PENGGUNAAN SISTEM E LEARNING DI FAKULTI

PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AZIZOL BIN MOHAMED FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya : MOHD AZIZOL BIN MOHAMED

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 9215/1 KG BARU PADANG

TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN

(NAMA PENYELIA)

NENAS, 21030 KUALA

TERENGGANU, TERANGGANU

Tarikh :

Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGAKUAN

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan: ……………………………….

Nama Penyelia: TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh: MEI 2011

PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AZIZOL BIN MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : __________________________________ Nama penulis : __________________________________ MOHD AZIZOL BIN MOHAMED Tarikh

DEDIKASI

S yukur ke H adrat I lahi kerana hanya dengan limpah

kurnia- N ya sahajalah dapat saya menyiapkan P rojek

S arjana M uda ini. A lhamdulillah.

B uat:

I bu B apa

A dik-adik

R akan-rakan

D an yang paling utama

T n H j H assan B in H ushin

T erima K asih

PENGHARGAAN

Ucapan kesyukuran ke Hadrat Ilahi pertama-tamanya saya ucapkan kerana hanya dengan rahmat dan limpah kurnia serta keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini.

Kepada Tn. Hj. Hassan Hushin selaku penyelia laporan projek dan juga penasihat akademik saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran kepada saya, jasa tuan amat saya hargai dan ribuan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

Kepada ibu bapa, Rohani Binti Chik dan Mohamed Bin Sulong terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan hanya dengan berkat doa bonda dan ayahanda sahajalah yang mendorong anakanda untuk lebih berusaha demi membanggakan kalian.

Akhir sekali terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih

ABSTRAK

E-Learning merupakan suatu alat untuk membantu dalam proses pembelajaran yang digunakan sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji penggunaan sistem E-Learning di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti faktor kemudahan dari segi infrastruktur di asrama dan di luar asrama, dan faktor sifat kendiri pelajar dan juga memberi cadangan penambahbaikan terhadap sistem yang sedia ada. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah mengunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang menpunyai dua bahagian utama iaitu bahagian A adalah maklumat demografik responden, manakala bahagian B terbahagi kepada tiga bahagian kecil iaitu B(I) infrastruktur di asrama, B(II) infrastruktur di luar asrama dan B(III) sifat kendiri pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 27 item soalan dan menggunakan skala Likert dan empat soalan berbentuk subjektif. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.706. Seramai 109 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis mengunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 17.0). Kajian mendapati faktor utama yang mempengaruhi penggunaan E-Learning di kalangan pelajar adalah faktor kemudahan infrastruktur di luar asrama dan sifat kendiri pelajar. Selain itu faktor lain ialah kemudahan infrastruktur di asrama. Perkhidmatan internet perlu diperbaiki dan sifat kendiri pelajar perlu diubah agar E-Learning lebih berjaya.

ABSTRACT

E-Learning is a tool to assist in the learning process used either in school or in institutions of higher learning. This study is a survey to investigate the use of E-Learning in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The purpose of the study was to identify factors in terms of infrastructure facilities in the hostel and outside the hostel, and nature of students‟ self factors and also to provide recommendations for improvement of the existing systems. Design of the study was descriptive using a survey method by using descriptive statistical comparison of the mean. The instrument used was questionnaire which has two main parts, part A is the demographic information of the respondents, while Part B is divided into three sections that is B (I) infrastructure in hostels, B (II) infrastructure outside the hostel and B (III) nature of students' self. The instrument used consisted of questionnaire containing 27 items using Likert scale questions and four questions are subjective. In the pilot study, alpha value obtained is 0.706. A total of 109 students participated in this study and the data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS 17.0) . The study finds key factors influencing the use of e-learning among students are factor of infrastructure facilities outside the hostels and the nature of students' self. Besides other factors is the infrastructure in the hostel. Internet services need to be improved and stu dents‟ self nature need to be change in order for E-Learning to be more successful.

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

ii

TAJUK KAJIAN

iii

HALAMAN PENGAKUAN

SENARAI JADUAL

xv

SENARAI RAJAH

xvii SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN

xviii

1.1.1 Perkembangan Kajian Penggunaan E-learning Di Dunia

1.1.2 Perkembangan E-Learning Di Malaysia

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Halangan Personaliti

1.2.2 Halangan Institusi

1.2.3 Halangan Teknologikal

1.2.4 Halangan Situasi

1.3 Matlamat Kajian

1.4 Pernyataan Masalah

1.5 Objektif Kajian

1.6 Soalan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Susunatur Bab

1.10 Penutup

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.2 Penubuhan E-Learning

2.2.1 Tahap Pertama

2.2.2 Tahap Kedua

2.2.3 Tahap Ketiga

2.2.4 Tahap Keempat

2.3 Penggunaan SEL

2.4 Masalah Penggunaan SEL

2.5 Kejayaan Penggunaan SEL

2.6 Penutup

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Persampelan

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kajian Rintis

3.6 Pengumpulan dan Analisis Data

3.7 Kaedah Analisis Data

33 Penutup

BAB 4

ANALISIS DATA

4.2 Analisis Data

4.3 Analisis bahagian A: Maklumat Demografik Responden

4.3.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus

4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kekerapan Penggunaan E-Learning Dalam Seminggu

