CHINA DAN KONSEP TRIBUTARI (a) Kesedaran China terhadap Asia Tenggara dan Prinsip

I. CHINA DAN KONSEP TRIBUTARI (a) Kesedaran China terhadap Asia Tenggara dan Prinsip

Te

Boleh dikatakan bahawa sejak awal kurun Masihi, China mem-

ASIA TENGQARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

punyai kefahaman tentang geografi dunia yang mementingkan kedudukannya sebagai pusat budaya dan kuasa sedunia. Menu- rut fahaman tersebut, kawasan darat merupakan satu kawasan tersendin yang diasingkan dan kawasan laut yang juga merupa- kan satu perairan yang tersendiri. Tidak hairanlah sejak abad kelima dan keenam Masihi, China selalu melihat kawasan sela- tannya sebagai satu kawasan yang terdiri daripada satu laut yang luas yang mengiringi segala kawasan maritim Asia Tenggara. China juga menganggap bahawa China diasingkan dan kawasan selatan ataupun “laut selatan” oleh laut yang luas itu. Oleh itu, agak mustahil sekiranya China ingin menguasai ataupun menge- kalkan hubungan teratur dengan “laut selatan” tanpa angkatan tentera laut yang besar dan berkuasa. O.W. Wolters pernah mem- buat analisis bahawa dengan kesedaran terhadap masalah geopo-

litik yang timbul danipada kedudukan Asia Tenggara itulah yang memaksa kerajaan China dan dinasti T’ang (618—906) dan dinasti Sung (960—1279) mengurniakan kedudukan istimewa kepada maharaja Srivijaya sebagai ejen perdagangan China di

kawasan itu dan melaluinya di India dan Asia Barat) Jelas bahawa pada masa itu China tidak mampu mengekalkan satu angkatan tentera laut yang dapat mengawal kawasan selatan dengan berkesan. Kemungkinan besar danipada kesedaran terse- but muncullah konsep te yang digunakan oleh raja-raja dinasti T’ang dan pengganti-pengganti mereka sebagal prinsip menentu- kan hubungan China dengan Asia Tenggara dan juga dengan kawasan-kawasan lain yang secara tidak langsung di bawah kuasa pentadbiran dan ketenteraan China.

Secara ringkas, te merupakan sumber segala kesucian kuasa politik yang ada pada seseorang pemimpin dan membolehkan pemimpin itu menubuhkan sesebuah dinasti dan memaparkan kewibawaannya. Dengan sistem pentadbiran yang baik dan ber- moral, seseorang raja dapat meningkatkan te supaya bukan sahaja rakyat China yang akan menerima dan menikmati segala

1 Lihat Woiters, O.W., 1975. The Fall of Srivijaya in Malay History. Kuaia Lumpur: Oxford University Press, him. 20.

CHINA DAN ASIA TENGGARA

manfaat te itu tetapi semua masyarakat “gasar”, tidak kira ter- letak dekat atau jauh dan China, akan juga menerima dan mengakui kebesaran raja dan kerajaan China. Konfusius mene- rangkan tentang te bahawa,

“Sekiranya ... para masyarakat yang jauh geografinya [dan

China], masih lagi belum mengakui [keunggulan kuasa dan pentadbiran maharaja China], jadi maharaja China mestilah memujuk mereka dengan mempertingkatkan lagi maruah [te] budaya [masyarakatCina]; apabila mereka telah dipu-

juk, baginda memuaskan [keperluan mereka]. Di mana wujud kepuasan hati, di situ tidak berlakunya keadaan kacau bilau. 2

Sejak abad kelima dan keenam, kerajaan China selalu menerang- kan sebab-sebab kedatangan misi-misi dan negeri-negeri dan

“laut selatan” dalam konsep te dan penghargaan dan penerimaan negeri-negeri .tersebut tentang kebesaran sosiobudaya Cina dan manfaat yang dinikmati oleh mereka yang terlibat dalam lingku- ngan te itu. Apabila dinasti Ch’ing berjaya menggulingkan dinasti Ming, direkod dalam Hui-tien bahawa,

Semasa dinasti, beta muncul buat kali pertama, kuasa te yang amat mengagumkan menyebar secara perlahan-lahan dan menjadi kukuh. Di mana sampai nama dan pengaruh- nya, tiada sesiapa pun yang tidak datang menghadap [maha- raja] di istana.3

Kerajaan China juga menuntut bahawa keadaan yang agak aman dan membolehkan misi-misi diplomatik dan perdagangan Asia Tenggara berulang-alik ke China adalah bukti yang jelas manfaat sosiopolitk te yang dinikmati oleh negeri-negeri yang menghantar misi tersebut.

