Penilaian Hubungan Tradisional

III. Penilaian Hubungan Tradisional

Tidak dapat dinafikan bahawa abad ke-19 merupakan zaman kegelapan sosiopolitik, ekonomi, dan budaya para penduduk

tempatan, elit ataupun orang kebanyakan, yang tidak pernah di- alami oleh masyarakat Asia Tenggara sejak zaman lampau. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang patut dibincang tentang per- ubahan yang mendalarn disebabkan zaman kegelapan tersebut. Contohnya, aspek-aspek tentang sebab kemunculan pemerintah penjajah, peranan dan sumbangan meneka yang sebenar kepada perkembangan masyarakat tempatan, dan ketidakupayaan kera-

jaan tempatan mempertahankan kewibawaan dan kedaulatan- nya. 8 Sungguhpun begitu, aspek-aspek itu akan diketepikan dan tumpuan utama di sini ialah hubungan tradisional di kalangan negeri tempatan sendiri pada saat-saat terakhir kegemilangan Asia Tenggara sebelum ia dihapuskan oleh kuasa Barat yang rnempunyai kecanggihan ketenteraan dan teknologi terutamanya setelah Revolusi Perindustrian di Eropah. Penelitian hubungan serantau tersebut adalah perlu untuk memahami keadaan sosio- politik sebenar masyarakat tempatan. Ia juga akan memaparkan bagaimana Asia Tenggara yang masih berdaya dinamis dan ber- kebolehan dan segi politik dan ekonomi gagal mempertahankan dininya apabila berdepan dengan ancaman barn dan Barat.

Dan aspek sejarah, boleh dikatakan bahawa umumnya, negeri-negeri maritim dan di Tanah Besar mempunyai perkem- bangan yang agak berbeza lebih dan segi peringkat penghibatan dengan kuasa Barat daripada aspek substance dasar mereka ter- hadap kuasa tersebut. Ringkasnya, sejak abad ke-17, golongan elit tempatan, pada asasnya, sanggup berdagangan dengan kuasa Barat atau ejen-ejen mereka atas sebab keperluan senjata moden dan pendapatan golongan ehit untuk kehidupan mewah mereka.

8 Contoh baik perbincangan seperti itu dapat dilihat danipada Milton Osbor- ne, 1985. Southeast Asia, An Illustrated Introductory History. Sydney: George Allen & Unwin; Bastin J., dan Benda HJ., 1967. A History of Modern Southeast Asia. New York: Eaglewood Cliffs; Benda, H.J., 1962.

“The Structure of Southeast Asian History: Some Preliminary Observa- tion” dlm. Journal of Asian Studies, XXII: 1, November.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Contohnya, para pedagang Portugis dan kemudiannya Inggenis adalah popular di kalangan negeni Tanah Besar sebab mereka

sanggup menjual senjata kepada kerajaan tempatan, manakala VOC menghalang penjualan itu di kalangan negeri-negeni marl-

tim, yakni kawasan tumpuan ekonomi Belanda, tanpa persetu- juan Belanda terlebih dahulu. Selain itu, penkembangan politik

tradisional Asia Tenggara pada masa itu yang menggalakkan per- saingan hebat antara pusat kuasa dan wilayah-wilayahnya, yakni persaingan centre-periphery; atau persaingan antara raja peme- rintah dan golongan bangsawan/pembesarnya, membawa ke- adaan sosiopolitik yang amat subversif kepada keselamatan dan kedaulatan masyarakat tempatan sendiri. 9 Persaingan itu bererti bahawa golongan elit tempatan, tidak kira raja pemerintah atau para pembesar, memenlukan bantuan ketenteraan dan ekonomi dani pihak luar, iaitu dan pusat kuasa serantau yang lain atau para ejen kuasa Barat seperti VOC atau SHTI, atau golongan pendakwah seperti Portugis, Sepanyol, Bugis, Minangkabau, Orang Laut, Inggeris dan Jepun. Penistiwa-peristiwayang berkait- an dengan tindakan kuasa luar pada abad ke-17 dan awal abad ke- 18, telah menunjukkan betapa berbahayanya “bantuan” para ejen Barat dan golongan pendakwah itu. Misalnya, tindakan

VOC di kepulauan Sulawesi dan Jawa; pana pendakwah Portu- gis di Tenasserim; pendakwah Jepun di Ayudhya; SHTI di Pulau Pianng dan Seberang Prai; dan lain-lain. Pergantungan para elit tempatan pada bantuan luar dalam usaha mereka mengatasi cabar- an dan persaingan sosiopolitik dalam negeni secara penlahan- lahan tetapi selalu meningkat dan meluas, merupakan faktor pen- ting yang menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan masyarakat tradisional Asia Tenggara. Hakikat yang Siam, sejak akhir abad

ke-18, tidak melibatkan dii dalam proses pergantungan pada bantuan luar untuk mengemaskan hal dalam negerinya merupa- kan suatu perkembangan yang penting. Bangkok mengekalkan kekuatan sosiopolitik berdepan dengan cabaran dan ancaman

kuasa Barat kerana tiada unsur-unsur subversif dalaman yang boleh melemahkan kedudukan dan kuasa institusi politik dan

