Perkembangan Politik (i) Myanmar

II. Perkembangan Politik (i) Myanmar

Seperti yang tehah dibincangkan, Myanmar muncul semula seba- gai sebuah empayar yang paling berkuasa di Tanah Besar dengan penubuhan dinasti Konbaung/Ahaungpaya. Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa dan tahun 1752 hingga tahun 1800, Myanmar telah mencapai kemuncak kegemilangan sosiopolitik yang tidak pernah dialami sejak zaman Raja Bayinnaung. Kebi-

jaksanaan Raja Alaungpaya dan putera bagmnda Raja Hsin-pyu- sin dalam bidang ketenteraan mahupun pentadbiran dapat mem- perkukuhkan kuasa dan kedudukan Myanmar dengan berkesan. Empayar Myanmar pada awal abad ke- 19 bukan sahaja meliputi semua wilayah negara Myanmar sekarang tetapi juga dapat menuntut kuasa negeri dipertuan terhadap Manipur dan Assam di India. Seawal tahun 1767, Hsin-pyu-sin berjaya menguasai Yudhya, ibu kota Siam, dan buat sementara waktu, menduduki negeri tersebut. Jelas bahawa keunggulan tentera dan pengaruh politik Myanmar tidak dapat dipertikaikan.

Walaupun begitu, dasar perluasan kuasa Myanmar ke arah barat akhirnya menimbulkan konflik kepentingan politik- ekonomi antara Amarapura dan kerajaan India British. Pada mulanya, pihak British yang kurang yakin terhadap kuasa tente- nanya sanggup mencari jalan menyelesaikan konflik itu secara diphomasi. Beberapa misi dihantar oleh Gabenor Jenerah ke istana Myanmar di Shwebo, Ava dan Amarapura untuk menda- patkan suatu persefahaman dan perjanjian berhubung dengan masalah sempadan dan peluang-peluang ekonomi untuk perda- gangan British. Padri yang terkenal iahah misi Michael Symes ke

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

istana Raja Bodawpaya (1781—1819) pada tahun 1795 dan 1802. Apabila ternyata bahawa pihak berkuasa Myanmar tidak memandang senus terhadap usaha diplomatik tersebut, kerajaan India British yang ingin menentukan kepentingan pohitik- ekonomi mereka berdepan dengan Myanmar terus rnemihih tin- dakan ketenteraan terhadap Myanmar.’ Pada tahun 1824, tujuan kerajaan India British berperang dengan Myanmar ialah untuk

memberi satu pelajaran sosiopohitik kepada para pemirnpin Myanmar yang dianggap sebagai “terlalu angkuh”. Gabenor—Jeneral Amhurst mengesahkan keinginan British terse- but apabiha beliau rnenerangkan keperluan melancarkan mem- buat perang rnenentang Myanrnar pada tahun itu.

no permanent security from the aggression of the Burmese ... can be safely calculated on, until that people shall have been made to feel the consequences of their pro- voking the British Government to depart from the pacific tone of policy it has hitherto pursued. 2

Sebab-sebab utama konflik kepentingan British-Myanmar pada abad ke-19 ialah konflik sempadan dan dasar pohitik- ekonomi Myanmar terhadap kerajaan India British. Masalah

sempadan menjadi rumit apabila pihak British di India sedar bahawa kerajaan Konbaung tidak sanggup melayan kepentingan ekonomi dan perdagangan British di Myanmar dengan baik. Perang Anglo-Myanmar 1824 tercetus sebab dasar agresif Raja Bagyidaw terhadap negeri-negeri India yang bersempadan