2 Waley, A., 1938. The Analects of Confucius. London, him. 203, dipetik dalam Woiters, 1975, op. cit., hIm. 25. Juga lihat penjelasan Wang Gung-

wu, 1968. “Early Ming Relations with Southeast Asia: A Background Essay” dim. Fairbank, J.K., (peny.), The Chinese World Order Cambridge,

Mass.: Harvard University Press. Kejatuhan dinasti Yuan path tahun 1368, contohnya, diterangkan sebagai bukti dinasti itu tidak iagi mempunyai te untuk memerintah China.

3 3 K’ang-hsi hui-tien, dipetik daripada Fairbank dan Teng, op. cit., him. 159.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Contoh yang menanik terhadap minda China ialah tuntutan yang dibuat oleh Maharaja T’ai-tsu (629—649) yang mengidenti- fikasikan te sebagai punca asas keamanan di China dan kedata-

ngan misi-misi dani wilayah-wilayah ke China, kerajaan pusat dunia. Jelas juga bahawa prinsip te telah menjadi dogma yang

digunakan oleh para pemimpin China sehingga zaman dinasti Ming (1368—1644) dalam üsaha mereka menyembunyikan kele- mahan China yang tidak berkemampuan mengalatkan sebuah angkatan tentera laut yang cukup berkebolehan bagi mengawal

dan mempertahankan tuntutan sosiopolitik kebesaran China. Semasa pemerintahan Maharaja T’ai-tsu (1368—1398), pengasas dinasti Ming (1368—1644), te telah menjadi prinsip pokok hubu- ngan China dengan segala negen. T’ai-tsu menuntut kedudukan maharaja Cina sebagai raja pemerintah dunia yang mempunyai kuasa ketuhanan; oleh itu, nasihat, cadangan, dan arahan baginda tentang sistem pentadbiran yang “baik” dan hubungan damai dan muhibah antara negeri-negen berjiran mesti diterima dan dipatuhi. Tentangan terhadap cadangan atau arahan Maharaja China akan membawa kepada kemusnahan masyarakat berkena- an. Tidak hairanlah semasa pemerintahan T’ai-tsu dan anakanda baginda Yung-lo (1404—1424) merupakan zaman penglibatan China dalam hal sosiopolitik Asia Tenggara yang hebat sekali. Ringkasnya, China menuntut hak dan kedudukan unggul dan istimewa dalam masyarakat antarabangsa atas konsep te atau

kebesaran kuasa moral/ketuhanan diraja dan sosiobudaya Cina yang berasaskan ajaran Konfusius.

(b) Sistem Tributari China dan Asia Tenggara

Seperti yang dibincang di atas, hubungan serantau Asia Tenggara pada zaman tradisional adalah berdasarkan sistem tributani yang sebahagiannya berkembang dan hubungan tributari rantau itu

dengan jiran gergasi di utananya. Pada amalannya, boleh diru- muskan bahawa sistem tributari China adalah satu dasar luar China dalam menentukan hubungan China dengan negen-negeri lain. Sistem tersebut digunakan oleh China sejak zaman kiasik yakni lebih kurang abad kelima dan keenam masihi hingga ke pertengahan kedua abad ke-19. Tujuan asasnya ialah untuk

