Analisis Bahagian B(II) : Analisa setiap Item berdasarkan Sifat Kendiri Pelajar

4.4.3 Analisis Bahagian B(II) : Analisa setiap Item berdasarkan Sifat Kendiri Pelajar

Jadual 4.13 Analisis setiap item berdasarkan sifat kendiri pelajar Bil Soalan

SS Min Item

1 Saya sentiasa berusaha

7 12 31 42 17 3.46 untuk menggunakan E- 6.4% 11.0% 28.4% 38.5% 15.6% Learning yang ada dengan sebaik mungkin

2 Saya yakin dengan

7 13 28 46 15 3.45 kejayaan sistem E-

6.4% 11.9% 25.7% 42.2% 13.8% Learning yang disediakan untuk saya

3 Saya sentiasa

4 Saya suka

7 17 37 32 16 3.30 menggunakan E-

6.4% 15.6% 33.9% 29.4% 14.7% Learning dalam membantu proses pembelajaran saya

5 E-Learning banyak

10 19 34 30 16 3.21 membantu saya untuk

9.2% 17.4% 31.2% 27.5% 14.7% memahami setiap subjek

6 E-Learning

8 13 33 40 15 3.37 memberikan banyak

7.3% 11.9% 30.3% 36.7% 13.8% faedah buat saya

7 E-Learning adalah

23 30 28 18 10 2.65 laman pertama yang

21.1 27.5% 25.7% 16.5% 9.2% saya akan akses apabila

menggunakan internet

8 Saya tidak pernah

53 21 9 14 12 2.18 menggunakan /

48.6 19.3% 8.3% 12.8% 11.0% mengakses E-Learning

9 Saya menggunakan E-

26 26 28 19 10 2.64 Learning hanya apabila

23.9 23.9% 25.7% 17.4% 9.2% terpaksa

10 Saya selalu mengajak

26 17 41 19 6 2.65 rakan-rakan saya untuk

23.9 15.6% 37.6% 17.4% 5.5% turut sama

menggunakan E- Learning Jumlah

Analisis terhadap item satu menunjukkan seramai tujuh (6.4%) responden sangat tidak setuju dan 12 (11.0%) orang pula tidak setuju dengan item. 31 (28.4%) orang pula tidak pasti seterunya diikuti oleh respon setuju dengan 42 (38.5%) orang dan akhir sekali adalah sangat setuju seramai 17 (6.4%) orang. Hasil item menunjukkan min sebanyak 3.45.

Bagi item dua pula dapat dilihat bahawa jumlah responden yang sangat tidak setuju hanya tujuh (6.4%) orang dan yang tidak setuju adalah 13 (11.9%) orang. 28 (25.7%) orang responden didapati memberikan jawapan tidak pasti manakala pleajar yang menjawab setuju dan sangat setuju pula masing-masing ialah seramai 46 (42.2%) dan 15 (13.8%) orang. Nilai bagi min item ialah 3.45.

Bagi analisis item tiga jumlah responden yang sangat tidak setuju adalah seramai lima (4.6%). Bagi responden yang tidak setuju pula adalah seramai 17 (15.6%) orang. Diikuti dengan responden yang tidak pasti seramai 32 (29.4%). Untuk responden yang setuju pula adalah seramai 39 (35.8%) dan 16 (14.7%) orang pula sangat setuju dengan item. Min yang diperolehi ialah 3.40.

Seterusnya adalah analisis item empat yang menunjukkan seramai tujuh (6.4%) orang yang sangat tidak setuju dengan kenyataan item. Bagi responden yang tidak setuju pula mencatatkan jumlah seramai 17 (15.6%) orang. Respons dengan kekerapan paling tinggi ialah tidak pasti dengan jumlah seramai 37 (33.9%) orang. Kemudian diikuti dengan respons setuju dan sangat setuju pula masing-masing mencatat sebanyak 32 (29.4%) dan 16 (14.7%) orang. Nilai min perolehan ialah 3.30.