1 Tindak balas istana Raja Bodawpaya yang amat mengecewakan kerajaan

India British ialah pendekatan kerajaan Myanmar yang tidak mahu berhu- bung ataupun berbincang dengan kerajaan India British yang dilihat seba- gal kerajaan yang tidak setaraf dengan Myanmar. Sebenarnya, Raja Bodaw- paya mempersoalkan tujuan British terhadap Myanmar dan negeri-negeri India yang di dalam lingkungan politik Myanmar dan dengan itu menolak membuat apajua pun hubungan dengan pihak British. Memang Bodawpaya

juga dipengaruhi oleh kepercayaan baginda terhadap keupayaan tentera

Myanmar yang dianggap dapat mengatasi segala masalah dalam hubungan Myanmar dengan negeri-negen lain. 2 Tarling N., 1992. “The Establishment of the Colonial Regimes” dim. The History of Southeast Asia. Cambridge: The Cambridge University Press, hlm. 36.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

dengan Myanmar, dan secara tidak langsung, rnengancarn kedu- dukan British di kawasan tersebut. Tetapi masalah sempadan itu sebenarnya tehah wujud sejak zaman Raja Bodawpaya (1787—1819) dan sepanjang tempoh itu, pihak British mengam- bil sikap berkompromi dan bersimpati dengan kerajaan Myan- mar. Hanya selepas kernerosotan hubungan ekonomi Myanmar- British pada awal abad ke-19 yang menyebabkan pihak British di India menggunakan kuasa tenteranya untuk menyelesaikan rnasalah dengan Myanmar. Sebenarnya, pendekatan itu akan kita

lihat berulang kembali setiap kahi berlakunya konflik bersenjata antara British dan Myanmar yakni pada tahun 1824—6, 1852,

dan 1885. Dan sudut sosiopohitik Myanmar, abad ke- 19 memperhihat keruntuhan dan kernerosotan kuasa dan daya dinarnis negara itu dari segi kestabilan pohitik, kekukuhan ekonomi dan kegemi- langan kuasa tenteranya. Boleh dikatakan bahawa keruntuhan sosiopohitik dan ekonomi Myanmar yang berhaku secara

perlahan-lahan tetapi sernakin meningkat itu merupakan kesan kehemahan politik yang tersirat daham sistem monarki dinasti

Konbaung sendiri. Ringkasnya, institusi perajaan Myanmar yang amat bergantung pada kebolehan penibadi seseorang raja peme-

rintah gagal menentukan cahon-calon yang berkahiber untuk menaiki takhtanya. Berhubung dengan itu, boleh dikatakan bahawa sejak awal abad ke-19, kecuahi pemerintahan Raja Mm- don (1853—1878), Myanrnar ditadbir oleh raja-raja yang kurang berkebolehan dan tidak peka terhadap perubahan sosiopolitik dan ekonomi di sekitarnya. Contoh yang baik ialah semasa

pemerintahan Raja Pagan Mm dan Raja Thibaw yang masih ber- fikiran bahawa Myanmar berkemampuan dari segi ketenteraan dan ekonomi untuk menanggung beban dasar ketenteraan seba- gai cara untuk menyehesaikan masalah dengan kuasa luar. Selain

itu, kedua-dua raja tersebut kurang berpandangan luas tentang perkembangan impenialis yang pesat berkembang di Asia Teng-

gara, terutamanya persaingan hebat antara British dan Perancis yang sedang membina dan meluaskan kuasa dan pengaruh masing-masing di rantau tersebut. Dengan itu, dasar Raja Thi-

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

baw dan Permaisuri Supayalat yang menggalakkan perluasan pengaruh Perancis di Myanmar pada tahun 1880-an adalah satu langkah yang amat berbahaya kepada keselamatan Myanmar. Jelas bahawa kerajaan India British tidak boleh menerima kea- daan yang Perancis dapat menubuhkan tapak kuasa politik dan ekonominya di dalam kawasan yang dianggap sebagai hing- kungan politik British. Dasar tersebut bersarna dengan pendekat-

an Istana Mandalay yang enggan melayan tuntutan-tuntutan Bri- tish merupakan faktor penting yang membawa kepada kejatuhan dinasti Konbaung pada tahun 1885—6.

