Analisis dan Perbincangan

3.0 Analisis dan Perbincangan

Kriteria pemeriksaan ruang tandas perlu dibangunkan selaras dengan objektif penilaian prestasi iaitu tahap keberkesanan. Seperti digariskan oleh MALAYSIAN STANDARD (2006), dengan mengetahui objektif pemeriksaan akan membolehkan pemeriksa untuk memanfaatkan masa yang terhad di lokasi pemeriksaan. Menurut Che-Ani et. al (2009), tahap keberkesanan dapat ditentukan berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Secara prinsip, objektif yang baik mempunyai lima ciri utama yang turut dikenali sebagai SMART iaitu specific (spesifik), measurable (boleh diukur), achievable (boleh dicapai),reasonable/ reliable (munasabah) dan time (mempunyai tempoh masa). Dalam konteks pemeriksaan ruang tandas, kebanyakan objektif yang digariskan oleh setiap piawai pemeriksaan tidak mempunyai kesemua ciri yang dinyatakan itu. Jadual 3 menggariskan hasil analisis bagi piawai penilaian bangunan dalam konteks objektif pemeriksaan.

No. Piawai

Objektif pemeriksaan

1 JKR

Menentukan tahap ketersedian serta mengenalpasti kecacatan & rekabentuk/ pembinaan yang memberi kesan kepada senggaraan & operasi, kefungsian & keselamatan

2 ASTM

Mempraktikkan amalan penilaian bangunan bagi meningkatkan kualiti hartanah dan laporan penilaian dengan cadangan dan jangkaan serta membangunkan garis panduan piawai industri bagi penilaian

3 QLASSIC Menetapkan tanda aras terhadap tahap mutu dan kualiti dalam

industri pembinaan, mewujudkan sistem penilaian kualiti setara bagi kualiti kemasan kerja bagi projek bangunan berdasarkan standard yang diluluskan dan menilai prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemasan kerja disamping mengumpul data bagi tujuan analisis statistik

4 CONQUAS Mendapatkan sistem penilaian berpiawai bagi projek pembinaan,

menilai kualiti melalui pengukuran kerja pembinaan berdasarkan standard mutu kerja dan spesifikasi, pendekatan persampelan bagi menggambarkan keseluruhan projek serta penilaian kualiti dilakukan secara sistematik dengan jangkauan kos dan masa yang munasabah

5 RICS

Memeriksa keadaan hartanah bagi mengenalpasti kecacatan serta membuat penilaian harga pasaran semasa serta kos baikpulih yang mempengaruhi nilai pasaran

6 SIRIM

Mengenalpasti dan mengukur tahap kebolehkhidmatan terhadap tiga kategori fasiliti tandas iaitu bangunan atau ruang tandas sediada, yang akan dibina serta yang akan diubahsuai atau ditambah-baik

Jadual 3 Objektif pemeriksaan berdasarkan piawai penilaian bangunan

Berdasarkan kepada hasil analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa objektif pemeriksaan harus menitikberatkan tahap kebolehkhidmatan dan ketersediaan ruang tandas disamping mengenalpasti kecacatan yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kefungsian, senggaraan dan operasi. Secara tidak langsung ia selaras dengan pendapat Preiser dan Vischer (2005) yang mensintesiskan keperluan pengguna kepada tiga tahap keutamaan iaitu:

i. Prestasi kesihatan, keselamatan dan kawalan;

ii. Prestasi fungsi, efisyen dan aliran kerja;

iii. Psikologi, sosial, budaya dan astetik.

Tahap prestasi merupakan perkara pokok dalam memastikan kriteria yang dibangunkan dapat mencapai objektif pemeriksaan. Berdasarkan sintesis kajian, sebanyak lapan kriteria pemeriksaan telah dipilih sebagai set lengkap komponen penilaian iaitu struktur, senibina, mekanikal dan elektrikal, kerja luaran, kemudahan bangunan, kebolehsenggaraan dan operasi, kesihatan dan keselamatan serta kefungsian. Peranan dan skop pemeriksaan tersebut perlu difahami oleh pemeriksa yang terdiri daripada Juruukur Bangunan. Berdasar kajian literatur Tahap prestasi merupakan perkara pokok dalam memastikan kriteria yang dibangunkan dapat mencapai objektif pemeriksaan. Berdasarkan sintesis kajian, sebanyak lapan kriteria pemeriksaan telah dipilih sebagai set lengkap komponen penilaian iaitu struktur, senibina, mekanikal dan elektrikal, kerja luaran, kemudahan bangunan, kebolehsenggaraan dan operasi, kesihatan dan keselamatan serta kefungsian. Peranan dan skop pemeriksaan tersebut perlu difahami oleh pemeriksa yang terdiri daripada Juruukur Bangunan. Berdasar kajian literatur

No. Kriteria

Fokus Pemeriksaan

Perincian Tahap Kualiti

1 Struktur

Integriti struktur yang mempunyai impak

Elemen kecacatan serta kos membaik-pulih meliputi pemeriksaan struktur konkrit bertetulang, struktur keluli, konkrit pra-tegasan termasuk pelbagai produk struktur pasang-siap (IBS).

2 Senibina

Dokumen yang terkait

ANALISIS FAKTOR YANGMEMPENGARUHI FERTILITAS PASANGAN USIA SUBUR DI DESA SEMBORO KECAMATAN SEMBORO KABUPATEN JEMBER TAHUN 2011

2 53 20

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERAPAN TENAGA KERJA INDUSTRI PENGOLAHAN BESAR DAN MENENGAH PADA TINGKAT KABUPATEN / KOTA DI JAWA TIMUR TAHUN 2006 - 2011

1 35 26

A DISCOURSE ANALYSIS ON “SPA: REGAIN BALANCE OF YOUR INNER AND OUTER BEAUTY” IN THE JAKARTA POST ON 4 MARCH 2011

9 161 13

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Pengaruh pemahaman fiqh muamalat mahasiswa terhadap keputusan membeli produk fashion palsu (study pada mahasiswa angkatan 2011 & 2012 prodi muamalat fakultas syariah dan hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

0 22 0

Pendidikan Agama Islam Untuk Kelas 3 SD Kelas 3 Suyanto Suyoto 2011

4 108 178

TAHUN AJARAN 2010 2011

0 6 10

PENGARUH BETA SAHAM, GROWTH OPPORTUNITIES, RETURN ON ASSET DAN DEBT TO EQUITY RATIO TERHADAP VOLUME PERDAGANGAN SAHAM LQ 45 DI BEI PERIODE 2008 – 2011

0 10 64

ANALISIS NOTA KESEPAHAMAN ANTARA BANK INDONESIA, POLRI, DAN KEJAKSAAN REPUBLIK INDONESIA TAHUN 2011 SEBAGAI MEKANISME PERCEPATAN PENANGANAN TINDAK PIDANA PERBANKAN KHUSUSNYA BANK INDONESIA SEBAGAI PIHAK PELAPOR

1 17 40

KOORDINASI OTORITAS JASA KEUANGAN (OJK) DENGAN LEMBAGA PENJAMIN SIMPANAN (LPS) DAN BANK INDONESIA (BI) DALAM UPAYA PENANGANAN BANK BERMASALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG RI NOMOR 21 TAHUN 2011 TENTANG OTORITAS JASA KEUANGAN

3 32 52