CHINA DAN ASIA TENGGARA

mengatur hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan negeri-negen yang ingin berdagang dengannya. Path teorinya, sistem tributari China yang amat dipengaruhi oleh konsep te yakni China mempunyai hak ketuhanan untuk menentukan kea- manan, hieranki sosiopolitk antarabangsa di kalangan negeri yang ingin berhubung dengan China, berasal daripada keperca- yaan bahawa China mempunyai tamadun yang paling besar dan

semua negara di dunia. Kepercayaan terhadap kebesaran tamadun China itu timbul daripada hubungan China dengan beberapa masyarakat nomad di barat dan utara serta masyarakat tempatan di selatan yang

semuanya menunjukkan tamadun yang agak rendah dan tunduk kepada tamadun China. Secana kasarnya, tuntutan China tentang kebesanan tamadunnya berpunca daripada beberapa faktor. Per- tama, kecanggihan tamadun Cina itu bukan berasaskan kuasa fizikal China yakni kuasa tentera tetapi pada cara hidup yang teratur dan sempurna dani segi pentadbiran, sistem sosiobudaya, undang-undang dan nilai akhlak Cina mengikut ajaran Konfu-

sius. Kedua, tamadun itu dapat ditunjukkan dengan jelas dan segi praktisnya dan, yang amat ketara, daripada tamadun bertu-

lis yang tidak wujud di kalangan negeri “gasan” yang pernah China hubungi. 4 Jadi menurut fahaman China, masyarakat “ga- san” merupakan masyanakat yang tidak mengamalkan cana hidup tersebut. Walau bagaimanapun, China sanggup menerima semua

pihak yang inginkan manfaat daripada cara hidup masyarakat China yang canggih itu sekiranya mereka mengakui terlebih dahulu kebesaran tamadun China yakni kedudukan teragung Maharaja China dalam hal-hal sosiopolitk yang ditentukan oleh baginda dan kerajaannya. Sistem tributari merupakan syarat

pokok dasan luar China hasil danipada kepercayaan itu. Dalam sistem tersebut, yang bermula pada abad kelima dan keenam Masihi dan yang dapat diatur dengan syarat-syanat yang tepat

4 Bahagian mi adaiah berdasarkan penjelasan Fairbank dan Teng, 1961. “On the Ching tributari System” dim. Fairbank, J.K., dan Ssu Yu Teng, (peny.), Ching Administration: Three Studies. Harvard-Yenching Institute Studies XIX, Cambridge, Massachussetts: Harvard University Press.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

dan rumit pada zaman dinasti Ming dan dinasti Ch’ing (Mancu 1644—1911, pihak-pihak yang terlibat terpaksa mengakui bahawa maharaja Cina mempunyai mandat ketuhanan untuk memerintah manusia, menyelesaikan hubungan antara cakera-

wala dan bumi, dan berkuasa mengatur masalah antana mereka melalui nasihat dan cadangan atau arahan diraja. Adalah menjadi

tanggungjawab masyanakat “gasar” mematuhi arahan tersebut. Dengan penerimaan sistem tributani Cina itu sahajalah negeri- negeri “gasar” dapat diiktiraf dan diben tempat yang sewajan- nya dalam hierarki politik dan akhlak Cina. Jelas bahawa keper- luan politik dan ekonomi Asia Tenggara memaksa pemimpin rantau itu menenma dan secara rasmi, yakni melalui menyertai upacara kotow yang melakukan tiga kali berlutut dan sembilan kali sujud apabila menghadap Maharaja Cina, mengakui keduduk- an agung China dan kedudukan mereka lebih rendah berdepan dengan China. Bukan sahaja Asia Tenggara yang sedia mene- rima tuntutan kebesaran China itu, masyarakat lain termasuk dunia Barat rela mengiktiraf keagungan tamadun China sehingga pada tahun-tahun terakhir abad ke- 18 atas kepentingan ekonomi dan perdagangan mereka.

Dan sudut pandangan China, sistem tributani merupakan perkembangan semula jadi yang berpunca danipath kebesaran China dani aspek tamadun yang ternyata dalam sejarah awal hubungan China dengan negeri-negeri yang berhampiran dengannya, dan bukan dani aspek kuasa tentera negara itu. Pada

abad ke- 11 dan ke- 12, terdapat kecenderungan China yang meli- hat keselamatan China bergantung pada kebolehan China mengasingkan dirinya danipada berhubung dengan dunia “ga-

san” yang semakin menjadi lebih kukuh dan berkuasa dan aspek ketenteraan seperti bangsa Monggol di utara dan banat negeri China. Namun, pemimpin Cina menerima hakikat bahawa China tithk dapat mengasingkan dirinya dan dunia luan dan, oleh itu, telah menjadi tanggungjawabnya untuk menentukan ciri-ciri hubungan luar China. Menurut Tsiang,

[China] menolak kemungkinan wujudnya hubungan [China-negerilain] yang berdasankan prinsip persamaan Sekiranya [China] terpaksa berhubung dengan negeri lain,

CHINA DAN ASIA TENGGARA

hubungan itu mesti berbentuk hubungan negeri dipertuan- negeri naungan; penerimaan hubungan yang begitu dibentuk bererti, kepada China, penenmaan kod etika China oleh negeri gasar yang teriibat.... 5

Semasa pemerintahan Maharaja Yung-lo, contohnya, sistem tn- butani dihidupkan semula dengan syanat-syarat yang lebih teratur untuk membentuk hubungan China dan negeri-negen lain yang berhasrat mengadakan hubungan politik dan ekonomi dengan China. Sebagai balasan, China menunjukkan sikap murah hati

dengan membenarkan negeri-negeri naungannya berdagang dengannya. Perdagangan nampaknya digunakan untuk memper- lihatkan kemurahan hati raja. Serentak dengan itu, ia juga digu- nakan sebagai daya pemikat negeni-negeni naungan kepada kuasa dan kegemilangan sosiobudaya China. Bagi negeri-negeri di Asia Tenggara, penenmaan misi diplomatik oleh China selalu diikuti oleh pengiktirafan Maharaja China terhadap kedaulatan raja-raja di Asia Tenggara yang berkenaan. Dalam satu upacara khas, Maharaja China menganugerahkan tera kewibawaan dan dokumen pertabalan kepada wakil ataupun raja negen darn Asia Tenggana tersebut sebagai lambang pengesahan kedudukan sosio- politik yang berdaulat itu. Semua raja di Asia Tenggana yang diterima sebagai negeri naungan China dan dikurniakan alat-alat kebesanan yang dianggap mempunyai kedudukan sosiopolitik yang setaraf di rantau Asia Tenggara.

Secara tidak langsung, China menggunakan sistem tributari sebagai sistem pertahanan China danipada negen-negeri yang akan mengancam keselamatan China melalui tindakan bermusuh- an sesama mereka dan dengan itu mengacau ketenteraman di kawasan yang bernilai ekonomi kepada China seperti di Asia Tenggara, atau melalui kekecewaan mereka yang tidak dapat menyertai kegiatan perdagangan dengan China seperti bangsa Monggol. Sistem tributari sebagai sistem pertahanan itu hanya

berkesan di kalangan negeri yang jauh dan kecil seperti masya- nakat Asia Tenggara sahaja. Itu pun mesti diiringi oleh kuasa

5 Tsiang, T.E., 1966. “China and European Expansion” dim. Political Quar- terly, no. 5, him. 1—18.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

tentena untuk keberkesanan yang terj amin seperti pada sepuluh tahun pertama pemerintahan Maharaja Yung-lo. Apabila tiada kuasa, China pun menyedani bahawa te maharaja sahaja tidak cukup untuk menjamin penghantaran misi dan ufti dan negeri-

negeni di rantau itU.6 Sebaliknya, sistem tributani kurang berke- san di kalangan negeri yang bersempadan dengan China seperti masyarakat Monggol atau Kerajaan Myanmar. China terpaksa menggunakan kuasa tentera bagi mempertahankan kedaulatan atau kepentingan politiknya berdepan dengan negeni-negeri ten- sebut.

Dan sudut pandangan China, sistem tnibutani mempunyai tujuan politik yang tinggi kepada kedudukan China sebagai negeri agung di benua Asia ataupun dunia. Nilai ekonomi kurang

diperbesankan walaupun terdapat beberapa waktu apabila sistem tributani dijalankan untuk menentukan kepentingan ekonomi kerajaan China. Contohnya, Maharaja Hung-wu/T’ai tsu meng-

hapuskan amalan perdagangan bebas yang dibenarkan oleh dinasti Yuan (Monggol, 1279—1368) dan menumpukan kegiatan

perdagangan China kepath sistem perdagangan yang terletak di bawah monopoli kerajaan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan setelah mengetahui kerugian besar disebab- kan perang saudana di China. Namun, T’ai-tsu masih berhati-hati terhadap peranan sistem tributani sebagai alat politik diraja dan memperketatkan syarat-syarat terhadap kewibawaan negeri- negeri yang akan diterima oleh Nanking tanpa kira kesan eko- nomi terhadap China. Walau bagaimanapun, path abad ke-17, ternyata bahawa sistem tnbutari mempunyai nilai ekonomi yang lebih daripada nilai politik. mi disebabkan hakikat bahawa kebo-

lehan China untuk mempertahankan tuntutan politiknya berde- pan dengan negeri-negeri vassalnya adalah tipis. Contohnya, pada tahun 1770-an, apabila China menghantar tenteranya menyerang Myanmar, tentera China ditewaskan dengan begitu mudah. Tanpa kuasa tentera yang cukup berkemampuan, China tidak dapat menentukan penghantaran misi diplomatik dan ufti daripada negeni naungan ke Peking. Hanya apabila terdapat

6 Lihat Bahagian Hubungan China-Asia Tenggara.

CHINA DAN ASIA TENGGARA

keperluan perdagangan atau politik yang penting dengan China sahaja; mendorong negeni-negeri itu menghantar misi ke China untuk memudahkan kegiatan perdagangan mereka.

Akhimya, sistem tributari yang dijalankan sebagai corak diplomatik dan hubungan antarabangsanya bukan satu sistem

yang tepat tetapi diubahsuai mengikut keadaan politik yang sebenar. Pada awal abad ke- 19, ternyata kepada China bahawa sistem tributari tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Tendapat beberapa negeri yang tidak lagi menghantar misi dan ufti kepada China mengikut waktu yang ditetapkan dan Peking tidak dapat memaksa mereka. Pada tahun 1818, China mengesahkan situasi mi dengan membezakan negeri naungannya danipada kumpulan negeri “dagangan”. Hampin semua negeni di Asia Tenggana ter- masuk dalam kategori “negeni dagangan” yakni bukan negeni tributani kepada China, tenmasuk Siam, Jawa, Johor, Terengganu dan Kemboja.

(c) Pelaksanaan Sistem Tributari Lumnah pelaksanaan sistem tnibutan China sejak zaman dinasti

T’ang hingga akhir abad ke-19 menunjukkan pada asalnya kepentingan sosiopolitik dan ekonomi China dan negeri-negeri lain yang terlibat. Namun, ternyata bahawa China merupakan penggerak dan pembentuk corak pelaksanaan sistem tensebut. Seperti yang telah kita ketahui, kerajaan China menjalankan sis- tern tributani pada abad kelima dan keenam secara sepanuh-nasmi ataupun tidak rasmi. Ertinya, China tidak menggalakkan hubung- an dengan negeri-negeri “gasar” di sekitamya tetapi melihat kehadiran misi-misi diplomatik dan perdagangan dani kawasan luan pentadbirannya sebagai satu bukti menunjukkan te atau kuasa agung Maharaja China di kalangan masyanakat antara- bangsa. Boleh dikatakan bahawa sistem itu amatlah berkesan kepada kepentingan China dan Asia Tenggara sepanjang abad ketujuh hingga ke- 11 apabila sistem itu diabaikan oleh kerajaan China mungkin disebabkan masalah politik dalam negeri China sendin. Pengabaian itu yang kemudiannya diikuti oleh perubah-

an dalam proses perniagaan China membawa kepada keruntuh-

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

an kuasa dan penganuh kenajaan Srivijaya yang memainkan peranan sebagai “wakil” perdagangan China di “laut selatan”. Pada awal abad ke-12, dinasti Sung selatan yang berpusat di

kawasan Canton menggalakkan sistem perdagangan persendirian dengan tujuan untuk menambah cukai pendapatan kerajaan. Corak perdagangan baru ml melemahkan dan kemudiannya menghapuskan sistem perdagangan monopoli yang dijalankan oleh Snvijaya. Semasa pemerintahan dinasti Yuan (Monggol

1279-1368) pedagang-pedagang China digalakkan menjalankan kegiatan perdagangan mereka di mana-mana tempat di “laut

selatan”. Palembang dan iambi, dua pusat terkenal kerajaan Sri- vijaya, merupakan dua pelabuhan antara pelabuhan yang terda-

pat di Asia Tenggana yang dilawati oleh pana pedagang China untuk menguruskan perniagaan mereka.

Kenajaan Monggol di bawah Maharaja Kublai Khan meng- ubah corak pelaksanaan sistem tnibutani yang begitu longgar dan separuh rasmi itu kepada sistem hubungan rasmi apabila China membuat tuntutan kepada negeni-negeni yang ingin berdagang

dengannya. Mereka mesti menghantar misi ufti kepada Nanking dahulu. Jadi tuntutan mi dengan jelas mengaitkan sistem tribu- tan China melalui perdagangan. Tanpa penghantanan misi oleh

negeri tersebut ke China dan penenimaan misi tersebut oleh Nan- king, mustahil wujudnya hubungan perdagangan antara kedua-

dua pihak tersebut. Bagi kawasan “laut selatan”, misi-misi ufti dihantan untuk memenuhi syarat tensebut: Ham, Samudera, dan Sukhothai (Siam) pada tahun 1280-an, manakala iawa dan Sumatera pada tahun 1290-an. Ta-Ming chi-li merekodkan bahawa semasa pemenintahan Maharaja Kublai Khan (1260—1294), Annam, Campa, Yannan, Laos(Shan), dan Myan- mar Utana juga menghantar misi ufti ke China. 7 Jelas bahawa

kesediaan Kublai Khan menggunakan kuasa tentera baginda dalam proses menentukan tuntutan kerajaan Monggol dipatuhi

oleh negeni-negeri di “laut selatan”, merupakan salah satu fak- ton penting yang menyebabkan tindak balas positif danipada Asia

7 Ta-Ming chi-li merupakan koieksi upacara zaman Dinasti Ming, dipetik daripada Fairbank dan Teng, op. cit., him. 145.

CHINA DAN ASIA TENGGARA

Tenggana. Contoh dasar agnesif China terhadap rantau itu ialah ekspedisi tentera China menyerang Pagan pada tahun 1283—4 dan 1288; dan ekspedisi tentera lautnya menyerang Jawa pada tahun 1292.

Dasar dinasti Ming terhadap sistem tributani pada asasnya mengesahkan dasar tributari rasmi yang diamalkan oleh dinasti Yuan. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kerajaan yang mentafsirkan pelaksanaan sistem itu. Maharaja Hung-wuIT’ ai-tsu mengumumkan pelaksanaan sis- tem tnbutari bererti hubungan diplornatik dan perdagangan dipe- ningkat kerajaan dengan kerajaan sahaja dan tidak melibatkan pedagang swasta seperti yang diamalkan pada zaman Sung Sela- tan dan zaman dinasti Yuan. Selain itu para pedagang China

serta rakyat China tidak dibenarkan terlibat dalam urus niaga dengan pedagang asing di luar ataupun di dalam negeni China. Mereka juga dilarang keluan ke sebenang laut. Maksudnya, T’ai- tsu menghapuskan sistem perdagangan swasta dan menghidup- kan semula sistem tnibutani-perdagangan peringkat kerajaan dengan kerajaan. Dengan itu, pendagangan dengan China dapat dilayan hanya setelah misi diplomatik dan ufti sesebuah negeri ditenma dan kedudukannya sebagai negeri vassal diiktiraf oleh maharaja China. Maharaja Yung-lo meneruskan dasar ayahanda baginda mi dan memperkukuhkannya dengan penghantanan beberapa ekspedisi tentera laut China ke “laut selatan” dan kawasan-kawasan di India dan Sri Lanka, serta Arab dan Afnika iaitupadatahun 1405—7, 1407—9, 1409—Il, 1413—15, 1417—19, dan 1421_24.8 Kemungkinan besar, buat pertama kali, kedua- dua Maharaja China itu mengait rapat konsep te dengan pelak- sanaan sistem tnibutani China. Berdasarkan kepercayaan bahawa Maharaja China mempunyai mandat ketuhanan dalam hubu- ngannya dengan semua negeri di dunia, adalah menjadi tang-

8 Wang Gungwu, 1970. “China and South-East Asia 1402—1424” dim. Jerome Chen dan Nicholas Tariing (peny.), Studies in the Social History of