Keruntuhan ketenteraan dan ekonomi Myanmar juga ber- laku disebabkan dasar-dasar yang kurang realistik terutarnanya sejak pemerintahan Raja Bodawpaya. Raja tersebut mensia- siakan sumber kekayaan dan kausa dinamis Myanmar dengan dasar perang menguasai Siam hampir sepanjang pemerintahan baginda walaupun telah jelas setehah kempen tahun 1795—6 bahawa Myanmar tidak mampu menguasai negara itu. Bodaw- paya juga menghabiskan kekayaan dan ekonomi Myanmar dengan projek membina sebuah pagoda yang terbesar di dunia. Setelah 12 tahun dan dengan jumlah perbelanjaan besar, barulah baginda meñgakui kegagalan projek Pagoda Mingun tersebut. Boheh dikatakan bahawa pada tahun 1819 apabiha Bodawpaya mangkat, Myanmar telah mula mengalami proses keruntuh- annya. Proses mi hanya dapat diberhentikan buat sementara waktu yakni semasa pemerintahan Raja Mindon tetapi tidak dapat dihapuskan. Dengan itu, Myanmar yang muncul pada per- tengahan kedua abad ke-18 sebagai kuasa terbesar di Tanah Besar yang gemilang pencapaian sosiopolitik dan ketenteraan- nya, kedauhatannya lenyap begitu sahaja pada tahun 1885. Keka- lahan Myanmar di tangan British adahah kesan campuran antara

kelemahan sosiopolitik Myanmar sendiri dan kecanggihan tek- nologi dan tentera British. 3

3 Bacaan lanjut tentang perkembangan Myanmar pada abad ke-19 ialah Maung Htin Aung, A History of Burma, dan The Stricken Peacock: Anglo-

Burmese Relations, 1752—1942. The Hague, 1965; Bennet, P.J., 1971. Con- ference under the Tamerind Tree: Three Essays in Burmese History. New

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

(ii) Siam Seperti Myanmar, Siam muncul daripada kemusnahan di tangan

angkatan tentera Myanmar pada tahun 1767 dengan keyakinan sosiopohitik yang amat mengagumkan. Setelah lebih dan 400

tahun menjadi ibu kota kerajaan Siam, Ayudhya musnah dan Raja Taksin terpaksa memindahkan ibu kota Siam ke Thonburi,

iaitu sebuah kota kecil di kawasan kuala Sungai Chao Phraya. Taksin, pemimpin barn masyarakat Siam setelah kemusnahan

Ayudhya, berasal daripada gohongan orang kebanyakan. Pada tahun-tahun terakhir kerajaan Ayudhya, baginda merupakan seorang pegawai yang berpangkat sederhana sahaja. Tetapi dengan kebohehan dan kebijaksanaan penibadi terutamanya dan segi ketenteraan, Taksin dalam masa yang singkat berjaya menyatupadukan masyarakat Thai yang berpecah belah akibat kejatuhan Ayudhya. Pada tahun 1770, kuasa dan kedudukan Tak- sin sebagai raja pemenintah Siam menjadi kenyataan dan tidak lagi dipertikaikan. Kebolehan Taksin (1767—1782) dan peng- ganti baginda, Rama I (1782—1809) yang dapat mempertahankan Siam daripada serangan demi serangan dan Myanmar menjamin keselamatan dan kedaulatan Siam. Selain itu, dasar agresif Thonburi-Bangkok terhadap negeni-negeri yang dianggap seba- gai negeri di dalam hingkungan pohitik Siam yakni Laos, Kern- boja, negeni-negeni di utara Semenanjung Tanah Melayu dan negeri-negeri Shan, juga dapat mempertingkatkan maruah dan kuasa Siam. Pada tahun 1820-an, Siam telah menggantikan Myanmar sebagai sebuah kuasa terbesar di Tanah Besar. Rama

I, pengasas dinasti Chakri, dan pengganti baginda terutamanya Raja Rama III (1824—1851) berjaya membangunkan semula bukan sahaja ketenteraman dan kemakmuran sosioekonomi serta kestabilan pohitik dalaman Siam mahupun kedudukan Siam sebagai negara paling berkuasa di rantau Asia Tenggara pada saat-saat kuasa dan pengaruh penjajah Barat semakin mencabar kedaulatan kerajaan tempatan di rantau tersebut.

