Golongan Pelajar Mempunyai Kekuatan Kembali Mengamalkan Gaya Hidup Islam

Perbezaan ini dapat dilihat dari aspek metod dan tahap ilmu. Contohnya, penda’wah mesti mempelajari ilmu Perbandingan Agama apabila hendak berdakwah kepada golongan kafir..

3.1 Golongan Pelajar Mempunyai Kekuatan

Mengapa golongan pelajar pula yang mempunyai kekuatan? Kerana majority golongan pelajar adalah pemuda. Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan dari sudut fizikal, mental, pemahaman budaya dan zaman serta kekuatan hubungan sosial dengan masyarakat. Segala kekuatan tersebut sangat diperlukan dalam berda’wah kerana pejuang yang lemah tidak mampu memberi kejayaan dalam perjuangan. Cubalah kita bayangkan jika realiti sekarang pelajar dan pemuda Islam bersifat lemah, kelak akan memberikan kesan yang teruk kepada agma bangsa dan tanah air kerana pada masa yang akan datang pemerintahan akan diteruskan oleh golongan pelajar dan pemuda masa kini. Oleh itu, semua pelajar mesti mampu untuk membina kekuatan-kekuatan tersebut sebaiknya kerana saingan dan cabaran da’wah akan menjadi semakin dasyat. Kekuatan-kekuatan inilah yang akan digunakan nanti untuk menegakkan kebenaran sama ada dengan cara berhujjah, menulis buku atau berperang.

3.2 Kembali Mengamalkan Gaya Hidup Islam

Realitinya, pelajar Islam sekarang masih belum berjaya mengamalkan gaya hidup yang patuh syari’ah kerana gagal memahami kepelbagaian sifat dan latar belakang manusia lain. Gaya hidup Islam perlu dilihat dgn lebih luas untuk mengelakkan manusia itu berasa payah dan lari dari agama. Bagaimanakah gaya hidup yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Apabila membincangkan tentang gaya hidup, pembaca akan cuba untuk bermain teka teki serta berharap supaya gaya hidup yang sedang dilalui sekarang ini adalah yang paling islamik. Mudah-mudahan. Agama Islam sinonim dengan ungkapan Inggeris “The Way of Life”, benarkah? Jika benar mengapa ada pelajar yang sanggup untuk murtad? Fikirkan… 12 Gejala murtad ini berlaku disebabkan ketidakpuasan hati seorang Muslim itu dengan undang-undangnya yg menyekat kebebasan dan menganggap Islam ini adalah agama yang bersifat anti-sosial. Persepsi ini boleh wujud apabila penganut sebuah agama itu sendiri malas untuk mempelajari dan memahami agama itu sendiri. Hal ini terjadi disebabkan sumber rujukan-rujukan Islam itu sudah menjadi jauh dengan diri kita sendiri dan realitinya budaya Islam itu sudah semakin hilang pada zaman kini. Seorang penganut agama yang benar-benar ikhlas tidak akan membenarkan budaya agamanya hilang begitu sahaja. Ingatlah saudaraku Dengan izin-Nya, hanya orang Islam sahaja yang akan memikirkan keadaan orang Islam yang lain dan hanya orang Islam sahajalah yang akan menyebabkan agamanya itu dipandang baik oleh masyarakat. Budaya dan gaya hidup yang digariskan oleh Islam adalah model yang terbaik di dunia. Buktinya, Islam menyuruh manusia bersikap adil, tidak menzalimi diri dan orang lain serta Islam adalah agama yang memelihara semua hal yang ada di dunia ini. Untuk membantu pelajar mengembalikan semual budaya dan gaya hidup Islam yang sebenar, pelajar wajib untuk mempelajari dan memahami tujuan undang- undang Islam itu di wujudkan. Tujuan-tujuan itu adalah:  Menjaga akal.  Menjaga agama.  Menjaga harta.  Menjaga keturunan.  Menjaga nyawa.  Menjaga maruah. Jadi, jika disana nanti terdapat hal yang berkaitan dengan Islam tetapi hal itu tidak ada langsung berkaitan dengan tujuan di atas, maka pelajar perlu untuk meragui hal tersebut. Budaya dan gaya hidup Islam pasti boleh dikembalikan di setiap institut pendidikan, dengan cara pelajar Islam wajib mengikuti syari’at secara keseluruhan, kembali mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkannya, menyebarkannya dan seterusnya akan dapat membudayakannya. Pelajar boleh memulakannya dengan cara menyebarkan berita gembira kepada kawan-kawan, memberi makan ketika lapar, 13 memudahkan setiap urusan yang baik, tolong-menolong dalam kebaikan, jangan menghina orang lain, menagawal kemarahan, berani mengtakan kebenaran, dan lain- lain. Islam juga menggalakkan ummatnya melakukan riadah, mewajibkan ummatnya membaca dan Islam juga menggalakkan ummatnya untuk menjadi manusia yang aktif dan prihatin. Contohnya, Islam menyuruh kita bersedekah dan berbakti kepada orang lain. Tangan yang menulis ini terasa sangat seronok apabila menulis hal kebaikan, keseronokan ini akan dilipat gandakan lagi apabila kita melakukannya. Jom Kita lakukannya bersama. Jika masih ada lagi pelajar Islam yang mencari keseronokan dengan mendengar lagu jiwang dan ‘raggae’, penulis ingin mengajak kalian untuk mencari keseronokan dengan cara melakukan hal kebaikan, membaca hal kebaikan, mendengar hal kebaikan dan kurangkan mendengar, melihat dan membaca hal berkaitan hiburan. Kayu ukur yang boleh digunakan untuk mengenal pasti budaya dan cara hidup mengikut Islam adalah apabila kita melakukannya, kita akan rasa tenang dan suka mendegar hal kebaikan. 14

3.3 Kembali meletakkan unsur tauhid kepada Allah SWT dalam silibus pembelajaran