Dasar dan Perjuangan UMNO

51 dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan Inggris masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat sebarang pembelaan. 34 Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”. Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertuan UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan : “Dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan „ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula „Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”. 35 Kerajaan Inggris, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini. 36 Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO 34 http:silamgemilang.wordpress.com20090322cantas-mencantas-bukan-budaya- perjuangan-parti-umno-apa-kata-sejarah-perjuangan-parti-umno, diakses pada tanggal 22 September 2010, pukul 14:32 WIB 35 Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri Muslimin bin Fadzli, Sejarah Tingkatan 3,.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, cet 3, hlm 75 36 Ishak Saat, Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Selangor: Karisma Production Sdn Bhd, 2007, cet 1, hlm 10. 52 Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan Inggris terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Agustus 1957 dipersetujui. 37 Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak partai perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan sebagainya. 38 Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi MARA sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Universiti Islam Antarabangsa UIAM dan lain-lain. 39 Di bidang pembangunan agama, kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan- jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar 37 Ibid, hlm 12. 38 http:www.kelabumno.comindex.php?option=com_contentview=articleid=15Itemid=8, diakses pada tanggal 25 Agustus 2010, pukul 23:12 WIB 39 http:silamgemilang.wordpress.com20090322cantas-mencantas-bukan-budaya- perjuangan-parti-umno-apa-kata-sejarah-perjuangan-parti-umno, diakses pada tanggal 25 Agustus 2010, pukul 13: 56 WIB. 53 Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya. Hari ini Malaysia sudah 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya. 40 UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kursi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kursi daripada 337 kursi telah dimenangi oleh UMNO. Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO. 41 Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik uang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli- ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO. 40 http:www.kelabumno.comindex.php?option=com_contentview=articleid=15Itemid=8, diakses pada tanggal 25 Agustus 2010, pukul 18:16 WIB. 41 Chamil Wariya, Perjuangan Membela Melayu : UMNO SELANGOR, Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2006, cet I, hlm. 69. 54

D. Gerakan Politik UMNO di Malaysia

Pada 1 Disember 1951, satu pemilu peringkat tempatan diadakan buat pertama kalinya. Pilihan raya ini diadakan bagi memilih ahli-ahli Majlis Tempatan di samping melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sebagai permulaan, pemilihan ini ini adalah untuk melantik wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang ditandatangani oleh 24 orang calon. Antara yang mencalonkan diri dalam pemilu itu ialah Partai Radikal, Partai Buruh, UMNO dan tiga calon Bebas. Partai Radikal berjaya memenangi pemilu tersebut dengan meraih enam kerusi. UMNO sekadar memenangi satu kerusi begitu juga partai yang lain. Kemunculan Partai Perikatan yang kemudiannya membentuk Barisan Nasional BN boleh dikatakan bermula sewaktu berlangsungnya pemilu Perbandaraan Kuala Lumpur pada 12 Februari 1952. UMNO membuat pakatan bersama Malaysian Chinese Association MCA 42 Selangor sebagai langkah untuk tidak bersaing sesama sendiri. Ia juga bertujuan untuk menandingi saingan yang agak kuat ketika itu yaitu Independence of Malayan Party IMP 43 yang dipimpin oleh Dato` Onn Jaafar. 44 42 MCA, Malaysian Chinese Association merupakan sebuah partai politik yang diasaskan pada 27 Februari 1949 di Malaysia untuk mewakili etnik Cina Malaysia, satu daripada tiga partai komponen utama bagi partai gabungan di Malaysia yang dipanggil sebagai Barisan Nasional BN. 43 IMP, Independence of Malaya Party atau Partai Kemerdekaan Malaya ialah sebuah partai politik di Malaya Inggris yang memperjuangkan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu. Partai ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar setelah beliau menyatakan hasrat membuka keahlian UMNO kepada kaum lain. Hal ini menyebabkan tentangan daripada ahli UMNO dan beliau terpaksa keluar UMNO dan menubuhkan Partai Kemerdekaan Malaya pada 1951. Beliau bagaimanapun membubarkan parti ini pada 1953 selepas tidak berapa mendapat sambutan dan menubuhkan Parti Negara. 44 Ahmad Henry, 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN, Kuala Lumpur: Pustaa Ibnu Al- Manhar, 2010 cet I, hlm. 13 55 Langkah berpakat itu membuahkan hasil apabila mereka memenangi sembilan buah kursi daripada dua belas kursi yang dipertandingkan. Kemenangan itu menjadi pendorong kepada UMNO untuk mengadakan pakatan secara kekal bersama MCA dengan menubuhkan partai Perikatan peringkat kebangsaan. Pada tahun 1955, Partai Malaysian Indian Congress MIC 45 yang mewakili kaum India menyertai Partai Perikatan menjadikan partai itu semakin kuat dan digeruni oleh partai oposisi pada ketika itu. Pada tahun 1973, Partai Perikatan kemudiannya dikenali sebagai sebagai Barisan Nasional. antara manifesto yang diketengahkan oleh Perikatan dalam menghadapi pemilu pada ketika itu ialah mendapatkan kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan pendidikan, perkhidmatan awan bercorak tempatan, menjaga hak asasi manusia, dan melindungi hak raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan. Manifesto Perikatan itu selari dengan keinginan rakyat ketika itu dan menjadikannya sebagai kelebihan untuk menarik pengundi dari pelbagai kaum. 46 Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan 45 MIC, Malaysian Indian Congress, merupakan sebuah partai politik di Malaysia dan satu daripada anggota pengasas, partai gabungan, Barisan Nasional, sebelumnya dikenali sebagai Partai Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957. MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang- undang. 46 Ibid, hlm 14 56 campuran menguasai 92 kursi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan : Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90 adalah terlalu kuat. Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul. 47 Pada pilihan raya umum tahun 2008, partai-partai pembangkang berjaya menghalang Barisan Nasional dari meraih majoriti ⅔ buat kali pertama sejak tahun 1969, yaitu 82 daripada 222 kursi di Dewan Rakyat. Tiga partai pembangkang utama, iaitu Partai Keadilan Rakyat, Partai Tindakan Demokratik dan Partai Islam Se-Malaysia membentuk satu perikatan bergelar Pakatan Rakyat tidak lama selepas kejayaan ini. 48 Seterusnya, kesimpulan yang termuat dalam bab ini adalah lebih menfokuskan paham nasionalisme hanya terhadap partai politik yaitu UMNO. Dalam hal ini apa yang terkait latar belakang UMNO adalah lebih membahaskan tokoh-tokoh pejuangan, dasar-dasar perjuangan dan hal-hal yang terkait kepentingan politik dan pemerintahan. Makanya pada bab ini, perbahasan antara paham nasionalime dan UMNO tidak lagi menditil secara dampak atau komprehensif, kerana pada bab ini hanya lebih menfokuskan perbahasan sejarah, 47 Fadilah binti Zaini Kassim bin Thukiman, Hubungan Etnik Di Malaysia, Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia, 2008, hlm 29. 48 Lutfi Othman, UMNO dalam Dilemma, Harakah Kuala Lumpur, 18 Maret 2008