Haven: Yale University Press; Michael Aung Thwin, 1985. Pagan: The On- gins of Modern Burma: Honolulu. University of Hawaii Press dan Konig, W.J., 1970. The Burmese Polity 1752—1819. University of Michigan.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

Kejatuhan Ayudhya pada tahun 1767 sebenarnya merupa- kan titik tolak zaman barn dalam sejarah sosiopohitik Siam. Walaupun sistem pentadbiran dan sosiobudaya masyarakat Thai masih mengekalkan struktur asasnya, namun terdapat banyak perubahan khasnya terhadap konsepsi dan faharnan masyarakat terhadap nilai sosiobudaya dan politiknya. Contoh yang baik bagi menunjukkan perbezaan antara masyarakat sebelum dan selepas kejatuhan Ayudhya ialah institusi perajaan dan falsafah politik “baru” yang dikemukakan Taksin dan diperluaskan oleh Rama I dan raja-raja dinasti Chakri. Pendeknya, falsafah pohitik itu menakankan pentingnya konsep raja mengikut ajaran agama Buddha Theravada dan rnenolak sama sekali konsep raja menu- rut ajaran agama Hindu-Buddhisme yang diamalkan oleh masya- rakat Ayudhya. Ertinya, hak seseorang raja pemerintah tidak lagi berasaskan hak kelahirannya (Hindu) tetap berasaskan kuasa akhlak dan kebolehan peribadi (Buddha Theravada). Secara praktiknya, seseorang calon bagi menaiki takhta Siam tidak

semestinya berasal danpada dinasti yang pernah memerintah Siam tetapi terpaksa mernaparkan bun-barami (kuasa akhlak)

serta kebolehan peribadi yang agak luar biasa. Sebaliknya, raja pemerintah berhak memerintah hanya selagi baginda masih rnernpunyai secukup bun-barami; sekiranya terdapat pemimpin lain yang mempunyai kuasa akhlak yang lebih daripada raja pemerintah, pemimpin itu berhak menggantikan baginda dan menaiki takhta secara sah mengikut ajaran agama Buddha The-

ravada. Hakikat bahawa hak memerintah adalah bersyarat mi

menjadi perajaan Thai zaman Thonburi-Bangkok sebagai satu institusi yang sentiasa berdaya dinamis dan peka terhadap sua-

sana sosiopolitik di sekitar Siam. Berbeza daripada perkembangan institusi perajaan di Myan- mar yang semakin konservatif dan ‘melihat ke dalam’ raja dinasti Chakri sepanjang abad ke-19 menunjukkan pendekatan yang amat insaf terhadap kedudukan sosiopohitik bagmnda dan masing-masing bersungguh-sungguh berusaha mempertahankan bukan sahaja kedaulatan bahkan kemakmuran dan kedamaian Siam dalam suasana sosiopolitik yang pesat berubah di Asia

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Tenggara. Contoh kebijaksanaan raja pemenintah Siam ialah dasar yang dilaksanakan oleh Rama III terhadap British dan Vietnam. Rama III sedar yang Siam tidak mempunyai kemam- puan tentera untuk berperang dengan British. Dengan itu, Bang- kok menjalankan dasar bersahabat dan muhibah dengan kerajaan British di Pulau Pinang dan di India British, walaupun Bangkok menghadapi banyak masalah terhadap negeri-negeni Melayu di bawah lingkungan pohitiknya yang rnelibatkan kerajaan penjajah British di Pulau Pinang. Dasar itu membawa keuntungan besar apabila Bangkok dan kerajaan British di India menandatangani satu perjanjian pada tahun 1824. Perjanjian Burney tahun 1824 itu mengiktiraf kedudukan Siam yang setaraf dengan British dan menyelesaikan konflik kepentingan Siam-British di Tanah Mela- yu.

Pada masa yang sama, Siam menjalankan dasar yang bersi- fat agresif terhadap Vietnam yang dianggap sebagai kuasa ‘yang mengancam keselamatan Siam dan sebelah timur. Rama III membuat keputusan menggunakan kuasa tentera Siam untuk rnenyelesaikan persaingan sosiopolitik Siam-Vietnam di Laos dan Kemboja dan rela berperang dengan Vietnam selama 15 tahun yakni dan tahun 1833—1848 atas keinginan baginda menentukan kedudukan negeri dipertuan Siam ke atas Kemboja serta keselamatan agama Buddha Theravada daripada ancaman budaya Konfusius yang diperkenalkan di Kemboja oleh pihak berkuasa Vietnam. Pada tahun 1848, Rama III berjaya memulih- kan kuasa dan pengaruh Siam di Kemboja. Tanpa syak lagi, Siam muncul sebagai kuasa yang paling besar dan berkuasa di rantau Asia Tenggara semasa kemangkatan Rama III. Tiada kuasa tempatan lain yang berupaya mencabar kekuatan tentera dan ekonomi Siam. Seperti yang diperkatakan Rama III sendiri,

Pada masa akan datang tiada lagi ancaman dan Vietnam ataupun Myanmar. Walau bagaimanapun, terdapat ancaman besar dari barat. Dengan itu, selalu berhati-hati apabila eng- kau terpaksa menjalankan urusan dengan mereka. Apa dan corak kehidupan mereka yang baik dan mengena dengan

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL keperluan kita, patut kita menerimanya walaupun bukan

tanpa was-was. 4

Pada pertengahan abad ke- 19, Siam menghadapi ancaman kuasa penjajah Barat dengan kedudukan sosiopolitik dan ekonomi yang kukuh. Lebih tepat adalah hakikat yang para pemimpin Siam pada masa itu merupakan golongan yang amat insaf dan yakin terhadap kebolehan dan kelemahan Siam berdepan dengan kuasa Barat. Mereka juga mengarnbil pendekatan yang reahistik dan sedia menerima perubahan sosioekonomi yang akan berlaku akibat termeterainya Perjanjian Bowning pada tahun 1855 antara Siam dan British. Sesungguhnya, Perjanjian Bowring merupakan bukti yang jelas kesanggupan Siam menerima syarat-syarat yang merendahkan kedudukan Siam di gelanggang politik antara- bangsa atas kefahaman yang Siam tidak mempunyai keupayaan tentera dan teknologi untuk menentang kuasa Barat. Bagi menyelamatkan kedaulatan Siam, Rama IV (1851—1868) dan para penyokong baginda terpaksa menenima kedudukan Siam sebagai negara kelas kedua di dalam masyarakat antarabangsa. Dengan itu, Siam dapat mengelakkan serangan pertama kuasa Barat terhadap kedaulatannya.5

(iii) Vietnam

Putera Nguyen Anh, kemudiannya menjadi Maharaja Gia Long (1802—1819), berjaya menumbangkan kerajaan Tayson di selu- ruh Vietnam pada tahun 1802. Buat kali pertama sejak abad ke-17 Vietnam dapat disatukan di bawah kuasa pemerintahan dinasti Nguyen. Walaupun masih wujud unsur-unsur menentang kuasa dinasti Nguyen tetapi ia tidak benupaya mencabar kuasa

4 Chao Phraya Thiphakorawong, 1964. Phraraja Phongsawadan Krung Rat- tanakosin, Pemenintahan III. Bangkok: Kurusabha, bil. 2, hlm. 188. 5 Buku-buku yang membincangkan perkembangan sosiopolitik Siam pada abad ke-19 termasuklah Wyatt, D.K., 1986. Thailand, A Short History. New Haven: Yale University Press; Vella W.F., 1957. Siam Under Rama III, 1824—51. New York; the Association for Asian Studies; Kobkua Suwannathat-Pian, 1988. Thai-Malay Traditional Relation. Kuala Lumpur: OUP, dan Wilson, C.M., 1970. “State and Society in the Reign of Mong- kut 1851—1868: Thailand on the Eve of Modemisation”. Tesis Kedoktoran, Cornell University.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

dan kedudukan kerajaan pusat di Hue. Umumnya, sepenti Siam di bawah dinasti Chakri dan Myanmar di bawah dinasti Kon- baung, Vietnam juga muncul daripada keadaan huru-hara sosio- politiknya dengan kuasa dan keupayaan yang mengagumkan. Selain menyatupadukan Vietnam, Gia Long dan pengganti baginda, Minh Mang (1819—1848), menjalankan dasar perluasan kuasa dan pengaruh Vietnam ke atas Laos dan Kemboja yang berkesan sehingga tahun 1848. Di bawah teraju dinasti Nguyen itu, Hue dianggap sebagai kuasa besar di Tanah Besar.

