Pandangan nasionalisme oleh Dato’ Mohd Fadzil Noor dalam PAS

9.0 Pandangan nasionalisme oleh Dato’ Mohd Fadzil Noor dalam PAS

Dalam konteks ini, pengkaji mendapatkan maklumat melalui ucapan dasar beliau sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar Tahun PAS yang diadakan setiap tahun. Di samping itu kajian berkaitan beliau juga berdasarkan ucapan beliau di Dewan Rakyat serta ceramah-ceramah politik yang beliau sampaikan kepada ahli-ahli PAS untuk memperjelaskan perkembangan nasionalisme sepanjang kepimpinan beliau sebagai Presiden PAS selama 13 tahun. Nasir Ahmad (2003) menyatakan, prinsip nasionalisme yang wujud di dalam PAS adalah ketika ucapan dasar Presiden pada tahun 1994 yang bertajuk, “Ulama Teras Kepimpinan Ummah”, dalam konteks kedaulatan Bahasa Melayu . PAS menurut Dato’ Mohd Fadzil Noor memandang serius terhadap penggunaan bahasa asing sebagai pengantar dalam pendidikan tinggi, menurut PAS, kepekaan terhadap Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi tunggal negara wajib dipertahankan. Oleh itu, PAS telah memperuntukkan dalam Perlembagaan PAS bahawa Bahasa Melayu akan terus dipertahankan kerana Bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada identiti bangsa malah Bahasa Melayu juga merupakan bahasa perantaraan dan bahasa perundangan bukan sahaja di negara ini malah di seluruh pelusuk kawasan Asia Tenggara. PAS amat kesal terhadap sikap Kerajaan Pemerintah (UMNO) yang tidak konsisten dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara dan sikap yang sentiasa berubah-ubah Dalam konteks ini, pengkaji mendapatkan maklumat melalui ucapan dasar beliau sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar Tahun PAS yang diadakan setiap tahun. Di samping itu kajian berkaitan beliau juga berdasarkan ucapan beliau di Dewan Rakyat serta ceramah-ceramah politik yang beliau sampaikan kepada ahli-ahli PAS untuk memperjelaskan perkembangan nasionalisme sepanjang kepimpinan beliau sebagai Presiden PAS selama 13 tahun. Nasir Ahmad (2003) menyatakan, prinsip nasionalisme yang wujud di dalam PAS adalah ketika ucapan dasar Presiden pada tahun 1994 yang bertajuk, “Ulama Teras Kepimpinan Ummah”, dalam konteks kedaulatan Bahasa Melayu . PAS menurut Dato’ Mohd Fadzil Noor memandang serius terhadap penggunaan bahasa asing sebagai pengantar dalam pendidikan tinggi, menurut PAS, kepekaan terhadap Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi tunggal negara wajib dipertahankan. Oleh itu, PAS telah memperuntukkan dalam Perlembagaan PAS bahawa Bahasa Melayu akan terus dipertahankan kerana Bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada identiti bangsa malah Bahasa Melayu juga merupakan bahasa perantaraan dan bahasa perundangan bukan sahaja di negara ini malah di seluruh pelusuk kawasan Asia Tenggara. PAS amat kesal terhadap sikap Kerajaan Pemerintah (UMNO) yang tidak konsisten dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara dan sikap yang sentiasa berubah-ubah

Perhatian Dato’ Mohd Fadzil Noor terhadap Bahasa Melayu ini dipertahankan sehingga beliau mengungkapnya di dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS ke 41 di Taman Melewar, Selangor. Beliau menempelak Dasar Pengkorporatan Universiti Awam (UA) kerana dasar ini sudah pasti akan membabitkan kedaulatan dan kehormatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di semua universiti awam akan terhapus dengan perlaksanaan Dasar Pengkorporatan oleh Kerajaan Persekutuan ketika itu. Beliau menyatakan bahawa UMNO selaku kerajaan yang memerintah tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi, sekaligus menafikan kegigihan golongan cendekiawan dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa, PAS menolak rasional yang mengatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menguasai bidang Sains dan Teknologi, maka wajib menguasai Bahasa Inggeris dan asas kepada penolakan PAS terhadap rasional ini telah adalah dinyatakan dibeberapa buah negara yang maju dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing seperti Jepun dan Korea Selatan

dengan menjelaskan bahasa bukan penentu kepada kemajuan sesebuah negara. Dato’ Mohd Fadzil Noor juga menyanggah prinsip Ketuanan Melayu dalam ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 42, beliau menyatakan bahawa melalui ketuanan Islam sahaja dapat menjamin kemuliaan sesebuah bangsa kerana ketuanan bangsa yang diperjuangkan UMNO tidak mungkin dapat memuliakan Islam tetap kemuliaan dan kedaulatan Islam dapat mempertahankan kemuliaan bangsa dan negara. Beliau mengambil contoh kegemilangan Tamadun Melayu Melaka yang dikagumi dunia Islam dan Dunia Barat kerana kegemilangan Tamadun Melayu Melaka ini bermula dengan penerimaan, penghayatan dan pengamalan Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka ketika itu sehingga berjaya membawa kegemilangannya ke persada antarabangsa. Menurut beliau lagi, dalam konteks mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan bangsa Melayu, PAS mengambil peranan dengan membawa konsep ketuanan Islam yang memberikan jaminan dalam memajukan bidang ekonomi, pendidikan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain bidang lagi. Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO hanya mengundang igauan dan usaha UMNO mencari sokongan akar umbi Melayu mengundangkan bahan ketawa masyarakat.