Tamatnya Zaman Tradisional

IV. Tamatnya Zaman Tradisional

Gambaran Asia Tenggara pada tahun 1850-an menunjukkan kemunculan Siam sebagai empayar yang teragung di rantau ter-

sebut. Kemenangan ke atas Vietnam, walaupun dengan beberapa syarat iaitu Kemboja mesti membayar ufti sama ada kepada Hue mahupun Bangkok secara serentak, membuktikan kebolehan Rama III dalam usaha menyelamatkan agama Buddha di Kern- boja serta menghapuskan pentadbiran Vietnam di Phnom Penh. Bangkok juga dapat menentukan kuasa dan kedudukan suzerain ke atas negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung Tanah

Melayu yakni Kedah, Penis, Setul, Terengganu dan Kelantan selepas termeterainya Perjanjian Burney pada tahun 1826 dan Perjanjian Bowring pada tahun 1855 dengan British. Nampak- nya, Asia Tenggara, khasnya Tanah Besar, memasuki zaman aman damainya. Bangkok dan Hue dapat mewujudkan semula hubungan diplomatik yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah atau kesusahan yang akan tiinbul, manakala Myanmar

juga telah lama mengabaikan dasar agresif terhadap Bangkok. Di

ASIA TENGGARA: 1-IUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

kalangan negeri maritim termasuk Indonesia, walaupun semua pusat kuasa besar tradisional seperti Mataram dan Johor-Riau telah lama lenyap, tetapi muncul beberapa pusat yang berwibawa mengekalkan keamanan di dalam negeri mahupun hubungan dengan kuasa luar. Misalnya, Terengganu merupakan kuasa tern- patan yang berwibawa di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, manakala Selangor dan Johor di bawah keluarga Temenggung merupakan pusat kuasa tempatan yang semakin mengukuhkan kuasa dan kedudukan masing-masing. Jadi terda- pat suasana sosiopolitik yang nampaknya menjarnin undang- undang dan ketenteraman di rantau Asia Tenggara.

Namun, gambaran itu hanya mencerminkan keadaan sosio- politik dan ekonomi secara sepintas lalu sahaja. Pada tahun 1850-an, kuasa Barat dan ejen-ejen mereka telah berjaya menu-

buhkan tapak kuasa mereka di seluruh Asia Tenggara dan sema- kin meningkatkan peranan dan pengaruh sosiopolitik dan eko- nomi mereka berdepan dengan masyarakat tempatan. Contohnya, Belanda di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa dan kepulauan Sulawesi yang dapat menggantikan kuasa pentadbiran dan politik kerajaan tempatan dalam hampir semua aspek sejak kegagalan pemberontakan Diponigoro/Perang Jawa 1 825_30.21 Walaupun kerajaan Jawa masih berada di Surakarta dan Yogya- karta, tetapi jelas bahawa kedua-dua istana itu hanya menjadi kerajaan patting Belanda yang memerintah mengikut kehendak kerajaan Betawi, dan tidak mempunyai kuasa yang sebenar ter- hadap “kerajaan” mereka. Pada pertengahan abad ke-19, Belanda dan British berjaya merampas kuasa politik dan pentad- biran daripada pusat kuasa besar tempatan di Nusantara yakni Mataram dan Johor-Riau. Pada asasnya, dasar yang dijalankan oleh Belanda dan British tidak berbeza daripada dasar yang di- amalkan oleh pusat kuasa besar tempatan terutarnanya sejak abad ke-17 iaitu dasar meluaskan kuasa kerajaan pusat terhadap negeri-negen kecil yang dianggap sebagai wilayah-wilayah di dalam mandala masing-masing. Dengan itu, peluang untuk Asia

21 Lihat Carey, P.B.R., 1981. Babad Dipanagara, an Account of the Out- break of the Java War (1825—30). Kuala Lumpur: MBRAS.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

Tenggara hidup dalam keadaan damai dan tenteram setelah mun- culnya kerajaan penjajah Barat adalah tipis dan sebenarnya mus- tahil selagi persaingan kuasa politik dan ekonomi serta strategi global di kalangan kuasa Barat tidak dapat diselesaikan.