Sejak pemenntahan Maharaja Gia Long, para pemimpin Vietnam berpegang kuat pada sistem sosiopolitik tradisional yang berasaskan ajaran Konfusius. Walaupun Gia Long sendiri bersikap liberal dan bersahabat dengan orang Barat terutamanya dengan golongan mubaligh Perancis, namun sejak baginda menaiki takhta, Gia Long menjauhkan diri danipada hubungan rapat dengan orang Barat dan memperketatkan cara hidup tradi- sional Vietnam. Putera baginda, Maharaja Minh Mang, adalah terkenal sebagai pemerintah yang bersikap konservatif dan kurang berkompromi dengan masyarakat lain yang tidak menga- kui cara hidup Konfusius. Dengan itu, tidak hairanlah melihat sikap tidak berkompromi Vietnam terhadap negara Barat dan dasar-dasar keras Minh Mang menentang golongan mubaligh di seluruh Vietnam. Contohnya, pada tahun 1822, Minh Mang menolak permintaan John Crawfurd, utusan British ke Istana Hue, untuk menghadap dan mempersembahkan surat daripada Gabenor-Jeneral kerajaan India British atas sebab John Crawfurd bukanlah utusan daripada seorang raja pemenntah dan dengan itu tidak layak menghadap Maharaja Minh Mang. Manakala dasar keras terhadap golongan mubaligh Katolik menyebabkan campur tangan kuasa Barat seperti Amerika Syanikat pada tahun

1845 untuk menyelarnatkan golongan tersebut daripada kekejam- an kerajaan Hue. Salah satu kesan negatif danipada dasar keras

menentang aktiviti golongan mubaligh itu ialah ia membeni pelu- ang keemasan kepada Perancis untuk campur tangan dalam hal- hal Vietnam bagi mehindungi masyarakat Kristian di negara ter-

sebut. Misalnya, sebagai tindak balas pembunuhan seorang bis- hop Sepanyol yang diarahkan oleh Maharaja Tu-Duc (1848—83),

TAMATNYA ERA 1-IUBUNGAN TRADISIONAL

Perancis dan Sepanyol menghantar kapal perang mereka menye- rang dan menduduki Danang pada tahun 1858. Benikutan dan- pada serangan itu, Perancis dapat menguasai kawasan selatan

Vietnam yakni Kocinchina, sebagai tapak kerajaan penjajah. Jika disemak dengan teliti jelas bahawa kedudukan sosiopo- litik raja-raja pemerintah dinasti Nguyen tidak begitu kukuh seperti kedudukan raja-raja dinasti Chakni di Siam. Pertama, Vietnam yang mengalami keadaan sosiopolitik yang berpecah belah sekian lama sebelum tahun 1802 merupakan sebuah masyarakat yang belum puhih sepertinya daripada pengalaman yang arnat pahit itu. Di wilayah utara, kuasa dan kesahan dinasti Nguyen rnasih dipersoalkan, manakala persaingan penibadi antara raja pemerintah dan para pembesar di ibu kota dan pem- besar di wilayah selatan juga menyebabkan tercetusnya gerakan pemberontakan menentang kuasa kerajaan pusat semasa peme- rintahan Maharaja Minh Mang. Keadaan sosiopolitik yang kurang stabil itu telah melemahkan autoriti kerajaan pusat. Ia

juga memperbesarkan isu-isu musuh dalaman sehingga kerajaan pusat nampaknya terlalu asyik kepada masalah-masalah subver- sif dalam negeri dan dengan itu kurang sedan terhadap ancaman dan luar yang sebenarnya lebih mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Kedua, sikap konservatif dan berpegang kuat kepada sistem sosiopolitik Konfusius di kalangan pemimpin pusat terutamanya raja pernerintah menjadikan Vietnam sebagai sebuah negara yang mengambil pendekatan menentang Barat dan tidak boleh berkomprorni. Contohnya, Hue gagal memeli- hara dan mengeratkan persahabatan dengan British, sebuah negara penjajah yang tidak mempunyai tujuan negatif terhadap Vietnam walaupun kerajaan India British telah banyak kali menghantar misi untuk menjalin hubungan erat dengan Hue. Dengan itu, Hue tidak mempunyai sahabat yang berkuasa untuk menolongnya dalam usaha mempertahankan dirinya daripada dasar penjajahan Perancis. Akhinnya, dinasti Nguyen tidak ben-