4.3.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Tujuan

Menggunakan E-Learning

4.3.5 Taburan dan Peratusan responden Berdasarkan kehendak

menggunakan E-Learning

4.3.6 Taburan responden berdasarkan laman sesawang utama

yang dibuka apabila mengakses internet

4.4 Analisis Bahagian B

4.4.1 Analisis Bahagian B(I) : Analisis setiap Item berdasarkan

Faktor Kemudahan Infrastruktur di Asrama

4.4.2 Analisis Bahagian B(II) : Analisis setiap Item berdasarkan

Infrastruktur di Luar Asrama (Perpustakaan, Fakulti, WifiUTM Hotspot dan lain-lain)

4.4.3 Analisis Bahagian B(II) : Analisis setiap Item berdasarkan

Sifat Kendiri Pelajar

4.5 Analisis keseluruhan

4.6 Kesimpulan

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.3 Faktor kemudahan bagi pengguna untuk menggunakan SEL

5.3.1 Infrastruktur di asrama

5.2.2 Infrastruktur di luar asrama

5.2.3 Sifat Kendiri

5.4 Cadangan penambahbaikan

5.6 Cadangan Kajian Lanjut

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran di UTM

3.1 Reability Statistic

3.2 Skala Likert yang digunakan untuk pengukuran tahap

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kekerapan Penggunaan E-Learning Dalam Seminggu

4.4 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan tujuan menggunakan E-Learning

4.5 Taburan responden berdasarkan tujuan menggunakan

E- Learning bagi pilihan jawapan “Lain-lain”

4.6 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan kehendak menggunakan E-Learning

4.7 Taburan responden berdasarkan kehendak menggunakan E-Learning bagi yang memilih jawapan tidak dan

sebab-sebab yang dinyatakan

4.8 Taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang utama yang dibuka apabila mengakses internet bagi pilihan “Lain-lain”

4.9 Analisis setiap item berdasarkan faktor kemudahan infrastruktur di asrama

4.10 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur di asrama

4.11 Analisis setiap item berdasarkan infrastruktur di luar asrama

4.12 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur di luar asrama

4.13 Analisis setiap item berdasarkan sifat kendiri pelajar

4.14 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi sifat kendiri

4.15 Taburan min keseluruhan persoalan kajian

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

4.1 Graf taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang utama yang dibuka apabila mengakses internet

4.2 Graf infrastruktur di asrama

4.3 Graf infrastruktur di luar asrama

4.4 Graf sifat kendiri

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM

Compact Disc Read Only Memory

E-Learning

Electronic Learning

E-Mail

Electronic Mail

FP

Fakulti Pendidikan

ICT Information and Communication Technology

IT

Infomation Technology

LAN

Local Area Network

PSZ

Perpustakaan Sultanah Zanahriah

R&D

Research and Development

Setuju

SS

Sangat Setuju

STS

Sangat Tidak Setuju

TP

Tidak Pasti

TS

Tidak Setuju

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

70

A Borang Soal Selidik

Sistem E-Learning (SEL) merupakan sistem yang diaplikasikan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah universiti. Sebagai contoh pada masa sekarang ini dengan menggunakan SEL ini pensyarah boleh berkomunikasi dengan pelajar dengan mengadakan perbincangan secara dalam talian, boleh memuat naik (upload) nota kuliah dan membuat pemberitahuan kepada pelajar. Para pelajar juga boleh memberi maklum balas terhadap pengajaran pensyarah, memuat turun nota kuliah, berinteraksi sesama mereka dan dengan pensyarah serta pelbagai faedah lain lagi. SEL ini akan menjadi sebuah sistem yang amat di perlukan oleh setiap universiti malah di sekolah juga pada masa yang akan datang.

