Tokoh-Tokoh Nasionalisme FAHAM NASIONALISME UMNO

24 Dalam mengharungi perubahan sosiopolitik yang berlaku khususnya di Tanah Melayu, IBHY telah melakukan beberapa pendekatan dan perubahan. Pendekatan ini perlu dilakukan bagi memastikan KMM dan ideologi yang dibawa oleh IBHY dapat diteruskan. Oleh itu, KMM yang diketuai oleh IBHY telah menjalin hubungan dengan Inggris, Jepang dan juga pihak Parti Komunis Malaya PKM atau turut dikenali Malayan Peoples‟s Anti Japanese Army MPAJA pada masa yang sama. 23 Kerjasama dengan Inggris terpaksa dilakukan oleh IBHY, kerana sikap raja dan pembesar Melayu yang masih yakin kepada pengaruh dan kekuatan Inggris. 24 Hal ini jelas apabila IBHY telah dilantik sebagai mata-mata pihak Inggris oleh Kepala Mata-mata Inggris, L.M Wanne pada bulan April 1941 di Singapura 25 bagi mengikuti perkembangan pihak Jepun dalam menguasai daerah Riau. Walaupun hubungan tersebut tidak memberi impak yang besar kepada KMM, namun IBHY tetap menjalinkan hubungan dengan Inggris untuk kepentingan KMM dan politiknya. Kerjasama KMM melalui IBHY dengan pihak Jepang terjalin pada masa yang sama dengan pihak Inggris. Keputusan IBHY untuk bekerjasama dengan Jepang dilakukan berdasarkan keputusan peribadinya. Hal ini karena keputusan tersebut dilakukan tanpa mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa 23 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya Resistance Social Conflict During And After The Japanese Occupation, 1941-1946, hlm.78. 24 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.56. 25 Ibid, hlm. 57. 25 KMM kecuali Onan Haji Siraj sahaja. 26 Bagi IBHY hubungan kerjasama dengan Jepang bertujuan untuk mendapatkan hak kemerdekaan Tanah Melayu. 27 Perkara ini diperkukuhkan dengan tawaran pihak Jepang kepada IBHY iaitu jika Jepang menguasai Tanah Melayu pihak Jepang berjanji untuk menghormati kedaulatan, agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain itu juga golongan wanita Melayu dan harta benda orang Melayu akan dijaga. 28 Melalui KMM, IBHY turut mendesak Jepang memberi sokongan pembentukkan satu negara yang dinamakan Kesatuan Tanah Melayu yaitu gabungan di antara Tanah Melayu dengan Indonesia selaras dengan konsep “Melayu Raya” yang dibawa oleh IBHY. 29 Melalui KMM, IBHY telah membawa satu perubahan terhadap sosiopolitik di Tanah Melayu. Perjuangan dan ideologi yang dibawanya melalui KMM telah menjadi petanda bermulanya gerakkan nasionalisme di Tanah Melayu. Walaupun sesetengah pihak melabelkan IBHY sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri dengan alasan IBHY telah bekerjasama dengan pihak Jepang dan PKM. Namun, tidak bisa dinafikan sumbangan beliau terhadap Tanah Melayu dan juga Indonesia terlalu besar. Perjuangan IBHY melalui KMM telah mewujudkan semangat kebangsaan dan revolusi kepada kegiatan nasionalisme Melayu. 26 Ibid, hlm. 59. 27 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 2004, hlm. 48. 28 P.Lim Pui Huen Diana Wong, War And Memory In Malaysia And Singapore, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1983, hlm.133. 29 Ibid, hlm 155 26 Cita-cita untuk mengabungkan Indonesia dan Tanah Melayu tetap menjadi pegangan dan matlamat utama IBHY dalam perjuangannya melalui KMM dan kemudiannya diganti dengan KRIS 30 setelah KMM diharamkan oleh pihak Jepang. Walaupun usaha tersebut gagal dilaksanakan setelah Sukarno membuat pidato kemerdekaan Indonesia tanpa penyertaan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1945. 31 Walau bagaimanapun, perjuangan dan cita-citanya tetap diteruskan sehingga IBHY meninggal dunia pada 8 Mac 1979 pada usia 68 tahun. Namun semangat kebangsaan dan nasionalisme yang diterapkan oleh IBHY secara tidak langsung membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. b Dr Burhanuddin Al-Helmy Dr. Burhanuddin dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Taiping, Perak. Pada saat belajar di Jambi, Sumatera Barat 1924-1926, Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat Islam Indonesia. Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda dari Minangkabau. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau. 32 30 KRIS Kesatuan Rakyat Indonesia – Semenanjung ditubuhkan oleh Ibrahim Hj. Yaakub untuk mendapatkan kemerdekaan bersama Malaysia dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya. 31 Kunaseelan al Muniandy, Hubungan Malaysia – Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1996, hlm. 40. 32 http:towardsmardhatillah.wordpress.com20090301drburhanuddin-al-helmi-reformis- muslim-berjiwa-kental, diakses pada tanggal 19 September 2010 27 Semasa belajar di India pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain. Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India, Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestina dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana. Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cerdas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. 33 Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-Inggris yang akibatnya dia ditahan oleh pihak Inggris di sana. Selepas itu, Burhanuddin Al- Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama‟atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat. 34 Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta senantiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam. Beliau progresif karena beliau menolak sembarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya adalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu , bahkan seluruh bumi Asia , daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur. 35 Beliau juga seorang realistik kerana beliau senantiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak partai politik bukan Melayu atau 33 Roslan Saadon, Gagasan Nasionalisme Melayu Raya : Pertumbuhan dan Perkembangan, Selangor: Karisma Productions, 2008, cet. I, hlm 199. 34 Ibid, hlm. 199 35 Kamaruddin Jaafar, Burhanuddin Al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan, Kuala Lumpur: Ikdas Sdn Bhd, 2000, cet. 1, hlm 5. 28 bukan berasaskan Islam yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan. Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik. 36 Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam Pusat Tenaga Rakyat PUTERA 37 , Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya PEPERMAS 38 , Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya MATA 39 , dan Hizbul Muslimin 40 sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuangan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA 41 beserta bendera merah putih dua belas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka. 42 36 Ibid. 37 PUTERA, yaitu gabungan PKMM bersama Angkatan Pemuda Insaf API, Angkatan Wanita Sedar AWAS dan beberapa badan lain sebagai satu barisan politik Melayu, diberi nama Pusat Tenaga Rakyat PUTERA, untuk menentang UMNO dalam menentukan corak politik Malaya. 38 PEPERMAS, ialah Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya. 39 MATA, ialah Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya, merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. 40 Hizbul Muslimin , ditubuhkan pada 14 Mac 1948 sebagai sayap PKMM bagi mengumpul tenaga para ulama. 41 PUTERA-AMCJA, adalah Penggabungan antara PUTERA dengan All Malaya Council for Joint Action AMCJA untuk menentang UMNO dan Inggris. Gabungan ini dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 42 Mohd Faiz Awang, Nasionalisme Dalam Pandangan Partai Islam Se-Malaysia Pas, Skripsi S1 Fakultas Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, 2009, hlm. 31. 29 Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya 43 sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-Inggris. Mereka yang mengambil sikap non-cooperation terhadap penjajah Inggris di anggap sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap ”kanan”. 44 c Ahmad Boestamam Ahmad Boestamam dilahirkan di Kampung Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak pada 30 November 1920. beliau merupakan anak kepada Raja Kechil, seorang perantau dari Tanah Datar Minangkabau dan bapanya ini bertanggungjawab membuka perkampungan di Behrang Ulu. Sebagai orang yang membuka perkampungan di Behrang Ulu, bapa Ahmad Boestamam dianggap sebagai ketua kampung dan secara tidak langsung, kedudukan keluarganya dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. 