Boleh dikatakan bahawa meskipun terdapat beberapa kele- mahan dalam sistem sosiopolitik serantau, zaman gelap Asia Tenggara tidak akan berlaku sekiranya tiada dasar imperialisme dan kejayaan Revolusi Perindustrian Barat. Boleh juga dikatakan bahawa kekecohan sosiopolitik tempatan yang selalu wujud sepanjang abad ke- 19 sebenarnya berpunca daripada kehendak Barat menguasai kekayaan ekonomi dan geostrategi Asia Teng- gara dalam usaha mereka memperkukuhkan kepentingan empa- yar berdepan dengan kuasa Barat yang lain secara global. Misal- nya, perluasan kuasa Perancis terhadap Vietnam, Laos dan Kemboja sejak tahun 1840-an atau kejayaan British ke atas Myanmar secara berperingkat sejak tahun 1820-an berpunca daripada objektif politik dan ekonomi dan strategi tersebut. Kejayaan mereka adalah kesan kekuatan tenteranya dan bukan daripada kesanggupan elit tempatan yang patuh kepada kuasa fizikal dan akhlak mereka.

Dengan kesedaran terhadap kecanggihan Barat dan segi teknologi ketenteraan dan penndustrian, kita mesti mengakui adalah mustahil untuk Asia Tenggara mengelakkan kekalahan teruk di tangan kuasa Barat pada pertengahan kedua abad ke- 19. Pada umumnya, Siam selalu dijadikan contoh sebagai negara yang berjaya menumpulkan serangan penjajah Barat dan dapat

mempertahankan kedaulatannya kerana negara itu menjalankan dasar yang bijak dan sehaluan dengan perkembangan politik dan teknologi pada masa tersebut. 22 Apa yang kurang ditekankan dalam analisis seperti itu ialah keperluan Perancis dan British,

dua empayar penjajah yang merupakan jiran Siam dan sebelah timur dan barat, mengurangkan konfrontasi sesama mereka di

22 Fred Riggs, W., 1966. Thailand, the Modernization of a Eureaucratic Polity. Honolulu: East-West Center Press, merupakan karya utama yang memberi analisis panjang lebar tentang kejayaan Siam menentang ancam- an penjajahan Barat. Pandangan dan analisisnya ditolak oleh Ben Ander- son.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTALI

Asia Tenggara. Bagi menghalang keadaan yang tidak diingini, yakni empayar mereka bersempadan, British dan Perancis akhir-

nya memerlukan khidmat Siam sebagai negeri penampan yang mengasingkan wilayah empayar British daripada wilayah empa- yar Perancis. Kalau tidak wujud keperluan politik dan strategi itu, adalah sukar berfikir apa akan terjadi kepada Siam.

Bagi menjelaskan lebih lanjut hipotesis itu, perbandingan singkat antara Siam dan Myanmar sebab pemerintahan Raja Mindon Mm boleh dijadikan contoh. Adalah dipersetujui di kalangan sarjana Barat dan Asia bahawa Raja Mindon Mm dapat menjalankan dasar luar dan dalam negeri yang liberal dan ber- kesan sepanjang pemerintahan baginda. Tetapi baginda gagal memujuk kerajaan India British memulangkan semula wilayah-

wilayah yang dikuasainya sejak perang Anglo-Myanmar Kedua tahun 1852. Sebaliknya, Daihousie, selaku Gabenor-Jeneral k.erajaan India British pada masa itu, menubuhkai~wilayah Pegu yang mengandungi Rangoon, Bassein dan Pegu, di 1~‘wah Pesu- ruhjaya Arthur Phayre. Adalah jelas bahawa penting1~. ‘t Myan- mar kepada perkembangan ekonomi dan politik empayai ~ritish banyak mempengaruhi pihak British menjadikan Myanmar seba- gai tanah jajahannya tanpa ragu-ragu terhadap reaksi kuasa Barat yang lain. Usaha Mindon Mm menghantar misi diplomatiknya ke Eropah dengan tujuan menekankan kedaulatan Myanmar juga tidak mendapat sambutan yang baik daripada pihak British seperti misi yang dihantar oleh Raja Mongkut (1851—1868) pada tahun 1862. Myanmar memang tidak seperti Siam yang mempu- nyai geostrategi yang bernilai tersendiri kepada keselamatan empayar India British. Sebaliknya, Myanmar amat bemilai dan segi ekonomi kepada British dan, oleh itu, tidak akan dibenarkan negeri itu jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat yang lain mahupun kekal di bawah pemerintahan tempatan yang kurang bekerja- sama dengan British di India. Dengan memasukkan Myanmar ke dalam empayar India British, pihak British dapat menjamin kepentingan ekonominya.