Menurut Stockley (2003), E-Learning boleh didefinisikan sebagai program pembelajaran, latihan dan pendidikan yang menggunakan kaedah elektronik yang membabitkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer dan telefon mudah alih ataupun bahan pengajaran elektronik yang lain. Selain itu E-Learning juga boleh Menurut Stockley (2003), E-Learning boleh didefinisikan sebagai program pembelajaran, latihan dan pendidikan yang menggunakan kaedah elektronik yang membabitkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer dan telefon mudah alih ataupun bahan pengajaran elektronik yang lain. Selain itu E-Learning juga boleh

Definisi E-Learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali disalahtafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya E-Learning adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘assynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan „discussion group‟ dan bantuan professional isi

pelajaran secara dalam talian (online) (Learnframe, 2001).

Proses E-Learning sekarang kebanyakannya menggunakan asas laman web dan juga penggunaan teknologi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan jurnal oleh Nichols, M. (2008), E-Learning adalah sebagai "Pedagogy empowered by digital technology". Melihat kepada definisi yang dinyatakan oleh Nichols, M. tadi, E-Learning boleh ditafsirkan sebagai proses pedagogi yang dimantapkan lagi oleh penggunaan teknologi digital seperti penggunaan laman web, alatan elektronik dan media elektronik.

Pendapat Pollard & Hillage (2001) yang menyatakan bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran. Selain itu, Bates (1997) percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan Pendapat Pollard & Hillage (2001) yang menyatakan bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran. Selain itu, Bates (1997) percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan

Kerajaan akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui penggunaan ICT seperti pembelajaran jarak jauh. Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) gelombang pertama akan diperluaskan ke seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan setelah Kerajaan menemukan keberkesanan pelaksanaannya. Konsep sekolah bestari akan diperluaskan untuk merangkumi 8,000 sekolah pada masa depan melibatkan pelaksanaan aplikasi perdana gelombang kedua yang akan memberi tumpuan kepada usahamenarik pemaju teknologi tercanggih dan terkini serta menggalakkan aktiviti R&D dan pemindahan teknologi. ... infrastruktur asas ICT telahpun disediakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.

Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai "hub" ICT clan multimedia di peringkat global. Untuk tujuan ini, infrastruktur ICT akan dinaik taraf melalui beberapa insiatif termasuk meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga

10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem Pengurusan Rangkaian untuk menyediakan pekhidmatan yang lebih baik. Infrastruktur ICT juga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan.

(Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri, usul mengenai rancangan Malaysia kelapan yang dibentangkan di Dewan rakyat pada 23 April 2001)

1.1.1 Perkembangan Kajian Penggunaan E-learning di dunia

Penggunaan E-Learning telah pun berkembang luas sama ada dalam sektor perindustrian mahupun pendidikan di seluruh dunia. Dalam bidang perindustrian, penggunaan E-Learning dalam latihan terus meningkat hingga ke 20% pada tahun 2007. Namun pada tahun 2008 terdapat sedikit penurunan kepada 16%. Penggunaan kelas maya E-Learning dalam latihan perindustrian menurun sekata daripada 16% pada tahun 2005 hingga 8% pada akhir 2008.

Pasaran dunia terhadap teknologi E-Learning ini dianggarkan berjumlah 38 bilion euro walaupun di Eropah hanya 20% daripada produk E-Learning ini di pasarkan di pasaran tempatan (EC (2000). Menurut Nagy, A. (2005) The Impact of E-Learning; isi kandungan, teknologi dan servis dikenalpasti sebagai 3 kunci utama terhadap kejayaan E-Learning ditambah dengan teknologi internet dan multimedia yang semakin membangun sekarang menjadi asas utama terhadap berkembangnya penggunaan E-Learning di seluruh dunia.

Dalam sektor pendidikan pula, E-Learning telah pun berkembang sejak tahun 2006 dengan dianggarkan 3.5 juta pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran secara online di pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat (Sloan Consortium). Lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara online dan program ini telah berkembang dengan begitu pesat (Hebert, D. G. 2007).

1.1.2 Perkembangan E-Learning di Malaysia

Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh „National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir

Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan

Tanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan e-learning telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001- 2010 iaitu:

„….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira

pembudayaan dan pengu asaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar Bandar. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang pro gresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.….‟

Wahyu Idrus dan Yahya Buntat (2007) dalam kajian mengenai Aplikasi E- Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah di Malaysia pula menyatakan bahawa perkembangan E-Learning di Malaysia masih lagi baru berbanding dengan negara-negara barat dan Singapura. Dimana sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan „on-line‟

yang kebanyakannya diperolehi hanya pada peringkat universiti dan kolej swasta.

hanya dengan kerjasama universiti luar negara telah menyebabkan kos yang ditanggung oleh pelajar agak tinggi dan membebankan. Namun begitu hampir setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam mahupun swasta telah menggunakan sistem E-Learning.