jaya menanam perasaan taat setia di kalangan rakyatnya yang amat bangga terhadap warisan sosiobudaya dan sejarah bangsa Vietnam. Dasar kerajaan pusat yang selalu tunduk kepada tuntut- an kuasa Perancis sejak tahun 1858 memburukkan hubungan

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

antara raja dan rakyat Vietnam. Bagi golongan nakyat yang eng- gan meneiima dasar tunduk kepala kepada Perancis itu, dasar tersebut merupakan sesuatu yang menghina maruah kebangsaan. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Vietnam untuk berjuang mempertahankan kedaulatan dan kesucian tanah airnya walau- pun tidak mendapat sokongan ataupun kebenaran danipada raja pemerintahnya. 6 Dalam hubungan antara raja dan rakyat, dinasti Nguyen dilihat oleh para pejuang kebangsaan Vietnam yang ber- pengaruh di utara dan Annam sebagai dinasti yang kurang tenya

dan tidak patut hagi dipatuhi. Jadi kuasa dan kedudukan dinasti Nguyen di kalangan rakyatnya sejak tahun 1858 semakin menu-

run; dengan itu, ia tidak berkeupayaan mempertahankan Viet- nam berdepan dengan kuasa Barat yakni Perancis.

(iv) Tanah Melayu

Sejak abad ke-18 boleh dikatakan bahawa tiada pusat kuasa yang menonjol dan memain peranan “kerajaan pusat” seperti Kesultanan Melayu Melaka atau kerajaan Johor-Riau pada abad ke- 17. Sebagai gantinya, terdapat beberapa pusat sosiopolitik yang penting yakni Terengganu, Perak, Kedah dan Riau-Lingga. Walaupun begitu, jelas bahawa secara berasingan negeri-negeni itu tidak berkeupayaan menentang ancaman dan kuasa yang lebih besar yang berhampiran dengan mereka. Misalnya, Tereng- ganu yang dapat membina pusat paling berkuasa di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu semasa pemerintahan Sultan Man- sur Syah (1741—1793) mesti menerima tuntutan Siam sebagai negeri dipertuan setelah Siam dapat memperkukuhkan kuasanya di bawah dinasti Chakri dan menubuhkan ibu kota barunya di Bangkok. Begitu juga dengan Kedah dan Perak yang terpaksa menerima taraf negeri di dalam lingkungan politik Siam pada awal abad ke-19. Hanya Selangor dan campur tangan kerajaan Syarikat India Timur Inggeris di Pulau Pinang dapat mengehad- kan perluasan kuasa Siam ke negeri-negeri Melayu di utara

sahaja.

6 Troung Buu Lain, 1967. Patterns of Vietnamese Responses to Foreign Intervention. New Haven: Yale University Press, him. 11.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

Sebenarnya, gambaran sosiopolitik negeri-negeri di Tanah Melayu pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 melambang-

kan keadaan sosiopolitik yang selalu wujud sepanjang sejarah Tanah Melayu yakni tanpa pusat kuasa tempatan yang berkesan, negeri-negeri Melayu akan menjadi sasaran perluasan kuasa negara lain yang berdekatan dengannya. Contohnya, pada awal abad ke- 17, apabila kuasa kerajaan Melaka-Johor tidak begitu kuat dan berkesan, Aceh mengambil kesempatan menyerang dan menguasai beberapa negeri di Semenanjung Tanah Melayu ter- rnasuk Johor, Perak dan Kedah. Siam merupakan sebuah lagi negeri jiran yang sentiasa melihat Tanah Melayu sebagai wilayah dalam lingkungan pohitiknya. Sejak sebelum penubuhan Kesul-

tanan Melayu Melaka lagi, Siam telah membuat tuntutan seba- gat negeri dipertuan kepada beberapa buah negeri di Semenan-

jung Tanah Melayu termasuk Singapura. Selain Siam, Myanmar di bawah dinasti Konbaung juga menunjukkan keinginan untuk menubuhkan lingkungan pengaruhnya ke Tanah Melayu. Sehu- bungan dengan itu, tidak hairanlah Tanah Melayu pada abad kesembilan merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan beberapa kuasa yang ingin menguasai kekayaan semula jadi dan kedudukannya yang strategik.