Sebaliknya, sekiranya British berjaya menguasai Siam, ia akan menghadapi bantahan hebat daripada Perancis, sebuah kuasa yang setaraf dengannya dan segi ketenteraan dan teknolo-

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

gi. Oleh sebab empayar di Asia Tenggara ditubuhkan atas objek- tif ekonomi, peperangan sesama kuasa besar yang akan mem-

bawa kerugian besar mestilah dielakkan dengan sebaik mungkin. Siam terselamat danipada penjajahan Barat kerana selain dasar- dasar sosioekonomi dan dasar luar yang amat bijak, ia mempu-

nyai geostrategi yang bernilai kepada British dan Perancis. mi

adalah ketara sekiranya kita mengkaji usaha para pegawai Bri- tish dan Perancis sejak tahun 1880-an mencari jalan menyelesai- kan persaingan mereka dengan Siam. 23 Pada tahun 1896, dua kuasa besar itu mengumumkan Deklarasi Anglo-Perancis berhu- bung dengan kedaulatan kawasan lembah Menam yang disahkan

sebagai kawasan pertanian kepada empayar mereka di Asia Tenggara. Dengan itu, kedaulatan Siam atau lebih tepat kedaulat-

an dan keselamatan wilayah tengah Siam diiktiraf oleh kedua- dua kuasa yang mampu mengancamnya.

Jadi, boleh dikatakan bahawa perkembangan teknologi dan penndustrian Barat mempunyai kesan-kesan yang amat merugi- kan masyarakat tradisional Asia Tenggara. Ia adalah punca asas kemusnahan kedaulatan dan cara hidup tradisional yang bernilai kepada Asia Tenggara. Penubuhan empayar Barat di rantau mi

juga bererti tamatnya hubungan serantau yang mampu memben- tuk suasana sosiopolitik terbuka, dinamis dan berdaya pegas. Menurut syarat-syarat baru penjajah Barat, negeri-negeri yang berada di bawah “perlindungan”nya tidak lagi berhak berhu- bung dengan mana-mana kuasa secara langsung seperti yang mereka amalkan pada zaman tradisional, tetapi terpaksa menja- lankan urusan luarnya melalui ejen-ejen penjajah yang berkena- an, yakni dengan persetujuan atau kebenaran kerajaan penjajah.

23 Contohnya, FO 422/23 Marquis Salisbury kepada Earl Lytton, 3 April 1889. Dalam suratnya itu, Setiausaha Hal Ehwal Luar British memberi-

tahu duta British di Paris tentang cadangan Perancis untuk British dan Perancis mengiktiraf kedudukan Siam sebagai negeri berkecuali yakni

tidak dapat dikuasai baik oleh British mahupun Perancis. Langkah mi

dilihat oleh Perancis sebagai langkah yang diperlukan supaya “sebuah pagar tetap dapat ditubuhkan antara wilayah kepunyaan British dan kepu- nyaan Perancis di Semenanjung Indochina

Sejak itu banyak perun-

dingan dijalankan sehingga tahun 1896 aRabila persetujuan dicapai.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Dengan itu, pada akhir abad ke-19, tiada lagi hubungan tradi- sional di kalangan negeri tempatan yang semuanya, kecuali

Siam, adalah negerm naungan kepada kuasa-kuasa besar. Walaupun pihak Barat menerima etika diplomatik yang di- amalkan oleh Asia Tenggara iaitu dalam hubungan pusat kuasa besar dan negeri-negeri di dalam mandala, laitu tuntutan yang mereka mesti dilayan dengan segala keistimewaan dan kemu- liaan yang dianggap patut diberikan kepada pusat kuasa besar, namun mereka tidak memberi kebebasan sosiopolitik dan eko- nomi yang luas kepada negeri-negeri naungan seperti yang dibe- narkan dalam hubungan tradisional pusat kuasa dan wilayah. Contohnya, Siam sebagai negeri suzerain kepada Terengganu,

