Indikator Hubungan manusia dan Alam Sekitar Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan

5.3 Indikator Hubungan manusia dan Alam Sekitar Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan

Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan Lestari. Tahap Indikator Responden

PERNYATAAN

TENTANG ALAM

a a SEKITAR DAN u

e e e id MANUSIA

1.Manusia huni alam secara harmoni

98 70 37 24 2.Keseimbangan

44 24 33 3.Manusia sedang menyalahkan alam sekitar

alam adalah sensitif

80 30 46 4.Had keupayaan daya tampung telah

91 22 49 dilepasi 5.Manusia dapat bangunkan alam

76 59 46 62 sekitar 6.Perkara penting di Pangkor untuk tarik

63 43 12 48 pelancong 7.Kadar pembangunan

46 13 51 adalah seimbang 8.Manusia modifikasi alam ikut

45 20 64 keperluan pelancong 9.Pilihan terbaik biarkan pulau itu

55 53 sendiri 10.Pemeliharaan biodiversiti menjadi keperluan sekunder

74 95 98 57 33 65 berbanding manusia JUMLAH: 622

1. Secara tabienya alam ini berada dalam keadaan harmoni, seimbang, dan koheren antara satu sama lain; saling menyokong dan saling membantu di dalam keadaan yang cukup harmoni. Keharmonian ini dimanifestasikan oleh keadaan mereka

yang “sentiasa bertasbih” dan “memuji Engkau (ya Allah)” sebagaimana yang dituliskan di dalam (Al-quran, surah Al-Baqarah, Ayat 30). Namun, manusia sememangnya telah

diakui memberikan kesan ketara terhadap alam sekitar terutamanya dari segi penggunaan yang tidak terkawal dan kelalaian manusia menjaga kualiti alam sekitar yang semakin merosot. (Haliza:2010). Dengan itu, data yang diperoleh dari hasil kajian menunjukkan seramai 193 orang bersetuju, 98 orang menyatakan neutral dan bakinya seramai 107 orang tidak bersetuju. Hal ini bermakna majoritinya adalah bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%.

2. Alam sekitar adalah satu sistem semulajadi yang mempunyai interaksi dengan system yang lain untuk mencapai tahap keseimbangan. Contohnya di kawasan pantai, jika hakisan yang berlaku di pantai adalah tinggi, maka pemendapan yang berlaku lebih dominan untuk pantai mencapai keseimbangan. Begitu juga dengan kawasan di Pulau Pangkor yang terkenal dengan kawasan zon pelancongan yang diiktiraf sebagai “National Treasure”, sebagai sebuah kawasan sensitif pelancongan yang perlu dipelihara. Tambahan lagi, kawasan yang menjadi tarikan utama pelancong ke daerah Manjung ini adalah satu Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) atau “Environmentally Sensitive Area”. Hal ini telah dikukuhkan lagi oleh data kajian iaitu sebanyak 221 orang dengan peratusan 52.4% telah bersetuju bahawa keseimbangan alam sekitar di Pangkor ini adalah sensitif dan mudah terjejas. Manakala 100 orang menyatakan neutral dan hanya 68 orang yang tidak bersetuju.

3. Kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sebaik sahaja tekanan aktiviti manusia yang mencetuskan perubahan terhadap persekitaran fizikal sudah tidak dapat ditampung oleh persekitaran itu hingga menimbulkan impak negative terhadap persekitaran fizikal dan persekitaran buatan manusia sendiri. (Jamaluddin:1999). Dengan itu, manusia tidak boleh menyalahkan alam sekitar kerana manusialah agen utama yang mengubah alam sekitar sehingga mengubah keseimbangan dan kestabilan ekologi. (Mohaini:1989). Menurut Ramsay dan Anderson (1972), manusia adalah golongan yang mengubah alam seitar secara disedari malah manusia menjadi lalai untuk menjaga kualiti alam kerana begitu mementingkan pembangunan. Pernyataan ini dapat dilihat dengan data yang diperolehi daripada kajian iaitu seramai 155 orang dengan 36.7% yang bersetuju bahawa manusia sebenarnya sedang menyalahkan alam sekitar terutama apabila berlakunya pelbagai bencana dan malapetaka seperti banjir kilat, tanah runtuh, kemarau, jerebu, hujan asid dan lain-lain yang dikatakan telah menggangu kehidupan serta keselesaan manusia. Golongan yang tidak bersetuju adalah seramai 110 dan neutral adalah yang paling tinggi iaitu seramai 111 orang.

4. Had keupayaan daya tampung dalam konteks pelancongan ini merujuk kepada sesebuah destinasi pelancongan untuk menyerap kegiatan-kegiatan pelancongan sebelum impak negatif pelancongan dirasai. Destinasi pelancongan yang telah melampaui had daya tampugnya akan menyebabkan perubahan yang ketara pada landskp fizikalnya. Jika dilihat pada pembangunan di Pulau Pangkor, Hasil daripada kajian, majoriti responden telah bersetuju iaitu seramai 134 orang dengan peratus 31.8%, diikuti seramai 126 orang menyatakan neutral dan 113 orang tidak bersetuju.

5. Manusia sememangnya dapat membangunkan alam sekitar kerana manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini. Walaupun manusia dapat membangunkan alam sekitar, namun manusia tidak boleh bertindak secara rakus mengekploitasi sumber alam kerana kesannya akan kembali kepada manusia semula. Dengan itu, manusia perlu membangunkan sumber yang ada secara lestari dan mengutamakan kepentingan alam itu sendiri kepada kita. Pernyataan ini disokong dan disetujui oleh 179 orang responden dengan peratusan sebanyak 42.4%, 76 orang responden menyatakan neutral dan bakinya seramai 105 orang responden yang tidak bersetuju.

6. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan peranginan yang paling popular di negeri Perak. Ketibaan para pelancong ke pulau ini semakin meningkat saban tahun seramai 584 ribu pada 2005 sebelum meningkat kepada 700 ribu orang pelancong pada tahun 2006. Aset penting bagi pulau ini ialah alam semulajadinya yang menarik dan kurang tercemar. (Mohd Nasir : 2008). Para pelancong didapati amat menghargai pemandangan alam sekitar yang ada dan ini adalah satu faktor yang dapat menarik pelancong. Selain itu, pelbagai kemudahan, prasaran dan infrastruktur yang disediakan sangat menekankan cita rasa dan permintaan pelancong. Hal ini membuktikan bahawa perkara yang paling penting di Pangkor adalah sektor pelancongan yang amat mengutamakan tarikan semulajadi atau tarikan budaya supaya lebih ramai pelancong datang ke Pangkor. Pernyataan ini ditegaskan oleh responden yang bersetuju adalah seramai 256 orang dengan peratus 60.7%, diikuti oleh golongan yang menyatakan neutral seramai 63 orang, dan selebihnya seramai 55 orang responden tidak bersetuju.

7. Pembangunan lestari menekankan pembangunan yang seimbang dan bersepadu dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tujuan utama pembangunan 7. Pembangunan lestari menekankan pembangunan yang seimbang dan bersepadu dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tujuan utama pembangunan

8. Manusia dikatakan dapat memodifikasikan alam mengikut keperluan pelancong. Sebagai contohnya manusia di kawasan Pangkor sangat prihatin dengan permintaan dan kehendak pelancong untuk meningkatkan sumber pendapatan. Ini dapat dilihat daripada peniaga kedai-kedai cenderahati di Pangkor yang menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong. Melihat kepada data yang diperoleh menyatakan bahawa 193 orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%. Data ini diikuti oleh golongan yang menyatakan neutral seramai 100 orang responden dan seramai 65 orang responden tidak bersetuju bahawa pembangunan di Pulau Pangkor adalah seimbang.

9. Pulau adalah salah satu sumber alam yang tiada tandingan nilainya kerana ia adalah satu kawasan yang dipenuhi oleh rantaian makanan. Menurut Carl Sauer (1969), seorang ahli falsafah dalam geografi terkenal pernah menyatakan bahawa sumber alam adalah suatu penilaian budaya. Sesuatu bahan hanya dianggap bermanfaat kepada manusia jika manusia mengetahui tentang kewujudannya serta mampu menerokainya. Jika manusia hanya mengetahui kewujudannya tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk menerokainya, sumber tersebut tidak memberi sebarang manfaat kepada manusia. Bahan sumber tersebut hanya sebahagian daripada alam yang sama sekali tidak memberi kesan kepada manusia. Dengan itu, manusia dan alam semulajadi 9. Pulau adalah salah satu sumber alam yang tiada tandingan nilainya kerana ia adalah satu kawasan yang dipenuhi oleh rantaian makanan. Menurut Carl Sauer (1969), seorang ahli falsafah dalam geografi terkenal pernah menyatakan bahawa sumber alam adalah suatu penilaian budaya. Sesuatu bahan hanya dianggap bermanfaat kepada manusia jika manusia mengetahui tentang kewujudannya serta mampu menerokainya. Jika manusia hanya mengetahui kewujudannya tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk menerokainya, sumber tersebut tidak memberi sebarang manfaat kepada manusia. Bahan sumber tersebut hanya sebahagian daripada alam yang sama sekali tidak memberi kesan kepada manusia. Dengan itu, manusia dan alam semulajadi

10. Manusia yang menghuni dunia hidup bermasyarakat. Manusia adalah salah satu populasi organisma dan komponen yang penting dalam sesebuah ekosistem. Dalam sesebuah ekosistem, manusia adalah spesis organisma yang dominan ekologi. (Wagner: 1974). Kedominan ini membolehkan manusia sebagai penduduk dunia, menawan dan mengubah ekosistem. Pembangunan pada sesuatu destinasi pelancongan bergantung kepada kemajuan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Dengan itu, pemeliharaan biodiversiti menjadi keperluan sekunder berbanding keperluan manusia itu sendiri. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hasil kajian yang diperolehi iaitu seramai 169 orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 40%. Manakala golongan yang tidak setuju adalah seramai 90 orang dan selebihnya ialah golongan yang menyatakan neutral iaitu seramai 98 orang responden.

Secara keseluruhannya, indikator hubungan antara manusia dan alam sekitar menunjukkan maklum balas yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kesedaran kelestarian yang tinggi terhadap alam sekitar. Daripada hasil kajian didapati majoriti responden menyokong pernyataan mengenai penggunaan manusia terhadap sumber alam secara harmoni, merasakan alam sekitar ini sebenarnya sangat sensitif, dan kepercayaan yang tinggi bahawa manusia itu sendiri menjadi punca kemusnahan sumber alam sekitar jika tidak dibangunkan secara lestari. Walaupun manusia sedar, namun masih ada manusia yang sering menyalahkan alam sekitar apabila berlakunya bencana tanah runtuh, tsunami dan sebagainya. Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa alam ini telah dilepasi hadnya, dan ia cuba untuk mencapai keseimbangannya kembali.