9 Lihat penjelasan dalain Bab 2 dan Bab 4.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

ekonominya. Gambaran mi amat berbeza dengan perkembangan

di Nusantara yang nampaknya sanggup meluaskan penglibatan kuasa luar dalam hal ehwal negeri masing-masing. Contoh yang

baik ialah Johor-Riau, Perak, Mataram, Sulawesi, dan Banten pada abad ke-18. Ternyata bahawa kelemahan dan kekacauan politik dalaman memberi peluang keemasan kepada kuasa luar untuk akhinnya menguasai kerajaan tempatan tersebut.

Walaupun begitu, pada awal abad ke-19, ancaman kuasa Barat tidak begitu menakutkan. Sememangnyalah kuasa Barat seperti VOC mempunyai senjata yang lebih baik danipada pihak berkuasa tempatan, namun, kekuatan itu dapat diperseimbangkan dengan kekuatan kerajaan tempatan yang mempunyai angkatan tentera yang lebih ramai dan lebih benpengalaman dalam logis- tik perang tempatan. Misalnya, kejayaan tentera VOC di Jawa pada abad ke-18 adalah amat bergantung pada pertolongan ten- tera tempatan terutamanya Mataram dan Madura. Sebenarnya, sehingga pertengahan abad ke-19, kuasa tentera Barat tidak begitu berkesan di kawasan pedalaman Asia Tenggara yang mernerlukan kuasa tentera darat yang besar untuk menguasainya. Oleh itu, pihak Barat hanya mampu menguasai kawasan- kawasan pantai dan persekitarannya yang dapat dilindungi oleh kuasa lautnya. Gambaran mi berubah secara dramatik setelah kejayaan Revolusi Perindustnian yang bermula pada awal abad ke- 19. Gambaran mi berubah secara dramatik setelah kejayaan Revolusi Perindustrian yang bermula pada awal abad ke-19. Pada pertengahan abad tersebut, Eropah, khasnya England, dapat menguasai teknologi baru dalam pelbagai aspek iaitu jentera, telekomunikasi, kapal wap, kereta api, senjata dan senapang yang mampu menembak cepat, tepat dan banyak kali, yang mernbolehkan mereka meluaskan kuasa ekonomi, tentera dan politik di seluruh dunia. Dari segi kebolehan tenteranya, mereka mampu menguasai kelemahannya dengan teknologi tentera barn.’ 0 Tiada lagi kawasan pedalaman di Asia Tenggara yang

10 Untuk memahami betapa besamya perubahan yang dapat dicapai oleh Revolusi Perindustrian lihat Kennedy, P., 1989. The Rise and Fall of the Great Powers. London: Fontana, hlm. 184—203.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

dapat menyelamatkan diri daripada tentera Barat pada pertengah- an kedua abad ke-19.

Dapat dirumuskan bahawa pada awal abad ke-19, tidak wujud perbezaan kuasa fizikal yang tidak dapat diatasi antara kuasa Barat di Asia Tenggara dan kuasa-kuasa besar tempatan. Oleh itu, contohnya, Perang Anglo-Myanmar Pertama 1824—6 merupakan ujian kuasa tentera darat Myanmar dan kuasa tentera laut British di India sahaja. Walaupun kerajaan Myanmar mengalami kekalahan, namun ia tidak dilihat oleh para pemim- pin Myanmar sebagai sesuatu yang kekal tetapi hanya suatu kebu- rukan sementara sahaja. Mungkin pada masa lain Myanmar akan dapat menewaskan tentera British. Hakikat kerajaan British di India juga sanggup menerima Perjanjian Yandabo itu dan, kemu-

diannya, terpaksa menanggung pendekatan permusuhan istana Myanmar yang tidak menunaikan syarat-syarat perjanjian terse- but, mengesahkan ketiadaan kuasa tentera mutlak British berde- pan dengan kerajaan Myanmar. Oleh itu, tidak hairanlah apabila tumpuan utama golongan elit Asia Tenggara masih diberikan kepada hal-hal serantau yang tidak kena-mengena dengan per- luasan kuasa Barat.

Seperti yang telah dibincang dalam Bab 5, pada sekitar tahun 1810, terdapat tiga pusat kuasa besar di Tanah Besar iaitu Myanmar, Siam dan Vietnam. Walaupun Myanmar berusaha untuk memperluasakan mandala tradisionalnya ke atas Siam, tetapi pada akhir dekad pertama, boleh dikatakan bahawa tujuan itu sudah reda dan Myanmar pun cuba menjalin hubungan diplo- matik yang balk dengan Bangkok, yakni menerima Siam seba- gal kuasa yang setaraf dengan empayar dinasti Konbaung. Di kalangan tiga pusat kuasa itu, perkembangan hubungan diploma- tik dan persahabatan antara Bangkok dan Hue adalah amat menanik dan kemungkinan dapat ditunjukkan sebagai teladan hubungan tradisional antara kuasa besar di rantau mi. Sepanjang pertengahan pertama abad itu, hubungan antara Siam dan Viet- nam benkembang dan mengalami segala peringkat hubungan tra- disional kuasa besar Asia Tenggara yakni hubungan tributani atau hubungan tinggi-rendah, hubungan setanaf yang bersahabat dan muhibah, hubungan setaraf yang bersaing hebat antara satu

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

dengan yang lain, perang, dan akhirnya berbalik semula kepada hubungan setaraf yang muhibah.

Sebenarnya, konsep inandala dan hubungan tributani Asia Tenggara, walaupun wujud penbezaan darl segi aspek-aspek tern-

patannya, adalah sejagat dan aspek prinsip pokoknya iaitu terda- pat ketidaksamaan taraf antara masyarakat di rantau tersebut; oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab negeri kecil dan ‘rendah’ menunjukkan hormat dan kepatuhan yang sepatut- nya kepada negara yang besar dan berkuasa yang berhampiran dengannya.’ 1 Sebahiknya, negara yang besan dan ‘tinggi’ dari

segi fizikal dan akhlak, patut menunjukkan generositi dan tang- gungjawabnya terhadap kebaikan dan keselamatan negeri-negeri

kecil di dalam lingkungan politiknya. Dalam struktur sosiopoli- tiknya, Siam dan Vietnam patut menjadi “musuh” tradisional kerana kedua-dua negara itu mempunyai mandala yang bertindih

yakni Indocina-Laos dan Kemboja. Perkembangan sejarah Viet- nam di bawah keluarga Nguyen yang memerintah kawasan sela- tan Vietnam lebih kurang dan Hue sejak abad ke-17 menunjuk- kan kehebatan dasar perluasan kuasa Hue ke arah selatan Semenanjung Indocina yang di bawah kuasa kenajaan Campa dan Kemboja. Kejayaan Vietnam ke atas kedua-dua kawasan tersebut menjadikan Hue pesaing sosiopolitik Ayudhya dan kemudiannya Bangkok. Namun, hubungan antara Siam dan Hue adalah amat berbeza danipada hubungan Siam-Myanmar yang

juga dianggap sebagai hubungan antara dna musuh tradisional. Sehingga tahun 1833, tentera Siam dan Vietnam tidak pernah berperang secara rasmi malahan tidak pernah wujud keadaan angkatan tentera kedua-dua kuasa tersebut saling menyerang wilayah-wilayah kerajaan yang lain. Manakala Siam dan Myan- mar selalu berperang sejak abad ke- 16, Siam dan Vietnam hanya berperang sekahi sahaja iaitu pada tahun 1833—1848 di Kemboja.

11 Contoh perbezaan dan aspek sistem tributani dapat dilihat dalam Andaya,

B.W., 1986. “The Making of a Tributary State: Siam and Terengganu in the Eighteenth Century” dim. Renad RD., (peny.) Anusorn Walter Vella. Walter F. Vella Fund, Payap University, Chiengmai, Southeast Asian

Papers, Center for Asian and Pacific Studies, University of Hawaii at Manoa, Honolulu.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Secara rasmi Siam tidak pernah menyerang Vietnam dan Vietnam juga tidak pernah menyerang Siam sepanjang zaman tradisional.

Persaingan kuasa dan pengaruh mereka dihadkan kepada tindakan politik masing-masing ke atas Laos dan Kemboja dan bantuan ketenteraan yang diberikan kepada golongan elit Laos atau Kern-

boja yang menyokong mereka. Oleh itu, para kerabat diraja Ngu- yen dapat melarikan diri ke Siam semasa berlaku pemberontakan Tayson untuk mendapatkan bukan sahaja perlindungan politik Thonburi-Bangkok tetapi juga bantuan ketenteraan untuk berju-

ang mendapatkan semula takhta Vietnam. Adalah sukar memikir- kan para pemimpin Burma akan berbuat seperti Nguyen Anh semasa menghadapi kekecohan politik di negara mereka.

