Mengemukakan 3 tuntutan terhadap musyrikin Quraisy. Mendirikan khemah Setelah menerima keputusan musyrikin Quraisy Menyalakan Unggun Api Pada waktu malam, Rasulullah memerintahkan Tawaran Keselamatan Pada pagi Hari Jumaat, 10 haribu

menghayati dan mengamalkan syura, mementingkan diplomasi serta mematuhi etika perjanjian dalam kehidupan seharian. Hanya dengan cara ini sahaja umat Islam akan dihormati dan mampu menghadapi cabaran dunia globalisasi. PENILAIAN 1. Nyatakan tiga sebab dimeterai Perjanjian Hudaibiah. 6m 2. Nyatakan maksud ‘Bai’ah Ar-Ridwan’. 2m 3. Terangkan tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiah. 6m 4. Senaraikan dua kesan Perjanjian Hudaibiah kepada umat Islam. 4m 5. Nyatakan tiga tindakan susulan yang dilakukan oleh Rasulullah selepas Perjanjian Hudaibiah dimeterai. 6m ۩PEMBUKAAN KOTA MEKAH ۩ LATAR BELAKANG PEMBUKAAN KOTA MEKAH Antara isi Perjanjian Hudaibiah ialah kabilah Arab bebas memberi kesetiaan sama ada kepada Negara Islam di bawah pimpinan Rasulullah atau musyrikin Quraisy di Mekah. Bani Bakr yang memberi kesetiaan kepada musyrikin Quraisy telah memohon bantuan mereka untuk memerangi Bani Khuzaah yang memberi kesetiaan kepada Rasulullah di Madinah. Pada suatu malam, Bani Bakr dengan bantuan musyrikin Quraisy telah menyerang perkampungan Bani Khuzaah dan membunuh 20 orang penduduk Khuzaah. Apabila berita peristiwa berdarah itu diketahui oleh Rasulullah, baginda amat marah atas pembunuhan dan pencabulan perjanjian yang dilakukan oleh kafir Quraisy tersebut. Rasulullah mengambil keputusan untuk menyusun strategi bagi menghadapi serangan musyrikin Mekah. PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH 1. Pembukaan Kota Mekah berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah . 2. Rasulullah menyusun strategi secara sulit bertujuan mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah. 3. Oleh itu, peristiwa ini dinamakan ‘Fathu Makkah’ yang bermaksud Pembukaan Kota Mekah.. Baginda bersabda pada hari yang bersejarah itu: “ Hari ini hari belas kasihan rahmah, hari ini Allah akan memuliakan Kaabah.” STRATEGI RASULULLAH SEMASA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

1. Mengemukakan 3 tuntutan terhadap musyrikin Quraisy.

Baginda telah mengutus utusan Madinah mengemukakan tiga pilihan kepada musyrikin Quraisy, iaitu: • Membayar diat pampasan atau ganti rugi kepada waris Bani Khuzaah yang terbunuh. • Mengutuk perbuatan Bani Bakr membunuh orang Bani Khuzaah. • Berperang dengan tentera Islam.

2. Mendirikan khemah Setelah menerima keputusan musyrikin Quraisy

memilih berperang, Rasulullah mengarahkan 10 000 tentera Islam bersiap sedia dan berangkat ke Mekah. Dalam perjalanan, Rasulullah mengarahkan tentera Islam berhenti di Murru Az Zahran dan mendirikan khemah bagi tujuan bermalam di situ.

3. Menyalakan Unggun Api Pada waktu malam, Rasulullah memerintahkan

tentera Islam menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-masing. Perkara ini dilakukan sebagai strategi perang saraf untuk menimbulkan rasa gerun pihak musuh yang berada di Mekah. Abu Sufian bin Harb keluar untuk meninjau tentera Islam setelah melihat kehebatan mereka dari jauh. Di pertengahan jalan beliau berjumpa dengan Al-Abbas yang baru memeluk Islam. Al-Abbas membawa Abu Sufian bertemu Rasulullah. Abu Sufian dengan rela hati memeluk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.

4. Tawaran Keselamatan Pada pagi Hari Jumaat, 10 haribulan Ramadan

tahun 8 hijrah, Rasulullah memasuki Kota 56 Mekah dengan penuh rasa tawaduk. Baginda menundukkan kepala sebagai menyatakan rasa syukur atas kemenangan yang dikurniakan oleh Allah. Sebagai satu penghormatan kepada Abu Sufian -pemimpin Quraisy yang baru memeluk Islam, Rasulullah mengisytiharkan kepada penduduk Mekah bahawa “Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian akan selamat, sesiapa yang memasuki Masjidil Haram akan selamat, dan sesiapa yang memasuki rumahnya sendiri akan selamat”. Pengisytiharan tersebut menggemparkan orang Quraisy dan menyebabkan mereka semakin hilang semangat untuk menentang Rasulullah s.a.w. TINDAKAN RASULULLAH SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH

1. Memusnahkan berhala di sekeliling Kaabah Sebaik sahaja memasuki Kota Mekah,