E-Learning juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar selaras dengan perkembangan E-Learning di Malaysia. Pihak kementerian pendidikan juga telah menggalakkan penggunaan E-Pembelajaran. Dengan penubuhan pasukan projek rintis Sekolah Bestari yang diketuai oleh Jaya Kumar (2001) yang menjalankan kajian tentang Aplikasi E-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia telah membuat kesimpulan berdasarkan dapatan kajian bahawa;

Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning' sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian e-learning' siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan 'e-learning'. Walau bagaimanapun 'e-learning' yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih akan memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar kita.

(Jaya Kumar, 2001)

Berdasarkan dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan E- Learning adalah begitu penting sama ada di sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

SEL ini telah pun dijalankan di setiap fakulti di UTM. Disebalik kejayaan penggunaan SEL di FP, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, masih ramai lagi pengguna yang masih belum menggunakan sistem ini dengan sepenuhnya sama ada dikalangan pensyarah mahu pun pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati terdapat masalah yang menyebabkan kurangnya penggunaan sistem ini dikalangan pengguna terutamanya pelajar kerana susahnya untuk mengakses internet di asrama.

Banyak kajian di negara Barat mencadangkan apabila sesuatu teknologi baru diperkenalkan ke dalam sesebuah organisasi, kajian seharusnya dijalankan untuk mengetahui apakah manfaat yang diperolehi oleh organisasi itu. Halangan pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan (Schilke, 2001).

Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu

3.10 Hasil kajian adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia menggunakan e- pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran oleh pelajar di Universiti Tekno logi Malaysia. Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ini 3.10 Hasil kajian adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia menggunakan e- pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran oleh pelajar di Universiti Tekno logi Malaysia. Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ini

Berikut adalah tafsiran bagi halangan-halangan yang dinyatakan dalam kajian Mohd Sukri Saud, et al. ,2007 :

1.2.1 Halangan Personaliti

Halangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi kewujudan halangan- halangan disebabkan siswazah diri sendiri dan sikap siswazah terhadap e- pembelajaran. Halangan personaliti juga merujuk kepada halangan personaliti siswazah. Halangan gaya pembelajaran adalah dikategorikan di bawah halangan personaliti. Halangan gaya pembelajaran merujuk kepada keselesaan siswazah terhadap teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagai gaya pembelajarannya.

1.2.2 Halangan Institusi

Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan pengajaran bagi e-pembelajaran . Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e-pembelajaran. Halangan institusi berkenaan dengan kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap penggunaan e-pembelajaran dan kualiti bagi bahan pengajaran.

1.2.3 Halangan Teknologikal

Halangan teknologikal merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau servis komputer. Halangan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet , konsisten untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal, pengaksesan kepada teknologi dan kebolehpercayaan teknologi. Halangan teknologikal yang lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah “log- in ”.

1.2.4 Halangan Situasi

Halangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada. Item untuk halangan situasi termasuk “Terlalu sibuk dengan kerja lain,

gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor pengurusan masa.”

Aplikasi E-Learning di Malaysia dan UTM di FP khususnya semakin meningkat dari sehari ke sehari namun kajian terhadapnya masih lagi kurang. Keaadaan ini mewujudkan kesukaran untuk mendapatkan data empirik untuk dijadikan perbandingan atau rujukan. Berdasarkan masalah ini adalah penting kajian terhadap kejayaan SEL amatlah perlu dijalankan untuk meninjau sejauh mana kejayaan sistem ini di FP UTM dan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pengguna E-Learning di setiap fakulti di UTM dan di FP khususnya.

1.3 Matlamat Kajian

SEL yang ada di FP UTM telah lama dijalankan dan mendapat sambutan daripada kebanyakan penggunanya sama ada pensyarah mahupun pelajar. SEL di FP UTM telah mendapat penganugerahan sebagai SEL yang terbaik di UTM pada tahun 2007. Antara faedah sistem ini ialah pelajar boleh memuat turun (download) nota kuliah melalui sistem ini, boleh mengadakan perbincangan secara online dengan pensyarah dan sesama pelajar. Pensyarah pula boleh membuat pemberitahuan te ntang tarikh kuiz, ujian, meng‟upload‟ nota kuliah dan mengadakan perbincangan dengan pelajar.

Justeru, matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor kejayaan penggunaan SEL ini di FP UTM serta mencadangkan penambahbaikan yang boleh dijalankan oleh pihak pengurusan SEL ini untuk memantapkan lagi sistem ini.

1.4 Pernyataan Masalah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini SEL di FP UTM adalah yang terbaik yang ada di UTM namun begitu terdapat permasalahan yang dihadapi oleh pengguna dalam mengakses kemudahan ini sepertimana halangan-halangan yang telah dinyatakan di dalam kajian oleh Mohd Sukri Saud, et al. (2007). Halangan dari segi teknologikal terutamanya dikalangan pelajar seperti kemudahan internet yang ada di asrama tidak begitu memuaskan, dan juga halangan personaliti iaitu sikap pelajar itu sendiri yang lebih cenderung kepada membuka laman yang bukan E-Learning dan juga pengaruh lain.

