Kesanggupan Manusia dalam meningkatkan Kualiti Alam Sekitar di Pulau Pangkor

5.5 Kesanggupan Manusia dalam meningkatkan Kualiti Alam Sekitar di Pulau Pangkor

Manusia adalah sebagai agen untuk meningkatkan kualiti alam sekitar agar menjadi lebih berdaya saing dan mampu mencapai matlamat pembangunan lestari. Dengan itu, penglibatan masyarakat adalah yang paling utama di samping kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, pihak pengurusan pulau dan sebagainya. Antara sumbangan yang dapat disumbangkan adalah sokongan, khidmat sukarela, sumbangan wang dan sama-sama menerapkan nilai kelestarian dalam jiwa dan minda setiap orang.

5.5.1 Kesanggupan Membayar dan Sumbangan Perkhidmatan Sokongan & Masa

Jadual 9: Penglibatan dan Kesanggupan Responden Menyumbang Wang dan Tenaga dalam Memelihara Kualiti Alam Sekitar.

la g la a Responden

SUMBANGAN WANG Sumbang sekali sekala

50.9 Sumbang dengan kerap

Sumbang < RMIOO

30.8 Sumbang RM100

untuk baiki

758 179.6 SUMBANGAN TENAGA/ MASA Sertai Pakej Home Stay

44.1 Khidmat sukarelawan

masa ajar

Sumbangan Responden dari Segi Wang

TIDAK MUNGKIN

Rajah 6 : Graf bar yang menunjukkan sumbangan responden dari segi wang

Sumbangan Perkhidmatan dari Responden

150 TIDAK MUNGKIN

Rajah 7: Graf bar yang menunjukkan jumlah responden yang telah menyumbangkan tenaga dan masa

Penglibatan pelancong dan penduduk tempatan semasa peringkat pelaksanaann perancangan, pembangunan dan pengurusan pelancongan amat penting dan boleh mempengaruhi kejayaan sektor ini. Prinsip pembangunan pelancongan lestari menegaskan bahawa betapa pentingnya pelancong perlu melibatkan diri kerana golongan ini yang akhirnya akan merasai kesan-kesan daripada pembangunan pelancongan, sama ada negatif mahupun positif. Kajian-kajian menunjukkan secara umumnya, pelancong dan penduduk tempatan menyokong pembangunan pelancongan lestari. Namun demikian, pelancong dan penduduk tempatan tidak bersetuju jika mula merasai kesan-kesan negatif apabila semakin meningkatnya pembangunan pelancongan. (Badaruddin:2008).

Melihat kepada data yang diperoleh daripada hasil kajian membuktikan bahawa responden mempunyai tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan lagi sektor pembangunan pelancongan di Pulau Pangkor sama ada dari segi bantuan kewangan dan juga perkhidmatan tenaga secara sukarelawan. Melalui bantuan Melihat kepada data yang diperoleh daripada hasil kajian membuktikan bahawa responden mempunyai tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan lagi sektor pembangunan pelancongan di Pulau Pangkor sama ada dari segi bantuan kewangan dan juga perkhidmatan tenaga secara sukarelawan. Melalui bantuan

Walau bagaimanapun, jika sumbangan yang dilakukan adalah sumbangan secara kerap, responden lelaki dan perempuan adalah tidak bersetuju iaitu seramai 135 orang responden lelaki dan 111 responden perempuan. ini menjadi jumlah kesanggupan hanyalah 67 orang bersamaan dengan 15.9% sahaja. Hal ini kerana sumber pendapatan mereka berkemungkinan tidak mencukupi untuk keperluan lain seperti membayar sewa rumah, bil elektrik, yuran sekolah anak-anak dan sebagainya. Hal ini adalah sangat sukar terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Hasil daripada data, kebanyakkan responden bersetuju untuk menyumbangkan wang kurang daripada RM100. Bilangan responden yang bersetuju untuk menyumbang adalah sama diantara lelaki dan perempuan iaitu sebanyak 85 orang. Ini menjadikan jumlah kesanggupan adalah seramai 130 orang dengan peratus 30.8%. Begitu juga jika wang tersebut disumbangkan sebanyak RM100 pada setiap tahun. Kebanyakkannya tidak bersetuju sama ada lelaki atau perempuan. Data menunjukkan seramai 101 orang lelaki dan 103 orang perempuan yang tidak bersetuju. Dengan itu, jumlah kesanggupan menjadi 81 orang dengan peratus sebanyak 19.2%.

Sifat empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi terdapat dalam diri setiap orang menyebabkan mereka mahu menyumbangkan wang untuk membaiki taraf Sifat empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi terdapat dalam diri setiap orang menyebabkan mereka mahu menyumbangkan wang untuk membaiki taraf

81 orang responden lelaki dan 90 orang perempuan. ini menjadikan jumlah kesanggupan seramai 134 orang dengan peratus sebannyak 31.8%.

Melihat kepada pembangunan di pulau pangkor yang masih belum dibangunkan sepenuhnya, sumbangan kewangan diperlukan untuk menaiktarafkan sektor pelancongan di mata dunia. Maklum balas yang diterima oleh responden ialah seramai 83 orang lelaki dan 92 perempuan yang menyatakan berkemungkinan akan menyumbangkan wang untuk pembangunan di Pulau Pangkor.

Penglibatan pelancong dan penduduk amat memainkan peranan penting untuk meningkatkan pembangunan pelancongan. Pelancongan yang bersifat lestari bukan sahaja mementingkan alam sekitar semata-mata tetapi juga mengutamakan ekonomi dan komuniti. Dengan itu, pelbagai cara yang dijalankan oleh pihak yang berkuasa untuk meningkatkan pembangunan lestari di Pulau Pangkor. Salah satunya ialah program homestay untuk mengurangkan pembangunan resort, hotel-hotel dan sebagainya.

Program homestay di Malaysia merupakan salah satu cabang kepada pelancongan di Pangkor di mana pelancongan menginap, menjamu, selera, dan pelakunya akan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama dengan penduduk desa yang terlibat. Homestay juga membolehkan pelancong berinteraksi secara terus dengan keluarga yang menjadi hos mereka. Pelancong pasti terpegun dengan kedamaian dalam suasana indah yang diberikan oleh penduduk kepada pelancong. (Norliza Aminudin :2006). Dari segi corak perbelanjaan pelancong pula, penginapan kekal sebagai komponen terbesar merangkumi 33.1% daripada jumlah Program homestay di Malaysia merupakan salah satu cabang kepada pelancongan di Pangkor di mana pelancongan menginap, menjamu, selera, dan pelakunya akan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama dengan penduduk desa yang terlibat. Homestay juga membolehkan pelancong berinteraksi secara terus dengan keluarga yang menjadi hos mereka. Pelancong pasti terpegun dengan kedamaian dalam suasana indah yang diberikan oleh penduduk kepada pelancong. (Norliza Aminudin :2006). Dari segi corak perbelanjaan pelancong pula, penginapan kekal sebagai komponen terbesar merangkumi 33.1% daripada jumlah

Projek pemuliharaan telah lama dilaksanakan di Malaysia dan semakin bertambah pada masa kini. Pemuliharaan secara lestari perlu dimulakan di ekosistem daratan kerana tanpa pemuliharaan yang baik di daratan, persekitaran sungai akan terjejas. (Ali:2000). Mulai tahun 2006, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM1.9 bilion untuk melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar. Dalam usaha memelihara pantai daripada hakisan teruk, RM40 juta telah diperuntukkan, manakala RM370 juta lagi untuk perparitan dan tebatan banjir di seluruh negara dan RM114 juta untuk memperbaiki sungai dan kuala sungai. Sebanyak RM911 juta pula disediakan bagi pembaikan loji pembentungan sedia ada dan pembinaan pembentungan baru. Program pengurusan sisa pepejal pula diperuntukkan sejumlah RM363 juta (Rancangan Malaysia Kesembilan : 2006). Malaysia amat menggalakkan perkhidmatan masyarakat secara sukarela untuk memelihara dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Melihat kepada saranan ini, maklum balas yang diterima oleh responden adalah sangat memuaskan di mana jumlah lelaki yang ingin menjadi sukarelawan adalah seramai 124 orang dan perempuan pula 118 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 242 orang dengan peratus sebanyak 57.3%.

Akhir sekali, untuk terus menyokong pendekatan pembangunan lestari, masyarakat perlu sama-sama membantu untuk meluangkan masa bersama-sama untuk membaiki kehidupan masyarakat di Pulau Pangkor. Antara khidmat masyarakat yang dapat dibantu adalah seperti mengajar kemahiran bahasa, menjahit, kemahiran berkomunikasi, ICT dan sebagainya. Pembangunan sesuatu kawasan akan semakin Akhir sekali, untuk terus menyokong pendekatan pembangunan lestari, masyarakat perlu sama-sama membantu untuk meluangkan masa bersama-sama untuk membaiki kehidupan masyarakat di Pulau Pangkor. Antara khidmat masyarakat yang dapat dibantu adalah seperti mengajar kemahiran bahasa, menjahit, kemahiran berkomunikasi, ICT dan sebagainya. Pembangunan sesuatu kawasan akan semakin