berasaskan tradisi dan budaya amat menekankan kepentingan imej dan jati diri yang membezakan kedudukan jantina. Perlakuan lelaki meniru perlakuan perempuan dianggap tidak norma dan perbuatan itu juga bercanggah dengan kehendak Islam, dan begitu jugalah sebaliknya, iaitu dianggap bercanggah dengan nilai- nilai tradisi dan Islam apabila perempuan menunjukkan perlakuan seperti lelaki (Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, 1998). Dalam hal ini, masyarakat Melayu telah menetapkan peranan dan pembahagian yang berbeza di antara lelaki dengan wanita. Lelaki dan wanita diajar dan diasuh dari kecil untuk membentuk kelelakian dan kewanitaan selaras dengan kod-kod gender yang ditetapkan berlandaskan tuntutan adat dan budaya masyarakat Melayu.

Dalam Masyarakat Melayu, lelaki digambarkan dengan mempunyai sifat gagah dan berani manakala wanita pula digambarkan dengan sifat berserah kepada lelaki, lemah- lembut, bertimbang rasa, penyayang, cantik dan suka berhias serta bersopan santun. Hal ini boleh dibuktikan melalui perilaku dan sifat ikon lelaki dalam masyarakat Melayu seperti Hang Tuah dan puteri-puteri dalam masyarakat tradisional yang melambangkan sifat kewanitaan Melayu tradisional seperti yang ditonjolkan oleh

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

32 pengarang dalam Sulalat al-Salatin (Sejarah

Melayu) dan Hikayat Hang Tuah. Contohnya dapat dilihat dalam petikan di bawah:

“Sebermula akan Hang Tuah barang lakunya terlalu cerdik dan perkasa. Jika ia bermain (terlebih) daripada orang lain, jika ia memangkas atau bergurau sama muda{h}, maka disingsingnya tangan baju seraya katanya,

“Laksamana

lawanku.”

Maka ia dipanggilnya sama-sama muda “Laksamana”, jadi lekatlah namanya “Laksamana” disebut orang.” (Muhammad Haji Salleh, 1997)

Dalam Hikayat Hang Tuah pula, “Maka ada kepada suatu hari datang

orang Inderapura mengatakan anak Bendahara Seri Buana di Inderapura itu terlalu baik rupanya, Tun Teja namanya… rupanya terlalu amat elok seperti bulan empat belas hari bulan, gilang-gemilang kilau-kilauan, tiada dapat ditentang olehnya.” (Kassim Ahmad, 1997)

Dalam hal ini, Masyarakat Melayu telah menetapkan ciri-ciri kewanitaan dan kelelakian dalam masyarakatnya berasaskan kepada prinsip keadilan sebagaimana fitrah lelaki dan wanita dilahirkan berbeza dari segi biologi maka peranannya juga berbeza, namun, golongan feminisme melihat perbezaan peranan dan kedudukan antara lelaki dengan wanita ini sebagai suatu penindasan terhadap kaum wanita. Ini kerana keadilan gender bagi golongan feminisme adalah persamaan hak mutlak di antara lelaki dan wanita. Dengan ini, mereka melakukan counter discourse, demaskulinisasi epistemologi ilmu agama, dan merombak sistem patriaki-ortodoksi dalam masyarakat Muslim kerana mereka beranggapan ideologi yang digunakan oleh masyarakat selama ini merupakan suatu ideologi yang dicipta di bawah pengaruh golongan lelaki yang menyebabkan berlakunya bias gender (Anuar Ramli, 2012).

Tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu lebih banyak mengehadkan pergerakan wanita

dengan memberikan penekanan kepada wanita kepada ‘ruang dapur’. Namun begitu, wanita dalam masyarakat Melayu tradisional juga turut memainkan peranan mereka dalam ruang awam khususnya dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga. Dalam Sejarah Melayu, penceritaan Tun Seri Lanang tentang kedatangan raja Melayu di Bukit Seguntang Mahameru memperlihatkan tentang dua orang wanita, iaitu Uwan Empuk dan Uwan Malini sedang berada di sawah dan mengusahakan huma semasa melihat kehadiran tiga orang anak muda dan berlaku keajaiban pada huma mereka (Muhammad Haji Salleh, 1997). Oleh itu, peranan wanita dalam masyarakat Melayu juga boleh melepasi batas ruang awam dalam keadaan tertentu. Namun begitu, penting untuk dijelaskan bahawa dalam masyarakat Melayu, kedudukan dan peranan kaum lelaki lebih dominan berbanding wanita dalam sistem kemasyarakatannya.

Menurut Mohd. Anuar Ramli (2004), sejak kanak-kanak lagi masyarakat Melayu mengalami proses sosialisasi yang berbeza bergantung pada jantina. Anak perempuan dijaga dengan lebih ketat dan diawasi dengan pelbagai pantang larang. Pantang larang yang dikenakan kepada anak perempuan dan wanita biasanya bertujuan menghalang wanita daripada melepasi batasan ruang yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Harun Jaafar (2006) menyebut pantang larang atau ‘taboo’ dalam masyarakat Melayu seperti anak gadis dilarang duduk di muka pintu kerana dipercayai sukar dilamar orang, dan perempuan mengandung dilarang duduk di muka pintu kalau tidak sukar bersalin. Pantang larang kepada wanita untuk duduk di muka pintu ini sebenarnya bertujuan untuk menghalang wanita untuk keluar daripada rumah (keluar ke ruang awam) atau dalam erti kata lain bertujuan untuk mengikat kaum wanita dengan peranan mereka di rumah (ruang dapur). Sekiranya ditelusuri, kebanyakan pantang larang berkaitan hubungan gender dalam masyarakat Melayu adalah lebih kepada wanita berbanding lelaki. Ini selaras dengan pendapat Wan Abdul Kadir Yusoff (1998) yang menyatakan bahawa orang Melayu amat menekankan etika dan moral dalam kalangan wanita. Kedudukan moral wanita

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

33 amat rigid berbanding lelaki. Wanita tidak boleh

bergerak bebas sebagaimana kaum lelaki dan dikehendaki sentiasa menjaga adat, budi bahasa dan tatasusila. Hal ini kerana masyarakat Melayu memandang wanita khususnya anak perempuan sebagai lambang maruah keluarga mereka.

Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa elemen penting yang mendasari perhubungan gender dalam masyarakat Melayu tradisional seperti berikut:

1. Kedudukan dan peranan lelaki lebih dominan berbanding wanita menyebabkan penyalahgunaan kuasa oleh golongan lelaki yang telah mewujudkan budaya patriarki dalam sistem kemasyarakatan (Rosli, 2006: 2-3; Siti Musdah Mulia, 2007).

2. Terdapat kekeliruan antara adat dengan agama, khususnya adat yang dibudayakan atau diperadatkan tidak selari dengan tuntutan agama Islam tetapi masyarakat menganggap adat yang diperadatkan tersebut adalah suatu yang dianjurkan oleh agama akibat kejahilan dalam ilmu agama (Mohd Anuar Ramli, 2010).

3. Isu seksual dan perkahwinan yang berlaku tidak selaras dengan norma masyarakat (Fatima Umar Nasif, 2001).

4. Sendeng gender atau bias gender berlaku disebabkan oleh interpretasi ajaran agama sangat didominasi oleh lelaki dan kurangnya kefahaman tentang dasar adat Melayu khususnya agama Islam dan (Mohd Anuar Ramli, 2010; Siti Musdah Mulia, 2007).

5. Faktor keluarga dan persekitaran yang mempengaruhi

pembentukan

gender

menyebabkan berlakunya ketidakselarasan persepsi tentang bentuk hubungan gender dalam masyarakat (Wan Abdul Kadir Yusoff, 1998)

6. Islam sebagai suatu bentuk sistem keadilan gender dalam masyarakat yang menjadi paksi utama dalam menangani masalah gender (Mohd Anuar Ramli, 2010)