Kejayaan SEL di fakulti perlu dikenalpasti strateginya untuk diimplementasikan kepada pelajar dalam membolehkan kemudahan ini digunapakai sepenuhnya oleh pengguna terutamanya pelajar.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan SEL

ii. Mencadangkan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penguna SEL

1.5 Soalan Kajian

Untuk mencapai objektif yang telah disebutkan di atas, soalan-soalan kajian berikut telah dikemukakan :

i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem E-Learning?

ii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi

1.6 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana kejayaan Sistem E-Learning di FP UTM serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa atau untuk menggunakan sistem ini. Selain itu kajian menumpukan terhadap cadangan penambahbaikan terhadap SEL yang boleh dijalankan pihak pengurusan sistem ini.

i. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik untuk mendapat maklum balas daripada pengguna sistem. Kebolehpercayaan hasil kajian adalah bergantung kepada kefahaman, kesungguhan, keikhlasan responden menjawab item-item soalan.

ii. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan (FP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan fakulti di UTM mahupun di universiti di seluruh negara yang menggunakan sistem yang sama.

1.7 Kepentingan Kajian

Melalui dapatan kajian ini pihak pengurusan Sistem E-Learning (SEL) dapat mengetahui tahap kepuasan pengguna dalam menggunakan sistem ini. Dengan mengetahui tahap kejayaan dan masalah yang dihadapi pengguna semasa penggunaan SEL pihak pengurusan boleh melakukan penambahbaikan dalam sistem ini untuk kepentingan bersama.

Selain itu semua pengguna SEL dapat diyakinkan bahawa penggunaan sistem ini dapat memberi banyak faedah dan kemudahan kepada mereka. Para pensyarah dapat memantau penglibatan pelajar, pelajar dapat berhubung dengan pensyarah bukan hanya ketika waktu kuliah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dengan adanya sistem ini.

Dapatan kajian ini juga dapat membantu dalam menambah baik lagi SEL dengan memperkenalkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan sistem ini. Jika kajian seterusnya dijalankan terhadap sistem ini, cadangan oleh kajian ini boleh dipertimbangkan untuk lebih memperbaiki dan memperkembangkan lagi instrumen kajian yang digunakan.

1.8 Susunatur Bab

Kajian yang akan dijalankan merangkumi lima bab dan berikut merupakan ringkasan bagi setiap bab:

i) Bab Satu

Bab Satu menerangkan latar belakang yang menjadi asas kepada perlaksanaan kajian ini. Kandungan bab ini terdiri daripada pengenalan terhadap kajian, penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian dan susunatur bab.

ii) Bab Dua

Bab Dua pula penulis akan membincangkan tentang penubuhan E-Learning, kandungan dan maklumat terperinci lain tentang E-Learning di UTM. Selain itu penulis juga akan membincangkan sedikit sebanyak tentang permasalahan dan kejayaan E-Learning dengan merujuk kepada kajian-kajian terdahulu.

iii) Bab Tiga

Bab Tiga memberi penerangan mengenai kaedah kajian di mana penulis akan menerangkan secara terperinci berkenaan dengan instrument kajian yang akan digunakan dan juga bakal responden yang terlibat dalam kajian ini. Penulis juga akan menerangkan tentang kaedah penganalisisan data yang akan dilakukan didalam bab yang seterusnya.

iv) Bab Empat

Bab Empat pula melibatkan analisis data yang diperoleh daripada kaedah kuantitatif. Analisis yang akan dijalankan bagi memperolehi data yang dikehendaki adalah dengan cara statistik deskriptif dan kaedah perbandingan min. Selain itu, analisis bagi cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh responden juga dibuat.

iv) Bab Lima

Bab Lima adalah bab terakhir yang merupakan perbincangan cadangan dan Bab Lima adalah bab terakhir yang merupakan perbincangan cadangan dan

1.9 Penutup

Dalam bab ini telah dibincangkan tentang berbagai-bagai definisi E-Learning serta maklumat lain tentang E-Leaning seperti penubuhannya mengikut dasar kerajaan dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran secara siber yang lebih berkesan. E-Learning adalah amat penting untuk dikuasai terutamanya oleh para pelajar dan juga bakal guru dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran masa kini yang berorientasikan secara dalam talian. Dengan jumlah pelajar yang telah mempunyai asas dan pengetahuan untuk menggunakan internet semakin bertambah, maka amat wajarlah bagi bakal-bakal guru juga untuk berkembang seiring dengan bakal pelajar mereka agar tidak ketinggalan. Menepati dengan saranan kerajaan agar penggunaan ICT diperluaskan dalam semua bidang demi mempersediakan setiap bakal pemimpin negara untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang penubuhan E-Learning, kandungan dan maklumat terperinci lain tentang E-Learning di UTM. Beberapa kajian lepas tentang penggunaan SEL dan sistem lain yang mempunyai persamaan dengan SEL juga dinyatakan dalam bab ini dengan fokus terhadap masalah dan kejayaan penggunaan SEL.

