Instrumen Kajian METODOLOGI KAJIAN

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen soalselidik digunakan untuk mendapatkan data. Sulaiman Ngah Razali 2002 menyatakan soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Selain itu, soal selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon tetap, bebas terbuka, senarai semak atau skala kadar. Dalam kajian ini, soal selidik berskala empat mata dipilih dengan responden kajian perlu memilih jawapan paling sesuai dengan pilihan diri. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan skala empat mata yang digunakan. Jadual 3.4 : Jadual Skala Empat Mata Peringkat Singkatan Skor Sangat Setuju SS 4 Setuju S 3 Tidak Setuju TS 2 Sangat Tidak Setuju STS 1 Set soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti kursus, jantina dan bangsa. Responden perlu mengisi maklumat yang dikehendaki pada ruang yang disediakan. Bahagian B mengandungi 99 item berpandukan skala empat mata. Daripada 99 item ini, sebanyak 45 item adalah untuk mengukur pola gaya pembelajaran pelajar manakala kemahiran belajar pula terdiri daripada 54 item. Item untuk gaya pembelajaran adalah dipilih dari instrumen item gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn 1978 dan item untuk kemahiran belajar adalah diubahsuai dari instrumen kajian terdahulu. Responden perlu memberi pilihan terhadap pernyataan yang diberi dengan membulatkan nombor yang disediakan mengikut pilihan diri yang sesuai. Lima aspek pola gaya pembelajaran yang dikaji mengikut Model Dunn dan Dunn adalah Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Kemahiran belajar pula dari enam aspek iaitu Kemahiran Membaca, Kemahiran Menguruskan Masa, Kemahiran Menulis Nota, Kemahiran Mendengar, Kemahiran Membuat Rujukan dan Kemahiran Menghadapi Peperiksaan. Ringkasan bilangan item berhubung persoalan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 dan Jadual 3.4 di bawah. 51 Jadual 3.5 : Bilangan Item Bagi Setiap Kategori Pola Gaya Pembelajaran Kategori Gaya Pembelajaran Bil. Item Gaya Pembelajaran Persekitaran 9 Gaya Pembelajaran Emosional 17 Gaya Pembelajaran Sosiologikal 5 Gaya Pembelajaran Fizikal 9 Gaya Pembelajaran Psikologikal 5 Jumlah Item 45 Jadual 3.6 : Bilangan Item Bagi Setiap Aspek Kemahiran Belajar Aspek Kemahiran Belajar Bil. Item Kemahiran Membaca 10 Kemahiran Menulis Nota 11 Kemahiran Menguruskan Masa 10 Kemahiran Mendengar 5 Kemahiran Membuat Rujukan 8 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 10 Jumlah Item 54 Bahagian C menyediakan dua soalan terbuka seperti berikut. 1. Jelaskan masalah belajar yang anda hadapi pada ketika ini. 2. Berikan cadangan untuk memperbaiki masalah belajar yang anda hadapi.

3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan