Pelajar menggunakan media massa sebagai alat dakwah.

3.4 Pelajar menggunakan media massa sebagai alat dakwah.

Dakwan merupakan ajakan atau seruan kearah kebaikan. Dalam melaksanakan tuntuan dakwah , pendakwah harus menguunakan segala metod yang ada mengikut kesesuaian zaman. Pada zaman modenisasi pada masa kini,media massa merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia. Menggunakan media massa sebagai salah satu metod dakwah adalah relevan pada masa kini. Ini kerana, manusia pada masa kini dapat berhubung atau berkongsi maklumat dengan hanya menggunakan media massa walaupun dalan jarak yang sangat jauh. Pengaruh media massa kepada pelajar pada masa kini adalah sangat besar dan umpama makanan harian bagi mereka. Dengan adanya telefon pintar, mereka dengan mudahnya mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja dan dimana sahaja. Dakwah menggunakan media massa sedikit sebanyak akan mempengaruhi pelajar. Ia lebih mudah untuk digunakan oleh para pelajar dalam berdakwah kerana media massa denga pelajar amat sinonim pada masa kini. Penggunaan media seperti internet yang meluas melalui laman blog,Facebook,Twitter,Skype, Instagram dan lain-lain disamping media massa yang sedia ada seperti akhbar, radio dan televisyen meluakan lagi penyebaran maklumat dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat berat dalam menyampaikan maklumat yang benar,tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, dakwah menggunakan media massa ini juga haruslah diteliti asal usul dakwah yang ingin disampaikan itu kerana pada masa kini terlalu banyak dakwah yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Terdapat beberapa syarat yang harus pendakwah turuti jika berdakwah menggunakan media massa yang selari dengan syariat Islam iaitu : 1.Membetulkan niat dalam melakukan dakwah menggunakan media semata-mata kerana Allah. Dalam melaksanakan tuntutan dalam dakwah, setiap perkara yang dilakukan hedaklah semata-mata kerana Allah. Niat yang betul akan mendatangkan hasil dan memberi kesan yang baik kepada golongan sasaran. 23 2.Perkara yang disampaikan mestilah yang dibenarkan oleh syarak. Perkara yang ingin disampai oleh pihak yang menggunakan metod media sebagai saluran dakwahharuslah teapt dan tidak cenderung kepada sesetengah pendapat sahaja. Ianya haruslah bersifat menyeluruh dan tidak lari dari ajaran Islam. 3.Tidak meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras keimanan seseorang sepanjang proses penyediaan media berkenaan. Dalam menjalankan aktiviti dakwah, para pendakwah diingatkan supaya tidak sesekali meninggalkan perkara asas yang menjadi tungguk keimanan umat islam. Dakwah dalam konteks masa kini haruslah lebih praktikal. Para pendakwah haruslah menggunakan kesemua cara yag lebih efektif dan rapat dengan masyarakat. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan haruslah dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. 24

4. Peranan pelajar wanita dalam dakwah