PANDANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME DAL

PANDANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME DALAM KALANGAN PEMIMPIN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DARI TAHUN 1951 SEHINGGA 2013 : SATU ANALISA DALAM KERANGKA KEPARTIAN PAS.

Nor Azizuddin Bin Abdul Manan*

Ghazali Shafie Graduate School of Government Universiti Utara Malaysia

*Email : azizuddin7461@gmail.com

Abstrak

Kajian ini membincangkan pandangan konsep dan ideologi nasionalisme di kalangan pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS). Permasalahan kajian ini ialah mengkaji perbezaan pandangan ideologi nasionalisme di kalangan lima pemimpin utama PAS dan menilai sejauh mana ideologi nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka menentukan hala tuju perjuangan PAS. Perbincangan kajian ini juga meliputi faktor yang menyumbang kepada berlakunya perbezaan tersebut serta implikasi terhadap hala tuju kepartian PAS di masa hadapan. Skop kajian ini adalah mengkaji pandangan mengenai ideologi nasionalisme dan implikasi pandangan tersebut dalam kepartian PAS daripada tahun 1951 sehingga 2013. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temuraramah dengan tiga orang responden yang telah dipilih dan mereka merupakan sumber primer serta menganalisis beberapa dokumen sebagai sumber sekunder. Dapatan kajian ini mendapati bahawa perbezaan pandangan mengenai ideologi nasionalisme ini sememangnya berlaku dalam PAS. Terdapat dalam kalangan pemimpin PAS yang menolak ideologi nasionalisme dan terdapat juga yang menerima ideologi ini dengan bersyarat sekaligus memberikan implikasi kepada institusi Presiden PAS untuk berusaha menyatukan kembali pemahaman mengenai ideologi nasionalisme yang diterima oleh Islam.

Katakunci : Nasionalisme, Parti Islam SeMalaysia (PAS), Pemimpin Utama PAS

1.0 Latar Belakang Kajian

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah gerakan Islam yang terbesar di Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti politik dan dakwah di negara ini. Sebagai salah sebuah parti politik Melayu, PAS bergerak seiring dan agresif dalam menangani pelbagai isu sama ada isu yang melibatkan keagamaan, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya. Hamdan Muhammad (2013) dalam memetik kenyataan John Fuston menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang berorientasikan agama kerana tokoh-tokoh yang mengasaskannya adalah individu yang berlatar belakang pendidikan agama. Sebahagian besar pemimpin parti itu terdiri daripada individu-individu yang berpengetahuan agama, terutamanya guru- guru agama. Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah berada dalam sejarah politik tanah air bermula sejak 23 Ogos 1951 apabila para intelektual Melayu-Islam yang ketika itu dikenali dengan gelaran “Tuan-tuan Guru” telah bersidang di Kuala Lumpur dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah organisasi Islam pertama Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah gerakan Islam yang terbesar di Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti politik dan dakwah di negara ini. Sebagai salah sebuah parti politik Melayu, PAS bergerak seiring dan agresif dalam menangani pelbagai isu sama ada isu yang melibatkan keagamaan, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya. Hamdan Muhammad (2013) dalam memetik kenyataan John Fuston menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang berorientasikan agama kerana tokoh-tokoh yang mengasaskannya adalah individu yang berlatar belakang pendidikan agama. Sebahagian besar pemimpin parti itu terdiri daripada individu-individu yang berpengetahuan agama, terutamanya guru- guru agama. Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah berada dalam sejarah politik tanah air bermula sejak 23 Ogos 1951 apabila para intelektual Melayu-Islam yang ketika itu dikenali dengan gelaran “Tuan-tuan Guru” telah bersidang di Kuala Lumpur dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah organisasi Islam pertama

Kesedaran umat Islam terhadap keperluan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu yang sedang dijajah oleh British ketika itu menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada tahun 1947 diikuti penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 adalah hasil daripada usaha gigih Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Walau bagaimana pun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini diharamkan oleh pihak British ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948 pada ketika itu.

Penubuhan awal PAS ini mempunyai kaitan dengan UMNO dan juga Hizbul Muslimin. PAS didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor siri pendaftaran pertubuhan iaitu 733 di Pulau Pinang. Pada peringkat awal penubuhan PAS ini dikaitkan dengan beberapa perkara konflik yang berlaku dalam UMNO sendiri seperti keinginan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memperolehi sokongan dan menarik penyertaan lebih ramai orang Melayu untuk menyertai UMNO termasuk juga beberapa agenda dan aktiviti UMNO yang sedikit sebanyak tidak mencermin parti itu melambangkan nilai-nilai Islam. UMNO berhasrat untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang Melayu di kampung atau luar bandar melalui golongan agamawan dalam pelaksanaan tindakan-tindakan politik mereka. Hal ini disebabkan UMNO menyedari golongan agamawan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan orang-orang Melayu di kampung dan di kawasan luar bandar.

Malah pada ketika itu juga sudah terdapat perselisihan faham dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, terdapat sekelompok yang menyokong kepimpinan Dato’ Onn dan terdapat juga yang menentangnya kerana dasar beliau untuk membawa penyertaan orang-orang bukan Melayu ke dalam UMNO. Perselisihan yang berlaku turut menimbulkan pergolakan dalam kalangan agamawan yang berada di dalam UMNO. Sekalipun mereka tidak menyatakan sokongan secara terang- terangan, namun terdapat juga di kalangan agamawan UMNO secara terbuka Malah pada ketika itu juga sudah terdapat perselisihan faham dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, terdapat sekelompok yang menyokong kepimpinan Dato’ Onn dan terdapat juga yang menentangnya kerana dasar beliau untuk membawa penyertaan orang-orang bukan Melayu ke dalam UMNO. Perselisihan yang berlaku turut menimbulkan pergolakan dalam kalangan agamawan yang berada di dalam UMNO. Sekalipun mereka tidak menyatakan sokongan secara terang- terangan, namun terdapat juga di kalangan agamawan UMNO secara terbuka

