Peranan pelajar dalam menjalankan dakwah pada masa kini.

Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama- ulama kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam. Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian- bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat- hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar- benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikat-hakikat ilmu pengetahuan. Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek-ngejekkan tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan. Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang- orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan mengakui adanya Tuhan. Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku- buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra- sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.

3.4 Peranan pelajar dalam menjalankan dakwah pada masa kini.

16 peranan utama pelajar-pelajar yang tidak dinafikan penglibatannya dalam dakwah Islam kini iaitu pembersihan akidah atau penerapan Tauhid yang sebenar. Mereka mesti berusaha menghapuskan segala macam gerakan penentangan kepada Tuhan. Peranan kedua : bagi pelajar ialah persiapan akhlak dan nilai-nilai Islam kerana akidah yang benar akan mencerminkan akhlak yang mulia dan luhur. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak kepada Allah dan RasulNya serta perasaan yang tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Begitulah penjelasan Al Maududi pada peringkat kedua peranan pelajar dan akibat dari tidak adanya akidah dan akhlak yang mulia. Ketiga : pelajar-pelajar haruslah memahami serangan tamadun-tamadun barat dan insan lain yang bertentangan dengan Islam dan fitrah insan itu sendiri dihapuskan. Kita hendaklah menyedari sejarah ummat kita terdahulu yang hanyut dalam arus tamadun yang merosakkan itu. Ianya merosakkan akidah dan prinsip-prinsip Iman. Akhirnya melahirkan manusia yang mengingkari hukum Allah dan perintah RasulNya. Masalah tamadun merupakan masalah yang amat besar. Ummat Islam telah begitu sebati dengan fahaman-fahaman yang disebut moden dan maju. Dari segi cara berfikir hinggalah kepada cara hidup. Sesuatu yang bukan diistilahkan sebagai moden, bukan datang dari kemajuan orang-orang barat atau ciptaan orang barat, tidak up to date tidak akan diterima dan ditolak sama sekali. Kenyataan-kenyataan seperti ini timbul apabila adanya usaha-usaha mengajak mereka kembali kepada peradaban timur sendiri dan cara hidup Islam. Muhammad Iqbal dalam menghuraikan pengaruh peradaban barat Sebagai semboyan yang menyerang perikemanusiaan dan membunuh setiap keperibadian, sedang usaha- usahanya yang tidak henti-henti ialah berdagang . Iqbal menyatakan lagi bahawa manusia moden telah menjadi rabun disebabkan kegiatannya dalam berfikir, tiada mengharapkkan rohnya kepada kehidupan kerohanian yang sempurna, yakin terhadap kehidupan kejiwaan yang meresap dalam lubuk hati. 17 Kesimpulannya, Iqbal telah menyarankan dalam ucapannya sebagai pemimpin dari Liga Partai-Partai Islam di Delhi tahun 1939 yang ditujukan kepada kaum Muslimin : Agama yang panji-panjinya tuan-tuan pikul ini mengakui harga diri peribadi dan melatihnya hingga rela memberikan apa juga yang dimilikinya fi sabilillah dan untuk kepentingan hamba-hambanya Tiga peranan yang telah dijelaskan tadi merupakan penyatuan kesimpulan kepada masalah pendidikan. Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam menentukan usaha- usaha penerapan akidah, kemuliaan akhlak dan keluhuran peradaban Islam yang sebenarnya. Allah telah menganugerahkan insan dan memuliakannya dengan akal serta kemampuan untuk berilmu. Ilmu dijadikan sebagai pensyaratan atau sebab manusia itu diangkat menjadi khalifah dimuka bumi.

3.5 Dasar-dasar pendidikan yang sewajarnya.