Pada abad ke-19, dua buah kuasa yang mampu meluaskan pengaruh ke Tanah Melayu ialah British dan Siam. Syarikat Hin- dia Timur British memerlukan tapak perdagangannya antara India dan China supaya dapat menjamin perjalanan perdagangan antara India dan China. Siam ingin menentukan kuasa politiknya ke atas beberapa buah negeri Melayu yang bersempadan dengan- nya yakni Pattani, Kedah, dan Kelantan, supaya keselamatan sebelah selatan terjamin. Di Tanah Melayu pada masa itu juga mengalami keadaan sosiopolitik yang tidak stabil disebabkan persaingan hebat di kalangan pembesar menentang kuasa raja pemerintah secara terbuka atau secara sulit. Contoh yang baik ialah kaedah yang mengalami persaingan antana dua calon untuk menaiki tahkta kerajaan negeri itu. Tunku Pangeran, calon yang gagal mendapatkan sokongan daripada para pembesar Kedah, merayu kepada Rama I supaya raja Siam itu menggunakan kuasa tentera Siam menjadikan baginda sebagai raja pemenintah

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Kedah. Sebagai balasannya, Tunku Pangeran sanggup menenima taraf Kedah menjadi negeri naungan Siam. Pada tahun 1804, Tunku Pangeran dengan pertolongan tentera Siam berjaya menaiki takhta Kedah dan memerintah negeri itu dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Jelas yang persaingan poli- tik dalam sesebuah negeri Melayu adalah sebab asas campur tangan kuasa luar.

Ringkasnya, perkembangan sosiopohitik di Tanah Melayu pada abad ke-19 tidak memberi peluang kepada kerajaan tempat- an menyediakan diri supaya dapat menghadapi ancaman besar dan lebih berbahaya danipada kuasa penjajah Barat. Sesungguh- nya, beberapa pemimpin tempatan melihat kedatangan dan penu- buhan kerajaan British di Pulau Pinang sebagai satu alternatif kepada ancaman tradisional dari dalam seperti Selangor ataupun luar seperti Siam, Aceh dan Belanda. Contohnya, Sultan Kelan- tan pernah menulis surat kepada pegawai British di Pulau Pinang menawarkan negeninya sebagai negeri naungan British dengan syarat baginda dibenarkan menerima separuh danipada kutipan cukai negeri tersebut. Sultan Kedah juga rela menyewakan Pulau Pinang dan kemudiannya Seberang Perai kepada Syarikat Hindia Timur Inggenis dengan harapan bahawa pihak Syanikat akan membeni pertohongan kepada baginda dalam konflik dengan

Siam. Persaingan merebut takhta di negeni Perak akhirnya mem- bawa campur tangan pihak British dan penubuhan sistem Resi- den di negeni itu. Ringkasnya, kelemahan raja pemerintah berde- pan dengan para pembesarnya dan keadaan sosiopolitik tempatan yang tidak stabil merupakan faktor utama Tanah

Melayu tidak mampu mempertahankan kedaulatan negeri masing-masing. 7

7 Beberapa bahan bacaan yang sesuai termasuklah Andaya B.W., dan Andaya L.Y., 1982.

A History of Malaysia. London dan Basingstroke: Macmillan; Emily Sadka, 1968. The Protected Malay States 1874—i895. Kuaia Lum- pur; Roff, W.R., 1967. The Origins of Malay Nationalism. New Haven dan Kuala Lumpur; Khoo Kay Kim, 1970. The Western Malay States 1850—1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics. Kuala Lumpur: OUP; Milner, A.C., 1982. Kerajaan: Malay Political Cul- ture on the Eve of Colonial Rule. Thcson: University of Arizona Press.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL