Kemahiran Menghadapi Peperiksaan Sebelum kuliah

Selain itu, pelajar juga boleh bersikap optimis dan percaya bahawa topik yang dibincangkan berfaedah, ini akan memberi dorongan pelajar untuk terus mendengar. Selain itu, pelajar perlu sentiasa menggunakan daya imaginasi sendiri dan membuat hubungkait di antara maklumat yang diperolehi untuk mengemukakan soalan. Dengan cara ini, fikiran pelajar akan lebih tertumpu kepada topik yang dibincangkan oleh pensyarah semasa kuliah. Hasil dapatan kajian Saliha Said 2004 menunjukkan sebanyak 100 pelajar menyatakan mereka tiada masalah deria pendengaran. Terdapat pelajar yang suka berbual dengan kawan ketika pembelajaran sedang dijalankan. Pelajar tidak akan mendengar dengan baik tentang isi pengajaran pensyarah dengan sepenuhnya. Dapatan juga menunjukkan para pelajar berada di tahap min yang sederhana bagi kategori Kemahiran Mendengar. 2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan Pelajar perlu membiasakan diri berada di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Menurut Abdul Ghani Awang 1996, kebanyakan pelajar berasa malu dan masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Salihan Siais 1991 menyatakan, kemahiran membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran pembelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini adalah disebabkan pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah sahaja. Dengan mempunyai kemahiran membuat rujukan, pelajar akan lebih menguasai dan mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan. Pelajar perlulah rajin bertanya kepada perpustakawan sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan perpustakaan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya dapat mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki.

2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

Kebanyakan pelajar yang dalam peperiksaan adalah kerana tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa awal semester lagi. Siti Hawa Munji 1987 mendapati 74.3 daripada pelajar di dalam kajiannya mengaku bahawa mereka akan mengulangkaji pada malam sebelum peperiksaan atau belajar pada saat-saat akhir. Keadaan ini akan menimbulkan 40 ketegangan yang akan mengurangkan kecekapan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar adalah mereka tidak melihat balik atau mengulangkaji nota yang dicatat selepas kuliah Pfeirer dan Ogloff, 1991. Pelajar hanya akan mengulangkaji semula menjelang saat akhir peperiksaan. Hasnan Kasan 1994 mengatakan bahawa selalu mengulang kaji dan membuat latihan akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan terhadap mata pelajaran yang dipelajari Hanifi Ismail 2001, kira-kira 90 daripada usaha pembelajaran boleh dicapai apabila pelajar membuat latihan dan berbincang dengan pihak yang berkenaan, 80 boleh dicapai dengan membuat perbincangan sahaja, melihat dan mendengar boleh mencapai sebanyak 50, 40 melalui melihat, 30 melalui mendengar dan menerusi membaca boleh mendapat 20 sahaja. Oleh itu, membuat latihan dan perbincangan adalah 2 faktor yang paling penting untuk mencapai tahap pengekalan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Muhammad Kamil Abdul Samad 1999 menyatakan bahawa pelajar yang tidak menjaga kesihatan dan mempunyai tidur yang cukup akan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Malahan daya ingatan juga akan menjadi lemah dan boleh mengganggu persediaan pelajar sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan juga merupakan salah satu persediaan yang penting sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Pelajar perlu memastikan semua peralatan seperti pen dan kalkulator berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, pelajar tiba lebih awal di dewan peperiksaan untuk mendapatkan tempat duduk yang baik dari segi pencahayaan dan kurang gangguan luar Pauk, 1984. 2.3 Masalah Pembelajaran Pelajar Menurut Mercer dan Mercer 1998, masalah-masalah pembelajaran di kalangan pelajar dapat dibahagikan kepada 3 aspek iaitu: i. Kriteria Tingkahlaku – tingkahlaku yang mudah menyisihkan seseorang, tingkahlaku yang mudah disesuaikan dan tingkahlaku yang merosakkan. ii. Kriteria Kognitif – pencapaian akademik rendah, masalah berkaitan perhatian, lemah ingatan, kognitif dan metakognitif dan kekurangan persepsi. 41 iii. Kriteria Afektif – kemahiran sosial, konsep kendiri, motivasi rendah dan keadaan mood yang melemahkan. Mooney 1992, dalam Mohd Arif Abdul Rani, 1995 dalam kajiannya dengan menggunakan senarai semak masalah terhadap 600 orang pelajar sekolah tinggi mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah belajar, kewangan, suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih kerjaya di masa hadapan. Kajian Tajul Ariffin 1980, dalam Mohd Arif Abdul Rani, 1995 mendapati pelajar suka lebih mengumpul kerja-kerja kursus daripada belajar memahamkan isi kuliah dan mula belajar pada saat-saat akhir semasa peperiksaan. Selain itu, pelajar juga mengalami gangguan fikiran semasa belajar dan mudah kehilangan minat untuk belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar. Malahan kira-kira 40 pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap. Kajian Ahmad Amiruddin 1999 mendapati masalah yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah masalah keluarga, persekitaran, dan kerjaya manakala kewangan bukan masalah yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Menurut Jalil Said 1997, dalam kajiannya terhadap pelajar tahun 5 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah faktor pengalaman, usia, bebanan kerja, hubungan dan penyampaian pensyarah dan persekitaran pembelajaran.

2.4 Pengajaran Pensyarah