Penganalisisan Data METODOLOGI KAJIAN

Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar yang tidak terlibat sebagai responden kajian untuk mengukur kebolehpercayaan item dalam soal selidik yang digunakan. Data yang diperolehi dari kajian rintis ini dianalisis dan item yang bermasalah dibaiki. Seterusnya, kebolehpercayaan instrumen soalselidik menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.83. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar 1999, kebolehkepercayaan yang tinggi mempunyai nilai Alpha Cronbach melebihi 0.80. Kesahan soal selidik perlu dilakukan bagi membolehkan soal selidik mencapai objektif kajian. Dalam kajian ini, input rujukan dan maklum balas dari pensyarah berpengalaman didapatkan untuk menilai kandungan item soal selidik. Di samping itu, soalselidik juga dirujuk kepada pelajar bagi menilai kesesuaian item. Rujukan kesahan ini perlu bagi mengelakkan kekaburan atau mengelakkan soal selidik daripada tidak mengukur objektif dan kandungan kajian.

3.5 Prosedur Kajian

Setelah soal selidik dibaiki, penyelidik sendiri mengedarkan soal selidik kepada responden mengikut kursus masing-masing. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah: i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar bagi setiap kursus. ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan. iii. Menerangkan cara untuk menjawab soal selidik kepada responden. iv. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soal selidik. v. Mengutip dan mengira soal selidik yang dikembalikan responden.

3.6 Penganalisisan Data

Borang soal selidik yang dipungut disemak terlebih dahulu untuk memastikan setiap responden menjawab soal selidik mematuhi arahan dan keperluan yang telah ditetapkan dalam kajian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows. Analisis data ditunjukkan dalam jadual kekerapan dan peratusan atau skor min. Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat latar belakang responden iaitu kursus, jantina dan bangsa dan di analisis dalam jadual kekerapan dan peratusan. Untuk bahagian B, 53 sebanyak 99 item dibina bagi mengukur pola gaya pembelajaran jumlah 45 item dan kemahiran belajar jumlah 54 item menggunakan Skala Ordinal Empat Mata berikut. Jadual 3.7 : Kategori Skala Ordinal Empat Mata Skala Ordinal Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Skor 4 3 2 1 Analisis data kemudiannya dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap, respon dari responden dikelaskan kepada tiga markat skor min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam Jadual 3.8 di bawah. Jadual 3.8: Pengkelasan Tahap Markat Skor Min Markat Skor Petanda Tahap 1.00 - 2.00 Rendah 2.01 - 3.00 Sederhana 3.01 – 4.00 Tinggi Analisis Bahagian C pula dianalisis dengan mengkategorikan respon dari soalan terbuka kepada tema kualitatif dan kemudiannya dikuantitikan secara kekerapan. Tema ini dibentuk berdasarkan kepada persamaan konsep yang diambil dari sorotan literatur di samping pembentukan tema baru yang berbeza. 3.7 Kesimpulan Kesimpulannya, bab ini membincangkan populasi, kaedah dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan kajian. Huraian analisa dapatan kajian dibuat berdasarkan kepada setiap item dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Metodologi kajian digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat yang dikumpul dengan menggunakan soal selidik diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Semua keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi daripada analisis data dinyatakan dalam Bab 4 berikut. 54

BAB 4 DAPATAN KAJIAN