Dasar-dasar pendidikan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, Iqbal telah menyarankan dalam ucapannya sebagai pemimpin dari Liga Partai-Partai Islam di Delhi tahun 1939 yang ditujukan kepada kaum Muslimin : Agama yang panji-panjinya tuan-tuan pikul ini mengakui harga diri peribadi dan melatihnya hingga rela memberikan apa juga yang dimilikinya fi sabilillah dan untuk kepentingan hamba-hambanya Tiga peranan yang telah dijelaskan tadi merupakan penyatuan kesimpulan kepada masalah pendidikan. Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam menentukan usaha- usaha penerapan akidah, kemuliaan akhlak dan keluhuran peradaban Islam yang sebenarnya. Allah telah menganugerahkan insan dan memuliakannya dengan akal serta kemampuan untuk berilmu. Ilmu dijadikan sebagai pensyaratan atau sebab manusia itu diangkat menjadi khalifah dimuka bumi.

3.5 Dasar-dasar pendidikan yang sewajarnya.

Pendidikan untuk semua anak-anak samada lelaki atau perempuan dalam usia persekolahan - haruslah diwajibkan. Ini kerana Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap kaum Muslimin dan Muslimat - hadith. Malah ayat Al-Quran yang pertama turun yang membawa maksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu. Menyusun suatu perencanaan yang kemas dan terperinci untuk menghapuskan buta huruf yang merata dikalangan ummat. Mempelbagaikan bidang pendidikan hingga merangkumi berbagai cabang yang bersifat ke agamaan atau keduniaan. Seterusnya tiga belas saranan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qarwadi dalam penyelesaian mengenai pendidikan. Disinilah letaknya peranan guru-guru dalam usaha mendidik anak-anak kerana tujuan pendidikan mengikut kata sepakat ahli-ahli pendidikan Islam adalah pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak iaitu dididik dengan segala macam ilmu yang 18 belum mereka ketahui tetapi mendidik akhlak dan jiwa mereka dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan untuk sesuatu kehidupan yang suci seluruhnya dengan ikhlas dan jujur. Al Maududi dalam melanjutkan saranannya terhadap peranan pelajar ialah menghapuskan guru-guru yang dicurigai merbahayakan kepada Islam. Maksud beliau bahawa terdapat guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam yang menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai tamadun, kemajuan, dasar politik dan ekonomi. Apa yang lebih daripada itu ialah pelajar-pelajar dilalaikan pemikiran mereka dengan galakan kepada penceburan dalam aktiviti-aktiviti sukarela. Aktiviti-aktiviti seperti kelab drama, tarian, muzik, pertunjukkan pentas, majlis keraian atau jamuan yang kesemuanya menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan. Islam tidak menggalakkan percampuran bebas kerana dikhuatiri mendatangkan fitnah dan zina. Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat Surah Al-Israk: Ayat 32} Malahan manusia berkeinginan antara lelaki dan wanita tetapi ditakuti nanti mencetuskan kerosakan ummat yang tidak dapat diubati lagi. Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat keinginan nafsu seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup didunia dan disisi Allah tempat yang sebaik- baiknya Syurga {Surah Ali Imran: Ayat 14}

3.7 Sifat –sifat dan ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi islam.