Kelantan, dan Kedah tidak melarang hubungan sosiopolitik dan ekonomi langsung di antara mereka. Terengganu, misalnya

bebas dalam aktiviti sosial dan diplomatiknya. Koleksi Doku- men Baginda Oman menunjukkan dengan jelas kebebasan para

pemimpin Melayu berhubung sesama mereka tanpa merujuk kepada Bangkok terlebih dahulu. 24 Bangkok hanya dirujuk seki- ranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul di

kalangan negeri tersebut atau antara negeri itu dengan kuasa lain. Hubungan tributari tradisional tidak menghalang hubungan diplomatik, ekonomi, kekeluargaan, secara langsung di kalangan elit itu tanpa mengira taraf politik dan diplomatik serantau. Hanya China sahaja yang membezakan taraf negeri naungan dan negeri suzerain dalam hubungan mereka dengan China. Namun, itu pun tidak begitu ketat dan sebenarnya berubah mengikut ke- adaan semasa.

Aspek yang penting ialah hakikat bahawa hanya dengan penubuhan kerajaan penjajah Barat sahaja Asia Tenggara men- jadi masyarakat asing antara satu dengan lain. Dunia Asia Teng-

gara yang selalu terbuka menjadi masyarakat tertutup; hanya kerajaan penjajah yang berkenaan sahaja dapat menentukan per-

kembangan dalam mahupun luar tanah jajahannya. Oleh itu,

24 Koleksi Dokumen Baginda Omar, Arkib Negara, Kuala Lumpur.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

sepanjang lebih kurang satu abad, Asia Tenggara tidak mem- punyai hubungan serantau. Hubungan yang wujud ialah hu-

bungan kerajaan penjajah sesama kerajaan penjajah seperti hubungan kerajaan Tanah Melayu-British dengan kerajaan Indonesia-Belanda; atau hubungan antara kerajaan penjajah di Indochina, Myanmar, dan Tanah Melayu dengan Bangkok. Hu- bungan tradisional yang masih ada antara Siam dengan negen naungannya di Tanah Melayu juga ditekan dan akhirnya dipaksa diubahsuai bentuknya mengikut sistem “residen” di Tanah Melayu. 25 Tidak hairanlah apabila Asia Tenggara menerima kembali kedaulatannya, buat sementara waktu, ia tidak lagi meli- hat Asia Tenggara per se sebagai penting dalam usaha memper- kembangkan masyarakat masing-masing. Skop rujukan sosiopo- litik dan ekonomi individu negara ialah negara Barat, bekas penjajah mereka. Jadi Vietnam, Kemboja dan Laos berasa lebih terdekat dengan Perancis daripada dengan negara Thai, atau Myanmar; manakala Tanah Melayu dan Myanmar menunjukkan pendekatan yang lebih berat sebelah kepada England daripada kepada Negara Thai atau Indonesia. Sebaliknya, Negara Thai dan Indonesia lebih mementingkan hubungannya dengan Eng- land atau Belanda (Indonesia) daripada hubungan dengan negara-negara jiran mereka. Dapat dirumuskan bahawa hubu-

ngan tradisional di kalangan negeri serantau mi berakhir dise- babkan kejatuhan kerajaan tempatan kepada kuasa penjajah Barat. Tamatnya hubungan tersebut mempunyai kesan-kesan mendalam dan negatif terhadap hubungan serantau Asia Tengga- ra. Seperti yang telah dibincangkan, hubungan tradisional seran- tau yang memaparkan aspek-aspek yang membinanya sepanjang

zaman tradisional lenyap begitu sahaja. Hubungan serantau yang baru muncul pada pertengahan abad ke-20 adalah tersirat dengan perasaan curiga-mencurigai, dan prasangka yang kebanyakannya berpunca daripada perkembangan zaman penjajahan Barat. Boleh dikatakan bahawa sebab utama wujudnya hubungan

25 Kobkua Suwannathat-Pian, 1985. “The 1902 Siamese-Kelantan Treaty: An End of the Traditional Relations”, dim. Journal of the Siam Society;

Thai-Malay Relations. op. cit.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

serantau yang kurang licin pada masa kini merupakan satu waris- an negatif penjajahan Barat yang dapat mengubah paradigma masyarakat Asia Tenggara dan sebuah rantau yang berdikari dan berhubungan terbuka sesama sendiri kepada sebuah rantau yang amat bergantung pada dunia luar dan yang bersikap kurang senang hati terhadap jiran-jirannya.