Othman Hamzah (1987) berkata, tujuan awal penubuhan PAS adalah sebagai satu pertubuhan kebajikan dengan harapan ia dapat memberi nasihat kepada pemimpin UMNO daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar batas susila dan adab- adab dalam Islam seperti penganjuran loteri, mengadakan ‘fun fair’ dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam. Era kebangkitan PAS dalam konteks Nasionalisme bermula apabila Dr. Burhanuddin Al Helmi menjadi Yang Di Pertua PAS pada tahun 1956 yang turut dibantu oleh Profesor Dr Zulkifli Mohammad yang begitu lantang memperjuangkan keadilan, kehormatan dan kemerdekaan bangsa Melayu daripada penjajahan British. Namun begitu, konflik Nasionalisme dalam PAS ini berlaku apabila tampuk kepimpinan PAS bertukar ganti selepas era kepimpinan Dato Haji Mohd Asri Bin Muda dan berterusan sehingga ke hari ini.

2.0 Matlamat, Dasar Dan Ideologi PAS

Konsep ideologi dan makna asas politik ialah fahaman politik manusia yang menerangkan sesuatu pendekatan metodologi pcngurusan politik pemimpin- pemimpin atau pemerintah sesebuah negara dalam urusan pentadbiran dan penggubalan sesuatu polisi atau dasar politik dalam sesebuah negara bagi menjaga kepentingan rakyat serta memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap cara pemerintahan ncgara tersebut. Manakala konsep ideologi politik kepartian adalah satu gagasan politik yang dicipta untuk melakukan aktiviti-aktiviti politik sama ada dalam peringkat negara, gerakan sosial dan di antara parti-parti politik dengan tujuan mengadakan pembaharuan.

Konsep ideologi politik adalah bersifat duniawi untuk manusia membuat panduan berasaskan keadaan sosial yang berada disekelilingnya, kemudian panduan itu dijadikan sebagai pedoman dalam sesuatu tindakan. Ideologi politik juga tidak dapat dipisahkan dengan konteks keagamaan seperti yang dilakukan oleh Martin Luther dalam gerakan pembaharuan dalam agama Kristian. Kadangkala ideologi politik yang telah menapak dalam tindakan di kalangan kelompok masyarakat menyebabkan Konsep ideologi politik adalah bersifat duniawi untuk manusia membuat panduan berasaskan keadaan sosial yang berada disekelilingnya, kemudian panduan itu dijadikan sebagai pedoman dalam sesuatu tindakan. Ideologi politik juga tidak dapat dipisahkan dengan konteks keagamaan seperti yang dilakukan oleh Martin Luther dalam gerakan pembaharuan dalam agama Kristian. Kadangkala ideologi politik yang telah menapak dalam tindakan di kalangan kelompok masyarakat menyebabkan

PAS sebagai sebuah parti politik turut mempunyai ideologinya yang tersendiri dalam menentukan matlamat perjuangannya. Menurut Maurice Duvenger, ideologi ialah sistem idea, pendapat dan keyakinan. Ideologi yang dibawa oleh PAS dikatakan mempunyai pengaruh dari luar seperti Indonesia. PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai ideologi politiknya. PAS menjadikan falsafah politik Islam sebagai ideologi dalam parti. Malah PAS juga mempunyai matlamat untuk

mencapai dan memperjuangkan pembinaan atau pembentukan sebuah negara Islam 1 . Hal ini dapat dilihat daripada hasrat penubuhan parti PAS iaitu untuk mewujudkan

sebuah negara Islam dan menjadikan pentadbiran Tanah Melayu berasaskan agama Islam. Perkara ini tidak hanya menjadi matlamat PAS sahaja, tetapi turut menjadi matlamat parti Islam sebelum kewujudan PAS iaitu Hizbul Muslimin. PAS boleh juga dilihat sebagai kesinambungan kepada matlamat golongan agamawan terdahulu.

Dalam penjelasan lain, PAS sebagaimana gerakan-gerakan Islam global telah memainkan peranan dalam mengadakan tanzim atau dikenali sebagai pertubuhan berorganisasi yang bertujuan untuk menegakkan Islam, dengan mengambil contoh sebuah organisasi yang terkenal di kalangan gerakan siyasah Islam iaitu Ikhwan Al Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al Banna pada tahun 1928 yang menjadi model kepada penubuhan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia. Melalui pengaruh Ikhwan Al Muslimin ini, tertubuhnya Jamaat-e- Islami oleh Abul A’la Al Maududi di benua Asia Selatan, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin (Masyumi) di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, PAS ditubuhkan selepas berakhirnya Hizbul Al Muslimin yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun 1954. PAS secara konsisten meletakkan tiga matlamat politik utama dalam perjuangannya iaitu membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk sebuah negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam. Namun begitu usaha PAS untuk meraih tiga matlamat awal ini telah menemui kesukaran kerana sikap penjajah British yang berusaha untuk mengekang pengaruh gerakan Islam seperti yang diperkatakan oleh Sir Lord Cromer yang tidak membenarkan tertegaknya negara Islam dimana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

Semasa Profesor Dr Zulkifli Muhammad menerajui PAS sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS, beliau telah menjelaskan matlamat politik PAS dengan menggariskan dua perkara iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah dengan membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan. Menurut pandangan Profesor Zulkifli Muhammad, kemerdekaan adalah penting sebagai jambatan yang membolehkan matlamat untuk menegakkan negara Islam akan tercapai. Selagi sesebuah negara dijajah selagi itu wujudnya halangan Semasa Profesor Dr Zulkifli Muhammad menerajui PAS sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS, beliau telah menjelaskan matlamat politik PAS dengan menggariskan dua perkara iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah dengan membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan. Menurut pandangan Profesor Zulkifli Muhammad, kemerdekaan adalah penting sebagai jambatan yang membolehkan matlamat untuk menegakkan negara Islam akan tercapai. Selagi sesebuah negara dijajah selagi itu wujudnya halangan

Dasar politik PAS adalah jelas iaitu Islam. Hal ini bukan sahaja memandu dalam setiap gerak kerja PAS malah menjadi perangsang dalam setiap tindakan PAS untuk mencapai cita-cita perjuangan parti itu. Dasar ini diperjelaskan saban tahun dalam muktamar tahunan PAS oleh Presiden parti dalam setiap ucapan dasarnya. Begitu juga dengan matlamat politik PAS untuk mengekalkan konsep dan dasar yang sama iaitu memastikan Islam menjadi teras dalam merealisasikan dasar dan tindakan parti.

Dalam konteks ideologi PAS, sebuah kertas kerja yang bertajuk Nasionalisme Melayu Pra dan Pasca Kemerdekaan telah menyatakan bahawa PAS memiliki karakteristik kepartian yang berideologi atau doktrin yang berpegang teguh pada prinsip-prinsip muktamad serta berusaha untuk mengaplikasikannya dalam kerajaan dan pentadbiran. Manakala dalam pendapat lain dijelaskan bahawa sekiranya Islam menjadi rujukan dalam aspek keagamaan, nasionalisme PAS mempunyai makna dan definisi yang tersendiri dan berada dalam kerangka serta skop ideologinya tersendiri sebagaimana Dr. Burhanuddin Al-Helmi menyatakan bahawa Islam memandang ideologi Kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan satu tujuan.

Penekanan kepada aspek ideologi PAS diperkukuhkan dalam setiap ucapan dasar Presiden parti yang menggariskan halatuju parti contohnya ucapan dasar Presiden PAS pada tahun 1983 bertajuk “Ke Arah Pembebasan Ummah”, pada tahun 1984 bertajuk, “Menggempur Pemikiran Asabiyah” dan pada tahun 1985 pula bertajuk “Bertindak Menentang Kezaliman”. Penekanan kepada aspek ideologi PAS iaitu Islam dan Kepimpinan Ulama menyebabkan PAS mengalami tekanan politik. Menurut Profesor Dr Zulkifli Muhammad, PAS tidak menolak kemerdekaan Tanah Melayu, tetapi menolak Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal.

PAS berhasrat untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berlandaskan al- Qur’an dan al-Hadith. Menurut beliau lagi, PAS sebuah parti politik yang berideologi dan berazam untuk mengisi kemerdekaan dengan ideologi sendiri iaitu ideologi Islam. PAS percaya bahawa dengan Islam sahajalah negara dan umat Islam dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagiaan yang sebenarnya.

3.0 Penyataan Masalah

Permasalahan yang dibincangkan adalah perbezaan pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan pemimpin sebuah parti dominasi Melayu terbesar di Malaysia iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) sehingga menyebabkan timbul perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PAS yang memberikan impak negatif dalam kalangan ahli-ahli PAS. Penyataan masalah dalam kajian ini ialah menilai apakah perbezaan pandangan berkaitan nasionalisme dalam kalangan enam pemimpin utama PAS menyebabkan mereka sukar membawa kepada perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu secara lebih bersepadu. Perbezaan pandangan enam pemimpin PAS tersebut ialah Dr Burhanuddin, Haji Mohd Asri Muda, Haji Yusof Rawa, Haji Mohd Fadzil Nor ,Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PAS yang dinyatakan adalah penting untuk menilai sebarang perubahan pucuk pimpinan akan menyebabkan pemimpin PAS gagal untuk memahami nasionalisme seterusnya akan menimbulkan kesan terhadap halatuju PAS dalam politik Malaysia.

4.0 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah kajian ini bermatlamat untuk : i.Mengkaji pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan pemimpin PAS

dari tahun 1951 sehingga 2013. ii.Mengkaji implikasi pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam perkembangan kepartian PAS di antara tahun 1951 sehingga 2013.

5.0 Konsep Dan Definisi Nasionalisme

Menurut Syed Husin Ali (1983), nasionalisme itu terbahagi kepada dua elemen iaitu nasiolisme yang umumnya terdapat di Eropah dan keduanya, nasionalisme yang terdapat di negara-negara Asia dan Afrika. Nasionalisme di Eropah melibatkan penyertaan penggerak nasionalis dengan tujuan untuk membina dan menstabilkan negara berdasarkan aspek agama, budaya dan bahasa yang sudah berakar umbi dalam masyarakat di benua tersebut. Manakala nasionalisme di negara-negara Asia dan Afrika adalah hubungan di antara masyarakat yang berada didalamnya yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan pembebasan daripada cengkaman penjajahan lantas membentuk sebuah negara yang merdeka dan mempunyai kewarganegaraan yang sama bagi setiap masyarakat sama ada dalam bidang politik dan sosio-budaya masing-masing.

Kajian oleh Mohd Faiz Mohd Zain et. al (2011), menyatakan mengenai definisi nasionalisme secara umumnya bermaksud satu fahaman atau semangat kebangsaan. Ia digunakan untuk menjelaskan sikap serta pendekatan yang berkaitan dengan perjuangan menentang kolonial dan menuntut pembelaan terhadap bangsa dan negara. Pandangan oleh Norsazali Abdullah (2005) antara lain pula menyatakan bahawa nasionalisme secara konseptual memiliki makna yang pelbagai. Terdapat makna yang mendefinisikan nasionalisme sebagai Cultural Nation dan State Nation.

Untuk menjelaskan definisi nasionalisme dalam kajian ini dikemukakan dua kategori definisi iaitu nasionalisme menurut pandangan Barat dan Nasionalisme menurut pandangan Islam memandangkan perbezaan pandangan terhadap nasionalisme Melayu berkait rapat dengan Barat dan Islam.

R. Suntharalingam (1985) menegaskan bahawa nasionalisme adalah merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan ulung individu untuk disalurkan kepada negara-bangsa itu. Tidak dinafikan bahawa Nasionalisme adalah cubaan untuk bertapak di mana-mana negara demi merobohkan struktur pemerintahan yang dianggap tidak sesuai dengan nilai-nilai kebangsaan.

Zainal Abidin Abdul Wahid (1985), menjelaskan konsep nasionalisme dengan menyatakan bahawa ;

“Pemikiran yang mendorong seseorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenuhnya kepada sesebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kepada ibu pertiwi, kepada tradisi tempatandan biasanya kepada yang berhak berkuasa di negara itu. Pertalian bangsa, bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kepada kefahaman kebangsaan. Pengalaman bersama menerusi peristiwa- peristiwa dalam sesebuah negara itu, seperti menentang penjajah, boleh menolong mewujudkan atau memperkuatkan fahaman kebangsaan. Segala unsur ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan melalui memadukan satu

kumpulan manusia. Perkara inilah dikatakan fahaman kebangsaa” Wan Hashim Wan Teh (1985), menyatakan definisi nasionalisme yang menjurus

kepada konteks dan keberadaan negara Malaysia iaitu ;

i. Wujud kesedaran kesatuan sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan budaya. Sebagai contoh ialah nasionalisme Melayu yang berakar umbi di abad ke-19 tetapi sampai ke kemuncak perkembangannya pada tahun 1946 apabila penentangan terhadap Malayan Union secara besar-besaran diadakan.

ii. Nasionalisme ialah kesedaran yang membawa kepada penyatuan dalam kalangan sekumpulan manusia yang tinggal dalan satu batasan politik yang sama tetapi tidak semestinya mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan kebudayaannya. Apa yang penting di sini ialah rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa daripada membiarkan tanah air dicerobohi oleh pihak musuh.

Menurut Hans Kohn (1969), seorang pemikir dan pakar dalam ideologi Nasionalisme masa kini, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan fikiran yang meresap ke dalam jiwa sebagai semangat sebahagian besar rakyat. Beliau juga mengiktiraf negara sebagai satu bentuk organisasi yang unggul dan bangsa sebagai punca segala kehidupan dan budaya untuk membina kekuatan ekonomi. Oleh itu, kesetiaan manusia adalah tertumpu kepada bangsanya kerana kehidupan mereka bergantung kepada kebajikan bangsanya itu sendiri.

Hans Kohn (1968) turut menjelaskan bahawa nasionalisme adalah merupakan satu fahaman yang merangsang kepada ketaatan kepada entiti sesuatu kelompok di atas segala ketaatan termasuk ketaatan dan kepatuhan kepada agama. Ketaatan dan simpati kepada kesatuan nasional khususnya dalam soal integriti yang lebih kuat daripada segala-galanya. Menurutnya lagi, nasionalisme amat menyanjung tinggi bangsa sehingga menyebutnya sebagai tanah tumpah darah (Homeland). Oleh itu, sikap ini melahirkan satu perasaaan menjunjung tinggi bangsanya sama ada dalam perkara yang baik atau pun perkara yang buruk, benar atau salah, tetap membela nama dan harga diri bangsa itu yang diutamakan.

Manakala menurut Norsazali Abdullah (2005), kebanyakan definisi Nasionalisme ini dilakukan dengan menggunakan perkataan nasionalisme itu dengan cara mempelbagaikan maknanya mengikut kesesuaian tempat, situasi dan keserasian penggunaannya dalam beberapa perkara. Perkataan nasionalisme itu berasal daripada perkataan Latin iaitu “Natio” yang membawa pengertian tempat kelahiran bangsa, manakala “isme” membawa maksud fahaman. Nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai fahaman kebangsaan yang berdasarkan persamaan tanah kelahiran sesuatu bangsa. Nasionalisme yang diambil daripada perkataan Inggeris dari kata dasar National, Nationalist dan Nationalism, menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, istilah nation bermaksud ; “large community of people, sharing a common history, language etc, and living in a particular territory under one government ” bermaksud satu kelompok masyarakat yang besar, berkongsi sejarah, bahasa dan sebagainya serta tinggal dalam wilayah tertentu dibawah satu kerajaan. Manakala National pula memberi maksud “common to or characteristic of a whole nation ” bermaksud, sifat keseluruhan sesuatu bangsa itu. Nationalist pula merujuk kepada a supporter of nationalism atau penyokong nasionalisme dan Nationalism bermaksud “movement political independence in a country that is controlled by mother or part of another ” atau gerakan yang menyokong pembebasan politik dalam sesebuah negara yang dikuasai oleh orang lain atau sebahagian daripada mereka.

Walter S. Jones (1988) menjelaskan bahawa Nationalism membawa maksud satu identiti kelompok bangsa yang secara kolektif dan emosional telah disatukan untuk menjadi satu bangsa dan menjadikan bangsa sebagai sumber rujukan sekaligus dapat menonjolkan identiti bangsa sebagai identiti nasional.

Menurut A.D Smith (1971), nasionalisme sebagai satu gerakan ideologi ke arah mencapai dan mempertahankan hak kekuasaan dan keperibadian sendiri sesuatu Menurut A.D Smith (1971), nasionalisme sebagai satu gerakan ideologi ke arah mencapai dan mempertahankan hak kekuasaan dan keperibadian sendiri sesuatu

R. Suntharalingam (1985) telah menjelaskan kesimpulan mengenai nasionalisme iaitu merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan ulung setiap individu disalurkan kepada negara- negara itu. Nasionalisme dalam bentuk yang kental ini hanya muncul pada abad ke-

18 namun pengaruhnya telah merebak dengan pantas sejak awal abad ini sehingga hampir menguasai seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan bahawa nasionalisme mula bertapak untuk meruntuhkan struktur pemerintahan yang dianggap tidak sesuai dengan nilai dan norma kebangsaan.

Thameem Ushama (2011) menjelaskan bahawa nasionalisme dalam Islam merujuk sebagai ideologi politik yang berpendapat bahawa negara adalah sangat penting atau mengamalkan kepercayaan bahawa satu negara merupakan secara semula jadi yang unggul ke atas semua negeri yang lain. Nasionalisme juga ditakrifkan sebagai sentimen atau perasaan atau kesedaran rakyat untuk wilayah tertentu yang dirujuk sebagai polisi kebebasan kebangsaan dan boleh menggambarkan negara sebagai sebuah masyarakat bersatu di bawah satu kerajaan yang telah dikenali atau sebagai satu kumpulan yang besar rakyat dengan keturunan yang sama atau sejarah; satu sentimen berdasarkan kepada ciri kebudayaan yang biasa yang menyatukan penduduk yang bersama-sama sekaligus menghasilkan dasar kemerdekaan kebangsaan atau pemisahan, yang merupakan kesedaran dan rasa bangga dalam watak individu dan semangat rakyat sebagai secara subjektif mengalami dan seterusnya, lebih mudah condong ke arah semangat perpaduan negara.

Mohd Hazizi Abdul Rahman (2011) menyatakan definisi nasionalisme menurut pandangan Imam Hasan Al Banna iaitu pengasas pergerakan Ikhwan Al Muslimin Mesir dengan mengatakan bahawa ;“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarganya dan bangsanya adalah merupakan orang yang paling utama untuk memberikan layanan yang baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maka maksud ini (nasionalisme) adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah mendewasakan pemikiran.Menurutnya lagi jika nasionalisme yang dimaksudkan tuntutan untuk berusaha dan berjihad maka menjadi kewajiban setiap kelompok bangsa untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah akan mencapai kejayaan…”, kenyataan ini dipetik daripada ucapan Imam Hasan Al Banna dalam Muktamar Tahunan Ikhwan Al Muslimin di yang terkandung dalam Risalah Dakwatuna.

Selanjutnya, Mariam Jameelah (1979) menyatakan bahawa nasionalisme juga ditakrifkan dengan tiga terminologi iaitu ;

i. The term of Al Assabiyya has been used in El hadith literature and a few Al hadith explain the meaning of Al Assabiyya. (Terminologi Al Assabiyyah telah digunakan sebagai literatur dalam bidang Hadis dan terdapat beberapa hadis yang menerangkan maksud Al Assabiyyah).

ii. As the term Al Wataniyya is derived from the word watan, it generally means nationalism with reference to land. (Terminologi Al Wataniyyah dipetik daripada perkataan watan, secara umumnya nasionalisme merujuk kepada tanah air).

iii. The term Al Qawmiyya is derived from qawm, it is referred to as nationalism with reference to people or race or ethnic group. (Al Qawmiyyah pula dipetik daripada perkataan qawm, merujuk kepada nasionalisme terhadap masyarakat atau bangsa atau kumpulan etnik).

Menurut Nor Sazali Abdullah (2005), nasionalisme dalam Islam merujuk kepada lima elemen Al Wataniyyah seperti yang dijelaskan oleh Imam Hasan Al Banna iaitu

i. Al Wataniyyah Al Hanin yang bermaksud kasih sayang adalah semangat cintakan tanah air yang wujud secara semulajadi atau fitrah dalam setiap diri manusia dan ianya amat digalakkan oleh Islam. Perkara ini dapat dilihat dalam sikap Bilal Bin Rabah Radhiyallahu anhu yang menyatakan kecintaannya kepada Kota Mekah dan begitu juga rasa cinta Rasulullah SAW menitis air mata ketika mendengar cerita Asil Radhiyallahu anhu yang menggambarkan keindahan Kota Mekah lantaran rasa cinta dan sayangnya Rasulullah SAW terhadap bumi kelahirannya sendiri.

ii. Al Wataniyyah Al Hurriyah wal I’zzah yang bermaksud keagungan dan kemerdekaan adalah sifat tanggungjawab untuk membebaskan tanah air dari kekuasaan asing dengan meletakkan kemerdekaan serta kemuliaan rakyat.

iii. Al Wataniyyah Al Mujtama’ yang bermaksud kebebasan kemasyarakatan dengan usaha untuk menyatukan rakyat demi kepentingan bersama.

iv. Al Wataniyyah Al Fath yang bermaksud penaklukan iaitu perjuangan untuk menguasai dunia dengan membawa agama Islam.

v. Al Wataniyyah Al Hizbiyyah bermaksud perkauman dan pembahagian bangsa kepada kelompok-kelompok kemudian dihasut dan dilaga-lagakan sehingga membawa pepecahan.

Jelaslah bahawa, Imam Hasan Al Banna telah menakrifkan nasionalisme ini dengan penuh adab dan memenuhi kehendak dan keadaan umat termasuk juga negara-negara Islam yang dijajah oleh kolonial-kolonial Eropah yang telah menyimpangkan Jelaslah bahawa, Imam Hasan Al Banna telah menakrifkan nasionalisme ini dengan penuh adab dan memenuhi kehendak dan keadaan umat termasuk juga negara-negara Islam yang dijajah oleh kolonial-kolonial Eropah yang telah menyimpangkan

Menurut A.C Kapur (1977) dalam karyanya bertajuk, The Principles of Political Science menjelaskan bahawa teori nasionalisme dalam perspektif sains politik adalah merujuk kepada satu simpulan dalam memperkukuhkan asal usul sesuatu kelompok manusia, mempunyai rasa untuk memiliki kebudayaan, adat resam dan nilai estetika tersendiri dengan tujuan untuk hidup bersama dengan memegang satu cara hidup yang telah dipersetujui dengan penuh penghormatan antara satu sama lain.

