Ciri-ciri Demografi Responden

5.1 Ciri-ciri Demografi Responden

Bahagian ini membentangkan data demografi pelancong yang diperolehi daripada kajian lapangan yang merangkumi umur, pekerjaan, profesion dan penglibatan mereka dalam sektor pelancongan. Dari data-data kaji selidik yang telah dilakukan, seramai 400 orang responden, dapat dibuat kesimpulan yang menjelaskan persoalan kajian ini. Tujuan data-data diambil ialah untuk mengetahui latar belakang responden dan tanggapan mereka mengenai Pembangunan Lestari di Pulau Pangkor. Data-data sampel mengenai responden kawasan kajian telah diambil dan dapat dilihat melalui rajah di bawah:

5.1.1 Struktur Umur dan Jantina Responden

Melihat kepada komposisi umur, majoriti responden merupakan golongan yang berumur antara 21 hingga 30 tahun yang meliputi sebanyak 37% diikuti oleh golongan yang berumur 21 tahun ke bawah iaitu sebanyak 25.8%. Golongan yang berumur antara 21 hingga 30 tahun ini biasanya golongan yang bekerjaya dan Melihat kepada komposisi umur, majoriti responden merupakan golongan yang berumur antara 21 hingga 30 tahun yang meliputi sebanyak 37% diikuti oleh golongan yang berumur 21 tahun ke bawah iaitu sebanyak 25.8%. Golongan yang berumur antara 21 hingga 30 tahun ini biasanya golongan yang bekerjaya dan

Manakala golongan yang berumur 21 ke bawah adalah golongan yang masih belum bekerja. Diandaikan bahawa golongan ini banyak mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau universiti. Seterusnya, golongan yang berumur 31 hingga 40 tahun sebanyak 17.5%, diikuti dengan 41 hingga 50 tahun sebanyak 10.7% dan akhir sekali golongan yang berumur 51 tahun ke atas iaitu sebanyak 9%. Bagi golongan umur yang sudah mencapai 40 tahun keatas, keinginan untuk melancong adalah semakin berkurangan disebabkan oleh faktor kesihatan, ketidakupayaan, faktor ketersampaian, malah lebih berminat untuk berehat di rumah berbanding keluar melancong ke tempat lain. Jika dibandingkan dari segi jantina, data kajian membuktikan bahawa bilangan lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Hal ini adalah disebabkan golongan lelaki lebih banyak memonopoli bidang pekerjaan dalam sektor pelancongan berbanding perempuan yang lebih berminat menjadi suri rumah untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden

Jumlah (tahun)

Peratus Peratus Frekuensi

21 ke bawah

51 ke atas

5.1.3 Profesion Responden

Berdasarkan daripada data kajian yang diperoleh, didapati bahawa kebanyakkan responden adalah terdiri daripada pelajar sebanyak 33.4%, pekerja kerajaan professional sebanyak 10.7%, swasta bukan profesional sebanyak 10%, dan juga swasta profesional sebanyak 9.2%. Hal ini memperlihatkan bahawa pelancong yang datang ke Pangkor telah mempunyai pekerjaan yang tetap dan bukannya sebagai penganggur. Ini dapat dilihat dalam jadual di bawah yang dianggarkan hanya seorang sahaja penganggur daripada 422 orang responden. Dalam peratusan, hanya 0.2% sahaja yang menjadi penganggur.

Jadual 2: Profesion Responden di Pulau Pangkor

Peratus (%) Kerajaan Profesional

Profesion

Jumlah (orang)

45 10.7 Kerajaan Bukan

13 3.1 Profesional Swasta Profesional

39 9.2 Swasta Bukan

42 10.0 Profesional Kerja Sendiri

17 4.0 Pekerja Kurang Mahir

11 2.6 Suri Rumah Tangga

17 4.0 Tiada Komen

42 10.0 JUMLAH:

Profesion Responden di Pulau Pangkor

Kerajaan Profesional

Kerajaan Bukan Profesional

Swasta Profesional

Swasta Bukan Profesional 8%

Kerja Sendiri 2%

Pekerja Kurang Mahir Suri Rumah Tangga

Pelajar Bersara

Lain-lain Tiada Komen

Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut

profesion di Pulau Pangkor.

5.1.4 Penglibatan Responden dalam Pelancongan

Jadual 3 menunjukkan majoriti responden yang telah ditemubual adalah dalam kalangan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor. Seramai 302 orang pelancong dengan peratus 71.6% yang tidak terlibat dalam sektor pelancongan tetapi merekalah yang merancakkan lagi industri ini. Hal ini kerana meningkatnya sektor ini adalah disebabkan meningkatnya pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Hal ini kerana aliran wang dari negara luar masuk ke Malaysia. tambahan lagi pelancong tersebut dari negara-negara maju seperti Jepun, Australia, United Kingdom dan sebagainya yang menyebabkan tukaran mata wang asing mereka yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan Penglibatan dalam

Peratus (%) Sektor Pelancongan Pemandu Kenderaan

Jumlah (orang)

4 0.9 Pekerja Hotel

10 2.4 Pemandu Pelancong

3 0.7 Restoran/ Makanan

12 2.8 Beach Boy/ Sukan Laut

18 4.3 Kedai Barang

Pelancongan

1 0.2 Lain-lain

32 7.6 Tiada Komen

40 9.5 Tidak Berkenaan (Pelancong)