Definisi dan jenis-jenis pelancongan

2.2.2.2 Definisi Pelancongan

Terdapat pelbagai definisi pelancongan yang telah diberikan oleh para pengkaji dan pertubuhan antarabangsa mengenai pelancongan. Menurut “United Nations Manila Conference on World Tourism” pelancongan merupakan aktiviti yang terhasil dalam kehidupan sesuatu bangsa kerana ia merupakan kesan langsung ke atas sosial, budaya, pendidikan dan ekonomi sesebuah masyarakat serta hubungan antarabangsanya (Edward, 1996 dalam Dayang Musliha, 2001).

Pada pendapat Goeldner dan McIntoch (1995) dalam Mohamad Zulkepli (2001), pelancongan didefinisikan sebagai satu fenomena dan perhubungan yang terhasil dari interaksi antara pelawat, peniaga, kerajaan negeri dan penduduk tempatan di dalam usaha mereka menjadi tuan rumah kepada pelawat dan pelancongan.

Manakala menurut Felix (1995) dalam Khairani Ibrahim (2001), pelancongan mengandungi pelancong yang melakukan sesuatu perjalanan dengan menjalankan pelbagai aktiviti semasa menghabiskan percutian. Menurut Smith (1989) dalam Dayang Musliha (2001), pelancongan adalah satu set aktiviti oleh individu yang mengadakan perjalanan di luar persekitaran biasanya untuk kurang dari setahun dengan tujuan selain daripada menjalankan aktiviti yang menghasilkan pendapatan dari kawasan yang dilawatinya.

Selain itu, Veal et al. (1993) telah mendefinisikan pelancongan sebagai pergerakan keluar ketika lapang untuk merasai satu keadaan yang tenang dari tempat tinggal serta menetap sekurang-kurangnya satu malam di tempat yang dilawati dengan menggunakan kemudahan mengikut kemampuan mereka.

Berdasarkan definisi yang telah dijelaskan ini, pelancongan dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang melibatkan pergerakan pelancong untuk melakukan sesuatu perjalanan ke sesuatu tempat dalam jangkamasa tertentu dan akan menggunakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti penginapan, pengangkutan, permainan dan sebagainya. Lazimnya, aktiviti yang dilakukan pelancong adalah mengikut perancangan yang diatur oleh pelancong itu sendiri atau pun agensi pelancongan.

2.2.2.3 Tujuan dan Kategori Pelancong

Teori Maslow (1968) menyatakan, perjalanan seseorang itu mempunyai tujuh tujuan utama iaitu fizikal, sanjungan diri sendiri, pengetahuan, nilai estetik, keupayaan dan kepentingan diri sendiri. Walaubagaimanapun, tujuan utama sesorang itu melakukan perjalanan adalah untuk memenuhi keperluan fizikal diri iaitu untuk beristirehat, menghilangkan ketegangan dan melapangkan fikiran. Seterusnya, menurut Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia, pelancong boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu pelancongan antarabangsa dan pelancong domestik. Kategori pelancong ini dibezakan dengan melihat kepada definisi yang diterangkan seperti berikut: Teori Maslow (1968) menyatakan, perjalanan seseorang itu mempunyai tujuh tujuan utama iaitu fizikal, sanjungan diri sendiri, pengetahuan, nilai estetik, keupayaan dan kepentingan diri sendiri. Walaubagaimanapun, tujuan utama sesorang itu melakukan perjalanan adalah untuk memenuhi keperluan fizikal diri iaitu untuk beristirehat, menghilangkan ketegangan dan melapangkan fikiran. Seterusnya, menurut Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia, pelancong boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu pelancongan antarabangsa dan pelancong domestik. Kategori pelancong ini dibezakan dengan melihat kepada definisi yang diterangkan seperti berikut:

Mill (1985) mendefinisikan pelancong antarabangsa sebagai pengembara yang tinggal sekurang-kurangnya satu malam tetapi tidak lebih daripada setahun di sesebuah negara yang bukan negara asalnya dengan pelbagai alasan kecuali urusan pekerjaan.

Pelancong antarabangsa juga dikenali sebagai pelancong asing dimana apabila seseorang itu melakukan perjalanan jauh iaitu dari sesebuah negara ke sesebuah negara yang lain. Negara yang dikunjungi itu mempunyai sistem ekonomi dan politik yang berbeza dari tempat tinggalnya. Oleh itu, ianya akan menyebabkan pelancong tersebut perlu menyediakan dokumen-dokumen pengenalan diri yang sah seperti passport untuk masuk ke negara yang ingin dilawatinya.

Selain itu, pelancong antarabangsa juga akan menggunakan bahasa antarabangsa sebagai bahasa perantaraan dengan penduduk di negara yang dilawati. Pelancong juga terpaksa menggunakan mata wang yang digunakan oleh negara yang ingin dilawatinya kerana semua negara mempunyai mata wang yang berbeza-beza.

b) Pelancong Domestik

Seseorang itu dikatakan sebagai pelancong domestik atau pelancong dalaman juga disebut sebagai pelancong tempatan adalah apabila ia melakukan perjalanan daripada tempat tinggalnya yang tetap ke sesuatu kawasan lain dalam negeri atau negaranya. Penggunaan bahasa dan mata wang adalah sama dan dokumen perjalanan tidak diperlukan bagi memenuhi tujuan perjalananya. Menurut Mill (1985), pelancong domestik merupakan seseorang yang menetap di sesebuah negara dan tidak mengambilkira kewarganegaraanya untuk mengembara ke sesuatu tempat dalam negara tersebut

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pula mendefinisikan pelancongan domestik sebagai:

“Sesiapa sahaja yang bermaustautin di Malaysia, tanpa mengira kewargangaraanya yang melakukan pengembaraan sekurang-kurangnya sejauh 25 batu atau 40km dari tempat tinggalnya untuk suatu tempoh yang kurang daripada 24 jam atau satu malam dengan tujuan melakukan aktiviti selain daripada aktiviti yang diberi upah (pekerjaan)” (Berita Pelancongan Malaysia, Jan 1990)

Perbadanan Pelancongan Dunia (1998), pula mendefinisikan pelancong domestik sebagai:

a) Pelawat tempatan iaitu penduduk yang mengembara di dalam negerinya tidak lebih daripada tempoh satu malam

b) Pelancong tempatan didefinisikan sekurang-kurangnya tingal selama 24jam dan tidak melebihi daripada setahun dan bertujuan untuk berehat, berekreasi, percutian, bersukan, perniagaan, melawat kawan-kawan, misi-misi tertentu seperti mesyuarat, persidangan, pelajaran dan agama.

c) Pengunjung tempatan didefinisikan tidak tinggal melebihi 24jam.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

Docking Studies on Flavonoid Anticancer Agents with DNA Methyl Transferase Receptor

0 55 1

EVALUASI PENGELOLAAN LIMBAH PADAT MELALUI ANALISIS SWOT (Studi Pengelolaan Limbah Padat Di Kabupaten Jember) An Evaluation on Management of Solid Waste, Based on the Results of SWOT analysis ( A Study on the Management of Solid Waste at Jember Regency)

4 28 1

The correlation intelligence quatient (IQ) and studenst achievement in learning english : a correlational study on tenth grade of man 19 jakarta

0 57 61

An analysis of moral values through the rewards and punishments on the script of The chronicles of Narnia : The Lion, the witch, and the wardrobe

1 59 47

Deconstruction analysis on postmodern character summer finn in 500 Days of summer movie

0 32 171

An analysis on the content validity of english summative test items at the even semester of the second grade of Junior High School

4 54 108

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

PENGARUH KOSENTRASI SARI KUNYIT PUTIH (Curcuma zediaria) TERHADAP KUALITAS TELUR ASIN DITINJAU DARI AKTIVITAS ANTIOKSIDAN, TOTAL FENOL, KADAR PROTEIN DAN KADAR GARAM The Addition of White Turmeric (Curcuma zedoaria) Concentrated Base on Quality Antioxidan

1 1 8