Sepanjang perjuangannya antara tahun 1783—1802 mene- waskan kerajaan Tayson, Nguyen Anh mengakui kedudukan lebih rendahnya kepada Rama I yang banyak kali menolong baginda dengan membekalkan senjata, makanan dan tentera. Sepanjang tempoh tersebut, Rama I memain peranan sebagai yang Dipertuan yang bertanggungjawab dan Nguyen Anh pun memainkan peranan sebagai vassal yang taat kepada Yang Dipertuannya.’ 2 Sebaik sahaja baginda dapat menguasai kera-

jaan Tayson, Nguyen Anh mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Gia Long dan menghentikan penghantaran bunga emas ke Bangkok. Rama I menerima hakikat itu dan kedua-dua peme- nintah tersebut dapat menjahin hubungan diplomatik yang ber- makna antara Hue dan Bangkok. Misi utusan diplomatik kedua- dua pihak sering dihantan untuk mengeratkan hubungan, atau melicinkan keadaan pohitik yang tegang akibat dasar Hue atau Bangkok terhadap Laos atau Kemboja. Boleh dikatakan bahawa zaman hubungan setaraf Hue-Bangkok yang kekal hingga tahun

1833, merupakan zaman yang memaparkan aspek positif hu-

12 Sepanjang tempoh itu, Nguyen Anh menghantar ufti bunga emas dan perak sebanyak enam kali ke Bangkok. Chao Phraya Thiphakorawong,

1962. Phraraja Phongsawadan Krung Rattanakosin, versi Perpustakaan Negara, Penzerintahan Rama I dan Rama II. Bangkok: Khlang-witthaya.

Untuk penjelasan lanjut tentang hubungan Siam-Vietnam lihat Vella, W.F., 1957. Siam under Rama III, 1824—1851. New York: Monografi Associa-

tion for Asian Studies.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

bungan tradisional antara kuasa besar. Persaingan pengaruh dan kedudukan Siam dan Vietnam dapat diselesaikan secana berkom- promi yang pada awalnya berasaskan hubungan peribadi yang baik antara Gia Long dan Rama I. Bangkok dan Hue bersetuju Laos dan Kemboja patut menghantar ufti kepada kedua-dua suzerain iaitu Siam dan Vietnam secara serentak, manakala masalah-masalah yang timbul danipada konflik kepentingan Viet- nam dan Siam di Indochina dapat diselesaikan secara perun- dingan antana para pemimpin mereka melalui pertukaran misi utusan diplomatiknya. Walaupun berlaku beberapa konflik di peringkat wakil dan pegawai senior mereka, tetapi ketegangan itu dapat diatasi secara aman sehingga tahun 1833.’~

Pada tahun 1833, perang Siam-Vietnam tercetus kerana beberapa sebab termasuk peningkatan persaingan mereka di Indochina iaitu kesan dasar luan yang dijalankan oleh Maharaja Minh Mang dan Raja Rama III, dan ketiadaan persefahaman antana kedua-dua raja pemenintah tersebut. Minh Mang yang menggantikan ayahanda baginda pada tahun 1819 merupakan raja yang bersikap konservatif dan amat berpegang kuat kepada nilai politik dan tradisional yang berasaskan ajanan Konfusius. Baginda melihat ajaran Konfusius sebagai satu-satunya jawapan bagi segala masalah dan kesusahan sosiopolitik dan ketenteraan yang dihadapi baginda. Contoh pegangan yang kuat terhadap nilai sosial dan pentadbiran serta nilai akhlak Konfusius Maha- raja Minh Mang ialah dasar yang dijalankan terhadap Kemboja.

13 Contoh pertelingkahan peringkat pegawai adalah kes gabenor Vietnam di Kemboja menghantan, tanpa persetujuan atau kesedaran kerajaan Hue, wakil ke istana Myanmar pada tahun 1821 menawarkan kerjasama Vietnam-Myanmar mengatasi kuasa Siam di Kemboja. Sebagai balasan kepada Myanmar, gabenor itu sanggup memberi monopoli sarang burung kepada Myanmar. Walau bagaimanapun, apabila pihak Myanmar meng- hantar satu misi ke Hue untuk menjalin hubungan persahabatan dengan

tujuan bekerjasama menentang Siam, tawaran itu ditolak atas sebab bahawa sebarang hubungan dengan istana Ava akan menimbulkan masa- lah dengan Siam. Lihat Sri Krishna Saxena, 1952. “Causes Leading to the Deputation of a Burmese Political Mission to the Court of Cochin China (1822—1824)”, dlm. Bulletin de l’Ecole Francaise D’Extreme Orient. Bil.

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Dengan arahan Minh Mang, sistem sosial dan pentadbiran Kem- boja diubahsuai mengikut konsep dan fahaman Konfusius. Kera-

jaan Kemboja dipaksa meninggalkan sistem sosial dan pentadbir- annya yang berasaskan ajanan agama Buddha dan menerima sistem mandarin Vietnam, nilai-nilai sosiopolitik mengikut ajar- an Konfusius serta memakai pakaian seragam mandarin Viet- nam.’ 4 Proses Vietnamisasi itu amat membimbangkan Rama III, seorang raja yang memandang serius tanggungjawab bagmnda sebagai raja benagama Buddha Theravada. Menurut Rama III, Vietnam mengambil kesempatan atas Siam sikap tolak ansur Siam terhadap perluasan kuasa Vietnam di Kemboja untuk men- vietnamisasikan negeri tersebut dan menghapuskan ajaran agama Buddha di kalangan rakyat Kemboja.’5 Bagi Rama III, perkem- bangan itu tidaklah dapat baginda terima. Selain itu, Hue juga cuba memberi sokongan kepada raja negeri Vientiane pada tahun

1820-an semasa raja itu cuba memberontak menentang kuasa Siam. Pada tahun 1833, tercetus pemberontakan menentang Minh Mang kerana raja itu melakukan perbuatan keji terhadap Le Van Duyet, mendiang gabenor wilayah Saigon. Pemberontak-

an di selatan itu diketuai oleh Le Van Khoi, anak angkat Le Van Duyet. Rama III sanggup membeni bantuan ketenteraan kepada pihak pemberontak. Baginda juga mengambil kesempatan akibat kekecohan di Saigon dan kemudiannya di utara Vietnam untuk memulakan perang menentang kerajaan Vietnam di Kemboja. Tujuan Bangkok adalah untuk membebaskan Kemboja daripada kuasa pentadbiran Vietnam dan menentukan keselamatan agama Buddha di negeri itu. Perang Slam-Vietnam hanya tamat pada tahun 1848 iaitu semasa pemerintahan Maharaja Tu Duc (1848—1883).

Pada tahun 1845, Vietnam telah berasa tekanan politik

14 Chandler, D.P., 1993. A History of Cambodia. St. Leonards: Allen & Unwin, Bab 6 dan 7. 15 Lihat keterangan ianjut dasan Siam semasa pemerintahan Rama III terha- dap Kemboja dalam Kobkua Suwannathat-Pian, 1990. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: DBP, Bab 3; Lihat juga Chao Phraya Thiphakorawong, 1961. Phongsawadan Pemerinrahan III. Bangkok: Kurusabha, dua naskhah.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

kuasa Barat akibat dasar kontra-Barat yang dijalankan secara kuat oleh kerajaan Maharaja Minh Mang. Contohnya, pada

tahun 1843 sebuah kapal perang Heroine tiba di Tourane dan menuntut supaya hima orang mubaligh yang dihukum mati kerana tindakan subversif mereka menyebarkan ajanan agama Kristian dibebaskan. Hue tidak mempunyai pilihan lain kecuali tunduk kepada tuntutan itu. Dengan cabaran yang lebih besar dan berbahaya daripada kuasa Barat, Maharaja Tu Duc membuat keputusan menamatkan konflik bersenjata dengan Bangkok

supaya Hue dapat memfokuskan perhatiannya kepada ancaman dan cabaran tersebut. Sejak tahun 1848 hinggalah kejatuhan empayar Nguyen pada tahun 1880-an, hubungan rapat Siam dan Vietnam pulih semula pulang seperti semasa pemenintahan Rama

I iaitu hubungan diplomatik yang muhibah antara dua buah kuasa besar yang setaraf. Secara ringkasnya, perkembangan hubungan antara Siam dan Vietnam pada abad ke-19 menunjukkan bahawa sistem diplomatik tradisional dapat juga mewujudkan hubungan yang

bermakna di kalangan kuasa besar Asia Tenggara. Apa yang ben- laku kepada Siam dan Vietnam bukan kes unik tetapi pernah

dicapai oleh Ayudhya dan Myanmar pada abad ke-17 sehingga tertubuhnya dinasti Konbaung pada tahun 1752. Walaupun begi- tu, kebanyakan sumber Barat hanya menekankan aspek negatif

hubungan tradisional serantau dan memberi gambaran sosiopoli- tik Asia Tenggara sebelum “kedatangan” penjajahan Barat seba- gal masyarakat yang penuh dengan kekecohan politik dan per-

saingan bersenjata di peringkat negeri mahupun antara negeri. Keadaan sosiopolitik “tanpa undang-undang dan ketenteraman” di rantau mi kononnya hanya dapat diatasi dengan tertubuhnya

pentadbiran penjajah sahaja. Gambaran hubungan antara Siam dan Vietnam dan juga antara Siam dan Myanmar (selepas tahun

1810) menunjukkan penjelasan itu tidak tepat. Hubungan antara negeri besar dengan negeni kecil juga memaparkan bagaimana sistem tributani dapat memenuhi syarat- syanat asasnya iaitu tanggungjawab negeri dipertuan dan negeni naungan sesama mereka. Contohnya, hubungan antara Kemboja dengan Siam dan Vietnam yang merupakan negeri suzerain

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

Kemboja. Terdapat pandangan di kalangan sarjana bahawa keda- tangan penjajah Perancis di Indochina merupakan faktor terpen-

ting yang dapat menyelamatkan Kemboja danipada kemusnahan di tangan Bangkok dan Hue dan kemusnahan sama sekali negeri

kecil itu daripada masyarakat Asia Tenggara) 6 Asas pandangan itu adalah pendekatan Vietnam sejak abad ke-15 yang selalu

meluaskan kuasanya ke wilayah-wilayah ke arah selatan yang di bawah kuasa Campa dan Kemboja. Sebenannya kerajaan dinasti

Nguyen berjaya meluaskan kuasa kewilayahannya terhadap Kocinchina yakni delta Mekong pada akhir abad ke- 17. Mana-

kala Kemboja dianggap sebagai sebuah negeri di dalam mandala Siam sejak abad ke-15. Sepanjang tempoh itu sehingga akhir abad ke-18, Siam tidak pernah menambah milik mana-mana wilayah Kemboja ke dalam kerajaannya walaupun Kemboja dituntut sebagai negeni naungan Ayudhya dan kemudiannya Thonburi-Bangkok. Siam juga mengambil tindakan keras supaya dapat menentukan negeri itu kekal sebagai negeri naungannya.’7 Kadangkala pemimpin Siam dilantik sebagai raja pemerintah Kemboja supaya dapat menentukan kesetiaan negeri tersebut

kepada Siam. Namun, dasar dan perhatian kerajaan Ayudhya pada abad ke-17 merupakan bukti yang jelas terhadap tujuan

Siam terhadap Kemboja. Siam mahu Kemboja kekal sebagai negeri naungan Siam dan Siam tidak berhasrat menguasai Kem- boja sebagal sebuah wilayahnya. Tujuan mi amat berlainan dan-

pada tujuan politik dan ekonomi Vietnam yang memerlukan tanah tambahan untuk petempatan rakyat Vietnam yang sentiasa

meningkat bilangannya. Sebenarnya, kelemahan Ayudhya pada dekad-dekad terakhir abad ke- 17 membolehkan dinasti Nguyen

16 Lihat Milton Osborne, 1994. Prince of Light, Prince of Darkness. Bang- kok: Silkworm Publications; Chandler, D.P., A History of Cambodia, op. cit. 17 Contohnya lihat Hutchinson, E.W., 1968. Revolution in Siam, the Memoir of Father de beze. S.J. Hong Kong: Hong Kong University Press, yang ‘nenerangkan tentang tindakan Siam terhadap Kemboja berdepan dengan dasar agresif dinasti Nguyen pada abad ke- 17. Lihat juga Phraraja Phongsawadan Krung Sri Ayudhya versi Phanchanthanumat. Bangkok: Maha Chulalongkorn Rachawithytalai, 1992.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

berjaya meluaskan kuasa dan menampas wilayah delta Mekong danipada Kemboja.

Dasar Rama I yang meminta wilayah-wilayah Siemniep dan Battambang danipada Raja Eng (Narai Ramathibodi) pada akhir abad ke- 18 untuk Kalahom Pok, seorang pegawai kanan Kern- boja yang taat kepada Bangkok, memerintah berasingan daripada kuasa raja Kemboja merupakan perubahan besan dasan tradisio-

nal Siam terhadap Kemboja. Tujuan Rama I adalah untuk men- jamin kedudukan Siam bendepan dengan Kemboja dan Vietnam

yang pada masa itu di bawah kuasa adik-beradik Tayson yang juga musuh ketat Bangkok disebabkan Rama I membantu Putera

Nguyen Anh. Sieninep dan Battambang dianggap oleh pemim- pin Siam sebagai kawasan penampan antara Siam dengan Viet- nam. Peristiwa-peristiwa yang benlaku sejak pemerintahan Rama 11(1809—1821) mengesahkan bahawa hanya dengan tapak poli- tik dan tentena di situ Siam dapat dengan berkesan menentang usaha Hue menjajahkan Kemboja dan menyelamatkan negeri tersebut daripada jatuh ke tangan Vietnam path tahun 1830-an.

Sejak pemerintahan Rama III, dasar Siam tenhadap Kemboja ada- lah tepat dalam konteks hubungan tnibutari Asia Tenggara. Bang-

kok tidak benhasrat menguasai Kemboja, walaupun pada masa itu kuasa Vietnam telah lemah dan tidak berupaya menentang Bangkok. Apabila timbulnya knisis antara Siam-Perancis pada

tahun 1864 berhubung dengan Kemboja, Bangkok hanya me- nuntut negeri itu sebagai negeri naungannya dan bukan wilayah

di dalam kenajaan Siam. Sebaliknya, boleh dibahaskan bahawa dengan kedatangan penjajah Perancis di Kemboja, negeri itu ke- hilangan banyak aspek sosioekonomi kepada Vietnamsebab Peran- cis menjalankan dasan berat sebelah kepada keperluan Perancis di Vietnam. Contohnya, dasar yang menggalakkan orang Viet- nam datang mencani rezeki di Kemboja menimbulkan masalah sosioekonomi yang belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Dengan itu, hipotesis yang mengatakan bahawa tanpa keha- diran Perancis, Kemboja akan lenyap sebab ditambahmilik oleh Siam dan Vietnam adalah kurang tepat. Selagi Bangkok cukup

kukuh mempentahankan haknya sebagai negeri dipertuan Kem- boja, selagi itulah Kemboja dapat menentukan taraf negeri kecil-

ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

nya dalam politik serantau Asia Tenggana. Persoalan lenyapnya Kemboja daripada masyarakat Asia Tenggara memang tidak tim- bul semasa Penancis datang ke Vietnam. Sebaliknya, dengan kedatangan dan penubuhan empayar Perancis di Indochina, hu-

bungan Kemboja dengan negara-negara jiran dan bekas suzerain tenutama Vietnam menjadi lebih pahit dan berbau kebencian nas. Hakikat bahawa apabila Raja Norodom Sihanouk memerlukan tempat untuk strategi berundun menentang kuasa penjajah Peran- cis pada awal tahun 1950-an, baginda terus lan ke Bangkok, sekurang-kunangnya membayangkan sesuatu wanisan positif hubungan tradisional Siam-Kemboja.

Hubungan tnadisional antara negeri besar dan negeri kecil bukan sesuatu yang selalu menugikan keselamatan negen kecil Se- perti yang biasa dilaung-laungkan oleh sarjana Barat tetapi mem- punyai nilai-nilai membina kepada keadaan undang-undang dan ketentenaman Asia Tenggara. Sebahiknya, kedatanganpenjajah bu- kan semestinya benerti mereka adalah penyelamat kepada negeri- negeri kecil daripada cengkaman sosiopolitik negeni besar seran- tau. Penlu diingat bahawa sistem hubungan tradisional serantau wujud sejak abad ke- 13 dan mempunyai mekanisme tersendini yang biasanya dapat membetulkan imbangan sosiopohitik seza- mannya dengan berkesan. Penlu juga diingat bahawa sejarah VOC dan Belanda di Indonesia atau Perancis di Indochina atau- pun British di Myanmar sebenamya memapankan kekejaman pen- tadbinan kuasa asing yang amat menyeksakan dan yang mengabai- kan keperluan masyarakat tempatan atas kepentingan metro- polisnya.

Penjelasan di atas tidak menafikan bahawa wujudnya pera- saan tidak puas hati di kalangan negeri kecil terhadap hubungan mereka dengan negeri besar yang dianggap sebagai negeni per- tuanannya. Kedua-dua golongan elit Vientiane dan Kemboja pada abad ke-19 secara besar-besaran menunjukkan mereka tidak rela duduk di bawah lingkungan politik Siam ataupun Viet- nam.’ 8 Penolakan para pemimpin Melayu apabila menerangkan

18 Contohnya, pemberontakan Chao Anu dan anakanda baginda, Chao Yo, raja Vientiane dan Champasak menentang Bangkok path tahun 1824; atau

rusuhan para pemimpin Kemboja menentang pentadbiran Vietnam di

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

hubungan Siam-Melayu utara terhadap wujudnya hubungan tri- butani mereka dengan Siam menupakan satu lagi bukti yang memaparkan rasa tidak puas hati negeri-negeri kecil yang ten- paksa menerima hubungan yang tidak setaraf.’ 9

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sistem tnibutani yang menentukan syarat-syarat hubungan negeri besan dengan negeri kecil dalam mandala memain peranan yang ben- makna dalam usaha Asia Tenggana mewujudkan suasana sosio- politik yang aman dan teratur. Sejarah Tanah Besar Asia Teng-

gara tenmasuk Semenanjung Tanah Melayu sepanjang satu abad sejak pertengahan kedua abad ke-18, umumnya mengesahkan

keberkesanan hubungan tnibutari yang dapat memberi perlin- dungan kepada bukan sahaja negeri-negeri kecil dalam hu-

bungan sesama mereka tetapi juga pengukuhan kedudukan go- longan pemerintah negen-negeri tersebut yang mendapat restu danipada suzerain berdepan dengan para pesaing di dalam nege- ninya. Contohnya, kedudukan Sultan Mohammad II, Mulut Merah (1838—1886), Kelantan, yang dapat mengatasi tentangan danipada sanak saudara baginda serta mengukuhkan kedudukan bagmnda berdepan dengan golongan pembesar dan kerabat diraja. Atau kedudukan Kelantan pada awal abad ke-19 berdepan dengan Terengganu yang menuntut hak pertuanan ke atas Kelan- tan. Dengan penlindungan Bangkok, Kelantan dapat menyela-

matkan din danipada tindak balas Tenengganu apabila ia membe- baskan diri daripada kuasa negeri tersebut dengan meng- gulingkan Tengku Muhammad (1795—1800), pemerintah Kelan- tan. Sebaliknya, kelemahan dan kemudiannya kehancuran kuasa sosiopolitik dan ekonomi empayar Riau-Lingga pada akhin abad ke-18 menimbulkan keadaan sosiopolitik yang tidak stabil di