45 Nama Ahmad Boestamam diilhamkan daripada nama Subhas Chandra Bose, pemimpin Liga Kemerdekaan India. Nama itu, bahkan lebih kuat daripada nama asalnya, atau Ruhi Hayat yang juga muncul dalam karya-karyanya yang awal. Tertarik dengan gaya Chandra Bose, Boestamam kemudiannya menyusun barisan pemuda Malaya di dalam 43 Partai Rakyat Malaya, ditubuhkan pada 11 Nov 1955, Pengasas Utama PRM, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad, dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang bertujuan untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan Inggris. 44 Shaari Sungib, Biodata 5 Tokoh Perjuangan PAS, Selangor: Penerangan PAS Gombak, 2006, h. 34-35 45 Ramlah Adam, Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Melaka: Institut Kajian Sejarah Patriotisme Malaysia, 2003, hlm 417. 30 Angkatan Pemuda Insaf API. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam. Kesan kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepang, telah mendorong kepada Parti Komunis Malaya PKM 46 dan tenteranya Malayan People Anti Japanese Army MPAJA memerintah selama 13-14 hari. 47 Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku keterlibatan Ahmad Boestamam apabila beliau didesak untuk bersama-sama PKM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM yang bersifat radikal. PKM mahu menguasai Negeri-negeri Melayu dengan cara berperlembagaan. 48 Pada mulanya partai ini dinamakan dengan Parti Sosialis Malaya, namun untuk mengelakkan imej kekirian yang terlalu menonjol, pertukaran dilakukan Ahmad Boestamam menjadi PKMM. 49 Ahmad Boestamam telah menggunakan kesempatan ini untuk memasukkan dasar yaitu untuk membentuk Melayu Raya 46 Serangan Jepun 1941-1945 merupakan rahmat tersembunyi kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh Inggris. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina. Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera Inggris Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilandan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas. Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. First Independent Regiment . Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India. http:ms.wikipedia.orgwikiSejarah_komunis_di_Selangor, diakses pada tanggal 31 Oktober 2010, pukul 13:58 47 Ramlah Adam, Pejuang-pejuang Kemerdekaan, loc. cit., hlm, 422. 48 Ibid, hlm, 423. 49 Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Ke Puncak, Kuala Lumpur: Pustaka Kejora, 1972, hlm, 23-25. 31 dalam PKMM. Namun begitu, ianya tidak mendapat pengaruh atau kesan yang baik karena pada masa itu, United Malay National Organisation UMNO 50 lebih mempengaruhi orang Melayu terutamanya ianya dipimpin oleh golongan elit tradisional, tambahan pula pertubuhan ini beraliran kanan. 51 Dalam Kongres yang diadakan pada tahun 1946 atau lebih dikenali sebagai „Kongres 1946‟ 52 , PKMM telah menyertai UMNO. Tetapi oleh karena persamaan taraf oleh Dato‟Onn Ja‟afar PKMM dengan pertubuhan-pertubuhan kecil lain, telah menimbulkan kemarahan Ahmad Boestamam serta pemimpin PKMM yang lain. Sekaligus telah membawa PKMM keluar daripada UMNO pada bulan Jun 1946. Selepas itu, Ahmad Boestamam dalam PKMM telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan Kerajaan Inggris dalam rangka menyokong Malayan Union 53 , tambahan pula selain menyokong Malayan Union, Ahmad Boestamam juga menginginkan sebuah negara yang dibentuk berasaskan Melayu Raya. Jadi, 50 Pada mulanya ianya dinamakan oleh Dato‟ Onn Ja‟afar sebagai United Malays Organisation UMO, tetapi ianya tidak disetujui oleh Za‟ba, sebaliknya Za‟ba mencadangkan nama United Malays National Organisation UMNO. Ini kerana bagi Za‟ba, perkataan National itu melambangkan orang Melayu sebagai satu bangsa dan bukannya kaum. Lihat lanjut, Adnan Haji Nawang, Za’ba: Patriot Dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, hlm, 153. 51 Ibid, hlm. 25. 52 Pada mulanya kongres ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Melaka, tetapi oleh kerana kekurangan kakitangan, ianya terpaksa diberikan kepada Persatuan Melayu Selangor PMS pimpinan Zainal Abidin Ahmad Za ‟ba. Lihat lanjut, Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm, 90. 