Persoalan Kajian Kepentingan Kajian

Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM dari pelbagai tahun dan program pengajian supaya langkah yang betul dapat diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, di samping untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan prestasi akademik pelajar. 1.3 Objektif Kajian Terdapat 2 objektif disediakan dalam kajian ini, iaitu 1. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM dari segi kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal mengikut Model Dunn dan Dunn. 2. Menentukan tahap kemahiran belajar pelajar di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif yang disediakan. 1. Apakah kepelbagaian gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM dari segi kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal mengikut Model Dunn dan Dunn.? Apakah gaya pembelajaran yang dominan yang diamalkan oleh pelajar? 2. Apakah tahap kemahiran belajar pelajar di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM? Apakah aspek kemahiran belajar yang kurang diberi perhatian oleh pelajar?

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya kepada pelajar tahun akhir, fakulti dan pensyarah, dan pusat latihan dan perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Khususnya hasil kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada: 12 1. mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi belajar melalui amalan belajar yang betul dan mengetahui masalah gangguan belajar yang mereka boleh hadapi supaya langkah yang perlu boleh diambil untuk mengatasinya. 2. memberi panduan kepada pensyarah untuk memantapkan lagi pengajaran mereka supaya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar. Pensyarah dapat memahami kehendak belajar pelajar mereka dan menggunakan maklumat kajian ini dalam merancang bahan mengajar atau merekabentuk kurikulum bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya dan amalan belajar pelajar. 3. membantu fakulti mengesan masalah akademik pelajar dan memperbaiki persekitaran dan mutu pengajaran dan pembelajaran 4. membantu pihak universiti terutamanya kepada unit atau pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran CTL di UTM untuk merancang dan melaksanakan aktiviti atau program yang meningkatkan kemahiran belajar dan mengajar untuk pelajar dan pensyarah. 1.6 Skop dan Batasan Kajian Batasan kajian adalah responden dan kaedah kajian. Pertama, kajian ini hanya melibatkan responden pelajar tahun 2 hingga tahun akhir Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM sahaja. Oleh itu, generalisasi tidak boleh dibuat kepada semua pelajar berbagai fakulti di UTM dan juga kepada pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan. Kedua, metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan dan hanya menggunakan soalselidik berpandukan kepada model lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Di samping itu, aspek kemahiran belajar yang dikaji tertumpu kepada kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Masalah belajar pelajar berpandukan respon bertulis pelajar dari soalan terbuka. 13

1.7 Definisi Istilah