2.2 Penubuhan E-Learning

Selaras dengan berkembangnya kemajuan penggunaan E-Learning di dalam sistem pendidikan di Malaysia, UTM dan FP UTM khasnya telah membangunkan SEL dengan tujuan untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar UTM.

Penyelidikan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM telah bermula sejak lewat tahun 1980an (Su Lih Teng, 2007). Tujuan transfomasi ini berlaku adalah bagi melahirkan siswazah dan sumber manusia yang berkecemerlangan akademik serta meningkatkan taraf UTM ke universiti peringkat dunia (Mohd Koharuddin et al., 2003).

Mohamed Noor Hassan et al. (2000), telah melakukan satu pembentangan kertas kerja terhadap penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan (PPP) e- pembelajaran di UTM. Menurut beliau PPP dapat dibahagikan kepada dua era yang penting iaitu era permulaan (1988 - 1995), dan era pertumbuhan (1996 - 2000). Berikut ialah maklumat lanjut mengenai setiap era yang dibentangkan oleh beliau:

Pada era permulaan (1988-1995), PPP e-pembelajaran lebih kepada bentuk pembangunan bahan pengajaran multimedia dan pembinaan perisian untuk komputer. Contohnya seperti pembangunan bahan pengajaran multimedia berasaskan video (tahun 1988), pembangunan perisian kursus dengan menggunakan Authorware dan IBM Linkway (tahun 1989), pembangunan Pengajaran Bantuan Komputer Pintar (Intelligent CAP), pakej pembelajaran elektronik berasaskan slaid (tahun 1991) dan rekabentuk serta penghasilan pakej pembelajaran multimedia berasaskan teknik karaoke.

Era pertumbuhan (1996 - 2000) pula merupakan tahap pelaksanaan projek- projek penyelidikan berkaitan dengan pembelajaran eletronik di UTM. Sebanyak 25 projek penyelidikan berkaitan pembelajaran elektronik yang telah disokong dengan geran penyelidikan jangka pendek (UPP) dan geran jangka pangjang (IRPA) telah dijalankan antara tahun 1996 hingga 2000. Antara projek-projek tersebut, 14 projek tertumpu pada pembangunan perisian kursus, lapan projek merupakan pembangunan sistem dan teknologi komputer untuk pembelajaran elektronik, dan hanya tiga projek yang tertumpu pada kajian keberkesanan pembelajaran pembelajarn elektronik. Selain itu, UTM juga telah menjalankan kegiatan pembangunan infrastruktur, sistem Era pertumbuhan (1996 - 2000) pula merupakan tahap pelaksanaan projek- projek penyelidikan berkaitan dengan pembelajaran eletronik di UTM. Sebanyak 25 projek penyelidikan berkaitan pembelajaran elektronik yang telah disokong dengan geran penyelidikan jangka pendek (UPP) dan geran jangka pangjang (IRPA) telah dijalankan antara tahun 1996 hingga 2000. Antara projek-projek tersebut, 14 projek tertumpu pada pembangunan perisian kursus, lapan projek merupakan pembangunan sistem dan teknologi komputer untuk pembelajaran elektronik, dan hanya tiga projek yang tertumpu pada kajian keberkesanan pembelajaran pembelajarn elektronik. Selain itu, UTM juga telah menjalankan kegiatan pembangunan infrastruktur, sistem

SEL merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan di bawah projek Kampus Siber UTM yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada tahun 1997. Pada masa tersebut, SEL dikenali sebagai Pembelajaran Maya (Mohd Nihra Haruzuan et al., 2005). Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang diambil oleh mereka, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan mendedahkan pelajar dengan konsep pendidikan tanpa batas. Bagi menjayakan tujuan-tujuan tersebut, beberapa prototaip modul aplikasi telah dibangunkan. Antaranya ialah perpustakaan elektronik, sistem graduan, sistem peperiksaan, kuliah elektronik, kafe siber dan asrama elektronik (Su Lih Teng, 2007)

Menurut Mohamed Noor Hassan et al. 2000, secara ringkasnya pembangunan SEL dapat dibahagikan kepada empat tahap utama seperti berikut:

2.2.1 Tahap Pertama

Dalam tahap ini, maklumat am mengenai sesuatu mata pelajaran disediakan dan dapat dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa melalui Internet. Antara maklumat yang boleh diperoleh ialah maklumat mengenai pensyarah yang mengajar (termasuk nombor bilik, sambungan telefon dan alamat e-mail), jam pertemuan, prasyarat, objektif mata pelajaran, sinopsis mata pelajaran, perancangan mingguan yang lengkap sepanjang sesi persekolahan, polisi, pembahagian markah untuk penilaian, senarai buku teks dan rujukan.