China and South-East Asia: Essays in Memory of Victor Purcell. Cam-

bridge: Cambridge University Press, him. 384. Ekspedisi raksasa mi dija- lankan sehingga tahun 1433; saiznya adaiah amat besar sekaii kadangkaia

mengandungi 60 buah kapal perang dan 27 000 askar.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

gungjawab Maharaja China menentukan keadaan aman dan har- moni di kalangan negeri yang menerima kuasa dan kedudukan agung baginda. Oleh itu, pada zaman T’ ai-tsu dan Yung-lo Chi- na, bersiap sedia campur tangan dalam hal-hal sosiopolitik sese- buah negeri naungan China supaya dapat menentukan bahawa negeni itu mempunyai “kenajaan yang baik”. Contoh yang balk ialah, dasar Yung-lo terhadap Vietnam pada tahun 1404 yang menyebabkan meletusnya perang China-Annam tahun

1406—1420.~Sebagai balasan dari negeni naungan yang akan menikmati keadaan politik dan ekonomi yang aman dan mak- mur, Maharaja China mahu pemimpin-pemimpin negeni itu ben- sikap “jujur” dan “ikhlas” yakni menghormati China melalui pelaksanaan tanggungjawab mereka dengan baik.’°

Talsinan agresif dan ketat sistem tnbutari dinasti Ming ter- utamanya pendekatan Maharaja T’ai-tsu dan Yung-lo boleh diii- hat sebagai percubaan kedua-dua raja pemerintah tersebut bagi memperkukuh keselamatan China yang pada masa itu mengha- dapi ancaman kuat daripada bangsa nomad khasnya Monggol di kawasan sempadan utara dan barat China. Ekspedisi tentena laut yang diketuai Cheng-Ho menupakan tindakan untuk menjamin keselamatan China dani kawasan Lautan India. Apabila keadaan di kawasan itu dapat dikawal, Yung-io memberi penhatian penuh kepada masalah-masalah yang mengancam China dani sempadan barat dan utara sehinggalah memindahkan ibu kota dan Nanking ke Peking pada tahun 1421.

Apabila dinasti Ch’ing menggantikan dinasti Ming pada tahun 1644, meskipun syanat-syanat sistem tnibutani yang ditafsir oleh T’ai-tsu dan Yung-lo telah lama dilonggankan disebabkan kelemahan sosiopolitik China sendin, namun ia masih merupa- kan satu-satunya corak hubungan luar yang diamalkan oleh Chi-

na. Kerajaan Ch’ing hanya mengubah syarat-syarat dan upacara benkaitan dengan penghantanan misi dan penenimaannya. Contoh

9 Lihat penjeiasan ianjut daiam bahagian Hubungan China dan Asia Teng- gara (c). Tinjauan Hubungan China-Asia Tenggara di bawah. 10 Wolters, 1975, op. cit., hIm. 56.

CHINA DAN ASIA TENGGARA

yang baik ialah Peraturan-peraturan Ch’ ien-iung tahun 1764 yang digunakan sebagai syarat penerimaan misi utusan British

yang diketuai Macantney pada tahun 1793 dan misi Belanda yang diketuai Van Braam 1794_5.h1 Secana ningkasnya, upacana mempersembahkan misi ufti menjadi sesuatu yang penuh dengan adat sehingga satu jabatan ditubuhkan untuk menguruskan pro- tokol upacara persembahan misi di istana yakni Jabatan Sambut- an, Lembaga Upacara-Upacara) 2 Jabatan tensebut bentanggung-

jawab terhadap langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak istana tentang prosedur mempersembahkan wakil dan misi diplomatik dan negeri asing.

Contohnya, dalam upacana menghadap Maharaja China, utusan dan para pegawai yang menernaninya, semuanya mema- kai pakaian “kebangsaan” masing-masing dan mesti menunggu di bahagian hadapan Dewan Upacara; apabila namanya dipang- gil, mereka akan memasuki dewan tensebut dan melakukan kotow iaitu berlutut tiga kali dan sujud sembilan kali di hadapan Maharaja Cina.’3 Setelah kotow dilakukan, misi utusan itu akan dibenarkan duduk di atas kerusi dan dengan limpah kunnia Maharaja China, misi utusan akan dilayan dengan te mengikut

ii Aubrey Singer, 1992. The Lion and the Dragon, The Story of the First British Embassy to the Court of the Emperor Quianlong [Ch ‘ien-lung] in Peking 1792 —94. London: Barrie & Jenkins, him. 57—102.