Analisis dan Perbincangan

Perhubungan Gender dalam Hikayat Patani Hikayat Patani merupakan satu-satunya karya

historiografi Melayu yang memperlihatkan tentang wanita sebagai raja atau pemerintah negara yang bersifat realistik atau kurang dikaitkan dengan unsur-unsur mitos, ajaib, suci dan sakral kecuali berkaitan dengan aspek keturunan raja. Walaupun telah terdapat dalam karya historiografi Melayu yang lain tentang wanita yang berkuasa dan bertindak sebagai pemerintah atau raja, namun kebanyakan puteri- puteri tersebut dikaitkan dengan unsur mitos, ajaib, suci dan sakral. Contohnya, puteri Sa’dung dalam Hikayat Seri Kelantan dan Puteri Gunung Ledang dalam Sulalatus Salatin. Pengarang dalam Hikayat Patani tidak mengaitkan puteri- puteri yang memerintah Patani dengan mitos yang bersifat sakral untuk mengangkat menjadi raja perempuan Patani. Namun, raja-raja perempuan Patani menaiki takhta disebabkan oleh ketiadaan pengganti raja dari kalangan lelaki, bahkan mereka mampu membawa Patani di zaman kegemilangannya dengan daya usaha mereka sendiri tanpa menjadikan mitos sebagai unsur penting untuk menonjolkan peranan dan kedudukan mereka, walaupun pemerintahan oleh raja perempuan bukan merupakan amalan yang bersesuaian mengikut norma dan persepsi gender masyarakat Melayu tradisional.

Namun begitu, menurut Ding Choo Ming (2006), pemerintahan raja perempuan di negara Islam tidak dicabar ulama, bahkan pemerintahan raja perempuan bukanlah perkara yang luar biasa dalam percaturan politik di dunia Melayu. Melalui hal ini, kedatangan agama Islam tidak menghalang wanita untuk memimpin sesebuah negara. Dalam al-Quran sendiri telah menceritakan tentang kehebatan wanita dalam memimpin negara dengan menceritakan tentang seorang raja dalam kalangan wanita yang memimpin kerajaan yang luas dan bijaksana dalam berpolitik iaitu Ratu Balqis (an-Naml; Abdul Halim Abu Syuqqah, 1998). Penting untuk dijelaskan bahawa pemerintahan oleh raja perempuan dalam dunia politik Melayu juga berlaku disebabkan oleh ketiadaan pengganti

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

34 raja (keturunan raja Patani) dalam kalangan kekuatan dan kebijaksanaan wanita dalam

lelaki. Oleh itu, wanita diangkat sebagai raja menguruskan sesebuah kerajaan, walaupun setelah ketiadaan calon lain dari kalangan sistem kemasyarakatan pada masa ini didominasi lelaki yang berkelayakan untuk memegang oleh kaum lelaki. jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, Islam

Kesimpulannya, perhubungan gender lebih mengutamakan lelaki dalam aspek dalam masyarakat Patani dapat dilihat melalui

kepemimpinan.

dijelaskan beberapa aspek seperti penyertaan wanita dalam dalam surah an-Nisaa’ (4:34) bahawa kaum pentadbiran negara, wanita sebagai perangcang lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang pembangunan negara, kebijaksanaan wanita bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, dalam menyelesaikan konflik dalaman negara oleh kerana Allah telah melebihkan orang- dan penyertaan wanita dalam peperangan. orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke Dengan ini, dapat menyerlahkan persepsi atas orang-orang perempuan dan menjelaskan berbeza masyarakat Patani terhadap kedudukan tentang peranan dan tanggungjawab kaum wanita dan lelaki. lelaki dalam memimpin kaum wanita. Justeru, kaum wanita dalam Islam dibolehkan menjadi

Sebagaimana

a. Penyertaan Wanita dalam Pentadbiran

pemimpin setelah ketiadaan kaum lelaki yang

Negara

berkelayakan untuk mentadbirkan negara. Wanita berdasarkan Hikayat Patani, dalam menjalankan pentadbiran negara, mendapat

Kepemimpinan dan Kuasa Wanita kekangan, walaupun mempunyai kuasa Terdapat empat orang puteri Patani yang

sebagai pemerintah atau raja. Wanita juga memerintah Patani sehingga Patani mencapai

masih terbatas kepada ciri kewanitaan zaman

berdasarkan adat dan budaya Melayu. Begitu diperlihatkan oleh pengarang dalam karya

juga dengan keadaan masyarakat sekeliling Hikayat Patani, iaitu Raja Ijau, Raja Biru, Raja

yang masih tidak boleh menerima sesuatu Unggu dan Raja Kuning, di samping Raja

yang berlaku bertentangan dengan norma Aisyah yang berperanan sebagai pemangku

adat dan status gender dalam masyarakat Kerajaan Patani menunggu waktu pelantikan

tersebut. Hal ini menyebabkan Raja Ijau anak saudaranya, Sultan Patik Siam (putera

terpaksa mencari jalan penyelesaian yang Sultan Mudaffar Syah) yang baru berumur

bijaksana dalam menyampaikan perintah sembilan tahun semasa dilantik menjadi raja

kepada pembesar-pembesarnya supaya Patani, dan Raja Aisyah diberikan gelaran Phra

tidak wujud ketidakpatuhan pembesar- Chau. Berikutnya, kebanyakan raja perempuan

pembesar kepada pemerintahnya. Patani mendapat gelaran Phra Chau berdasarkan

Dalam menyampaikan suatu mesej kepada gelaran yang diberikan kepada Raja Aisyah (Siti

pembesarnya, Raja Ijau menyampaikan Hawa Haji Salleh, 1992)

perintah atau mesej dengan cara yang Takhta kerajaan disandang oleh raja

simbolik dan bijaksana tanpa bersuara perempuan di Patani adalah disebabkan oleh

bagi mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya, ketiadaan pewaris takhta kerajaan Patani

dan menyatakan tentang kuasanya sebagai dalam kalangan putera raja atau lelaki.

seorang raja dengan menunjukkan Menariknya, menurut Siti Hawa Haji Salleh

tentang ketidakberdayaannya sebagai (1992), kemunculan Patani sebagai sebuah

seorang wanita Melayu yang dikekang pelabuhan penting di Asia Tenggara berlaku

oleh pembesar-pembesarnya yang tidak pada zaman pemerintahan Sultan Mudaffar

mengikuti perintahnya kerana beliau Syah, dan semasa pemerintahan dua orang

seorang wanita. Raja Ijau bertindak Raja Perempuan Patani iaitu Raja Ungu dan

melemparkan selendang yang berwarna Raja Ijau. Hal ini memperlihatkan kebolehan,

mala-mala beremasan kekuningan kepada bendahara (Bendahara Kayu Kelat atau

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

35 Wan Muhammad). Dalam hal ini, peristiwa

melempar selendang bermakna melepaskan maruah atau kewanitaannya, dan ‘mala- mala beremas warna kekuningan’ dapat dikonotasikan sebagai lambang kuasa atau kedaulatan yang dimilikinya, kerana dalam adat dan budaya Melayu warna kuning merupakan warna yang dikhaskan untuk raja dan golongan beraja sahaja. Seterusnya, Raja Ijau ingin mengisyaratkan kepada bendahara bahawa maruah dan kuasa serta kedaulatannya bergantung kepada bendahara sama ada bendahara ingin menjunjungnya ataupun tidak, berikutan kedudukan baginda sebagai seorang raja dan seorang wanita. Sebaliknya, jika bendahara tidak bersetuju dalam pelantikan ini atau dalam erti kata lain bendahara lebih layak berbanding Raja Ijau, bendahara boleh untuk menolaknya kerana maruah dan kuasa serta kedaulatan Raja Ijau telah diserahkan kepada bendahara melalui perlambangan tersebut.

Namun, bendahara menerima Raja Ijau sebagai seorang raja dan lebih layak berbanding beliau dengan mengisyaratkan kepada Raja Ijau bahawa beliau sedia untuk memikul tanggungjawab untuk berbakti dan bersetia kepada Raja Ijau, dan mengiktiraf kedaulatan Raja Ijau sebagai seorang raja, dengan menyambut selendang tersebut dan selendang Raja Ijau dibelitkan ke kepalanya untuk menandakan bendahara telah mengiktiraf Raja Ijau sebagai seorang raja Patani. Selanjutnya, bendahara ‘mengunus keris dari pinggannya diletakkan ke tanah’ yang membawa makna meletakkan atau menjadikan ‘status kelelakiannya’ rendah jika dibandingkan dengan Raja Ijau dan tidak menjadikan status jantina sebagai lambang kekuasaan lelaki (keris). Hal ini dapat dilihat alam petikan di sebelah:

“Setelah sudah maka bendahara berjalan masuklah. Hatta maka Phra Cau pun segera memakai baju hijau dan berselendang mala- mala beremas warna kekuningan

lalu berangkat … Setelah bendahara sampai ke hadapan tangga rung itu maka Phra Cau pun mengambil selendang pada tubuhnya, maka dilemparkan pada bendahara, maka segera disambut oleh

bendahara, dibelitkan

pada kepalanya. Setelah sudah bendahara memakai serban itu, maka bendahara pun mengunus keris dari pinggannya diletakkan ke tanah. Maka bendahara pun bertelut di bumi menjunjung duli Phra Cau tiga kali berturut-turut.” (Siti Hawa Haji Salleh, 1992)

Peristiwa ini juga merupakan antara titik tolak bermulanya suatu persetujuan di antara rakyat (Bendahara) dengan raja (Raja Ijau) untuk melantik raja perempuan dalam masyarakat Melayu Patani. Pengarang memperlihatkan tentang kepatuhan rakyat Patani terhadap raja mereka, tidak kira lelaki atau perempuan yang memerintah. Dalam masa yang sama, raja perempuan dalam masyarakat Melayu Patani diiktiraf kuasa dan kedaulatannya sebagai raja yang selama ini hanya bertindak dalam ruang yang sempit (ruang dapur) kepada ruang yang lebih luas yang berperanan sebagai pemerintah yang selama ini terbatas kepada hanya golongan lelaki.

Walau bagaimanapun, terdapat situasi yang menafikan penyertaan wanita dalam pentadbiran, khususnya semasa pemerintahan Raja Ijau yang baharu menaiki takha kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui sikap Wan Muhammad (bendahara) yang tidak mematuhi janjinya kepada Raja Ijau, iaitu bermohon mudik ke Sai dan berjanji hanya akan berada di Sai dalam masa tiga hari, namun tidak kembali ke istana dalam tempoh yang agak lama dari masa perjanjian tersebut dilakukan. Peristiwa ini mungkin sebagai protes kepada pemerintahan dalam kalangan wanita, sehingga Wan Muhammad digambarkan oleh pengarang telah menimbulkan

Suhadan Anwar dan Salmah Jan Noor Muhammad

36 kegelisahan dalam kalangan pembesar

istana, bahkan Wan Muhammad didakwa oleh pembesar-pembesar istana sedang menghimpunkan hulubalang dan rakyat untuk menderhaka ke bawah Duli Phra Cau (Raja Ijau). Hal ini dapat diperincikan dalam petikan di bawah:

“Antara berapa bulan Phra Cau kerajaan itu maka bendahara pun bermohon mudik ke Sai dan berjanji tiga hari juga hendak hilir. Maka bendahara pun mudik. Syahadan bendahara mudik itu datang kepada tujuh hari dan sepuluh hari itu pun tiada juga hendak hilir. Hatta demikian maka dipersembahkan orang pada duli Phra Cau mengatakan, Bendahara itu duduk menghimpunkan segala menteri hulubalang dan rakyat hendak durhaka ke bawah duli tuanku dan orang yang minum air kebal di atas Bukit Sai itu ada empat puluh yang tiada dimakan senjata.” (Siti Hawa Haji Salleh, 1992)

Dalam hal ini, kewujudan Wan Muhammad sebagai bendahara semasa pemerintahan raja perempuan pertama kerajaan Patani, dapat memperlihatkan tentang keadaan hubungan gender masyarakat Melayu Patani berdasarkan persepsi gender masyarakat Melayu dan Islam kerana Wan Muhammad mempunyai kedua-dua ciri ‘keMelayuan’, iaitu arif tentang adat Melayu dan Islam. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh Wan Muhammad berkaitan dengan raja Perempuan Patani dapat diklasifikasikan sebagai suatu tindakan yang bergerak seiring dengan persepsi gender dalam masyarakat Melayu tradisional dan Islam.

Walau bagaimanapun, kegelisahan dan kontroversi yang timbul tidaklah berakhir dengan penentangan terhadap Raja Ijau, namun menerima dan mengikhtiraf Raja Ijau sebagai Raja Patani. Ketidakpatuhan bendahara kepada Raja Ijau buat kali

pertama yakni tidak patuh perintah Raja Ijau untuk menghadapnya kembali dalam tempoh tiga hari dapat dianggap sebagai kejutan yang diterima oleh bendahara oleh kerana perlantikan pemerintah atau raja perempuan tidak pernah berlaku dalam sejarah dan adat Patani sebelum ini. Oleh itu, bendahara memerlukan masa yang lama untuk mempertimbangkan pengiktirafan Raja Ijau sebagai Raja Patani. Dalam hal ini, tanpa memikirkan tentang sentimen gender, bendahara akhirnya mengiktiraf Raja Ijau selaku Raja Patani dengan menjadikan panduan agama Islam sebagai adat yang sebenar adat yang mengesahkan pelantikan wanita dibolehkan dalam adat dan kebudayaan Melayu.

Penting dijelaskan disini bahawa pada zaman pemerintahan raja perempuan Patani telah ada golongan ulama’ yang bertindak sebagai penasihat raja Patani, dan pembesar dalam kalangan ulama’ telah pun muncul semasa pemerintahan Sultan Mudaffar Syah lagi (Bapa saudara raja perempuan pertama Patani, Raja Ijau) seperti Syeikh Safiuddin yang diberikan gelaran fakih (Iman Islam) atau dikenali sebagai Tuk Fakih oleh Sultan Mudaffar Syah (Siti Hawa Haji Salleh, 1992). Di antara keluarga Tuk Fakih yang dijadikan pembesar adalah Wan Muhammad yang digelar dengan gelaran Orang Kaya Seri Agar Diraja semasa pemerintahan Sultan Manzur Syah, seterusnya mendapat gelaran Bendahara Seri Raja Kelang semasa pemerintahan raja perempuan pertama Patani (Siti Hawa Haji Salleh, 1992). Namun begitu, semasa negeri Patani dipimpin oleh raja yang terdiri dalam kalangan lelaki, negeri Patani tidak mendapat sebarang tentangan atau kekangan daripada kalangan ulama’ dan pembesar istana Patani tidak sebagaimana yang terjadi semasa pemerintahan raja perempuan pertama Patani.

Berikutan daripada ini, jelas bahawa wanita yang memainkan peranan yang di luar dari kebiasaan masyarakat iaitu sebagai

PERHUBUNGAN GENDER DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

37 pemimpin negara (raja) akan mendapat

kekangan dan bantahan dari dalam negara mereka sendiri. Walaupun wanita secara zahirnya (akibat ketiadaan pewaris takhta kerajaan dari kalangan lelaki) telah mendapat mandat untuk mentadbir negara, namun unsur-unsur patriarki yang telah dipupuk dalam masyarakat tradisional sebelum ini masih lagi menebal. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam petikan berikut:

“Setelah Phra Cau menengar kata sembah orang itu maka Phra Cau pun bertitah kepada bentara suruh memanggil Kelang … Maka kata Kelang, “Sembahlah ke bawah duli Phra Cau katakan patik itu empunya sembah ke bawah duli harapkan ampun beribu ampun kerana patik itu lagi deman tiada boleh menghadap.” … Setelah Phra Cau menengar sembah bentara itu, maka titah Phra Cau, “Jangankan segala menteri pegawai yang lain pula akan mari, datangkan Kelang anak emas Paduka Marhum lagi beta panggil tiada mahu datang.” (Siti Hawa Haji Salleh, 1992:29)

perintah raja perempuan pertama yang dianggap sebagai raja Patani yang semasa pemerintahannya

pembesar-pembesar

Patani tidak mengendahkan perintahnya. Sedangkan dalam adat masyarakat Melayu tradisional, perintah raja mesti diikuti kerana bimbang dituduh menderhaka. Penderhakaan terhadap raja boleh menyebabkan rakyat dihukum bunuh. Namun begitu, perintah raja perempuan pertama Patani, iaitu Raja Ijau (Phra Cau) tidak dipatuhi dengan mengemukakan pelbagai alasan, tidak seperti pemerintahan sebelum ini, di bawah pemerintahan golongan lelaki seperti Sultan Ismail Syah atau Phya Tu Naqpa (pengasas atau pembuka negari Patani), Sultan Mansur