2.2.2 Tahap Kedua

Maklumat am di tahap satu diperhiaskan mengikut topik-topik yang akan dibincangkan dalam kelas. Isi kandungan setiap topik diberikan dengan lebih terperinci serta senarai tugasan atau aktiviti bagi mencapai objektif-objektif yang disasarkan.

2.2.3 Tahap Ketiga

Nota kuliah yang lengkap berserta soalan-soalan latihan dan tugasan disediakan dalam laman web bagi mata pelajaran tersebut. Nota kuliah ini bercirikan multimedia. Terdapat pautan kepada sumber maklumat dari seluruh dunia juga disediakan bagi membolehkan pelajar mencari maklumat dan menambah bahan yang diberikan semasa kuliah. Dari sini, satu kemudahan perbincangan disediakan. Pelajar dapat mengemukakan soalan secara elektronik kepada pensyarah atau membincangkan pendapat mereka mengenai topik dengan pelajar lain.

2.2.4 Tahap Keempat

Semua bahan pengajaran boleh diperoleh secara talian. Tiada kuliah secara formal dan pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk mengikuti bahan yang hendak disampaikan, mengambil kuiz, ujian dan sebagainya. Peringkat ini khasnya dituju kepada program jarak jauh bagi pelajar luar kampus yang tidak mengikuti kuliah secara formal.

Pada tahun 2001 SEL mula diperkenalkan kepada siwa dan siswazah di UTM. Pelaksanaannya bermula dengan penyediaan bahan kursus oleh pensyarah dan

jawatankuasa peringkat falkuti (Mohamed Noor Hassan et al., 2003). Pensyarah- pensyarah UTM digalakkan mempaparkan nota dalam portal e-learning untuk rujukan pelajar dalam kampus (Baharuddin, 2001). Antaranya, beberapa portal yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai Teknologi Komunikasi dan Maklumat telah dibangunkan oleh Fakulti Pendidikan UTM, di Jabatan Multimedia Pendidikan. Kesemua portal tersebut adalah dibawah satu akronim CELIk IT (Computer-based Electronic Learning hi Information Technology). Untuk menjayakan kursus dalam talian, satu penyelidikan dan pembangunan telah diusahakan oleh Noraffandy Yahaya untuk menguji keberkesanan alat pembangunannya yang bernama Web- based Intergrated Learning (WILL). Tujuan utama WILL adalah untuk menghasilkan aplikasi yang dapat menyokong pensyarah menguruskan bahan pembelajaran dan mempersembahkan bahan tersebut dengan berkesan dalam persekitaran pembelajaran. Kemudian, bahan-bahan kursus dimuatkan di rangkaian net melalui Pusat Komputer. Pusat Komputer juga membekalkan sokongan teknikal Pengurusan Teknologi Maklumat di fakulti (Su Lih Teng, 2007).

Pada tahun 2004, FP mula melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui internet atau dikenali e-pembelajaran (Yusof Boon, 2005). Sebagai langkah permulaan, bengkel-bengkel e-learning telah diberikan kepada semua pensyarah dari Jabatan Pendidikan Sains dan Jabatan Asas Pendidikan. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk melakasanakan P&P melalui internet dan seterusnya membina dan mengendalikan laman web mata pelajaran serta profil peribadi menggunakan perisian Moodle, satu sistem pengurusan pembelajaran (Su Lih Teng, 2007).

Secara ringkas, perkembangan e-learning di UTM adalah seperti berikut:

Jadual 2.1: Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran di UTM

Tahun Sistem e-pembelajaran 1997

IIS 1998

IIS 2001

Web CT & Harvest Road 2004

Moodle Su Lih Teng (2007)

2.3 Penggunaan SEL

Abdul Razak Salleh (1999) melaporkan sistem maklumat pengurusan yang dibina adalah bagi membantu pensyarah-pensyarah dan Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk memproses markah pelajar. Sistem maklumat ini mempunyai banyak data lain yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh pengguna terutama pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan sistem maklumat perlu sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa supaya boleh digunakan untuk menentukan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus tertentu di UUM dan memudahkan pengaturcaraan terutamanya untuk keperluan pengijazahan. Ini kerana UUM agak kerap mengubah syarat pengijazahan bagi mengikuti perkembangan semasa dan keperluan pelajar. Daripada kajian ini dapat dilihat bahawa sistem maklumat pengurusan yang digunakan di UUM adalah hampir sama dengan SEL dan AIMS (Academic Informatian and Management System) yang ada di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini dirujuk untuk menjelaskan bahawa SEL yang ada perlu dikemaskinikan bagi memenuhi keperluan semasa dan kehendak serta keperluan pengguna disamping untuk menentukan kejayaan sistem.

Menurut Hamilton & Chervanny (1981) kualiti sistem maklumat boleh diukur sumbangannya dengan melihat kepada pencapaian objektif organisasi. Sebagai contoh jika objektif SEL di UTM adalah untuk membantu proses pembelajaran pelajar dan proses pengajaran pensyarah, adakah objektif tersebut tercapai untuk kedua-dua belah pihak dan pelajar? Ataupun hanya sebelah pihak sahaja yang mendapat manfaat? Hal ini sepatutnya diberikan penekanan penting demi utuk mencapai objektif penubuhan SEL di UTM berjaya dicapai seterusnya dapat menentukan kejayaan penggunaan SEL di UTM dan di FP khususnya.

Banyak kajian tentang kualiti telah dilaksanakan (Garvin, 1984 &1987; Zeithaml, 1988; Zeithaml, Parasaraman & Berry, 1987; DeLone & McLean, 1992; Pitt, Watson & Kavan, 1995). Sistem maklumat mesti dinilai oleh pengguna untutk mengetahui kualiti sistem itu dan banyak kajian mengenai kejayaan sistem maklumat adalah berasaskan kepada kepuasan pengguna sistem (Lee & Lee, 2000). Kepuasan pengguna, sikap pengguna, penggunaan sistem dan analisis kos-manfaat adalah pendekatan yang digunakan untuk mengkaji kualiti sistem maklumat (King & Rondriquez, 1978; Srinivasan, 1985) namun begitu pendekatan yang paling banyak digunakan adalah secara pendekatan terhadap kepuasan pengguna (Miller & Doyle, 1987; Delone & McLean, 1992). Model kepuasan pengguna juga oleh diperluaskan lagi dengan melihat kepada skop manfaat sistem kepada individu dan organisasi (DeLone & McLean, 1992; Seddon & Kiew, 1995).

Satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh pelajar dari Bangkok University telah dijalankan (Research Institute of Bangkok University, 2002 ). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance Model” atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D. untuk mencari faktor pelajar terhadap penerimaan e-learning . Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima e-learning termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-learning, manakala masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-learning.

Hasil kajian Lee & Lee (1992) menunjukkan bahawa nilai dan pengorbanan oleh pengguna merupakan penentu kepada penggunaan sistem maklumat. Pengguna adalah penentu kejayaan sesebuah sistem tersebut. Jika sistem yang dilaksanakan tidak mendapat sambutan ataupun pengguna tidak tahu dan tidak berminat untuk menggunakan sistem maka sistem tersebut perlulah dikaji semula keberkesanannya dengan mengambil kira setiap skop permasalahan yang dihadapi oleh pengguna.

2.4 Masalah Penggunaan SEL

Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang mengunakan internet, 50% berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang ketara di dalam masyarakat Malaysia (Education Quarterly: 35, 2001). Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu juga agak merisaukan. Manakala Bahasa Inggeris digunakan di hampir 80% laman web (Media Asia, 176, 1999). Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam pelaksanaan 'e-learning'.

Melihat kepada kajian oleh Visscher, Fung dan Wild (1999), dapatan kajian mendapati bahawa pemasangan sistem maklumat „School Administration and

Management System ‟ (SAMS) di semua sekolah di Hong Kong didapati tidak mendatangkan banyak manfaat kepada pengguna mahupun organisasi. Kajian mereka melibatkan 1176 responden dari 264 buah sekolah di Hong Kong. Hasil menunjukan hanya 661 orang responden pernah cuba menggunakan SAMS manakala 515 orang lagi tidak pernah cuba untuk menggunakan SAMS ini. Latihan terhadap Management System ‟ (SAMS) di semua sekolah di Hong Kong didapati tidak mendatangkan banyak manfaat kepada pengguna mahupun organisasi. Kajian mereka melibatkan 1176 responden dari 264 buah sekolah di Hong Kong. Hasil menunjukan hanya 661 orang responden pernah cuba menggunakan SAMS manakala 515 orang lagi tidak pernah cuba untuk menggunakan SAMS ini. Latihan terhadap