Phnom Penh pada tahun 1830-an. Lihat Kobkua Suwannathat-Pian, 1990. op. cit.; Wyatt, D.K., 1963. “Siam and Laos 1767—1827” dIm. Journal of Southeast Asia History. 4(2), September, hIm. 3—32; Chandler, D.P., 1993, op. cit. 19 Lihat Bonney, R., 1974. Kedah, 1771—1821, The Search for Security and Independence. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tidak puas hati Kedah terhadap suzerain Siam yang, mengikut Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menuntut hak-haknya yang terlebih dari apa yang patut; Kob- kua Suwannathat-Pian, 1988, op. cit.

ASIA TENGOARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

negeri-negeni Melayu di Semenanjung mahupun di pantai timun Sumatera. Sepenti yang telah dibincangkan, kelemahan raja dinasti Bendahara dan kemunculan golongan elit Bugis yang dapat, pada praktiknya, menggantikan kuasa dan penanan naja pemerintah mahupun para pembesar Melayu telah membawa kepada perpecahan empayar tersebut. Kuasa dan autoniti go- longan elit Bugis yang diketuai Yamtuan Muda tidak dapat dite- rima oleh dunia Melayu dan juga masyanakat Bugis luar Riau- Lingga. Pada permulaan abad ke-19, tendapat bebenapa pusat

kuasa banu yang menggantikan Riau-Lingga seperti Siak, Terengganu, Kedah, Pahang, dan Selangor. Jelas bahawa sistem tributani yang dijalinkan dan diperkukuhkan oleh Johor-Riau sudah tiada lagi. Bagi menjamin keselamatan masing-masing, bantuan dan perikatan kuasa luar yang benwibawa adalah pen- ting. Sebenannya, suasana sosiopolitik dunia Melayu pada masa itu adalah amat kunang stabil sama ada dari segi hal dalam negeni apabila raja pemerintah mesti ragu-nagu terhadap tujuan dan tindakan para pembesar yang dapat mencaban kuasa bagin-

da, mahupun dani segi hal ehwal luar negeri iaitu cabaran dan ancaman dari negeni-negeni j irannya seperti Perak yang sentiasa menghadapi dasan agnesif dan Selangor, Kedah dan Siam. 2°

Ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa sistem tnibutani yang menupakan sistem politik dan diplomatik serantau Asia Tenggara antara negeni kecil dan negeni besar dan konsep man- dala yang mengatur hubungan antara pusat-pusat berkuasa besar atau setaraf, sama seperti sistem sosiopolitik antarabangsa yang lain di selunuh dunia, mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tensendiri. Ia dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya tenda- pat keadaan politik dan ketenteraan yang seimbang antara pusat- pusat kuasa besar seperti hubungan Siam-Myanmar atau Siam dan Johor-Riau pada abad ke-17. Sebaliknya, sistem mi kunang berkeupayaan menjaga ketenteraman serantau sekiranya tendapat pusat besar yang mempunyai kekuatan tentera yang menonjol di bawah tenaju pemerintah yang mengamalkan dasar agnesif. Ada-

20 Lihat Andaya, B.W., 1979. Perak, The Abode of Grace, A Study of an Eigthteenth Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

lah menjadi objektif utama pemerintah sama ada yang beragama Islam, Buddha, ataupun Konfusius, untuk meluaskan kuasa dan autoriti empayarnya supaya dihormati sebagai cakravartin/Son of Heaven/Syahan Syah di dalam cakerawalanya. Contohnya, Myanmar di bawah dinasti AlaungpayalKonbaung sehingga peme- rintahan Raja Mindon Mm, Vietnam di bawah Maharaja Gia Long dan Minh Mang, Mataram di bawah Sultan Agung dan

Susuhunan Amangkurat I, dan empayar Johor-Riau di bawah Sultan Abdul Jalil dan Sultan Ibrahim Syah atau sepanjang tern-

poh kepimpinan Laksamana Paduka Raja. Hubungan tributari akan terus berkesan selagi wujudnya perseimbangan kuasa dan hubungan diplomatik yang baik di kalangan negara besar. Erti- nya, apa yang penting dalarn sistem diplomatik serantau ialah hubungan kuasa besar sesama kuasa besar. Pada bila-bila masa tercetusnya persaingan kuasa dan pengaruh di kalangan pusat- pusat kuasa besar, keadaan sosiopolitik dan keselamatan negeri- negeri kecil akan terjejas.