Perkembangan UMNO Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO

45 Perlembagaan UMNO tidak menetapkan secara eksplisit syarat Islam sebagai dasar keanggotaan. UMNO membuka keanggotaanya kepada bangsa Melayu dan Bumiputera, tetapi tidak kepada India dan cina sekalipun telah memeluk Islam. Bumiputera diterima menjadi anggota UMNO, kendatipun mereka belum masuk Islam. 18 Ketentuan ini menegaskan bahwa pertimbangan etnis jauh lebih kuat daripada pertimbangan agama. i Zaman Dato Onn : Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Maret hingga 4 Maret 1946 dan sebanyak 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. 19 Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak. Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: Pertama; Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; Kedua; Membantah pertubuhan Malayan Union; dan Ketiga; Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja. 20 18 Wan Hasyim Wan Teh , UMNO dalam Arus Perdana Politik Kebangsaan, Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn Bhd, 1993, hlm 129 19 http:zanas.wordpress.comsejarah-penubuhan-umno, diakses pada tanggal 05 September 2010, pukul 10:54. 20 Ibid. 46 Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad Zaaba telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak. 21 Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan Inggris tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan- pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR UMNO berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka lahirlah UMNO secara rasmi. 22 Dato Onn mencadangkan bahwa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu. Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan 21 http:ms.wikipedia.orgwikiPertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu, diakses pada tanggal 26 September 2010, pukul 11:10 22 http:www.umnomaran.orgindex.php?option=com_contentview=articleid=58Itemid=5 8, diakses pada tanggal 26 Agustus 2010, pukul 20:37 WIB 47 pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya IMP pada 26 Ogos, 1951. 23 ii Zaman Tunku Abdul Rahman : Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan Inggris di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. 24 iii Zaman Tun Abdul Razak : Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30 menjelang 1990 namun gagal. 25 iv Zaman Tun Hussein Onn : Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bumiputera dalam ekonomi Negara. 26 v Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad : 23 Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri Muslimin bin Fadzli, Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, cet 3, hlm 60 24 Ibid, hlm 63 25 Ibid, hlm 64 26 Ibid, hlm 64 48 UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan partai serpihan UMNO, yang bernama Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988. 27 Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas. 28 vi Zaman Abdullah Ahmad Badawi : Pada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kursi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kursi atau 90.41 kursi. Namun pada tahun 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung 27 http:miorazlan.blogspot.com200808satu-perhimpunan-besar-besaran-yang.html, diakses pada tanggal 15 September 2010, pukul 17:42 28 Chamil Wariya, Perjuangan Membela Melayu : UMNO SELANGOR, Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2006, cet I, hlm 60. 49 Malaysia Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah selain PAS mengekalkan Kelantan. 29 vii Zaman Najib Tun Razak : Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kampanya Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang. Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis yaitu dengan menghapuskan dasar PPSMI sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan melancarkan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum. 30

C. Dasar dan Perjuangan UMNO

Tindakan kerajaan Inggris mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah. Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Maret 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di 29 http:ms.wikipedia.orgwikiUMNO, diakses pada tanggal 28 Augustus 2010, pukul 11:46. 30 http:www.utusan.com.myutusaninfo.asp?y=2009dt=0711pub=utusan_malaysiasec=R encanapg=re_01.htmarc=hive, diakses pada tanggal 28 Augustus 2010, pukul 15.16. 50 seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu. 31 Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan yaitu pada 30 dan 31 Maret 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan. 32 Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato‟ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau “United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za‟aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” PEKEMBAR atau “United Malays National Organization” UMNO. 33 Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Malayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua 2 tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948. Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu 31 Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 55. 32 Chamil Wariya, Perjuangan Membela Melayu : UMNO SELANGOR, Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2006, cet I, hlm 35 33 http:www.umnonibongtebal.myv2articles.php?article_id=1, diakses pada tanggal 22 September 2010, pukul 12:33 WIB 51 dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan Inggris masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat sebarang pembelaan. 34 Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”. Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertuan UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan : “Dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan „ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula „Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”. 35 Kerajaan Inggris, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini. 36 Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO 34 http:silamgemilang.wordpress.com20090322cantas-mencantas-bukan-budaya- perjuangan-parti-umno-apa-kata-sejarah-perjuangan-parti-umno, diakses pada tanggal 22 September 2010, pukul 14:32 WIB 35 Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri Muslimin bin Fadzli, Sejarah Tingkatan 3,.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, cet 3, hlm 75 36 Ishak Saat, Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Selangor: Karisma Production Sdn Bhd, 2007, cet 1, hlm 10.