Kepada Negara Fatonah maksudnya bijaksana -

Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dalam agama. Allah telah menyediakan neraka kepada orang yang menolak sunnah. Antara akibat menolak sunnnah rasul : A. Kepada Individu 1. Hidup dalam kesesatan. 2. Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah. 3. Mendapat balasan siksa api neraka.

B. Kepada Keluarga dan masyarakat

1. Kehidupan keluarga dan masyarakat porak peranda. 2. Berlaku perpecahan dan perbalahan. 3. Kemungkaran berleluasa.

C. Kepada Negara

1. Negara huru hara kerana perebutan kuasa. 2. Negara tidak membangun. 3. Perkembangan ilmu tidak berlaku. Galeri Ilmu: . • Sunnah merupakan sumber kedua syariat Islam selepas Al- Quran. • Orang yang menolak sunnah rasul dihukumkan murtad keluar daripada agama Islam Sabda Rasulullah s.a.w.” Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah aku lebih dicintai daripada anaknya, bapanya, dan semua manusia.” Riwayat Al-Bukhari PENILAIAN 1. Nyatakan tiga kepentingan mencontohi para rasul. 6m 2. Kemukakan dua kesan beriman kepada rasul terhadap individu dan keluarga. 4m 3. Huraikan tiga kesan beriman kepada rasul terhadap masyarakat. 6m 4. Golongan yang menolak sunnah rasul adalah golongan yang sesat. i.. Nyatakan maksud sunnah rasul. 2m ii. Kemukakan dua contoh kesesatan golongan ini seperti yang berlaku dalam masyarakat kini. 4m UNIT 5: ISMATUR RASUL Maksud Ismatul Rasul Bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan kemuliaan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah. Hikmah Kelebihan Rasul Bersifat Maksum. 1. Menjamin kewibawaan para nabi dan rasul. 2. Menjadi contoh teladan kepada manusia dalam semua aspek kehidupan. 3. Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah yang dibawa. 4. Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu daripada perubahan dan penyelewengan. 5. Menolak hujah orang yang mengingkari ajaran rasul. Sebab Rasul Dilantik Daripada Kalangan Manusia 1. Memudahkan manusia menerima ajaran rasul. 2. Menjadi contoh dalam melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. 3. Bersesuaian dengan manusia yang mempunyai sifat cekal, sabar dan gigih. 4. Sebagai ujian Allah kepada manusia sama ada membenarkan para rasul atau mendustakan mereka. MUKJIZAT Maksud Mukjizat Iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para nabi dan rasul. Jenis-Jenis Mukjizat Ada 2 jenis;

1. Mukjizat Maknawi ىونعم ةزﺠعم Iaitu mukjizat yang akan diketahui