Sejarah Ringkas Rancangan Pembangunan Di Malaysia

pemerintah telah memberikan tumpuan yang utama kepada pendidikan dengan anggaran pendidikan sebanyak 20 dari APBN untuk Rancangan Malaysia Kesembilan Sebelum dibahasakan racangan pembangunan yang telah dirancangkan oleh pemerintah Malaysia. Dalam bab III ini, akan dibahas tentang sejarah ringkas rancangan permbangunan yang telah pernah dilaksanakan oleh pemerintahan Malaysia selama 50 tahun berdirinya Negara Malaysia.

A. Sejarah Ringkas Rancangan Pembangunan Di Malaysia

Upaya untuk memicu kehidupan bangsa atau masyarakat yang lebih baik ini adalah hasil dari program dan strategi pembangunan yang sudah dimulai pasca kemerdekaan Malaysia. Secara umumnya jika ditinjau pada historis perancangan pembangunan Malaysia, ada tiga tahapan yaitu; perancangan sebelum kemerdekaan, perancangan selepas kemerdekan hingga tahun 1970 dan perancangan pembangunan selepas pemerintah menjalankan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 32 , Pasca kemerdekaan. Pemerintah Malaysia telah merancang dan melaksanakan beberapa usaha pembangunan negara untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan politik, sebagai wewenang utama pemerintah untuk membangunkan negara dan menjamin supaya hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat Malaysia. Rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan pemerintah mempunyai tiga fase, fase 32 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Kuala Lumpur: Terbitan Institut Tadbiran Awam Negara, 2006, h. 260 pertama , Rangka Rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu 1950-1955 dan Rancangan Malaya Pertama 1950-1960. Fase kedua, Rancangan Malaya Kedua 1961-1965 dan Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Fase ketiga, Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 sehingga Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005 juga termasuk Dasar Ekonomi Baru 1971-1990 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertma 1971-1990, Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 dan Visi 2020 1991- 2020 33 . Rancangan program pembangunan yang telah dilaksnakan oleh pemerintah Malaysia dari pasca kemerdekaan hingga sekarang di antaranya seperti berikut 34 : 1. Rancangan Malaya Pertama 1956- 1960 2. Rancangan Malaya Kedua 1961- 1965 3. Rancangan Malaysia Pertama 1966 hingga 1970 Selepas bergabung Sabah dan Serawak ke dalam Malaysia. 4. Rancangan Malaysia Kedua 1970- 1975 5. Rancangan Malaysia Ketiga 1976- 1980 6. Rancangan Malaysia Keempat 1981- 1985 7. Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 8. Rancangan Malaysia Keenam 1991- 1995 33 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, h. 261 34 Ibid., h. 260 9. Rancangan Malaysia Ketujuh 1996- 2000 10. Rancangan Malaysia Kedelapan 2001- 2005 Rancangan pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah selama ini adalah rancangan pembangunan secara bertahap mengikut tahun yang tertentu atau dikenali dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara RMK. Dari segi perkembangan pemerintah Malaysia dari dulu hingga kini telah melaksanakan delapan rancangan pembangunan Malaysia mulai dari rancangan Malaya pertama hingga rancangan Malaysia ke delapan, setiap perancangan pembangunan yang di rancang oleh pemerintah tidak lepas dari beberapa tumpuan yang utama dalam rancangan pembangunan di Malaysia di antaranya; peningkatan ekonomi, sosial, kestabilan politik, pengurangan penganguran, pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan Masyarakat, biar pun kepemimpinan Malaysia bertukar ganti namun program pembangunan ini tetap diteruskan pemerintah. Oleh karena itu, dalam program pembangunan RMK-9 ini pemerintah telah memberikan tumpuan yang khusus kepada pembangunan sumber daya manusia, sebagai upaya keseimbangan dari program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pemerintah sebelum ini. Namum dalam menjayakan tujuan ini pelbagai tantangan yang harus dilalui oleh pemerintah, untuk keberhasilan RMK-9 dan Misi Nasional yang telah digagaskan oleh Dato Seri Abdullah Ahamad Badawi.

B. Tantangan Pembangunan Negara