Definisi Istilah Gaya Pembelajaran

1.7 Definisi Istilah

Kajian ini menggunakan definisi istilah berdasarkan kepada konsep atau model berikut.

i. Gaya Pembelajaran

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan dalam kajian ini. Menurut Dunn dan Dunn 1978, gaya pembelajaran didefinisikan sebagai cara seseorang mula menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang baru dan susah. Model 5 Kategori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn ialah Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. ii. Kemahiran belajar Enam aspek kemahiran belajar yang dikaji iaitu kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang dijangka mempengaruhi prestasi akademik dan belajar seseorang Yahya Othman, 2003; Mohd Nashuha Jamidin et al., 1995. Kemahiran mengurus masa adalah cara menggunakan masa dengan betul. Kemahiran membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran berkaitan dengan perkara tersurat, tersirat dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Kemahiran menulis nota adalah merekod isi-isi penting atau maklumat yang diperoleh melalui kuliah, daripada buku ataupun daripada sumber lain. Kemahiran membuat rujukan adalah membaca atau mencari bahan rujukan tambahan untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran mendengar adalah aktiviti mendengar dan menyimpan maklumat yang diterima dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan. Kemahiran menghadapi peperiksaan adalah mengetahui cara menghadapi dan bersedia untuk peperiksaan. iii. Masalah Belajar, Pengajaran dan Pembelajaran Masalah yang dikaji merujuk kepada aspek penyampaian dan pengajaran pensyarah, minat dan sikap belajar pelajar dan penggunaan aktiviti dan sumber pembelajaran. Pengajaran pensyarah merujuk kepada proses pengajaran yang dilaksanakan yang menghasilkan kesan pembelajaran di kalangan pelajar Mok Soon Sang, 2001. Minat menurut Kamus Dewan 14 2000, minat adalah kecenderungan dan kesukaan manakala sikap merujuk kepada kesungguhan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

1.8 Kesimpulan dan Organisasi Bab