Rekebentuk Kajian METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999. Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian, penganalisis data dan kesimpulan.

3.1 Rekebentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan survey berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran, dan kemahiran belajar pelajar Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat tentang pembolehubah kajian ini dikutip dalam keadaan semulajadi pada masa kejadian. Penggunaan soalselidik merupakan cara yang menjimatkan masa untuk mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 3.2 Populasi dan Responden Kajian Populasi kajian ini tertumpu kepada berbagai kategori pelajar di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Seramai 310 orang pelajar yang berbeza tahun, program kemasukan dan 48 pengkhususan telah dikenal pasti sebagai responden kajian ini. Taburan bilangan pelajar mengikut tahun, jenis program dan pengkhususan pengajian adalah seperti dalam Jadual 3.1 hingga 3.3 Jadual 3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahun Pengajian Tahun pengajian Bilangan Peratus Tahun 2 159 51.3 Tahun 3 74 23.9 Tahun akhir 77 24.8 Jumlah 310 100.0 Jadual 3.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Program Pengajian Dan Jenis Program Program Pengajian Program Perdana Program Kemasukan Terus Tahun 2 Jumlah Jenis Kumpulan Program Bil Bil Bil Kump. Sains Sosial 50 16.3 - - 50 16.1 Kump. Sains Matematik 172 56.0 - - 172 55.5 Kump. Teknik Vokasional 35 11.4 - - 35 11.3 PKPG - - 22 7.2 22 7.1 PPLD - - 6 2.0 6 1.9 Program Matrikulasi - - 22 7.2 22 7.1 Tiada maklumbalas - - - - 3 0.1 Jumlah 257 83.7 50 16.3 310 100.0 Jadual 3.2 dan 3.2 tidak menyatakan bilangan pelajar tahun satu kemasukan program perdana kerana mereka menjalani tahun asas di Fakulti Sains. Pelajar program perdana 49 mengikuti program pengajian di Fakulti Pendidikan bermula pada tahun 2. Di samping itu, pelajar program PKPG, PPLD dan Matrikulasi merupakan golongan pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan melalui saluran program kemasukan terus ke tahun dua. Jadual 3.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Program Pengajian Dan Kumpulan Program Program Pengajian Program Perdana Program Kemasukan Terus Tahun 2 Jumlah Jenis Program Pengkhususan Bil Bil Bil SPA 16 5.2 7 2.3 23 7.4 SPC 8 2.6 - - 8 2.6 SPE 4 1.3 9 2.9 13 4.2 SPH 15 4.8 6 1.9 21 6.8 SPI 3 1.0 - - 3 1.0 SPK 29 9.4 10 3.2 39 12.6 SPL 22 7.1 - - 22 7.1 SPM 17 5.5 - - 17 5.5 SPN 6 1.9 - - 6 1.9 SPP 40 12.9 6 1.9 46 14.8 SPS 30 9.7 1 0.3 31 10.0 SPT 64 20.6 4 1.3 68 21.9 SSK 1 0.3 - - 1 0.3 Tiada maklumbalas 5 1.6 7 2.3 12 3.9 Jumlah 260 83.9 50 16.1 310 100.0 Jadual 3.3 menunjukkan taburan bilangan pelajar perdana dan kemasukan terus ke tahun dua mengikut jenis program pengkhususan. 50

3.3 Instrumen Kajian