Pandangan nasionalisme oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam PAS

10.0 Pandangan nasionalisme oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam PAS

Riduan Mohamad Nor (2009) menjelaskan bahawa, ucapan dasar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan nasionalisme telah dijelaskan semasa ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-52. Beliau mengatakan PAS bukan parti politik yang bersifat perkauman. PAS berpegang kepada ideologi dan anutan akidah Islam yang berpaksikan kepada ketauhidan kepada Allah SWT sekaligus membuktikan PAS menolak semua bentuk fahaman nasionalisme atau Asabiyyah Al Qaumiyyah yang hanya mementingkan kepentingan satu kaum sahaja sebagai asas kepada pengurusan dan pemerintahan negara. Perjuangan PAS adalah bersifat universal yang bertunjangkan Islam serta menerima umat Islam tanpa mengira kaum, ras, bangsa, bahasa, budaya dan keturunan. Namun begitu pengkaji mendapat terdapat perincian pandangan mengenai Nasionalisme berdasarkan kepada kenyataan l isan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa nasionalisme termasuk di dalam agenda sampingan, bukan agenda asas kepada perjuangan PAS.

Beliau mengatakan bahawa penerimaan PAS terhadap nasionalisme boleh di dapati dalam kenyataan pemimpin-pemimpin PAS terdahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi, Dr Zulkifli Muhammad dan lain-lain lagi, dalam bentuk penulisan dan ucapan. Bahkan PAS menerima hakikat ketuanan Melayu untuk negara Malaysia ini. Oleh itu, PAS telah menolak secara jelas prinsip Jos Soli di peringkat awal pra- kemerdekaan Tanah Melayu yang menyaksikan perjanjian tersebut menerima kaum- kaum lain sebagai warganegara Tanah Melayu oleh British yang turut dipersetujui oleh UMNO. PAS pada prinsipnya menolak perkara tersebut kerana teras ketuanan Melayu sebagai ketuanan negara dan Islam merupakan dasar negara. Oleh kerana itu, PAS pada masa kini telah menerima hakikat kaum yang berbilang bangsa di negara Beliau mengatakan bahawa penerimaan PAS terhadap nasionalisme boleh di dapati dalam kenyataan pemimpin-pemimpin PAS terdahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi, Dr Zulkifli Muhammad dan lain-lain lagi, dalam bentuk penulisan dan ucapan. Bahkan PAS menerima hakikat ketuanan Melayu untuk negara Malaysia ini. Oleh itu, PAS telah menolak secara jelas prinsip Jos Soli di peringkat awal pra- kemerdekaan Tanah Melayu yang menyaksikan perjanjian tersebut menerima kaum- kaum lain sebagai warganegara Tanah Melayu oleh British yang turut dipersetujui oleh UMNO. PAS pada prinsipnya menolak perkara tersebut kerana teras ketuanan Melayu sebagai ketuanan negara dan Islam merupakan dasar negara. Oleh kerana itu, PAS pada masa kini telah menerima hakikat kaum yang berbilang bangsa di negara

Dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS, Pas menunjukkan pendirian nasionalisme parti itu dengan menempelak tindakan UMNO yang melemahkan dasar Bahasa Melayu dan peranannya sejak beberapa dekad yang lalu. Menurut beliau lagi, tindakan pemimpin UMNO yang menggubal Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah memberikan kesan kelemahan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Tulisan Jawi. Nasionalisme menurut Tuan Guru Haji Abdul Awang ini dapat dilihat dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57. Beliau dengan jelas mengatakan bahawa kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan agama akan hanya lebih cenderung untuk berkonflik adalah akibat daripada fikrah barat yang mencetuskan model Konflik dalam disiplin ilmu. Sebaliknya, Islam menyatakan kecenderungan untuk membenci kaum lain mesti diatasi dengan cara berlaku adil kepada semua. Semua yang berhak mesti menerima haknya. Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan keadilan inilah merupakan ciri takwa orang yang beriman. Menjadi kesongsangan apabila seseorang itu mengaku bertakwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan.