FIQH DA’WAH Dakwah Peranan Pelajar Dalam Menyampaika

2. FIQH DA’WAH

Seorang muslim wajib menjalankan tugas menyampaikan da’wah kepada manusia lainnya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104: kewajipan dalam berdakwah ini berlaku dalam keadaan individu, kelompok mahupun rakyat dan pemerintahnya. Setiap pendekatan, bahan dan sistem yang digunakan dalam menyampaikan da’wah mestilah wajib menepati syari’at Islam dan tidak lari daripada maqasid syari’ah yang telah digariskan didalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia merupakan penyebab kepada sesuatu perkara itu berlaku dan setiap manusia sama sekali akan menanggung segala akibat daripada perbuatannya. Oleh itu, semua manusia terlibat dalam melakukan usaha yang baik untuk mendapatkan akibat yang baik. Hal tersebut pasti akan dicapai apabila semua manusia kembali mengamalkan syari’at Islam secara menyeluruh. Da’wah ini tidak hanya dilakukan apabila berlakunya sebuah masalah di kalangan masyarakat. Sedangkan setiap masalah yang berlaku itu disebabkan sifat manusia yang berpaling daripada syari’at Islam. Oleh demikian, dakwah ini bertujuan mengajak manusia yang masih ragu-ragu dan sesat agar kembali untuk beriman kepada Allah SWT dan mengikuti keseluruhan syari’at Islam. Seterusnya, untuk mencapai tujuan tersebut sebelum usaha da’wah dilakukan hendaklah disusun strateginya dengan teliti dan bijaksana supaya sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku semasa menyampiakna da’wah nanti dapat diuruskan dengan baik 5 seterusnya mudah-mudahan penyusunan yang adil itu dapat menghasilan dapatan yang cemerlang. Seiring dengan kewajipan melaksanakan da’wah, ada lagi perkara yang wajib ada iaitu metodologikaedah da’wah. Kaedah dan kemudahan yg ada adalah berperanan untuk membantu kejayaan sesebuah da’wah. Berikut merupakan ringkasan rentetan yang perlu diutamakan apabila berdakwah: Di atas, empat perkara yang perlu difokuskan oleh penda’wah apabila berda’wah. FOKU S FOKU S Ilmu: Aqidah, Ibadah, Akhlaq Ilmu: Aqidah, Ibadah, Akhlaq Pendakw ah Pendakw ah Fiqhkefa haman dawah Fiqhkefa haman dawah Sasaran dan tujuan dawah Sasaran dan tujuan dawah 6 Seterusnya, memahami ruang lingkup manusia dan keperluan. Dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu individu dan masyarakat serta dinyatakan keperluannya. 1 Hal di atas perlu difahami supaya penda’wah dapat menyampaikan sesuatu men gikut keperluannya. Selain itu, penda’wah perlu menyampaikan da’wah sesuai dengan tingkatan usia mad’u. seperti berikut: 1 Perkataan sifat telah ditukarkan kepada keperluan, perorangan bermaksud individu, mayoritas bermaksud majoriti, minoritas bermaksud minoriti, heterogin bermaksud orang awam. 7 Apabila da’wah disampaikan, pastikan setiap apa yang disampaikan itu ada diterapkan nilai-nilai berikut:  Nilai yang mengajak manusia mentauhidkan Allah.  Nilai yang mengajak manusia memahami Islam, meningkatkan dan meyakini Iman serta membentuk Ihsan dalam diri individu.  Nilai yang mengajak manusia berpegang dan mencontohi Sunnah.  Nilai yang mengajak manusia bertaqwa kepada Allah SWT. Proses yang dipilih untuk berda’wah wajib dipilih berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak terlibat dengan hal yang syubhat. Sila pastikan perkara berikut diikuti:  Prinsip yang digunakan patuh syari’ah.  Metodologi yang dipakai patuh syari’ah dan bijaksana.  Tujuan da’wah menuju kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip, metodologi dan tujuan di atas hanya boleh dicapai oleh seorang penda’wah yang mempelajari ilmu dan memahami ilmu Islam dengan baik. Jika seorang penda’wah itu tidak mampu memahaminya, maka hendaklah individu itu merujuk kepada ahlinya yang bersifat adil. Usaha da’wah boleh dimulakan dengan cara berikut:  Penyampaian  Pengajaran 8  Pembentukan Peribadi  Pembentukan Ummat  Penyusunan Kekuatan  Menuju Optimum Penyampaian bermaksud menyampaikan sesuatu hal kebaikan itu dengan mengggunakan lisan. Contohnya seperti membacakan Al-Quran dan Hadis kepada rakan, berkongsi cerita yang baik. Pengajaran bermaksud manusia mengajarkan kepada manusia lain tentang sebuah ilmu yang bermanfaat, tidak ada unsur syirik dan penipuan. Pembentukan peribadi bermaksud manusia itu mengamalkan apa yang sudah disampaikan dan dipelajari. Contohnya memberi sedekah dan menunaikan solat sunat witr sebelum tidur. Pembentukan ummat bermaksud mengajak dan menyebar luaskan lagi kebaikan yang disampaikan supaya dapat melahirkan masyarakat yang baik seterusnya manusia dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Penyusunan kekuatan bermaksud melakukan penambahbaikkan dalam berda’wah, membetulkan kesalahan, meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian bentuk da’wah. Contohnya, menghasilkan produk, menyediakan perkhidmatan yang dapat memudahkan manusia lain melakukan kerja dan meneruskan kehidupan dengan baik. Menuju optimum bermaksud meningkatkan dan memperkukuhkan lagi usaha da’wah supaya mampu menjadi budaya masyarakat dan seterusnya mencapai tujuan da’wah. Contohnya, penglibatan dalam hal politik untuk melakukan Islah. Seterusnya, isi da’wah yang meluas dapat membantu pergerakan da’wah menjadi lebih luas dan terbuka. Selain itu, isi da’wah juga berperanan dalam membentuk jiwa dalaman idividu. Penigisian seperti berikut:  Allah adalah tujuan hidup kami.  Rasulullah adalah tauladan kami.  Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan kami.  Jihad adalah cara hidup kami. 9  Gugur di jalan Allah adalah cita-cita hidup kami. 10

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR DALAM DAKWAH