Untuk analisis terhadap item lima pula seramai 10 (9.2%) orang responden sangat tidak setuju diikuti dengan 19 (17.4%) responden yang tidak setuju. Bagi responden yang tidak pasti pula mencatatkan seramai 34 (31.2%). Kemudian responden yang setuju dan sangat setuju pula adalah seramai 30 (27.5%) dan 16

Bagi analisis item enam pula lapan (7.3%) orang yang sangat tidak setuju diikuti dan 13 (11.9%) orang yang tidak setuju. Seterusnya seramai 33 (30.3%) orang pula tidak pasti terhadap item yang diberikan. Masing-masing seramai 40 (36.7%) dan 15 (13.8%) orang responden pula setuju dan sangat setuju dengan item tersebut. Min yang diperolehi ialah 3.38.

Analisis terhadap item tujuh menunjukkan bahawa seramai 23 (21.1%) responden sangat tidak setuju dengan item yang dinyatakan. Diikuti oleh jumlah responden yang tidak setuju dengan 30 (27.5%) orang. Bagi responden yang tidak pasti pula adalah seramai 28 (25.7%) orang. Manakala responden yang setuju adalah

18 (16.5%) orang dan 10 (9.2%) orang bagi yang sangat setuju. Min yang diperoleh ialah 2.65.

Untuk item lapan dapat dilihat bahawa 53 (48.6%) responden sangat tidak setuju dan 21 (19.3%) orang tidak setuju. Bagi respon tidak pasti, setuju dan sangat setuju pula masing masing adalah seramai sembilan (8.3%) orang, 14 (12.8%) orang dan 12 (11.0%) orang. Min item ialah sebanyak 2.18.

Analisis item sembilan pula mendapati bahawa 26 (23.9%) orang sangat tidak setuju dan 17 (15.6%) tidak setuju. Diikuti dengan 41 (37.6%) orang responden tidak pasti. Manakala seramai 19 (17.4%) orang responden setuju dan enam (5.5%) orang sangat setuju. Min yang diperolehi ialah 2.64.

Analisis item 10 menunjukkan seramai 26 (23.9%) responden sangat tidak setuju dan diikuti oleh jumlah responden yang tidak setuju dengan 17 (15.6%) orang. Bagi responden yang tidak pasti pula adalah seramai 41 (37.6%) orang. Manakala responden yang setuju adalah 19 (17.4%) orang dan bagi respons sangat setuju mencatatkan jumlah seramai enam (5.5%) orang. Min yang diperoleh ialah 2.65.

Min purata keseluruhan yang diperoleh ialah 3.03. Ini menunjukkan bahawa sifat kendiri pelajar dapat memberikan impak dalam menentukan tahap penggunaan E-Learning. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan melihat kepada analisis bahagian A pada item enam dimana majoriti pelajar memilih laman sosial dan enjin pencarian sebagai pilihan pertama dan kedua mereka apaila mengakses internet manakala E- Learning hanya berada pada pilihan ketiga. Namun dapat disimpulkan bahawa pelajar sentiasa berusaha untuk menggunakan E-Learning dengan sebaik mungkin berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh daripada item-item soalan.

Jadual 4.14 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi sifat kendiri Bil Cadangan-cadangan

Kekerapan Item

1 Bagi markah bagi pelajar yang selalu mengakses E-Learning

2 E-Learning perlu sentiasa dikemaskini

3 E-Learning perlu lebih menarik dan tidak terlalu formal

4 Pelajar perlu lebih berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan

5 Perbaharui sistem E-Learning kerana E-Learning sukar di

1 akses atas sebab-sebab yang tidak diketahui

6 Blog untuk setiap pelajar diwujudkan dalam E-Learning

Jadual 4.14 menunjukkan analisis bagi cadangan penambahbaikan bagi sifat kendiri pelajar. Seramai tiga orang mencadangkan agar E-Learning perlu dijadikan lebih menarik dan tidak terlalu formal. Bagi cadangan-cadangan lain pula dengan hanya seorang responden yang memberi setiap satu cadangan adalah seperti memberi markah bagi pelajar yang kerap mengakses E-Learning, E-Learning perlu sentiasa dikemaskini dan lain-lain.