53 Malayan Union adalah satu „Kertas Putih‟ yang mahu mencipta sebuah negara kesatuan yang terdiri daripada Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang, Melaka dengan satu kerajaan pusat, seorang Gubernur, Dewan Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Lihat lanjut, Barbara Watson Andaya Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan Publisher M Sdn. Bhd, 1983, hlm, 297. 32 walaupun sokongan diberi terhadap Malayan Union, tetapi Kerajaan Inggris tetap bimbang tambahan pula PKMM berada di bawah pengaruh PKM. 54 Penentangan terhadap UMNO berlaku apabila Ahmad Boestamam bersama- sama PKMM yang dipengaruhi oleh PKM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat PUTERA. 55 Ianya merupakan sebuah badan radikal yang bergabung dengan All Malayan People Council of Joint Action AMCJA menjadi PUTERA-AMCJA. 56 Pertubuhan gabungan ini tetap menyokong prinsip-prinsip Malayan Union dengan beberapa tambahan yang tertentu seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan perlindungan serta galakan bagi kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan dan agama Islam. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa PKMM tidak menyokong UMNO menumbangkan Malayan Union, tetapi sebaliknya menentang UMNO dan bekerjasama dengan bukan Melayu dan PKM bagi melemahkan UMNO. 57 d Dato` Onn Jaa`far Dato Onn Jaafar dilahirkan pada 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapa beliau Dato Jaafar Haji Muhammad 1838-1919 merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. sementara ibunya, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turkey. Dato Onn dihantar melanjutkan pelajaran ke England oleh Sultan Ibrahim , Sultan 54 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm 49 55 Merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri daripada Malay Nationalist Party MNP, Angkatan Pemuda Insaf API, Angkatan Wanita Sedar AWAS dan beberapa lagi pertubuhan Melayu yang kecil. Anwar Abdullah 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu., hlm 203. 56 Gabungan kedua- dua parti ini telah mengemukakan „Perlembagaan Rakyat Malaya‟ yang meminta 55 wakil Melayu dalam Dewan Undangan yang dipilih. Juga antaranya menyebut tentang Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan “Melayu” ialah rupa bangsa Malaya. Ibid., hlm 204. 57 Ibid, hlm 54. 33 Johor ketika itu. Dato Onn adalah pelajar terbaik dalam Pengajian Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Apabila pulang dari England beliau telah dihantar oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk belajar Bahasa Melayu. 58 Penubuhan Malayan Union oleh Inggris pada tahun 1946, telah membangkitkan kemarahan orang Melayu. Malayan Union telah dilihat sebagai salah satu cara yang diguna oleh Inggris untuk mengambilalih kuasa Sultan dan mencuba menghapuskan hak istimewa bangsa Melayu. Dato Onn kemudiannya telah menubuhkan Kongres Melayu Se Malaya untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Kongress ini telah diadakan pada 1 Maret 1946 hingga 3 Maret 1946. Ia telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Antara persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialah meminggirkan Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkok yang mempunyai jalur putih. Dato Onn telah mengawali langkah penyatuan Melayu dengan terbentuknya UMNO pada 4 Maret 1946 untuk menentang Malayan Union. 59 Beliau telah dilantik menjadi Presiden UMNO dan mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik. Cadangan ini telah dibantah oleh ahli UMNO. Dato Onn telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951. Selain daripada pengasas UMNO, Dato Onn juga merupakan pencetus idea kepada penubuhan RIDA Rural 58 http:melayubolehle.blogspot.com200904dato-onn-jaafar-pengasas-umno.html, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 15:00 59 Ibid. 34 Industrial Development Authorit untuk membantu sosio-ekonomi Melayu. Pada 1955 beliau kalah dalam Pilihanraya Umum, namun terus menyumbang jasa sehingga membawa kepada kemerdekaan Malaya pada 31 Agustus 1957. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya usia 67 tahun, 1962. 60 e Tunku Abdul Rahman Putra Dikenali dalam keluarga dengan Tengku Awang, putra ketujuh kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah dan bundanya dari keturunan Siam, Manjelara. Beliau pernah mendapat pendidikan di Penang Free School, Pulau Pinang, dan juga pernah menuntut ilmu di Thailand. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di Inggris dalam bidang undang-undang. Dengan latar belakang undang-undang tersebut, beliau kembali berkhidmat di dalam pelbagai jawatan dalam kerajaan Kedah. Di selang hujung tahun 40-an, beliau melanjutkan semula pelajaran ke Cambridge University di Inggris dalam bidang undang- undang sekali lagi dan lulus. Kemudian beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang dalam Jabatan Peguam Negara. 61 Apabila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, beliau mengikut serta, tetapi tidak muncul sebagai seorang pemimpin. Beliau tidak tertarik dengan UMNO apabila Dato` Onn Jaa`far tidak mempertahankan isu Natrah 62 . Setelah Dato` Onn 60 http:melayubolehle.blogspot.com200904dato-onn-jaafar-pengasas-umno.html, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 15:37 WIB. 61 Ishak Saat, Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Selangor: Karisma Production Sdn Bhd, 2007, cet 1, hlm. 1 62 Seorang gadis Belanda yang diserahkan kepada sebuah keluarga Islam semasa Perang Dunia Kedua. Natrah di Islamkan semasa dibawah jagaan keluarga Islam dari kemaman, Terengganu ini. 35 Jaafar meletakkan jawatannya sebagai peimpin UMNO, Tun Razak dan beberapa rekannya, membujuk Tunku untuk menggantikan Dato` Onn. Pada mulanya beliau menolak, karena beliau tidak berpengalaman dalam politik. Tetapi karena kuatnya desakan dari Tun Razak dan rekan-rekannya, beliau setuju menjadi calon untuk menggantikan Dato` Onn Jaafar, dan beliau menang dalam percalonan sebagai pemimpin baru. 63 Tugas pertamanya, ialah membawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan Malaya dari Inggris. Beliau berusaha untuk menarik penyokong-penyokong Dr. Burhanuddin untuk memperjuangkan kemerdekaan melalui UMNO. Perjuangan UMNO dari slogan “Hidup Melayu”, bertukar kepada slogan “Merdeka”. Tunku berangkat ke London untuk meninjau pendapat Inggris bagaimana tanah melayu boleh mencapai kemerdekaan. Jawaban yang diperoleh dari pejabat tanah jajahan Inggris ialah Malaya tidak boleh merdeka sekiranya ia diperjuangkan oleh orang Melayu sahaja. Tetapi ia mesti diperjuangkan oleh semua kaum terbesar yang ada di tanah melayu, yaitu Melayu, Cina, dan India. Ia adalah satu kerja yang sukar kerana penduduk Cina dan India merasa terjamin kedudukannya di bawah kolonial Inggris. Mereka merasa tidak terjamin dalam sebuah negara merdeka yang dipimpin oleh orang Melayu. 64 UMNO tidak mempertahankan isu natrah ketika keluarganya dari Belanda merampasnya dari ibu angkatnya yang bernama Puan Aminah Adabi dan memurtadkannya. 63 Ibid, hlm. 4. 64 Ibid, hlm. 7 36 Tunku diberikan tanggung jawab membentuk kerajaan berpemerintahan sendiri self government dibawah kuasa kolonial Inggris. Isu yang dibawa pilihan raya ialah menuntut kemerdekaan, membentuk negara berbilang kaum, dan menentang komunis. Kemudian Tunku memimpin rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan yang disokong oleh semua kaum. Dan Inggris bersetuju dan memenuhi tuntutan kemerdekaan. 65 Maka pada tanggal 31 Agustus 1957, persekutuan Tanah Melayu berjaya mendapat kemerdekaan dari Inggris dan Tunku menjadi Perdana Mentari Tanah Melayu yang pertama. Pada awal tahun 60-an, Tunku merencanakan untuk membentuk Malaysia, bagi membolehkan Brunai, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk turut merdeka melalui Malaysia dengan bergabung bersama Tanah Melayu. Akan tetapi rencana ini ditentang oleh Soekarno yang melancarkan tentangan konfrontasi terhadap Malaysia. Pada 16 september 1963, Malaysia dibentuk bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Tunku digelar sebagai “Bapa Malaysia”. Beliau pensiun dalam bulan Juni 1970. Selepas pensiun, beliau membentuk sekretariat Negara Islam, yang kemudian dikenal sebagai OIC 66 . Beliau menjadi setiausaha agong pertama yang berkedudukan di Jeddah. 