Pengenalan UMNO UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION UMNO

41 politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. 7 Nasionalisme Melayu sebelumnya agak gamang karena wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, pergolakan masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. 8 Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit karena telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan ke arah kemerdekaan adalah disadari, tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha- usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua- 7 http:umno-online.com?page_id=2883, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 19:39. 8 http:komuniti.iluvislam.comtopic26529-sejarah-united-malay-national-organisation, diakses pada tanggal 26 Agustus 2010, pukul 09:04. 42 duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. 9 Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahwa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka. 10

B. Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO

1. Sejarah Penubuhan UMNO

Mengikut satu fakta sejarah, UMNO ditubuhkan secara resmi pada tanggal 11 Mei 1946 melalui sebuah kongres yang diadakan oleh 41 pertubuhan Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu untuk menentang rancangan Inggris yang memperkenalkan pada April 1946. Malayan Union secara drastis menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan Inggris kepada jajahan langsung Inggris, menghapuskan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep kerakyatan jus soli yaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin 9 Wahid, Zainal Abidin, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 12. 10 http:umnobsg.netv1index.php?option=com_contenttask=viewid=16Itemid=29, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 19:10. 43 selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 februari 1942, serta menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. 11 Antara peruntukkan yang amat menggusarkan orang Melayu ialah pemberian hak kewarganegaraan yang sama rata kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan asal keturunannya. Hak keistimewaan ini termasuklah menjawat perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Selain itu, peruntukkan mengenai hak kewarganegaraan yang longgar jus soli melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan dilihat akan menambahkan lagi kepadatan penduduk Negeri-negeri Melayu dengan bangsa-bangsa dari luar. Kongres yang berlangsung ini kemudiannya mendapat kata sepakat daripada wakil persatuan Melayu yang hadir untuk menubuhkan sebuah gerakan atau pertubuhan yang mewakili seluruh persatuan Melayu. 12

2. Perkembangan UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu United Malay National Organisation; juga dikenali sebagai UMNO adalah partai politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional BN yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahwa 11 Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm. 55. 12 Ahmad Henry, 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN, Kuala Lumpur: Pustaka Ibnu Al- Manhar, 2010 cet I, hlm. 12 44 orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir. Konstintuen utama UMNO mencakup tiga papan lapisan masyarakat, yaitu aristokrat feodal, tuan tanah desa, dan birokrat yang berkerja sejak era pemerintahan kolonial. 13 Dalam perkembangannya, pragmatisme dan moderatisme UMNO lebih disukai kaum Melayu dan Bumiputera. Saat ini jumlah anggota UMNO yang terdaftar, seperti dikemukakan Sekretaris Jenderal UMNO, adalah 3.3 juta orang. 14 Keanggotaan UMNO terbuka bagi semua kaum Melayu dan Bumiputera, kendatipun bukan untuk semua warga negara Malaysia seperti Cina dan India, sekalipun sudah masuk Islam. Perlembagaan partai menetapkan bahwa keanggotaan UMNO terdiri dari dua jenis; 1 Ahli biasa; 2 Ahli Bergabung. 15 Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas. 16 Ahli bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang setuju bekerja sama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftarkan diri sebagai anggota UMNO mengikuti Perlembagaan dan peraturan partai. 17 13 A Effendy Choirie ,” Islam dan Nasionalisme: Kajian Perbandingan Mengenai Perjuangan Politik UMNO dan PKB”, Jakarta: Grafika Indah, 2008, cet 1, hlm. 96 14 Shahidan Razak, “Status Anggota UMNO”, Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 22 Juli 2005. 15 Perlembagaan UMNO Pasal 4, dipersetunjui dalam Persidangan Perhimpunan Agong UMNO, 20 Juni 2002. 16 Perlembagaan UMNO hingga 1987 menetapkan syarat umur anggota 16 tahun, yang kemudian diamandemen menjadi 18 tahun. Watan, 19 November-1 Desember 1987. 17 Perlembagaan UMNO Pasal 5, dipersetunjui dalam Persidangan Perhimpunan Agong UMNO, 20 Juni 2002.