Persepsi/ Jangkaan Responden

5.2 Persepsi/ Jangkaan Responden

Imej merupakan gambaran minda tentang sesebuah destinasi. Ia juga merupakan kepercayaan, idea, tanggapan seseorang terhadap sesbuah destinasi. (Kotler, Haider dan Rein: 1993). Setiap orang mempunyai imej terhadap sesebuah destinasi sama ada destinasi tersebut pernah dilawati atau tidak. Imej inilah yang akan membentuk persepsi sama ada kita apa yang kita lihat adalah sama yang tergambawr di fikiran kita. Persepsi yang terbentuk tercetus daripada pelbagai pendedahan daripada media massa seperti iklan, radio, televisyen, majalah, buku dan juga komen atau maklum balas daripada rakan dan saudara mara.

5.2.1 Persekitaran di Pulau Pangkor

Daripada hasil data yang diperoleh, majoriti responden menyatakan bahawa persekitaran di Pangkor setelah mereka datang ke sini adalah sama seperti yang mereka jangkakan iaitu sebanyak 46.9%. Tambahan lagi, sebanyak 27.3% menyatakan Pulau Pangkor adalah lebih baik daripada yang mereka jangkakan. Dengan ini tidak ada lagi istilah “ indah khabar dari rupa” untuk pelancong yang datang ke Pangkor.

Jadual 4: Persepsi Responden terhadap Persekitaran Semulajadi di Pangkor.

Ekspektasi Responden terhadap Persekitaran

Peratusan (%) di Pangkor Seperti dijangkakan

Jumlah (orang)

46.9 Lebih baik daripada jangkaan

27.3 Lebih teruk daripada jangkaan

66 15.6 Tiada komen

5.2.2 Kemudahan di Pulau Pangkor

Menurut Badaruddin (2007), komponen perkhidmatan meliputi segala bentuk kemudahan yang digunakan oleh pelancong semasa berada di destinasi pelancongan. Berada jauh di tempat tinggal, seseorang pelancong sudah pasti memerlukan elemen- elemen yang dapat menyokong kehidupan sehariannya seperti tempat tinggal, penginapan, restoran, tempat meletak kenderaan, telefon dan sebagainya. Dengan itu, setelah meneliti hasil kajian yang dibuat, didapati respon pelancong menyatakan bahawa Pulau Pangkor ini mempunyai banyak kemudahan yang terancang bagi memajukan sektor pelancongan. Jika dilihat daripada data yang ditunjukkan di bawah ini, terbukti bahawa pelancong menyokong atau mengiyakan kemudahan yang terdapat di Pulau Pangkor. Antara kemudahan-kemudahan yang paling banyak terdapat di Pangkor ialah pengangkutan yang disediakan khas untuk pelancong yang hadir ke Pangkor. Selain itu, kedai-kedai makan, resort, chalet, hotel, tempat membeli belah, sekolah dan hospital. Walaupun kemudahan yang terdapat di Pangkor tidak sama seperti kemudahan yang terdapat di Kuala Lumpur, namun ia memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di Pangkor.

Persepsi Responden terhadap Kemudahan

Peratusan (%) di Pangkor Ya

Jumlah (orang)

42.4 Tidak

40.3 Tidak Tahu

5.2.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor sebenarnya masih lagi menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan. Antaranya adalah keperluan penduduk tidak diambil kira sebagai asas untuk merancang projek pembangunan. Kedatangan pelancong tidak terurus, perniagaan tidak teratur dan tidak dilesenkan, alam sekitar semakin tercemar, masalah sosial menjadi-jadi dan pelbagai kepincangan terus berlaku di pulau ini. Bagi mempastikan pulau ini kekal sebagai destinasi yang bersifat pelancongan lestari, maka tadbir-urus dan sistem penyampaian untuk membangunkan penduduk pulau perlu diberi perhatian segera. Untuk menggalakkan proses pembangunan yang lebih cekap di Pulau Pangkor, adalah dicadangkan supaya suatu mekanisme tadbir-urus dan dasar pembangunan yang cekap dan mampan diwujudkan.

Pulau Pangkor boleh mengambil beberapa contoh tadbir-urus yang diamalkan oleh beberapa negara di dalam membangunkan pulau-pulau mereka. Salah satu kaedah yang boleh dipelajari ialah daripada Local Agenda 21, yang menggalakkan penyertaan penduduk tempatan untuk kerjasama dengan pihak berkuasa yang mentadbir-urus untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Misalnya kerjasama antara agensi, termasuk pemegang taruh, NGOs dan pihak swasta yang bergiat di sekitar pulau untuk merancang program pembangunan. Banyak agensi yang boleh dilibatkan seperti LKIM, KEMAS, MARA Kerajaan Negeri, Pelancongan, Perikanan dan agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan. Ini diamalkan di China, yang mana pembangunan pelancongannya sangat Pulau Pangkor boleh mengambil beberapa contoh tadbir-urus yang diamalkan oleh beberapa negara di dalam membangunkan pulau-pulau mereka. Salah satu kaedah yang boleh dipelajari ialah daripada Local Agenda 21, yang menggalakkan penyertaan penduduk tempatan untuk kerjasama dengan pihak berkuasa yang mentadbir-urus untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Misalnya kerjasama antara agensi, termasuk pemegang taruh, NGOs dan pihak swasta yang bergiat di sekitar pulau untuk merancang program pembangunan. Banyak agensi yang boleh dilibatkan seperti LKIM, KEMAS, MARA Kerajaan Negeri, Pelancongan, Perikanan dan agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan. Ini diamalkan di China, yang mana pembangunan pelancongannya sangat

Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pangkor.

Persepsi Responden terhadap

Peratusan (%) tanggungjawab pihak berkuasa di Pangkor Ya

Jumlah (orang)

38.2 Tidak

161

30.3 Tidak tahu

128

31.5 Jumlah:

133

422

100.0