belum mereka ketahui tetapi mendidik akhlak dan jiwa mereka dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan untuk sesuatu kehidupan yang suci seluruhnya dengan ikhlas
dan jujur. Al   Maududi   dalam   melanjutkan   saranannya   terhadap   peranan   pelajar   ialah
menghapuskan guru-guru yang dicurigai merbahayakan kepada Islam. Maksud beliau bahawa terdapat guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam yang
menyatakan   bahawa   Islam   tidak   mempunyai   tamadun,   kemajuan,   dasar   politik   dan ekonomi. Apa yang lebih daripada itu ialah pelajar-pelajar dilalaikan pemikiran mereka
dengan galakan kepada penceburan dalam aktiviti-aktiviti sukarela. Aktiviti-aktiviti seperti kelab drama, tarian, muzik, pertunjukkan pentas, majlis keraian
atau jamuan yang kesemuanya menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan.   Islam   tidak   menggalakkan   percampuran   bebas   kerana   dikhuatiri
mendatangkan fitnah dan zina. Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan
yang amat jahat Surah Al-Israk: Ayat 32}
Malahan manusia berkeinginan antara lelaki dan wanita tetapi ditakuti nanti mencetuskan kerosakan ummat yang tidak dapat diubati lagi.
Dihiaskan   kepada   manusia,   mencintai   syahwat      keinginan   nafsu      seperti perempuan-perempuan,   anak-anak   dan   harta   benda   yang   banyak   dari   emas,
perak,   kuda   yang   bagus,   binatang-binatang   ternak   dan   tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup didunia dan disisi Allah tempat yang sebaik-
baiknya Syurga {Surah Ali Imran: Ayat 14}
3.7   Sifat –sifat dan ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi islam.
19
Apabila   pelajar-pelajar   telah   memahami   peranannya   kepada   masalah   yang   berlaku terhadap Agama, Islam dan masyarakatnya, dengan sendirinya pelajar-pelajar itu akan
melibatkan   diri   mereka   dalamorganisasi   Islam iaitu   suatu   organisasi   yang   bergerak melancarkan   revolusi   menegak   yang   makruf   dan   mencegah   yang   mungkar.   Suatu
organisasi yang bergerak dan berusaha meluntur dan meruntuhkan segala macam perkara yang menyeleweng dari konsep akidah, menyesat dari program yang diatur oleh program
Islam yang benar dan mampu menyelesai dan memenuhi kehendak fitrah insan bersama alam sekitarnya.
Organisasi pelajar hendaklah berusaha ke arah menghapuskan kebatilan dan menegakkan yang hak. Organisasi ini merupakan organisasi yang bersifat ketahanan kerana persoalan
ketahanan adalah yang bersifat global dan ianya persoalan yang paling mendesak yang harus segera digarap dengan penuh rasa tanggung jawab.
Organisasi   Islam   adalah   organisasi   atau   gerakan   yang   mendokong   cita-cita   Islam. Angkatan yang dipilih khusus untuk memikul tugas jihad, ummat Islam harus sentiasa
dalam keadaan siap sedia dengan segala keperluan yang maksima - rohani dan jasmani. Pelajar-pelajar hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad. Semoga
organisasi yang dipimpin akan berjaya membawa masyarakat pelajar dan umum kepada beriman kepada Allah. Susunan organisasi hendaklah teratur dan padu antara individu
pimpinan organisasi itu. Allah berfirman yang membawa maksud : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjihad di jalanNya dalam
keadaan barisan yang teratur atau tersusun seumpama bangunan yang tersusun kukuh
{Surah As Shaf: Ayat 4} Sifat-sifat organisasi Islam itu tentunya berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah.
Malahan   bukan   sahaja   kepada   gerakan   atau   organisasi   sahaja   tetapi   kepada   individu dalam organisasi juga diserapkan atau panduannya Al Quran dan As Sunnah. Dalam
gerakan pelajar, ianya mestilah bersifat yang telah dijelaskan tadi. Cuma dalam cara dan metodnya agak berbeda dengan gerakan-gerakan Islam yang lain.
20
Gerakan   pelajar   Islam   ini   meneliti   dan   memahami   keadaan-keadaan   di   bawah   yang memberi pengertian mengenai gerakan atau harakah Islam :
1. Fikrah -  fahaman-fahaman   yang   ada   dalam   masyarakat   Islam   baik   dari   segi