Pandangan nasionalisme oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa dalam PAS

8.0 Pandangan nasionalisme oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa dalam PAS

Perkembangan nasionalisme semasa era kepimpinan Hj Yusof Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS bermula semasa PAS mengalami krisis kepimpinan dengan Dato’ Mohd Asri Muda. Ketika itu berlakunya konflik pertembungan idealisme sama ada untuk mengekalkan hala tuju PAS menjadi sebuah parti Islam atau sebuah parti nasionalis Melayu. Mujahid Yusof Rawa (2010) menyatakan konflik pertembungan idealisme di dalam PAS bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya konflik ini sudah wujud semasa dekad kepimpinan Dr. Burhanuddin Al Helmi lagi dan ia berlarutan di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda. PAS pada ketika itu membawa prinsip- prinsip nasionalisme Melayu seiring dengan konsep dakwah Islam memandangkan kepelbagaian latar belakang kepimpinan di dalam PAS antaranya Dr. Burhanuddin Al Helmi yang begitu lantang menentang penjajahan dan mengakui secara terbuka beliau merupakan nasionalis Melayu. Beliau juga beranggapan PAS membawa misi yang sama dengan beliau iaitu mendokong gagasan nasionalisme Melayu dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Bahkan di dalam PAS juga mempunyai pemimpin yang beridealisme Islam seperti Profesor Dr. Zulkifli Muhammad yang merupakan pemimpin PAS yang mempunyai latar belakang akademik Kedoktoran Falsafah Pengajian Islam (Ph.D), Universiti Amerika Kaherah, Mesir iaitu latar akademik yang tertinggi di dalam PAS. Lantaran itu, wujud pertembungan idealisme di kalangan pemimpin PAS untuk melihat PAS muncul dengan jelas dasar-dasar keislamannya berbanding dengan ideologi Nasionalisme Melayu. Mujahid Yusof Rawa menyatakan lagi bahawa, konflik pert embungan idealisme ini semakin kritikal apabila wujudnya “Young Turks ” semasa kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda. Young Turks yang wujud di dalam PAS merupakan fenomena baru dan menambah beban kepada kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda yang ketika itu menggalas tanggungjawab berikutan krisis Darurat Kelantan. Dato’ Mohd Asri Muda yang juga dikenali sebagai nasionalis Melayu telah diasak oleh satu gelombang penentangan kepimpinannya yang dipengaruhi oleh Revolusi Iran 1979 yang berpaksikan kepada konsep menolak penindasan dan pembebasan diri daripada cengkaman Mustakbirin.

Ketika kepimpinan Tuan Guru Hj Yusof Rawa, beliau mengasaskan konsep dan gagasan “Kepimpinan Ulama” yang terhasil daripada tiga faktor iaitu krisis

kepimpinan, kebangkitan Islam dan desakan untuk mempraktikkan tatacara Islam dalam kehidupan. Ideologi nasionalisme secara tidak langsung telah ditolak khasnya di kalangan anggota Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Hasan Shukri yang mahu melihat PAS sebagai sebuah parti yang sebenar-benarnya mendokong prinsip-prinsip Islam dalam amalan dan pengkaderan ahli-ahlinya.

Selepas dipilih sebagai Yang Di Pertua PAS pada tahun 1983, ucapan dasar Hj Yusof Rawa dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun 1984 di Alor Setar, Kedah yang bertajuk “Menggempur Pemikiran Asabiyyah” menempelak golongan nasionalis Melayu yang gagal membentuk satu identiti negara dan kegagalan besar dalam proses pengisian kemerdekaan negara dengan nilai-nilai hidup dan matlamat yang jelas. Menurut beliau, kegagalan tersebut yang juga kerana tidak dapat memenuhi Selepas dipilih sebagai Yang Di Pertua PAS pada tahun 1983, ucapan dasar Hj Yusof Rawa dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun 1984 di Alor Setar, Kedah yang bertajuk “Menggempur Pemikiran Asabiyyah” menempelak golongan nasionalis Melayu yang gagal membentuk satu identiti negara dan kegagalan besar dalam proses pengisian kemerdekaan negara dengan nilai-nilai hidup dan matlamat yang jelas. Menurut beliau, kegagalan tersebut yang juga kerana tidak dapat memenuhi

Menurut Tuan Guru Hj Yusof Rawa lagi, ideologi nasionalisme tidak sesuai di dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia kerana perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu ini sebenarnya dipelopori oleh gerakan Tajdid yang berjaya membangkitkan kesedaran dan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat di negara ini. Sikap dan ketegasan Tuan Guru Hj Yusof Rawa terhadap golongan nasionalis yang mendokong ideologi nasionalisme memperjelaskan dasar kepimpinannya yang mahu mengembalikan peranan ulama sebagai peneraju utama PAS sehingga tertubuhnya dasar Kepimpinan Ulama. Menurut Hussin Mutalib (1990), usul untuk mengembalikan prinsip kepimpinan ulama merupakan sindiran terhadap kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda yang mendokong ideologi nasionalisme. Prinsip ini yang menguatkan lagi gagasan yang diperjuangkan oleh Hj Yusof Rawa dalam mengenepikan pendokong-pendokong nasionalisme di dalam PAS. Farish A. Noor (2003) menyatakan bahawa pendirian Yusof Rawa juga menyalahkan ideologi nasionalisme yang menjadi penyebab kepada perpecahan di kalangan bangsa Melayu dan beliau turut berhujah bahawa ideologi nasionalisme adalah punca kemunduran politik dan ekonomi mereka (bangsa Melayu). Walaupun beliau tidak mengabaikan atau menafikan keperluan masyarakat Islam di kawasan- kawasan khusus di tempat lain dalam mendokong ideologi ini. Yusof Rawa menegaskan bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam ada terletak kepada kebangkitan semula institusi ulama.