Islam turut memperjelaskan teori-teori nasionalisme ini dengan menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang bersifat universal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit. Memandangkan Islam itu bersifat universal, maka seluruh umat Islam merasakan mereka adalah sama disisi Allah SWT. Walaupun Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW dari kalangan bangsa Arab, tidaklah bermakna seruan itu untuk bangsa Arab sahaja, malah ia mencakupi semua bangsa yang ada didunia ini. Abu A’la Al Maududi (1984) menyatakan nasionalisme yang difahami adalah berkaitan dengan kewarganegaraan (nationality) atas perkara yang berhubung dengan sesuatu kawasan yang dihuni sesebuah masyarakat, di samping itu juga nasionalisme juga bersifat sokongan individu terhadap bangsanya tanpa memusnahkan bangsa-bangsa yang lain.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang Al Maududi tidak bersetuju dengan nasionalisme atau fahaman kebangsaan yang bersifat fanatik keterlaluan, bersifat kesukuan yang membuta-tuli sehingga memandang rendah terhadap bangsa dan terlalu memihak kepada bangsanya tanpa mengira ianya hak (benar) atau batil (salah). Sebaliknya jika nasionalisme itu berasaskan kepada konsep Al Hurriyah (kebebasan) dan Al Istiqlal (kemerdekaan) sudah semestinya tujuan tersebut mempunyai kebaikan lantaran setiap rakyat berhak untuk mentadbir dan berdikari untuk membangunkan negara sendiri tanpa ada kongkongan, penjajahan, perhambaan, kekejaman dan kezaliman. Teori nasionalisme oleh Al Maududi ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengklasifikasikan nasionalisme kepada dua aspek iaitu ; Pertama, Nasionalisme yang tidak bertentangan dengan Islam, kedua, Nasionalisme yang bertentangan dengan Islam. lantaran itulah beliau telah mengasaskan Al Mujtama’ Al A’lami yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan Islam dan dasar-dasarnya.

Menurut Imam Hasan Al Banna (w.1949), nasionalisme dalam Islam merujuk kepada Al Wataniyyah dan Al Qawmiyyah. Selain daripada lima elemen Al

Wataniyyah yang telah dijelaskan, Al Qawmiyyah juga adalah sebahagian daripada nasionalisme yang diterima oleh kaedah Islam dengan tiga elemen iaitu ;

i. Al Qawmiyyah Al Majid yang berpaksikan kepada nasionalisme yang gemilang dengan mengikuti jejak langkah generasi terdahulu dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan tamadun serta menjadikan generasi terdahulu sebagai inspirasi dan teladan (Qudwah).

ii. Al Qawmiyyah Al Ummah yang berorientasikan keutamaan untuk memberikan khidmat pembelaan kepada ummah.

iii. Al Qawmiyyah Al Tanzim iaitu nasionalisme yang meminta setiap kelompok rakyat berperanan untuk merencanakan kemenangan.

Manakala Imam Hasan Al Banna memisahkan teori Al Qawmiyyah yang ditolak oleh Islam, terdapat dua teori iaitu ;

i. Al Qawmiyyah Al Jahiliyyah iaitu sikap yang mengembalikan rakyat kepada cara hidup jahiliyah dan membebaskan diri daripada ikatan Islam dan keterlaluan dalam membangga-banggakan sifat kebangsaan serta menghapuskan segala bentuk aspek kehidupan Islam seperti yang dilakukan oleh sesetengah negara seperti Turki.

ii. Al Qawmiyyah Al ‘Udwan iaitu nasionalisme yang bersifat permusuhan serta membawa kepada penindasan dan kezaliman seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Jerman dan Itali.

Seorang tokoh kebangkitan Islam terkenal, Sayyid Rashid Ridha (w.1935) telah menjelaskan konsep nasionalisme dalam tiga bentuk iaitu nasionalisme, patriotisme dan semangat kesukuan (Al Asabiyah). Beliau amat menegaskan bahawa Islam melarang keras konsep berpuak-puak semata-mata untuk mempertahankan puak masing-masing, saling berpecah belah dan saling berbalah sesama sendiri lantaran itu Islam menuntut umatnya untuk memerangi golongan asing yang cuba untuk menyerang negara dan kehormatan mereka sehingga diperingkat wajib untuk mempertahankannya. Itu adalah adalah sikap patriotisme yang dituntut agama Islam. Secara umumnya, Sayyid Rashid Ridha menerima konsep nasionalisme dengan syarat ia mestilah seiring dengan konsep keadilan, keadilan hak dan kehakiman.

Tokoh pemikiran Islam terkenal di benua Asia Selatan, Muhammad Iqbal (w.1938) menjelaskan bahawa nasionalisme adalah sesuatu yang diperkenalkan oleh Barat dengan membawa unsur-unsur meterialisme yang mengancam kesejahteraan dan keamanan manusia sejagat. Ia memisahkan agama dan meletakkan negara-bangsa (Nation-State) sebagai kesetiaan yang mutlak. Nasionalisme juga menurut beliau lagi, mewujudkan perasaan bangga diri, perasaan lebih hebat dan lebih agung daripada bangsa-bangsa lain. Prinsip-prinsip inilah amat bertentangan dengan nasionalisme yang digariskan oleh Islam. Walhal Islam memandang nasionalisme Tokoh pemikiran Islam terkenal di benua Asia Selatan, Muhammad Iqbal (w.1938) menjelaskan bahawa nasionalisme adalah sesuatu yang diperkenalkan oleh Barat dengan membawa unsur-unsur meterialisme yang mengancam kesejahteraan dan keamanan manusia sejagat. Ia memisahkan agama dan meletakkan negara-bangsa (Nation-State) sebagai kesetiaan yang mutlak. Nasionalisme juga menurut beliau lagi, mewujudkan perasaan bangga diri, perasaan lebih hebat dan lebih agung daripada bangsa-bangsa lain. Prinsip-prinsip inilah amat bertentangan dengan nasionalisme yang digariskan oleh Islam. Walhal Islam memandang nasionalisme

