Pencapaian Akademik SOROTAN LITERATUR

kerja yang berlebihan akan menyebabkan tindakbalas tegangan dan emosi dan mental. Untuk mengelakkan pelajar bereaksi negatif terhadap beban tugas pembelajaran yang dihadapi setiap hari, Abdul Shukur Abdullah 1991, dalam Maslin Sulaiman, 2002 menyatakan bahawa adalah perlu seseorang pelajar untuk menganalisis tugas dan membahagikan tugas secara terperinci untuk mengelakkan bebanan dan tekanan yang berlebihan.

2.8 Pencapaian Akademik

Cara belajar yang betul adalah mustahak diketahui oleh para pelajar bagi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. Hasil kajian Watkins 1982 menyaksikan pelajar yang bersedia lebih mudah dapat menyesuaikan diri dan mengetahui cara belajar. Strategi belajar yang khusus amat penting bagi pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang serius dan kesempatan masa untuk belajar. Menurut Dunn dan Stevenson 1997, penggunaan kaedah model-model gaya pembelajaran dapat membantu kita mengetahui dan memahami pendekatan pembelajaran, membantu mempertingkatkan kekuatan diri, mengawal pasti situasi yang boleh membantu ke arah keberkesanan pembelajaran, menjadi lebih flesibel apabila berada di luar suasana pembelajaran ideal individu dan peningkatan pencapaian keseluruhannya. Taylor 1990 dalam satu kajiannya mendapati bahawa jumlah masa yang digunakan oleh pelajar untuk membaca setiap hari mempunyai kaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik pelajar tersebut. Hasil daripada kajian mendapati pelajar yang menggunakan lebih banyak masa untuk membaca akan mempunyai peningkatan dalam pencapaian akademiknya Wiley, 1974. 2.9 Kesimpulan Bab sorotan kajian ini membincangkan model-model gaya pembelajaran terutamanya model Dunn dan Dunn dan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran membaca, kemahiran mengurus masa, kemahiran menulis nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Selain itu, bab ini juga membincangkan 46 masalah-masalah belajar yang berkaitan dengan pengajaran pensyarah, kemahiran belajar, minat, kemudahan pembelajaran dan beban tugas pembelajaran. 47

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999. Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian, penganalisis data dan kesimpulan.

3.1 Rekebentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan survey berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran, dan kemahiran belajar pelajar Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat tentang pembolehubah kajian ini dikutip dalam keadaan semulajadi pada masa kejadian. Penggunaan soalselidik merupakan cara yang menjimatkan masa untuk mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 3.2 Populasi dan Responden Kajian Populasi kajian ini tertumpu kepada berbagai kategori pelajar di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Seramai 310 orang pelajar yang berbeza tahun, program kemasukan dan 48