12 Sebenarnya, dengan kemunculan dinasti Ch’ing, pentadbiran hubungan iuar China dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu hubungan dengan negeri-negeri sebeiah timur dan seiatan yang di bawah tanggung-

jawab Jabatan Sambutan, Chu K’o Ssu; dan negeri-negeri sebelah barat dan utara yang di bawah jabatan baru, Li Fan Yuan. 13 Contohnya, misi utusan dan Korea ke China dibenarkan sebagai pegawai menemaninya seorang setiausaha, tiga orang jurubahasa, 24 orang penga- wal ufti, 30 orang pegawai rendah yang iayak menerima hadiah danipada maharaja China, dan beberapa pegawai lain yang tidak akan menerima hadiah; untuk Siam, Portugis, dan Sulu, misi utusan masing-masing terdiri

danipada tiga buah kapai yang setiap satunya tidak mengandungi lebih danipada 100 orang pegawai dan pekerja tetapi hanya 20 orang sahaja yang dibenarkan menghadap Maharaja China; untuk Annam, Myanmar dan Laos, saiz misi mereka tidak dibenarkan iebih ramai daripada 100 orang, dan hanya

20 orang sahaja yang akan dibenarkan memasuki Peking dan menghadap Maharaja China.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

adat China.’ 4 Selain itu, Peking juga menetapkan bahan ufti atau hadiah dan negeri-negeri “tributani” mestilah terdiri danipada

hasil pengeluaran atau pembuatan tempatan sahaja. Menurut Ch‘ien-lung hui-tien, jenis barang ufti dan Korea, Annam, Liu-

chin [Ryukyu},Myanmar, dan Laos adalah ditetapkan mengikut amalan lama; manakala ufti dani Siam dan Negen Laut Barat [Portugis] tidak ditetapkan.

Pemenintahan Ch’ing juga secara rasmi mencantumkan hubungan diplomatik dengan urus niaga yang menjadi tumpuan kedatangan misi-misi seberang laut. Walau bagaimanapun, hak

istimewa itu masih diterangkan dalam konteks “limpah kurnia” Maharaja China membalas “ufti” yang dipersembahkan kepada baginda. Setiap misi utusan akan dibenarkan menjalankan urus niaga mereka hanya selepas mereka dibenankan masuk ke China mengikut perjalanan yang ditentukan oleh pihak berkuasa China. Semua urusan jual beli misi utusan adalah dikecualikan daripada segala cukai jual beli dan import-eksport. Pedagang-pedagang dani semua negeri tributari dibenarkan menjalankan kegiatan perdagangan mereka hanya di beberapa tempat yang ditentukan oleh pihak berkuasa China. Contohnya, para pedagang dan “laut

selatan” dibenarkan menjalankan urns niaga mereka di Canton, Kwantung. Mereka juga dikehendaki membayar cukai import- eksport dan dilarang menjual bell barang-barang senjata.

Sebagai rumusan, perkembangan sistem tributari China sejak zaman klasik merupakan satu sistem hubungan luar yang berasaskan konsep kuasa moral dan mandat ketuhanan dinasti pemenintah China mengikut ajaran Konfusius serta fahaman China tentang susunan hierarki sosiopolitik dunia dan peranan China dalamnya. Dilihat dan sudut pandangan China, sistem mi merupakan usaha China untuk mengawal dan menentukan kea- manan serta keharmonian masyanakat antarabangsa dan melalui- nya rnewujudkan kestabilan dan keselamatan China sendiri. Sis- tern mi menekankan kuasa akhlak China berdepan dengan kuasa tenteranya. Jelas bahawa China kadangkala menggunakan kuasa

14 Ch’ien-lung hui-tien, yang diterjemahkan dalam Fairbank dan Teng op. cit., him. 143.

CHINA DAN ASIA TENGGARA

fizikalnya supaya dapat menentukan keberkesanan hubungan tn- butani. Namun, pada keselunuhannya, aspek moral dan diploma- tik merupakan asas sistem tributani China. Aspek ekonomi dan tentera merupakan aspek sampingan dalam konsep tributan ten- sebut.