Riwayat Hidup dan Pendidikan

BAB II SEKILAS TENTANG ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN

PEMERINTAHAN DI MALAYSIA Kemajuan dan pembangunan yang telah dialami oleh Malaysia adalah hasil kepemimpinan dari beberapa Perdana Menteri Malaysia yang telah mengepalai kepemimpinan negara. Malaysia yang telah mengalami beberapa proses transisi kepemimpinan yang merubah corak pandang mereka yang sehinggakan setiap Perdana Menteri Malaysia itu menyumbangkan pemikiran, dasar dan visi yang berbeda-beda namun mempunyai satu hala tuju yang sama yaitu menjadikan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang mampu berdaya bersaing dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sains, teknologi, industri dan ekonomi mengikut acuan sendiri.

A. Riwayat Hidup dan Pendidikan

Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima yang dijangkakan akan meneruskan kecemerlang dari segi pembangunan serta peningkatan taraf ekonomi rakyat Malaysia selama kepimpinannya. Beliau di lahirkan pada tanggal 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Semasa mudanya, beliau menempuh pendidikan di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan kemudian melanjutkan ke sekolah Inggeris yaitu Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau menamatkan pendidikan sekolah menengah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pendidikan peringkat menengah, beliau meneruskan kuliahnya di Universitas Malaya dalam jurusan Pengajian Islam. Beliau memperoleh gelar Sarjana Muda Strata satu Sastra dalam Pengajian Islam setelah selesai kuliah pada tahun 1964 12 . Setelah selesai menamatkan pendidikannya, beliau bekerja di pejabat kerajaan sebagai wakil seketaris di Jabatan Perkhidmatan awam 13 selama lima tahun. Kemudian beliau dialihkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Wakil Seketaris Majelis Operasional Negara. Beliau menjabat jawatan tersebut hanya selama dua tahun di mana beliau dinaikan pangkat sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Pemuda Dan Olahraga. Beliau terus cemerlang dalam kerjayanya sehingga pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai Ketua Seketaris Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. Itulah karir beliau dalam pemerintahan sebelum memasuki dunia politik UMNO. 14 Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih dikenal dengan panggilan Pak Lah dikalangan teman dan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai seorang isteri yaitu Datin Paduka Seri Endon binti Dato’ Mahmood, wafat pada 2005 dan dua orang anak, 12 Robiah binti Alias dan Jiyana binti Jibril, Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur; MDC Publisher Sdn Bhd, Cet Pertama, 2007, h. 309 13 Jabatan Perkhidmatan Awam sama artinya dengan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara 14 Ibid., h. 310 seorang putera dan seorang puteri, yaitu Kamaluddin dan Nori. Pak Lah juga mempunyai empat orang cucu. 15

B. Karir Politik dalam Kerajaan dan UMNO 1. Karir Politik dalam Kerajaan