Dalam mendepani nasionalisme ini, maka hubungan keberadaan bangsa Melayu dengan era kolonialisme dan kebangkitan bangsa pada era penjajahan, maka nasionalisme Melayu telah menjadi satu bentuk teori yang menarik seperti yang dinyatakan oleh W.R Roff. Memetik kenyataan Dr Burhanuddin Al Helmi (w.1969) dalam ucapan dasarnya di Kongres Parti Islam Se-Malaysia 1964 yang dipetik oleh Ahmad Boestamam dalam karyanya iaitu ; “Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia bahawa Melayu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu”. Dr Burhanuddin Al Helmi mengulas pandangan Ibnu Khaldun dalam Al Muqaddimah dalam konteks ini bahawa unsur dalam patriotisme bangsa adalah nasionalisme dan beliau berpendapat bahawa perjuangan nasionalisme Melayu yang diperjuangkannya tidak termasuk dalam kelompok yang dimaksudkan dengan sifat Asabiyyah yang sempit. Pada pandangan Dr Burhanuddin Al Helmi, nasionalisme yang dijadikan sebagai ideologi politik hanya perlu disesuaikan dengan Islam. Sehubungan itu, nasionalisme Melayu yang diperjuangkan Dr Burhanuddin Al Helmi adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa Melayu yang beriman, bertakwa, berbudi bahasa, sopan-santun, beradab dan berakhlak mulia. Pengkaji mengambil pendekatan positif dengan sikap Dr Burhanuddin Al Helmi terhadap nasionalisme. Maka dalam kajian ini, pengkaji menjadikan pandangan beliau antara sumber untuk memperjelaskan kefahaman terhadap nasionalisme. Kesimpulan daripada teori-teori nasionalisme daripada perspektif Islam, jelas bahawa nasionalisme pada umumnya diterima dan diamalkan tetapi ia perlu diselaraskan dengan kehendak Islam itu sendiri dengan tidak menafikan hak bangsa lain dan perlulah terhindar daripada berlakunya kezaliman dan penindasan.

6.0 Pandangan nasionalisme oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS

Penyertaan Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS telah memberikan kesan yang sangat hebat kerana melalui PAS beliau dapat menonjolkan diri semula selepas gagal dalam memimpin beberapa organisasi politik sebelumnya kerana masalah-masalah tertentu. Melalui PAS, beliau diberikan ruang politik yang cukup mantap dan sesuai dengan citra ideologi beliau yang mendokong semangat nasionalisme Melayu dan Islam serta dalam pada masa yang sama telah membawa PAS sebagai sebuah parti politik yang berkembang pesat di Semenanjung Tanah Melayu seterusnya kekal sebagai sebuah parti siasah yang menjadi saingan kepada UMNO sehingga ke hari ini. Dalam penyelidikan ini, perkembangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi menghuraikan implementasi nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam bentuk Penyertaan Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS telah memberikan kesan yang sangat hebat kerana melalui PAS beliau dapat menonjolkan diri semula selepas gagal dalam memimpin beberapa organisasi politik sebelumnya kerana masalah-masalah tertentu. Melalui PAS, beliau diberikan ruang politik yang cukup mantap dan sesuai dengan citra ideologi beliau yang mendokong semangat nasionalisme Melayu dan Islam serta dalam pada masa yang sama telah membawa PAS sebagai sebuah parti politik yang berkembang pesat di Semenanjung Tanah Melayu seterusnya kekal sebagai sebuah parti siasah yang menjadi saingan kepada UMNO sehingga ke hari ini. Dalam penyelidikan ini, perkembangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi menghuraikan implementasi nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam bentuk

Ramlah Adam (1996) menyatakan bahawa penyertaan Dr. Burhanuddin Al Helmi ke dalam PAS pada bulan Disember 1956 adalah hasil daripada usaha individu yang banyak memujuk beliau untuk menyertai PAS. Haji Hassan Adli adalah individu yang memainkan peranan dalam membawa Dr. Burhanuddin Al Helmi menyertai PAS. Selepas pertemuan dengan Dr. Burhanuddin Al Helmi sejurus selesai persidangan Parti Rakyat Malaya di Ipoh pada 10 November 1956, bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Perak iaitu Haji Wahab Nur, Dr. Burhanuddin Al Helmi menyatakan kesediaannya untuk menyertai PAS. Pandangan terhadap nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi menjadi semakin menonjol selepas beliau dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS pada 25 Disember 1956 menewaskan pesaingannya Zulkifli Mohammad dalam mesyuarat agung PAS kelima di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Selepas memenangi jawatan Yang Di Pertua PAS, beliau menyusun kembali gerak kerja perjuangan PAS dengan lebih teratur dan bersistematik. Fokus Dr. Burhanuddin Al Helmi adalah untuk memperkukuhkan idealisme perjuangan PAS yang berpaksikan kepada konsep dakwah Islam serta agenda kepentingan dan kebangsaan Melayu. Sukar untuk dipisahkan agenda nasionalisme Melayu daripada diri Dr. Burhanuddin Al Helmi.

Ramlah Adam (1996), menyatakan bahawa gerak kerja memperkasakan nasionalisme oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dalam PAS adalah dengan menjadi pengkritik kepada agenda kemerdekaan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO. Ketika itu kritikan Dr. Burhanuddin Al Helmi berfokus kepada draf cadangan Perlembagaan Tanah Melayu yang dibentuk oleh panel Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini dibentuk oleh penjajah British dan parti Perikatan untuk mendapatkan pandangan yang tidak berat sebelah. Fokus kritikan Dr. Burhanuddin Al Helmi terhadap suruhanjaya ini berkisarkan soal kepentingan bangsa Melayu, prinsip kerakyatan Jus Soli, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak keistimewaan orang Melayu serta sistem pertahanan dan pendidikan bangsa Melayu. Penentangan Dr. Burhanuddin Al Helmi terhadap Suruhanjaya Reid ini diperkuatkan lagi dengan Memorandum PAS yang mengandungi lima intipati penting yang kesemuanya menjurus kepada semangat nasionalisme Melayu. Ketegasan Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam memperjuangan nasionalisme Melayu dalam PAS ini turut disokong oleh Ustaz Zulkifli Mohammad, Haji Othman Abdullah, Mohd Asri Muda dan Haji Hassan Adli. Nasionalisme Melayu yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi itu jugalah yang menjadi pendirian rasmi PAS sebagai sebuah parti politik Melayu ketika itu.

Nasionalisme yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi diserlahkan lagi dalam Kongres Kebangsaan Melayu kedua pada tahun 1957 sebagai lanjutan kepada bantahan draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid. Ramlah (1996) menyatakan bahawa tujuan kongres ini diadakan adalah untuk membidas Parti Perikatan yang tidak Nasionalisme yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi diserlahkan lagi dalam Kongres Kebangsaan Melayu kedua pada tahun 1957 sebagai lanjutan kepada bantahan draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid. Ramlah (1996) menyatakan bahawa tujuan kongres ini diadakan adalah untuk membidas Parti Perikatan yang tidak

Nik Anuar Nik Mahmud (2015) menyatakan bahawa, PAS selepas kemenangan Dr. Burhanuddin Al Helmi sebagai Yang Di Pertua PAS memandang serius terhadap tuntutan melampau kaum bukan Melayu yang sekiranya diterima tuntutan golongan tersebut sekaligus menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa pribumi negara ini. Di atas prinsip itulah PAS memainkan peranannya sebagai pembela bangsa Melayu dan agama Islam memandangkan dalam pada masa yang sama, PAS tidak yakin UMNO mampu untuk menjaga kepentingan orang Melayu kerana terikat dengan sekutunya dalam Parti Perikatan.

Wan Abdul Rahman dan Kamaruzaman (2015) turut menjelaskan bahawa pendirian Dr. Burhanuddin Al Helmi yang memimpin PAS khasnya dalam isu Suruhanjaya Reid, dikritik kerana cubaan beliau untuk mengadunkan dasar dan prinsip Islam dan Nasionalisme. Pemikiran nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS diterjemahkan dalan bentuk ucapan dan pidato beliau. Mohd Syakir Mohd Rosdi (2010) menyatakan bahawa idealisme politik Dr. Burhanuddin Al Helmi terpancar melalui tindakan, ucapan dan tulisan beliau. Lantaran itulah Wan Azam Wan Amin (1997) menjelaskan bahawa idealisme politik dan pemikiran nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi diterjemahkan dengan tiga intipati utama iaitu ; i. Semangat Keislaman, ii. Semangat kebangsaan yang luas dan iii. Penentangan terhadap penjajah.

Mohamed Mustafa Ishak (2015) menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin Al Helmi mempertahankan penglibatannya dalam pergerakan nasionalis sebelum menyertai PAS apabila beliau menyatakan :

Kebanyakan orang keliru dengan perkataan asabiyah. Mereka menyamakannya dengan nasionalisme dan dengan itu mereka mengatakan tidak ada nasionalisme dalam Islam… sebenarnya, asabiyah memberikan maksud fanatisme atau kecenderungan parochial atau perkauman, dan ini tida sama dengan tafsiran lebih luas nasionalisme yang disokong dalam Al Quran

Kamarudin Salleh (2008) menyatakan bahawa, Dr. Burhanuddin Al Helmi sewaktu memimpin PAS memperlihatkan kekuatan pengaruh dan jati diri kemelayuan dalam tuntutan-tuntutan yang dikemukakan khasnya dalam Memorandum PAS sehingga beliau digambarkan lebih nasionalis daripada pemimpin UMNO sendiri. Dr. Burhanuddin Al Helmi juga lantang menyatakan bahawa nasionalisme dalam PAS Kamarudin Salleh (2008) menyatakan bahawa, Dr. Burhanuddin Al Helmi sewaktu memimpin PAS memperlihatkan kekuatan pengaruh dan jati diri kemelayuan dalam tuntutan-tuntutan yang dikemukakan khasnya dalam Memorandum PAS sehingga beliau digambarkan lebih nasionalis daripada pemimpin UMNO sendiri. Dr. Burhanuddin Al Helmi juga lantang menyatakan bahawa nasionalisme dalam PAS

…cintakan cita-cita Islam berdiri di atas bumi pusaka kita ini dengan rupa bangsa dan kebangsaan Melayunya. Maka atas hasrat iamn cita-cita Islam dan kebangsaan Melayu itulah dasar suci perjuangan kita..PAS berjuang kerana kebebasan dan kemerdekaan dasar demokrasi ..kemerdekaan bagi PAS adalah kemerdekaan bangsa dan negara dan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang perseorangan, masyarakat dan negara

Wan Mohd Azam Wan Amin (1997) dalam membahaskan gagasan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi, menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin Al Helmi membidas segolongan ulama yang beranggapan bahawa pergerakan politik beliau adalah bersifat ‘Asabiyyah dengan penegasan berikut ;

Dalam kita memperjuangan kemerdekaan bangsa kita, kebangsaan Melayu sekarang, pedoman kita Al-Quran, jalan kita Sirat Al-Mustaqim. Hendaknya tiap-tiap diri yang beriman itu, hendaklah menjadi angkatan pelopor kebangsaan hari ini, kebangsaan untuk kemerdekaan, kemanusiaan dan kesejahteraan abadi

Dalam erti kata lain, menurut nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi masih lagi bersifat keislaman. Lantaran itu beliau memberikan penegasan dengan menjawab segala tuduhan ke atas gerakan kebangsaan yang dilaksanakan olehnya. Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak menyuruh umatnya untuk saling bergaduh atau saling bermusuhan dengan manusia lain, dalam konteks arus pra kemerdekaan Tanah melayu, beliau untuk tidak menggunakan wasilah revolusi dengan penegasan yang begitu kukuh ;

Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita

telah dan terus

menerus menerus

Oleh kerana faktor dan keadaan Tanah Melayu yang masih baharu merdeka, PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi tidak berniat untuk memilih jalan revolusi memandangkan prinsip perjuangan PAS ketika itu adalah bersifat kebangsaan Melayu bukannya bersifat Asabiyyah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam PAS ketika itu. Malahan Dr. Burhanuddin Al Helmi juga menjelaskan intipati nasionalisme Melayu adalah bertujuan untuk mengembalikan identiti bangsa Melayu, menimbulkan keperibadian kebangsaan yang tulen seperti yang diperkatakan oleh beliau ;

Kebangsaan kita ialah kebangsaan yang memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa atau kebangsaan yang lain didunia ini

Nasionalisme Melayu menurut Dr. Burhanuddin Al Helmi perlu disesuaikan dengan Islam. Nasionalisme sebagai satu ideologi politik semestinya sesuai dan serasi dengan Islam. Penegasan ini dinyatakan oleh beliau ;

Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik bukanlah agama