67 65 Subky Latif, Istimewa Terkenang, Kuala Lumpur: Media Icon Sdn Bhd, 2009, cet. 1, hlm 135 66 Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC يماسإا رمتؤملا ةمظنم; Organization of the Islamic Conference merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB. Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara- negara Timur Tengah dan Utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama- 37 Kesimpulan yang termuat di dalam sejarah ini, antara pokok perkara penting yang terkait perbahasan ini adalah, dari pelbagai paham tokoh-tokoh di atas terhadap nasionalisme di Malaysia mengakibatkan munculnya pelbagai pemikiran seperti pemikiran modernis, neo-modernis, dan reformis. Seterusnya, agar perbahasan ini lebih lengkap dan komprehensif, maka pada bab berikutnya akan mendetil lagi kajian nasionalisme khususnya menfokuskan pada partai politik yang mempunyai semangat dan fahaman nasionalisme di Malaysia pada saat ini seperti partai UMNO. sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia. Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab,Inggris dan Perancis. 67 Subky Latiff, Kolumnis Koran Tabloid Malaysia, Wawancara Pribadi, Kuala Lumpur, 25 Agustus 2010 38

BAB III UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION UMNO

Di bumi Melayu, Melayu adalah masyarakat induk, masyarakat teras atau masyarakat ibu. Non-Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakat induknya di negara-negara asal. Karena itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama „Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu‟ atau dalam bahasa Inggeris „United Malay National Organisation‟ atau UMNO. Natijah daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahwa Melayu sebagai masyarakat induk lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman. Natijah daripada saran Pendita Zaaba ini, ialah bahwa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip melaksanakan kedudukan Melayu yang nasional itu, ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:- i Politik Melayu mesti menjadi induk politik negara. ii Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional. iii Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional. 1 1 http:kumukrizn9.blogspot.com200902blog-post.html, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 18:55 39 Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu pasti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan sah. 2

A. Pengenalan UMNO

UMNO hari ini dikenali sebagai partai yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kursi yang terbanyak dan pemimpin- pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara partai bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. 3 Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh Inggris selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan 2 http:www.pkpim.netv4index.php?option=com_contentview=articleid=220:meninjau- sejarah-umnocatid=79:pensejarahanItemid=94, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 19:10 3 http:zanas.wordpress.comsejarah-penubuhan-umno, diakses pada tanggal 24 Agustus 2010, pukul 19:28. 40 hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak- hak mereka. 4 Di bawah rancangan Inggris, dasar pro-Melayu sebelum perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang pendatang, yaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka karena sepanjang penjajahan Inggris mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahwa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. 5 Rancangan Malayan Union, 6 yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang- orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan 4 Chamil Wariya, Perjuangan Membela Melayu : UMNO SELANGOR, Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2006, cet I, hlm. 69. 5 Ibid, hlm. 73 6 Malayan Union, Seawal 1942, kerajaan Inggris telah menubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit MPU dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan , sedangkan Singapuradikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.